You are on page 1of 25

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KPS 5042 SEKOLAH & MASYARAKAT


TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH : AHMAD HAWARI BIN HASINE


NO. MATRIK : L20092005374
KURSUS : AT74D PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
DISEDIAKAN UNTUK : DR. NURFARAH LO BINTI ABDULLAH
ISI KANDUNGAN

Item halaman

Aktiviti 2.2 3
Aktiviti 4.3 7
Aktiviti 6.2 12
Aktiviti 7.1 16
Aktiviti 8.1 23

BAB 2
KAJIAN MASYARAKAT
1
Aktiviti 2.2
Huraikan perbezaan dan persamaan antara pandangan Ibnu Khaldun dengan pandangan tokoh
Barat mengenai masyarakat.

10 Pengenalan
Ibnu Khaldun (1332-1406 M) dilahirkan di Tunisia. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman
bin Muhammad. Beliau ialah ahli falsafah dan ahli sejarah yang agung. Bukunya yang
terkenal ialah The Science of Logic, Geometrical Science, The Science of Methaphysics dan
lain-lain lagi. Namun kajian beliau yang berkaitan dengan kajian masyarakat adalah dalam
karyanya Mukadimah.

Kajian dalam karya Mukadimah telah membincangkan dengan mendalam perkara-


perkara berikut:

• Peradaban masyarakat Badwi;


• Pembentukan kerajaan;
• Kewujudan negara kota;
• Perhubungan sosial;
• Perkembangan ekonomi; dan
• Tentang ilmu pengetahuan.

Menurut Amir Hasan Dawi (2009), Ibnu Khaldun telah mengutarakan perbezaan antara
masyarakat primitif dan moden. Mengkaji pelbagai institusi sosial yang merangkumi aspek
politik dan ekonomi, dan perkaitan institusi sosial tersebut dan kesannya terhadap masyarakat.
Malah Ibnu Khaldun juga telah memperkenalkan beberapa konsep penting sosiologi seperti:

• Perbandingan desa dan kota;


• Assabiyah atau solidariti sosial; dan
• Perubahan sosial, politik, ekonomi dan sejarah.

Ibnu Khaldun adalah seorang pelopor kajian masyarakat. Beliau sering


memperjuangkan hak masyarakat, menurut beliau kedudukan masyarakat dalam institusi
sosial perlu dihargai dan dipelihara, kesejahteraan masyarakat perlu diutamakan dan beliau
tidak menolak kewujudan kelas sosial tetapi menolak ketidakadilan dalam kelas tersebut.

2
20 Perbezaan Pandangan Ibnu Khaldun dan Tokoh Barat mengenai Masyarakat.
Secara umumnya, Ibnu Khaldun adalah pelopor kepada kajian sosiologi sebelum ia
berkembang di barat. Asasnya Ibnu Khaldun memperjuangkan keadilan dalam masyarakat.
Beliau menentang perubahan institusi sosial secara revolusi, beliau mahukan masyarakat
berubah secara reformasi sosial.

Jadual berikut menjelaskan perbezaan pandangan Ahli Falsafah barat Auguste Comte
dan Ibu Khaldun mengenai masyarakat.
Auguste • Mengutarakan kajian Ibnu • Kajian juga secara
Comte (AC) terhadap masyarakat Khaldun sistematik dan
(1798 -1857) secara sistematik dan (IK) saintifik tetapi
saintifik. (1332- mengkaji masyarakat
1406) berpandukan unsur
ketuhanan.

