Professional Documents
Culture Documents
Tu Dil Mein To Aata Hai Samajh Mein Nahin Aata,
Bas Jaan Gaya Main Teri Pehchan Yehi Hai
Dikau datang pada hati tetapi tidak datang pada pemahaman,
Cukup sudah ku ketahui tentangMu bahawa inilah pengenalan.
180
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
MENZAHIRKAN KECINTAAN MAHABBAT TERHADAP PARA ULAMA
DAN PARA THULABA
Pada sebahagian tempat dalam Maktub kelapan ini, Hadhrat Imam Rabbani Quddisa
Sirruhu telah membenarkan Ulum dan Maarif Tawhid Syuhudi dan juga mentsabitkan
secara Kasyaf berkenaan cahaya Nuraniyyat dan kebenaran Haqqaniyyat pegangan-pegangan
Aqaid dan pandangan pendapat Ulama Ahli Sunnat yang bertakluk dengan Zat dan Shifat
Allah Taala. Pada silsilah perhubungan ini beliau telah menzahirkan Mahabbat kecintaannya
terhadap Para Ulama dan Para Thulaba Penuntut Ahli Sunnat, bahawa beliau telah
mengharapkan yang beliau juga dapat termasuk dalam kelompok golongan Para Ulama dan
Thulaba ini. Beliau turut melapurkan bahawa dirinya sedang melakukan ulangkaji bersama-
sama seorang penuntut ilmu pada sebuah kitab Usul Fiqh yang masyhur berjudul Talwih
yang telah dikarang oleh Hadhrat Allamah Taftazani dan dipelajari oleh sekalian para
pengajar di Madrasah. Ulangkaji dan perbahasan yang dilakukan adalah pada Muqaddimat
Arbaah yakni empat pendahuluan yang merupakan bahagian paling sukar untuk difahami
daripada kitab tersebut. Di samping itu beliau juga turut melakukan ulangkaji dan perbahasan
dengan cara yang sama pada sebuah kitab Fiqah Hanafi yang muktabar berjudul Hidayah.
Dari segala keterangan beliau dapatlah diketahui yang beliau dengan menerusi Dalail
Syariyyah dan sinaran Kasyfiyyah mengetahui bahawa pegangan Itiqadat Para Ulama Ahli
Sunnat adalah berdasarkan yang Haqq dan benar, dan beliau menetapkan bahawa meletakkan
diri dalam kelompok mereka adalah perantaraan untuk keselamatan sebagaimana yang beliau
telah huraikan.
MAARIF TAWHID SYUHUDI
Seterusnya beliau telah menjelaskan yang dirinya mengetahui bahawa Haqq
Subhanahu Wa Taala bukanlah Ain bagi Alam, tidak tercantum dengan Alam dan tidak
terpisah daripada Alam, dan tidak bersama Alam, dan tidak berpisah dari Alam, dan tidak
Muhith meliputi Alam dan tidak Sari terserap dalam Alam yakni tiada sebarang Nisbat antara
yang Mumkin dengan yang Wajib melainkan sebagai makhluk dan sebagai Dalalat ke atas
Asma, Shifat, Syuyunat dan Kamalat Haqq Taala. Dan maksud Ihathah keliputan dan
Maiyyat kebesertaan hanyalah pada iktibar Ilmu bahawa ilmu pengetahuan Allah Taala
adalah meliputi sekalian KainatNya dan Maiyyat kebesertaanNya secara Ilmi dengan Kainat.
Makhluk bukanlah Ittihad bersatu dengan Khaliq, bukan Ittishal bercantum dan bukan
Infishal berpisah dengan Khaliq dan bukan Ainiyyat bagi Khaliq dan bukan Maiyyat Zati
yakni kebesertaan pada Zat dan bukan Sarayat terserap dalam Zat bahkan Zat Haqq adalah
Basith Haqiqi dan Nisbat perhubunganNya dengan Makhluq adalah pada Nuqtah Daerah
Mawhumah yakni titik daerah yang diwahamkan yang Nisbatnya adalah seperti dengan
sesuatu alat yakni jika hujung sebatang tongkat dibakarkan dengan api maka ia akan dapat
menerangi dalam kegelapan malam lalu orang yang terlihat dari jauh melihat api itu dalam
keadaan bentuk suatu daerah, sedangkan ianya bukanlah daerah api, hanya pada satu hujung
tongkat sahaja yang terdapat api dan ia tidak bersatu dalam daerah api, tidak tercantum dan
tidak terpisah dengan daerah api itu. Begitulah juga, Makhluq adalah suatu Daerah
Mawhumah yang tidak Ittihad bersatu, tidak Muttashil bercantum dan tidak Munfashil
berpisah dengan Zat Bari Taala.