Huraian:
Secara umumnya, perbezaan kajian AC dengan IK adalah tidak jelas tetapi IK lebih
memfokuskan kajian berasaskan konsep ketuhanan sedangkan AC lebih berpandukan saintifik
semata-mata dan lebih kepada andaian logikal. Walaubagaimanapun kedua-duanya membuat
kajian mengenai masyarakat secara sistematik dan saintifik.
• Menyatakan • Menyatakan bahawa
masyarakat perubahan sosial
berkembang melalui dalam masyarakat
proses evolusi yang adalah interaksi
berperingkat dalam sosial yang meliputi
karya “Law of the ekonomi, politik
Three Stages” dan sejarah dalam
karya“Mukadimah”
Huraian:
AC menjelaskan bahawa masyarakat berkembang melalui evolusi yang melalui peringkat-
peringkat berikut iaitu peringkat teologikal, metafizikal dan positif. Namun evolusi ini telah
memisahkan agama dengan kehidupan. Wujudnya fahaman dalam masyarakat yang berbentuk
sekular. IK mengutarakan interaksi sosial dalam masyarakat yang meliputi aspek ekonomi,
politik, sejarah dan sosial itu sendiri. Mementingkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat
dalam institusi sosial.

3
• Mengkaji • Mengkaji
masyarakat hanya masyarakat melalui
dalam bentuk interaksi mikro dan
makro. makro.
Huraian:
Umumnya, AC melihat dan mengkaji masyarakat dalam ruang lingkup yang besar atau makro
sahaja. Pada pendapat AC apa yang lebih penting adalah perubahan intelektual bukanya
revolusi politik atau revolusi sosial. IK melihat masyarakat melalui mementingkan interaksi
sosial. IK berpendapat interaksi yang baik dalam institusi sosial akan mengelakkan
masyarakat hidup dalam ketidakadilan.

2.1 Persamaan Pandangan Ibnu Khaldun dan Tokoh Barat mengenai Masyarakat
Kajian masyarakat yang dipelopori oleh Ibnu Khaldun dan Tokoh Barat sebenarnya adalah
kajian mengenai masyarakat. Walau apa jua, teori yang dikemukakan oleh barat pada asasnya
teori tersebut menyentuh mengenai peranan masyarakat dalam mewarnakan institusi sosial
dalam masyarakat.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008), menjelaskan bahawa
selain daripada Ibnu Khaldun dan Auguste Comte, Karl Marx (1818-1883) juga adalah ahli
falsafah yang hadir untuk mengkaji mengenai hubungan masyarakat yang menyatakan bahawa
perubahan masyarakat bukanlah disebabkan oleh perubahan sosial tetapi pengaruh ekonomi.
Beliau menyatakan bahawa ekonomi adalah penentu utama dalam pembentukan dan
perkembangan struktur sosial

Kesimpulannya, walau apa jua kajian yang diutarakan, kajian masyarakat


haruslah berpandukan kepada perkara yang maujud. Kepercayaan kepada konsep ketuhanan,
penghormatan terhadap masyarakat dan tidak memisahkan agama dengan kehidupan.
Masyarakat yang kukuh adalah masyarakat yang tahu membezakan kehendak sosial yang baik
dan membentuk struktur sosial tanpa mewujudkan ketidakadilan.

Bibliografi

4
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong
Malim: Quantum Books.

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books.

BAB 4
PENDIDIKAN DAN SEKOLAH
Aktiviti 4.3
Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimanakah penyelesaiannya?

1.0 Pengenalan
5
Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru
ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang
mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini. Selepas kajian secara
ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menunjukkan
lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah
balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

“Keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan


memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah
mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa
Melayu sebagai hubungan antara kaum. PPSMI sebenarnya adalah satu
kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya (UM) contohnya telah melahirkan
ramai pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa
Melayu. Saya tak dapat membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-
pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

… Profesor Diraja Ungku Aziz, 2009

Melalui pendapat Tokoh Akademik Profesor Diraja Ungku Aziz ini, pemansuhan
PPSMI adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di
negara ini. Melalui pendapat beliau juga kesan dan implikasi PPSMI terhadap sosial politik
negara ini juga harus dikaji. Tujuannya adalah satu iaitu bagi mengukuhkan perpaduan
masyarakat perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan oleh semua warganegara
tanpa perlu berkonflik apa, mengapa, bagaimana dan kenapa PPSMI perlu diteruskan.