181
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Begitulah juga dengan segala Zat-zat, Shifat-shifat dan Afal perbuatan Makhluq telah
diketahuinya sebagai Makhluq Allah Taala, dan Shifat-shifat Makhluq bukanlah sebagai
Shifat-shifat Haqq Taala, dan Afal perbuatan Makhluq bukanlah Afal perbuatan Allah Taala
bahkan pada Afal perbuatan Makhluq terdapat kesan-kesan Qudrat Haqq Allah Taala
sebagaimana Mazhab yang diikuti oleh Para Ulama Mutakallimin Ahli Sunnat.
Dalam Maarif beliau yang dinyatakan, beliau telah mengesahkan Maslak yang
ditempuhi oleh Para Mutakallimin Ahli Sunnat dan menolak fahaman Firqah Jabariyyah,
Qadariyyah, Mutazilah dan yang seumpamanya. Demi kepentingan masaalah ini maka
penjelasan secara Tafshil akan diberikan.
TAHQIQ PERMASALAHAN QADHA DAN QADAR
Bahawa orang-orang terdahulu yang berada dalam berbagai-bagai Agama dan Mazhab
juga telah mengalami perselisihan dan perdebatan dalam permasalahan Qadha dan Qadar.
Ketika zaman Kerasulan Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga permasalahan
ini telah diperbahaskan. Setelah kewafatan Baginda Shallallahu Alaihi Wasallam, perselisihan
pendapat berkenaan masalah telah menjadi semakin lebar sehinggakan pada zaman Khilafat
Hadhrat Ali Radhiyallahu Anhu permasalahan ini telah diperbincangkan dan diperdebatkan.
Terdapat sebahagian orang yang Taslim menyerahkan ketetapan peraturan Qadha dan
Qadar dan terdapat sebahagian lain yang mengingkarinya sehingga mewujudkan berbagai-
bagai kelompok yang berbeza-beza. Masalah-masalah yang diperselisihkan pada ketika
zaman tersebut secara khasnya adalah berkenaan Ikhtiyar dan Jabar keterpaksaan yang telah
diberikan perhatian utama. Antara perkara yang telah diputuskan adalah seperti berikut:
1. Para Ulama Mutakallimin telah mengatakan bahawa Qudrat Haqq Allah Taala yang
memberikan kesan-kesan pada Afal Ikhtiyariyyah Hamba.
2. Jumhur Mutazilah telah menganggap Qudrat Hamba dapat memberikan kesan-kesan.
3. Menurut sebahagian yang lain menganggap bahawa kedua-dua Qudrat kekuatan Haqq
Allah Taala dan Qudrat keupayaan Hamba adalah dapat memberikan kesan-kesan.
FIRQAH QADARIYYAH
Firqah Qadariyyah menganggap bahawa Hamba adalah pencipta bagi segala Afal
pebuatannya dan mengatakan bahawa Insan melakukan semua pekerjaan dengan Iradah
kehendaknya dan Ikhtiyar pilihannya. Tuhan tiada sebarang takluk di sini. Aqidah ini adalah
apa yang menjadi persamaan Firqah Qadariyyah dan Mutazilah. Firqah Qadariyyah pada
asalnya adalah golongan yang mengingkari Taqdir, seperti yang dinyatakan dalam Hadits,
_ `, ` - ` , . ` . , ,,' , 288 _ 2 - , . 10 , . 22 ,
Qadariyyah adalah Majusi bagi Ummat ini.
Kerana pegangan Aqaid golongan Qadariyyah adalah hampir menyamai pemikiran dan
pandangan golongan Majusi. Golongan Majusi menisbatkan Khair kebaikan kepada Tuhan
manakala Syarr kejahatan dinisbatkan kepada Syaitan. Golongan Qadariyyah juga turut
mengatakan bahawa Taqdir dan sebagainya adalah tiada bahkan Ilmu pengetahuan Allah
tentang urusan-urusan dan penciptaan baharu hanya ada ketikamana apabila urusan dan
perkara itu berlaku. Semoga Allah Taala melindungi kita. Wal-Iyadzu Billahi Taala.
182
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
PENGASAS QADARIYYAH
Kebanyakan Para Muarrikhin Sejarahwan berpendapat bahawa dasar asas pandangan-
pandangan Qadariyyah telah diletakkan oleh seorang Nasrani, kemudian Mabad Juhani dan
Ghilan Damsyiqi telah mengambil Aqidah ini daripada Nasrani tersebut. Mabad Juhani telah
menyebarkan fahaman ini di Iraq manakala Ghilan telah menyebarkannya di sekitar Damsyiq.
Akhirnya, Hajaj telah menghukum bunuh ke atas Mabad Juhani dan Khalifah Hisyam pula
telah menghukum bunuh Ghilan Damsyiqi namun fitnah ini telah berleluasa penyebarannya
sehingga sampai ke suatu tempoh masa yang panjang.
FIRQAH JABARIYYAH
Firqah Jabariyyah berpegang dengan Aqidah Majbur Mahadhz yakni berkeadaan
terpaksa semata-mata dan pada perlakuan Afal perbuatan Hamba adalah tanpa Ikhtiyar dan
menganggap sebagai Jamad Mahadhz yakni seperti batu yang tanpa sebarang Ikhtiyar pilihan.
Sebahagian Para Ulama mengatakan bahawa Aqidah Jabariyyah adalah terbit daripada
pemikiran Yahudi. Aqidah ini mula tampil ketika zaman Para Shahabat Ridhwanullahi
Alaihim Ajmain dan semasa zaman pemerintahan Kekhalifahan Umawiyyah ia telah muncul
sebagai suatu pertimbangan Mazhab. Hadhrat Sayyidina Abdullah Ibni Abbas Radhiyallahu
Taala Anhuma dan Hadhrat Imam Hassan Bashri Radhiyallahu Anhu telah mengambil
langkah-langkah penting bagi menolak dan mencela Aqidah Jabariyyah ini.
PENGASAS JABARIYYAH
Pengasas pandangan Jabariyyah ini ialah Jaham Ibni Shafwan Khurasani yang berasal
dari Khurasan dan beliau telah menjadikan Khurasan sebagai markaz penyebaran fahaman
ini. Selain dari berpegang dengan Aqidah Jabariyyah, beliau juga beraqidah bahawa Al-
Quran adalah Makhluk, Kalam Tuhan adalah bukan Qadim sebaliknya Kalam Tuhan adalah
Hadits, pada Hari Qiyamat tiada sesiapa pun yang akan melihat Allah Taala, Syurga dan
Neraka adalah tidak Dawam berterusan dan tidak Baqa berkekalan sebaliknya akan Fana
mengalami kebinasaan. Khulud berkekalan bermaksud Thul Muddat yakni tempoh masa
yang panjang dan Buud Fana yakni kejauhan tempoh binasa dan sebagainya. Jaham Ibni
Shafwan telah dibunuh oleh Muslim Ibni Ahwaz Mazni semasa zaman akhir pemerintahan
Bani Marwan.
MASLAK AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH
Hadhrat Baginda Penghulu Alam Nabi Muhammad Rasulullah Alaihit-Tahiyyat Was-
Shalawat Wat-Taslimat telah menetapkan bahawa beriman atas ketetapan Taqdir adalah Wajib
namun di samping itu melarang untuk merenung dan memikirkan tentangnya, kerana dengan
memikirkan tentang Taqdir adakalanya akan mewajibkan kegelinciran Aqidah dan menuju
kesesatan. Dalam Hadits Jibril ada dinyatakan bahawa menyerahkan keputusan Taqdir yang
baik ataupun buruk adalah termasuk dalam Maqasid dan keperluan-keperluan Iman. Kedua-
dua kelompok Ahli Sunnat iaitu Asyairah dan Maturidiyyah adalah beriman sempurna
sepenuhnya atas ketentuan dan ketetapan Qadha dan Qadar. Mereka berpegang bahawa
segala Taqdir kebaikan atau Taqdir keburukan adalah daripada Allah Taala kerana Qadar
adalah membawa makna Ihdats mencipta sesuatu yang baharu dan Ijad menjadikan sesuatu
penciptaan. Selain dari Allah Taala tiada sesiapa yang boleh menjadi Muhdits dan Mujid.
183
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
KEKUFURAN AQAID JABARIYYAH DAN QADARIYYAH
Pengarang Kitab Tamhid, Hadhrat Abu Syakur Salimi Rahmatullah Alaih telah
menetapkan bahawa Mazhab Jabariyyah adalah Kufur kerana pada masalah Ikhtiyar Hamba
adalah tsabit keterangannya daripada Quran dan Hadits. Sebagaimana Allah telah berfirman
pada ayat 29 Surah Al-Kahfi:
_>l _ `>, _ !: _`l !: >l
Dan katakanlah, Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin
beriman hendaklah dia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah dia kafir.