20 Mengapakah PPSMI menimbulkan konflik?


Melalui gagasan dan cadangan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.
Mahathir bin Mohammad, memikirkan bahawa pelajar-pelajar disekolah-sekolah perlu
diberikan perhatian serius mengenai penggunaan bahasa Inggeris. Beliau berpendapat bahawa
tahap penguasaan bahasa Inggeris amat rendah dikalangan pelajar-pelajar sekolah masa kini.
Maka wujudlah PPSMI sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah ini. Namun, PPSMI
telah menimbulkan pelbagai konflik yang menjejaskan perlaksanaannya secara telus dan
sistematik.
6
Menurut pendapat pakar dan pejuang bahasa Profesor Dr. Nik Safiah Karim (2008),
berpendapat wujud tiga kesan utama sekiranya PPSMI ini terus dilaksanakan. Beliau
menjelaskan konflik-konflik yang wujud adalah seperti berikut:

i) Pertama, dasar ini menganaktirikan rakyat yang berpendapatan rendah terutama


yang tinggal di luar Bandar yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak
mengikuti kelas tuisyen bagi mengatasi kelemahan mereka dalam subjek Sains dan
Matematik akibat diajar dalam Bahasa Inggeris;

ii) Kedua, menurutnya ialah PPSMI ini dijalankan dengan tidak ada alasan yang
kukuh dan kajian yang terperinci. UNESCO sendiri telah menjalankan kajian
tentang penggunaan bahasa untuk subjek teras dan penting seperti Sains dan
Matematik. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa subjek-subjek ini lebih berkesan
dan mudah difahami oleh pelajar jika ianya diajar dalam bahasa ibunda;

iii) Ketiga, beliau juga menegaskan bahawa dasar PPSMI juga tidak betul kerana
alasannya pelaksanaannya tidak jelas. Pelaksanaannya adalah hasil kerisauan
pimpinan Negara yang takut anak-anak mereka tidak mahir berbahasa Inggeris.
Jadi bagi mengatasi masalah itu PPSMI dilaksanakan. Beliau memetik kata Tan Sri
Ainuddin Wahid, bahawa “Pelaksanaan PPSMI ibarat seorang doktor yang tersalah
memberi ubat kepada pesakit, sehingga pesakit akhirnya semakin teruk sakitnya”.
Beliau secara jelas membuat kesimpulan bahawa penerusan PPSMI ini akan
menjadi punca Bahasa Melayu akan berkubur dan akan menjadi bahan pameran di
muzium.

Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron (2008), pula berpendapat, Dasar PPSMI
mengecilkan peratus dan bilangan pelajar Melayu yang cekap dalam Matematik dan Sains
untuk pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Menurut beliau, strategi
pembangunan modal insan melalui dasar PPSMI adalah strategi yang salah untuk membina
keupayaan modal insan sains dan teknologi anak bangsa. PPSMI akan menjadi punca
membantutkan keupayaan ekonomi mereka dan perkembangan ekonomi seterusnya.

Ini akan melebar jurang antara kaum dan kelas sosioekonomi dan boleh menjejaskan
kestabilan Negara. Strategi yang munasabah dan realistik untuk menyediakan pendidikan
7
berkualiti dan bermakna bagi pelajar kita ialah kembali semula kepada dasar mengajar
Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu kerana hasil Kajian TIMSS 1999 dan 2003
membuktikan prestasi pelajar kita dalam Matematik dan Sains dalam kohort yang diajar dalam
bahasa Melayu itu tinggi.

Menurutnya, kohort yang diajar dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 2007 itu prestasi ujian
Matematik dan Sains TIMSS 2007 mereka merosot dengan ketara, kerana kebanyakan mereka
sukar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Beliau juga menjelaskan,
pelaksanaan dasar kembali mengguna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik tidaklah
sesukar seperti yang cuba digemburkan. Melalui pendapat, kajian dan dapatan di atas
menunjukkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep,
ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah dan menengah (seperti yang
diharapkan dalam siaran akhbar YB Menteri Pelajaran Julai 2002) tidak tercapai.