Yakni sesiapa yang berkehendak, boleh berikhtiar memilih menjadi Mukmin dan
sesiapa yang berkehendak maka boleh meilih untuk menjadi Kafir. Dari keterangan ayat ini
secara jelas dapatlah diketahui bahawa terdapat Ikhtiyar pilihan pada Afal perbuatan
seseorang Hamba.
Fahaman Aqidah Qadariyyah pula yang menganggap Hamba sebagai Khaliq pencipta
bagi Afal perbuatannya adalah secara jelas bertentangan dengan Nushush yang jelas lantas
terlibat dengan kekufuran. Allah adalah Khaliq yang mencipta Afal perbuatan adalah tsabit
keterangannya pada ayat 96 Surah As-Shaffat,
< />1l> ! l-.
Dan Allahlah yang telah menciptakan kamu dan apa yang kamu sedang perbuatkan.
HAMBA ADALAH KASIB BAGI PERBUATANNYA BUKAN KHALIQ
Pada permasalahan ini Ahli Sunnat Wal Jamaat telah menolak Ifrath dan Tafrith
sebaliknya mereka berpegang berdasarkan Haqq dan Itidal dengan berpendapat bahawa
Afal perbuatan Ikhtiyari menurut pertimbangan Khalaq dan Ijad adalah dinisbatkan kepada
Qudrat Haqq Taala dan menurut pertimbangan Kasab dan Iktisab adalah dinisbatkan kepada
Qudrat Hamba, oleh itu dengan iktibar bahawa Harkat pergerakan Hamba adalah dinisbatkan
kepada Qudrat Haqq Taala ianya dinamakan sebagai Makhluq dan Ijad, dan apabila
diiktibarkan pada takluk Rabithah dengan Qudrat Hamba ianya dinamakan sebagai Kasab
dan Iktisab, kerana itu dikatakan bahawa Hamba adalah Kasib bagi Afal perbuatan dan
amalannya sendiri, bukannya Khaliq.
MASALAH QADHA DAN QADAR SERTA SAYYIDINA UMAR DAN
UTSMAN RADHIYALLAHU ANHUMA
Ada diriwayatkan bahawa sekali peristiwa seorang pencuri telah dihadapkan kepada
khidmat Hadhrat Sayyidina Umar Faruq Azham Radhiyallahu Anhu. Beliau telah bertanya
kepada pencuri tersebut, kenapakah dia mencuri? Pencuri berkata bahawa ianya adalah
keputusan Tuhan. Beliau telah mengenakan hukuman Hudud ke atasnya dan mengenakan
hukuman rotan sebagai tambahan. Apabila ditanyakan kepada beliau sebab apa hukuman
tersebut dikenakan kepadanya, beliau menjawab, Tangannya telah dipotong sebagai
hukuman perbuatan mencuri yang telah dilakukannya dan hukuman rotan dikenakan
padanya kerana hukuman menghina dan mendakwa perkara dusta ke atas Tuhan.
184
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Dalam sebuah riwayat yang lain bahawa Hadhrat Sayyidina Umar Faruq Radhiyallahu
Anhu telah mengingkari dari masuk ke sebuah bandar yang sedang dilanda penyakit taun,
lalu beliau telah ditanya, bahawa adakah beliau hendak lari dari Taqdir Allah Taala? Beliau
telah menjawab, Kami lari dari Taqdir Tuhan dan sedang menuju kepada TaqdirNya.
[Bukhari m/s 853 Jilid 2 dan Muslim m/s 229 Jilid 2]
Menerusi kenyataan Hadhrat Sayyidina Umar Faruq Radhiyallahu Anhu ini beliau
telah mengisyaratkan bahawa Taqdir Allah adalah melingkungi Insan dalam setiap hal
keadaan. Beriman dengan Qadar bukanlah bermakna bahawa tidak boleh mengambil faedah
daripada Asbab kerana Asbab juga adalah perkara Muqaddar yang ditaqdirkan. Maka
beramal atas penggunaan Asbab adalah sangat perlu kerana hanya dengan beramal atas
Asbablah Insan menjadi Mukallaf yang dibebankan dengan amalan dan menerusi Asbab
jugalah akibat-akibat dan natijah-natijah dapat dikenalpastikan.