Kesan PPSMI pada dasarnya adalah negatif, impak positif pengajaran Sains dan
Matematik (PPSMI) untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Bahasa Inggeris pelajar
(seperti yang diharapkan oleh YB Menteri Pelajaran dalam siaran akhbarnya Julai 2002) juga
adalah sedikit saja. Jurang pencapaian pelajar luar Bandar semakin besar selepas PPSMI
dilaksanakan.

30 Penyelesaian konflik PPSMI


Pengumuman yang telah diberikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB. Tan Sri Muhyidin
Yassin mengenai PPSMI yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 telah
melegakan banyak pihak terutamanya para guru sains dan matematik. Penyelesaian kepada
masalah penguasaan bahasa Inggeris bukan hanya terletak kepada perlaksanaan PPSMI tetapi
perlulah memikirkan segala aspek pengajaran dan pembelajaran.

Satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA)


mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan
kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta.
8
Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI
selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa. PEMBINA
mencadangkan konflik PPSMI ini boleh diatasi melalui:

a) Pihak sekolah perlu mempunyai guru sains dan matematik yang terlatih dan benar-
benar mampu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium lengkap untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran (P & P). Kegagalan guru-guru menguasai bahasa Inggeris
mewujudkan pencemaran bahasa seperti bahasa rojak. Maka matlamat PPSMI tidak mungkin
akan tercapai sekiranya guru tidak mahir berbahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI.

b) Guru yang telah diamanahkan untuk melaksanakan PPSMI perlu lebih telus dan jujur
dalam melaksanakan P & P. Kajian yang dijalankan oleh PEMBINA mendapati kegagalan
guru menguasai bahasa Inggeris telah mewujudkan jurang yang besar di antara pelajar di
bandar dan luar Bandar dari aspek pencapaian dalam sains dan matematik. Oleh itu,
penguasaan bahasa Inggeris perlu mengambilkira kepakaran guru secara keseluruhannya
bukan hanya terletak pada guru sains dan matematik semata-mata. Fokus sebenar yang harus
diberikan ialah menyediakan guru bahasa Inggeris yang berkualiti bukannya dasar PPSMI.

c) Kajian yang lebih terperinci harus dijalankan terlebih dahulu untuk mencari punca
mengapa pelajar tidak mampu menguasai bahasa Inggeris. Pencapaian pelajar terdahulu
sebelum PPSMI dilaksanakan adalah lebih baik berbanding selepas PPSMI dilaksanakan.
Kajian ini perlu meliputi aspek kemampuan pelajar itu sendiri, faktor ekonomi keluarga,
ketersediaan para guru dan sekolah dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan.
4.0 Rumusan
Dasar PPSMI sebenarnya adalah bersifat murni, namun kegagalan dalam melaksanakan
PPSMI mengikut acuan yang sebenar telah mewujudkan konflik yang berterusan kepada
pelajar, guru dan sekolah. Kita tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan
menguasai bahasa itu, tetapi memerlukan penghayatan dan penghormatan berterusan terhadap
bahasa itu sendiri. Penguasaan bahasa asing perlu, tetapi ia perlu seiring dengan kemajuan
bahasa Ibunda tanpa wujud peminggiran bahasa dan mengagungkan bahasa asing.

Perkembangan pendidikan, globalisasi dan liberalisasi hendaklah dilihat sebagai satu


peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal
disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu. Oleh itu, PPSMI perlu diteliti
9
dari segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai
nilai yang simbolik bak kata pepatah “tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas”. Lihatlah
contohnya negara Jepun, Perancis, China masih mampu maju dan megah melalui bahasa
Ibunda. Kita lebih memikirkan untuk menguasai bahasa Inggeris dari memikirkan mengapa
bahasa Melayu tidak menjadi seperti bahasa Inggeris?

Kita perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia melalui
pendidikan. Ini merupakan satu tugas berat bagi diri kita sendiri, mahupun pengiat bahasa dan
masyarakat melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis
meningkatkan nilai bahasa Melayu melalui PPSMI. Dasar PPSMI sebenarnya dasar yang bijak
tetapi adakah semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPSMI itu bijak
melaksanakannya? Bak kata pepatah “tepuk dada, tanya selera” kerana sesuatu agenda itu
perlu telus dilaksanakan kerana konflik itu sebenarnya bukan mudah untuk dilenyapkan.