Ketika kesyahidan Khalifah Ketiga Hadhrat Sayyidina Utsman Ghani Radhiyallahu
Anhu, sebahagian orang yang terlibat mengambil bahagian dengan amal pembunuhan
tersebut telah berkata bahawa, Kami tidak membunuh beliau bahkan Allah Taala yang telah
membunuhnya. Apabila mereka membalingkan batu kepada beliau seraya mereka berkata,
Kami tiada kesalahan apa-apa, Allah Taala yang sedang membaling batu kepada kamu.
Hadhrat Sayyidina Utsman Ghani Radhiyallahu Anhu berkata, Kamu berkata dusta, jika
Allah Taala yang membalingkan batu kepadaku maka sebagai tandanya sekali-kali tidak
akan ada sebarang kesalahan. [Tarikh Thabari m/s 417 Jilid 3]
KATA PUTUS ATAS PERMASALAHAN TAQDIR
Para Ulama Ahli Sunnat telah menjelaskan bahawa permasalahan-permasalahan
Qadha dan Qadar tidak dapat difahami pada akal orang awam, kerana dengan mereka banyak
merenung dan memikirkannya akan menyebabkan kebinasaan. Hadhrat Sayyidina Abu Bakar
As-Shiddiq dan Hadhrat Sayyidina Umar Faruq Radhiyallahu Anhuma telah melarang
membahaskan permasalahan ini hinggakan persoalan yang telah ditimbulkan adalah pada
kataganti diri Kami dan Kamu menunjukkan kepada bilangan berapa orang?
Hendaklah kita katakan bahawa Allah Taala tidak menjadikan manusia sepertimana
batu dan benda Jamadat lain yang tiada deria rasa dan tiada Harkat pergerakan, bahkan
manusia telah diberikan sejenis Nau Ikhtiyar bahawa pada sesuatu pekerjaan manusia
diberikan pilihan sama ada hendak melakukannya atau tidak mahu melakukannya dan di
samping itu manusia turut diberikan Aqal supaya dapat mengenalpasti perkara kebaikan dan
keburukan dan keuntungan dan kerugian. Dan setiap jenis benda-benda Asbab ada terdapat
sumbangan yang diberikannya bahawa apabila sesuatu pekerjaan hendak dilakukan maka
benda-benda yang seumpamanya memberikan sumbangannya, dan atas dasar ini kita
mengambil pegangan. Pegangan pendapat yang mengatakan diri sendiri adalah Majbur yang
terpaksa sepenuhnya atau berupaya sepenuhnya dalam ikhtiar pilihan, kedua-duanya sesat.
Kebaikan dan keburukan telah ditentukan Taqdirnya oleh Allah Taala menurut Ilmu
Azali yang ada padaNya, seperti bila sesuatu perkara akan berlaku dan siapa yang akan
melakukannya adalah diketahuiNya menerusi IlmuNya dan itulah yang telah dituliskan.
Bukannya seperti apa yang telah dituliskanNya, maka demikianlah yang kita perlu lakukan.
Bahkan, sebagaimana yang kita telah lakukan, demikianlah Dia menuliskannya.
Wallahu Alam Bis-Shawab.
185
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
MASALAH QADHA DAN QADAR DAN TAKWILAN BAGI AQWAL
PERKATAAN PARA SHUFIYA WUJUDIYYAH
Dalam Maktub kelapan ini Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Quddisa
Sirruhu telah menjelaskan seperti berikut,
Daku tidak berpegang dengan pegangan Aqidah bahawa shifat-shifat Makhluq
adalah Shifat-Shifat Haqq Taala dan Afal perbuatan-perbuatan Makhluq adalah Afal
perbuatan-perbuatan Haqq Taala.
Dalam masalah ini, beliau telah menolak sebahagian perkara-perkara Maksyufat yang
tersingkap di kalangan Para Shufiya Wujudiyyah kerana mereka mengatakan bahawa:
1. Shifat-shifat Para Hamba pada asalnya adalah Shifat-shifat Haqq Taala yang zahir
menerusi Para Hamba sebagaimana yang terzahir menerusi pancuran air hujan.
2. Para Hamba adalah suatu urusan Amar Ghair Haqiqi, oleh itu pelaku bagi segala
Afal perbuatan hanyalah Allah Taala, Hamba hanyalah seumpama kemunculan
ilusi logamaya atau fatamorgana.
Hadhrat Imam Rabbani tidak tahu bagaimana untuk mengambil iktibar dengan
perkataan-perkataan Para Shufiya Wujudiyyah yang seumpama ini kerana pada zahirnya
perkataan-perkataan ini adalah berkhilafan dengan Syara dan bertentangan dengan pegangan
Aqaid Ahli Sunnat.