Bibliografi
Ishak Harun. (2008). Kesan PPSMI Terhadap Prestasi Mata Pelajaran Matematik dan Sains
di Sekolah Rendah dan Menengah 2008. Tanjong Malim:UPSI.
Nik Safiah Karim. (2008). Rakyat mesti sokong GMP mansuhkan PPSMI. Teks ucapan
“roadshows” GMP 2009.
Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional. (2008). PPSMI kenapa perlu dimansuhkan?
http://www.scribd.com/ppsmi/kesan/pdf (6 Ogos. 2009)

Ungku Aziz. (2009). PPSMI satu kesilapan. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Sdn. Bhd
BAB 6
PERSEKOLAHAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aktiviti 6.2
Bincangkan mengapa entnik India dan Cina pada zaman Inggeris memilih sekolah aliran
masing-masing.

10 Latar belakang pendidikan


Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan
tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada
ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang
baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal
dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

10
Menurut Ee Ah Meng (1998), Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem
pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di
pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem
pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan
di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar
pendidikan Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah
iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan
vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada
pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar
melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan
perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan.

Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu
garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak
menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan untuk meningkatkan kemahiran dan
kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan
di bawah dasar kebajikan. Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak
mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial
yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang
secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur-
unsur kebangsaan di kalangan rakyat.

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu,
Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat
Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang
ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal
mereka.

11
2.0 Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan
oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an
se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.

Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam
pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina
mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru
juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M
iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah,
Kraftangan dan pengetahuan am (Ee Ah Meng, 1998).

Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris
tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula
memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah
diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal
aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima
bantuan kewangan daripada kerajaan.
Pada amnya, guru-guru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas
perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran
Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara
anak-anak Melayu dan Cina.

3.0 Pendidikan Tamil


Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum
keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan
dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak
memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah-
sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari
segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi (Ee Ah Meng, 1998).

12
Menurut Asmah Omar (1992), menyatakan Sekolah etnik India adalah tidak berfungsi
dan bersifat “cul- de- suc” iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah
menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu
rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan
ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian
juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di
sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru
serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India.

Kurikulumnyanya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca,


mengira dan menulis karangan, ilmu alam dan kebersihan diri. Sebelum perang dunia kedua,
program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah
Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar
pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus
menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu,
Cina,dan India.

4.0 Rumusan
Sebagai rumusan, etnik India dan Cina memilih aliran sekolah masing-masing kerana
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

i) Dasar “Pecah & Perintah”


Dasar ini telah memisahkan lokasi pendidikan etnik Cina dan India. Iaitu pusat pendidikan
etnik Cina ditempatkan dikawasan bandar atau pekan-pekan kecil. Sementara etnik India di
ladang-ladang. Pada peringkat awal pendidikan zaman Inggeris para pendidik adalah terdiri
daripada etnik sendiri. Keadaan ini menyebabkan etnik Cina dan India lebih tertumpu kepada
sekolah aliran masing-masing.

ii) Pengisian Kurikulum


Pada zaman Inggeris, pihak Inggeris tidak mencampuri urusan pendidikan etnik Cina dan
India. Kurikulum awal yang memfokuskan kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
adalah disediakan oleh etnik masing-masing tanpa campurtangan pihak Inggeris. Etnik India
menerima pendidikan daripada guru-guru yang terdiri daripada kerani estet, berbanding
13
dengan etnik Cina yang menerima pendidikan daripada guru-guru yang dibawa masuk dari
negara China. Kurikulum ini juga banyak mempengaruhi etnik India dan Cina untuk
menerima pendidikan daripada sekolah aliran masing-masing.