Beliau mengatakan bahawa Para Shufiya Mustaqimul-Ahwal yang menuntut Istiqamah
dalam Ahwal sekali-kali tidak akan melampaui batas Syariat dalam Aqwal perkataan dan
Amal perbuatan dan Ulum pengetahuan dan Maarif pengenalan. Jika adakalanya dengan
disebabkan pengalaman Kasyaf Naqish perkataan-perkataan seumpama ini terbit daripada
seseorang Shufi maka atas penanggungan makna yang benar hendaklah ianya ditakwilkan,
sebagai contoh Takwilat yang dapat dikatakan terhadap perkataan-perkataan ini adalah:
1. Kalimat-kalimat sebegini yang terbit daripada sebahagian Para Shufiya adalah
disebabkan keadaan dikuasai Ghalbah Hal dan kemabukan Sukr, maka dengan
kaedah:
' _ ` _, .,
Orang yang berkemabukan adalah diuzurkan, maka mereka ini adalah
diberikan keuzuran.
2. Ataupun, kalimat-kalimat ini adalah sekadar Ahwal Para Shufiya, bukannya
menjadi pegangan Aqidah mereka.
3. Ataupun, segala Ahwal yang sebegini adalah berlaku pada waktu-waktu yang
tertentu, tidak berlaku secara berterusan, yakni Ahwal Waqti bukan Ahwal Daimi.
Kemudian, apabila Para Shufiya diberikan pengurniaan peningkatan, maka dia
akan bertaubat terhadap martabatnya yang terdahulu, sepertimana yang dapat
disaksikan perkara ini dalam kitab-kitab Para Shufiya Kiram.
186
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
IKHTILAFAT BERKENAAN MASALAH SHIFAT ALLAH AL-BARI TAALA
Pada menyatakan Shifat Allah Taala, Ummat Muslimin telah terbahagi kepada
berbagai kelompok yang berbeza:
1. Shufiya Wujudiyyah Mereka menafikan perkataan bahawa Shifat adalah Wujud
secara Khariji luaran dan sebagai tambahan ke atas Zat, bahkan mereka mengatakan
bahawa Shifat adalah Ain bagi Zat.
2. Mutazilah Mereka menafikan Shifat Allah Bari Taala dan menganggap bahawa
Ghair Zat yakni segala perkara yang selain dari Zat adalah tiada bererti apa-apa dan
segala Shifat yang dinyatakan di dalam Al-Quran seperti Alim, Sami, Bashir, Hakim
dan sebagainya adalah mereka anggapkan sebagai nama-nama Asma bagi Allah
Taala.
3. Asyairah Mereka mengitsbatkan Shifat bagi Tuhan dan menganggap Shifat bukan
sebagai Zat tetapi menetapkan bahawa Shifat adalah berdiri dengan Zat.
4. Maturidiyyah Mereka mengitsbatkan Shifat bagi Zat Allah Bari Taala tetapi di
samping itu mengatakan bahawa Shifat adalah Ain bagi Zat bukannya berdiri
dengan Zat dan tidak terpisah daripada Zat, seolah-olah selain daripada Zat tiada apa
pun yang Wujud.
5. Shufiya Syuhudiyyah Mereka tidak menganggap Shifat sebagai Ain bagi Zat
bahkan Shifat adalah tambahan ke atas Zat namun mereka menetapkan Shifat sebagai
berdiri dengan Zat dan menerima Wujud Shifat pada Kharij luaran.
6. Ulama Mutakallimin Ahli Sunnat Mereka tidak menganggap Shifat sebagai Ain
bagi Zat dan bukan Ghair yang selain dari Zat. Mereka mengatakan Shifat sebagai
La Huwa Wala Ghairahu yang bermaksud bahawa Shifat bukanlah Zat dan Shifat
bukanlah sesuatu yang selain dari Zat.
Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah memberikan penjelasan mengenai
Maslak Tawhidi dan ianya adalah Maslak Para Shufiya Syuhudiyyah dan Para Mutakallimin
Ahli Sunnat yang merupakan Ain pengikutan dengan Nushus yang terang jelas berpandukan
Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Segala Ulum dan Maarif
Kasyfiyyah yang diperolehinya juga adalah berselari atas dasar ini. Segala pujian bagi Allah
atas perkara tersebut.