iii) Perbezaan Fahaman dalam Pendidikan


Pendidikan Zaman Inggeris lebih bersifat vernakular.. Iaitu tiada istilah “pendidikan untuk
semua”. Setiap etnik menerima pendidikan hanya berkisar dengan etnik itu sendiri. Tiada
kurikulum yang seragam. Etnik Cina mengikut ajaran pengetahuan klasik confusius, etnik
India lebih banyak bergantung kepada kepakaran dan kemampuan kerani-kerani estet tanpa
merujuk kepada kurikulum khusus dan etnik Melayu menerima pendidikan atau belajar
mengenai agama dan adat. Perbezaan fahaman ini juga mempengaruhi etnik Cina dan India
menerima didikan di kawasan masing-masing kerana tiada campurtangan Inggeris.

Bibliografi
Asmah Omar. (1992). Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ee Ah Meng. (1998). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
BAB 7
GURU, SEKOLAH DAN KOMUNITI

Aktiviti 7.1
Dapatkan kod etika perguruan di Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

a) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
professionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.

b) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan

c) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

d) Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi


semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
14
e) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

f) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah
laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

g) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

h) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan


membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan rohani.

i) Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

j) Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

k) Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.

l) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna.

m) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.

n) Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ 'role model'
kepada muridnya

o) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.

p) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.

15
q) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.

r) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

s) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

t) Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.

u) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya


untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

10 Pengenalan

Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etikajuga boleh di
definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan
tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etikadalam erti kata lain adalah mematuhi
nilai moral.

Menurut Wan Liz Ozman (2000), etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-
undang) yang bertujuan untuk mengatur dan member panduan tingkahlaku kepada individu,
kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Etika keprofesionalan
(kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang
mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan
setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamatsasarannya. Contohnya Kod etika dalam
bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dansebagainya.

20 Tanggungjawab Utama Guru


Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut tercapai
para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi kod etika
perguruan yang telah ditetapkan. Menurut Amin (2008), Kod etika perguruan boleh
16
dirumuskan kepada empat perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar,
tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

A. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.

ii. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

iii. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.

iv. Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

v. Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat


memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan,


lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.

B. Tanggungjawab Terhadap ibu bapa

i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka

ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.

iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya
kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

C. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

17
i. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan rukun
negara.

ii. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

iii. Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala


tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

iv. Memberi sumbangan yang cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudayaan
dan kecendiakawanan masyarakat.

v. Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.

D. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seoarang guru.

ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.

iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.

iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan

v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

vi. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

30 Interpretasi Etika Guru

"The mediocre teacher tells. the good teacher explains.The superior teacher
demonstrate. the great teacher inspires."

William A. Ward

Kata-kata diatas mengambarkan betapa pentingnya seorang guru dalam mendidik pelajar
kearah insan madani yang unggul. Namun persoalannya benarkah guru itu menjadi sumber
18
inspirasi?. Pada masa kini, hebat diperkatakan tentang salah laku guru dan etika guru yang
tidak mengambarkan guru itu seorang guru. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan
keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu
menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang
sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.

Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai
penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan
pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan
kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula
mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi,
bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang
kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Malangnya
kebanyakan guru pada masa kini hanya melakukan tanggungjawab sekadar melepaskan batuk
di tangga.

Prinsip utamanya seorang guru yang perkasa mesti faham bahwa tugas 'mengajar dan
mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar guru mestilah
dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang, membasmi dan
mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan
akibat tidak berilmu pengetahuan) dan kerja mengajar pula (tanpa sebarang muslihat dan
tipuhelah) sebagai suatu ibadah. Hakikatnya, seramai mana guru yang betul-betul memahami
tanggungjawabnya sebagai seorang guru dan adakah guru masih menjadikan kod etika
perguruan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas seharian.