SHIFAT-SHIFAT ZATIYYAH
Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu mengatakan bahawa beliau menganggap
Tujuh Shifat sebagai Mawjud pada asalnya adalah sebagai menolak fahaman golongan
Mutazilah yang mengingkari Shifat sebagai Mawjud, dan bagi menolak segala fahaman
firqah-firqah lain selain dari Shufiya Wujudiyyah yang tidak mengatakan bahawa Shifat
adalah Wujud secara Khariji dan sebagai tambahan ke atas Zat. Seterusnya beliau mengatakan
bahawa, Daku mengetahui bahawa Haqq Subhanahu Wa Taala sebagai Shahib Iradah dan
Ikhtiyar. Menerusi kenyataan ini beliau menolak fahaman golongan Hukama dan Ahli
Falsafah kerana mereka menganggap Haqq Taala sebagai Majbur yang terpaksa dan tanpa
kehendak dan tanpa ikhtiar sebagaimana mereka mengetahui bahawa api dapat membakar
dan air dapat menenggelamkan tanpa sebarang Ikhtiyar.
187
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Seterusnya beliau mengatakan bahawa, Secara yakinnya daku menggambarkan
bahawa makna Qudrat adalah kebolehan melakukan sesuatu perbuatan dan meninggalkan
sesuatu perbuatan. Kenyataan ini adalah bagi mengisyaratkan kepada suatu permasalahan
yang diperselisihi di antara golongan Ahli Kalam dan Ahli Falsafah yakni Qudrat Haqq Taala
adalah menanggung dua pengertian makna iaitu Ijad dan Adam Ijad dan kedua-dua perkara
ini adalah Mumkin dan Jaiz, maka menurut pengertian ini Qudrat diiktibarkan sebagai
kebolehan melakukan perbuatan dan meninggalkan perbuatan, dan atas Taqdir pengertian ini
maka daripada Ijad bagi Asyya dan Adam Ijad bagi Asyya tiada apa pun yang Wajib ke atas
Haqq Taala. Para Ahli Millah dan Syariah telah memilih pengertian ini. Menurut pengertian
makna yang kedua iaitu, Jika berkehendak maka berbuat dan jika tidak berkehendak maka
jangan berbuat. Kenyataan ini mengandungi dua Jumlah Syarathiyyah di mana ayat syarat
yang kedua adalah tertolak dan mustahil. Maka dari sini, larangan untuk tidak berbuat juga
akan lazim berlaku, maka Ijad memerlukan Alam dan untuk Mawjud kedua-duanya akan
menjadi Wajib dan tiada sebarang ikhtiar dan inilah yang dipegang oleh Ahli Falsafah.
TUJUH ATAU LAPAN SHIFAT-SHIFAT HAQIQIYYAH ZATIYYAH
Menurut pendapat Para Ulama Asyairah, Shifat-shifat Haqiqiyyah Zatiyyah
Azaliyyah bagi Zat Allah Bari Taala ada tujuh manakala menurut Para Ulama Maturidiyyah
ada lapan dan ianya adalah seperti berikut:
1. Hayat
2. Ilmu
3. Qudrat
4. Iradah
5. Sama
6. Bashar
7. Kalam
8. [Takwin / Takhliq]
Mereka menganggap Shifat Takhliq dan Takwin sebagai cabangan daripada Shifat
Iradah dan Qudrat, tetapi Para Ulama Maturidiyyah menganggap Shifat Takhliq dan Takwin
juga adalah sebagai Shifat Haqiqiyyah. Menurut iktibar ini, terdapat lapan Shifat Haqiqiyyah
di sisi Para Ulama Maturidiyyah dan Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Radhiyallahu Anhu juga telah mentahqiqkan dengan kenyataan tersebut sebagaimana ada
dinyatakannya dalam Mabda Wa Maad: Minha 41. Yang sebenarnya bahawa selain Qudrat
dan Iradah, Takwin juga adalah satu daripada Shifat Haqiqi yang berasingan. Sebagai
penerangannya bahawa makna Qudrat adalah melakukan sesuatu perbuatan atau
meninggalkan sesuatu perbuatan yakni sama ada hendak melakukan sesuatu pekerjaan dan
tidak mahu melakukan sesuatu pekerjaan, kedua-dua kenyatan tersebut adalah betul, dan
makna Iradah adalah mengkhususkan dan menentukan satu sudut daripada kedua-dua sudut
Shifat Qudrat tersebut yakni sama ada hendak melakukan atau meninggalkan sesuatu
pekerjaan. Oleh kerana itu, darjah Shifat Qudrat adalah mendahului atas darjah Shifat Iradah,
dan Shifat Takwin yang kita fahami sebagai Shifat Haqiqiyyah ada berada pada darjah
sesudah Shifat Qudrat dan Shifat Iradah. Maka, Qudrat dari sudut perbuatan adalah sebagai
Mushahhih Fiil yang membenarkan perbuatan manakala Iradah adalah sebagai Mukhasshish
Fiil yang mengkhususkan perbuatan, dan Shifat Takwin adalah Wujud menerusi Shifat
Iradah, maka kerana itulah Shifat Takwin tidak begitu dihiraukan. Begitulah juga dengan
masalah Istithaat Maal-Fiil yakni kemampuan beserta perbuatan adalah tsabit pada
Hamba menurut Para Ulama Ahli Sunnat.