Oleh itu, etika seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan
situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru
ini dikelaskan sebagai:
• Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
• Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
• Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
• Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
• Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran

19
Seorang guru yang perkasa tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia
menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan
ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.
Tugas murni lagi mulia, sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejala-gejala
buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalan pendidikan yang
dipikul pada hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalaman berguna bagi kegunaan
masa hadapan anak-anak didik dan bangsa, akan menyebabkan adanya individu yang ingin
maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak pun berupaya menggunakan peranan
mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuhi citarasa bangsa dan negaranya. Kegagalan ini
juga nanti menghasilkan individu atau guru yang tidak beretika yang menjalankan sekerja
separuh hati, atau sekadar makan gaji.
4.0 Cadangan
Oleh itu, selaku guru-guru kita sewajarnya menyedari betapa pentingnya melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh beretika dan oleh kerana itu juga amat penting diingat bahawa
apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak buat akan mencerminkan siapa diri kita
sebenarnya.
Dalam banyak senario kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana guru yang dikatakan
seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif
seperti datangnya awal baliknya lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun
berhadapan dengan segelintir murid yang lemah, lambat dan dengan berbagai karenah, guru
yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari atau petang ia tidak
membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas.
Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan
perbuatan kita, kita sangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah kita sahaja,
malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya
perangai diri sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu ammarah kita sehingga kita tidak
mampu lagi mengenal atau membezakan mana kaca mana intan, mana emas sepuluh mana
emas sepuh.

Bibliografi

Amin Senin (2008). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan
Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd..

20
BAB 8
INTERAKSI SEKOLAH DAN LATAR MASYARAKAT

Aktiviti 8.3
Refleksi:
Ingat tingkah laku devian yang anda pernah lakukan?
Mengapa anda melakukannya?
Apakah akibat tingkah laku devian anda itu?
Pada fikiran anda, apakah pandangan orang lain terhadap anda?

10 Definisi
Merujuk kepada Kamus Longman, (1998)

i) Deviant - deviant behaviour, especially sexual behaviour, is considered to be


strange and morally unacceptable;
ii) Delinquent - someone especially a young person who breaks the law or behaves in
ways their society does not approve;

Menurut Amir Hasan Dawi (2002), devian membawa maksud kelakuan yang
menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam
status sosial, ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-
norma yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan morally binding bagi orang
menduduki status yang berlainan. Beliau juga menyatakan bahawa devian juga adalah
berkaitan dengan kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang
dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial.

21
Dari sudut sekolah devian boleh dikaitkan dengan disiplin. Disiplin adalah merujuk
kepada kebiasaan yang diamalkan dalam mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu,
adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar
peraturan sekolah. Jelasnya disini, disiplin merupakan garis panduan manakala devian
merupakan sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini.

20 Refleksi
2.1 Tingkahlaku devian yang pernah saya lakukan.
Pada hakikatnya, saya boleh katakan pada diri sendiri saya seorang yang baik tetapi saya
menjadi mangsa keadaan kerana kecetekan didikan mengenai yang mana betul dan salah. Jika
saya renungkan tingkah laku devian yang pernah saya lakukan tanpa disengajakan ialah
apabila saya disabitkan kesalahan berjudi ketika mengikuti “Program Anak Angkat Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD), di Kem Gua Permai Ipoh, pada tahun 1989 ketika saya
berumur 11 tahun dan berada di darjah 5.

Pada masa tersebut saya masih belum begitu faham apa yang dimaksudkan dengan
“berjudi”. Pada ketika mengikuti program tersebut saya telah dicabar oleh salah seorang
peserta di kem tersebut untuk bermain Carom tetapi dengan pertaruhan wang berjumlah
RM5.00. Di ringkaskan cerita saya menang, dan Berjaya mendapat hadiah kemenangan
RM20.00. Pada masa tersebut, saya langsung tidak memahami wang itu sebagai berjudi dan
saya anggap ia sebagai satu kejayaan.

Oleh kerana saya tidak menganggap itu adalah kesalahan. Maka saya terus lupakan
perkara tersebut dan gembira kerana dapat mengalahkan pelajar sekolah lain dalam
perlawanan carom tersebut. Wang kemenangan tersebut saya gunakan untuk diraikan dengan
kawan-kawan. Ketika diraikan pelajar yang membuat laporan bahawa saya berjudi juga sama-
sama dengan saya meraikan kejayaan tersebut.

2.2 Mengapa saya melakukannya?


Sejujurnya, saya akui saya memang tidak memahami konsep pertandingan sekadar “suka-
suka” itu sebagai satu perjudian, setahu saya pada masa tersebut perjudian hanya melibatkan

22
daun terup. Mungkin saya kekurangan didikan tentang perkara itu atau saya tidak mempunyai
maklumat mengenai apa itu jenis-jenis kesalahan yang disabitkan perjudian.

Secara umumnya, mengapa saya melakukan perkara tersebut mungkin kerana sebab-
sebab berikut:

i) Saya seorang yang kurang bijak pada masa tersebut, dan tidak mendapat didikan
agama yang secukupnya untuk mengetahui yang saya lakukan itu perjudian;
ii) Saya tercabar dengan cabaran pelajar sekolah lain yang sama-sama mengikuti
program tersebut. Iaitu wujud tekanan untuk membuktikan yang saya boleh
menang dalam perlawanan Carom tersebut;

iii) Desakan daripada kawan-kawan atau rakan sebaya yang menyuruh saya menyahut
cabaran. Kawan-kawan memberikan sokongan padu, tetapi tiada seorang pun daripada
kawan-kawan saya yang memberitahu saya bahawa apa yang akan saya lakukan ini
salah disisi agama.

2.3 Akibat daripada tingkahlaku devian yang saya lakukan.


Secara umumnya, wujud tiga kesan atau akibat daripada tingkahlaku devian yang saya
lakukan iaitu:

i) Saya telah dirotan sebanyak tiga kali dipinggul akibat daripada saya dituduh berjudi di
program tersebut;

ii) Saya telah didenda menyiram pasu bunga disekeliling sekolah sehingga waktu @ sesi
persekolahan tamat;

iii) Saya menjadi bahan ejekan kawan-kawan, guru-guru memandang serong dengan saya
dan saya telah dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah.

2.4 Pandangan orang lain terhadap saya.


Pada masa nama saya dipanggil ke pejabat oleh guru disiplin saya tidak tahu apa kesalahan
saya. Kawan-kawan semua berbisik sesama sendiri kenapa saya dipanggil ke bilik disiplin.
Namun pandangan orang lain terhadap saya, sukar untuk saya nyatakan tetapi kesan dari
peristiwa itu. Saya masih lagi diterima oleh kawan-kawan kerana saya sudah menjelaskan

23
keadaan sebenar saya memang tidak mengetahui yang saya terlibat dengan perjudian. Saya
menerangkan pada kawan-kawan saya bahawa saya tidak bersalah.

Walaubagaimanapun, saya sering kali menjadi bahan kutukan umpatan guru ketika
adanya sesi pengajaran. Sehinggakan ada guru yang sanggup tidak mahu saya turut serta
dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan akademik. Saya dihalang untuk menyertai
kumpulan bijak pandai. Guru selalu berpesan pada pelajar-pelajar lain agar tidak menjadi
seperti saya. Namun saya terima semua perkara tersebut secara normal kerana saya yakin saya
melakukan tingkah laku devian tersebut bukan kerana ingin berjudi tetapi ingin menang.

Namun demikian, saya bersyukur kerana selepas peristiwa itu saya menjadi pelajar
yang tahu menghargai diri sendiri. Dalam masa yang sama saya menjadi lebih
bertanggungjawab dengan ibu-bapa dan saya amat berhati-hati dengan sesiapa yang ingin
menjadi kawan saya ketika itu. Ibu saya adalah orang yang amat memahami diri saya ketika
itu, kerana menurutnya saya sebenarnya adalah anak yang baik. Dan peristiwa itu juga
menjadi titik tolak untuk saya bergelar pemidato, pemantun, ahli sukan dan pelajar yang
cemerlang dalam bidang kokurikulum ketika berada di alam persekolahan.

Bibliografi
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum
Books.
Kamus Longman. 1998. Dictionary of Contemporary English. New Jersey: Prentice Hall
Regents.

24

You might also like