188
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
MAKTUB 9
Pada menerangkan Ahwal ketika menuruni Maqam yakni hal keadaan yang bersesuaian
dengan Maqam Nuzul, surat ini juga telah dituliskan pada khidmat Hadhrat Syaikhnya Pir
Mursyid Muhtaram Buzurgwar yang dihormati.
PERMOHONAN
Ini adalah permohonan hamba yang hitam wajahnya dan pendosa yang malang dan buruk
yang tertipu atas waktu dan hal keadaannya, dan tertarik atas kesampaian Wasal dan
kesempurnaan Kamal yang mana seluruh pekerjaannya adalah mengingkari Tuannya, dan
yang amalnya adalah meninggalkan perkara Azhimat dan Awla, yang menjadikan hal
keadaan zhahirnya yang elok sebagai tempat tumpuan pandangan makhluk dan menjadikan
hatinya yang rosak sebagai tempat pandangan Haqq Allah Ta'ala, yang mana telah
memberikan seluruh Himmat kesungguhan dan usaha untuk menghiasi zhahirnya dan pada
bathinnya telah membangkitkan kehinaan yang berterusan. Perkataannya sama sekali
berkhilafan dengan hal keadaannya dan hal keadaannya adalah berdasarkan khayalan
fikirannya sendiri.
Apakah yang terhasil daripada mimpi dan khayalannya dan daripada perkataan dan
hal keadaannya apakah kesangsian yang dapat diperlapangkan? Oleh kerana itu, selain dari
malang dan kerugian tiada apa-apa pun yang terhasil. Kedegilan dan kesesatan setiap waktu
dalam amalannya, dia adalah tempat Mabda permulaan perkara fasad dan kejahatan dan
Mansya tempat terbitnya kehendak perlakuan zalim dan maksiat. Secara ringkasnya seluruh
jisimnya adalah mengaibkan dan terhimpunnya himpunan dosa. Amal kebaikan yang
dilakukannya adalah layak untuk dilaknat dan ditolak dan amal kebajikannya hanya boleh
dicela dan dicampak.
` ` , ., , ., _ ` .` _ , , .,- ' , ,_ ,
Rubba Qari Al-Quran Wal-Quranu Yal'inuhu
Betapa ramai Qari yang membaca Al-Quran yang Al-Quran melaknat ke atas mereka.
Hadits ini pada kebenaran yang Haqq adalah suatu saksi yang muktabar. Dan,
` _, - , ' = . , . ` , , . ` , , _ , - , ,_ ,
Kam Min Shoimin Laisa Lahu Min Shiyamihi Illaz-Zhama Wal-Ju'
Berapa ramai dari orang berpuasa yang tiada hasil bagi mereka daripada puasanya kecuali
lapar dan dahaga.
Ini juga suatu saksi yang benar berkenaan perkara ini. Maka betapa malangnya ke atas
seseorang yang hal keadaannya, martabatnya, kesempurnaannya dan darjatnya adalah
sebagaimana yang tersebut. Istighfar permohonan keampunannya juga adalah dosa seperti
seluruh dosa-dosa yang lain, bahkan jauh lebih berlipat kali ganda dari itu. Dan permohonan
Taubatnya juga adalah buruk dan mungkar seperti seluruh keburukan dan kemungkaran
bahkan jauh lebih buruk dari itu.
189
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Dan kenyataan perkataan ini adalah benar,
_, ` _, ` ,
Kullu Ma Yaf'aluhu Al-Qabihu Qabihun.
Setiap apa yang dilakukan oleh orang yang buruk adalah buruk.
Syair:
a : , a |, : ,
Za Gandum Jau Za Jau Gandum Neayad
a . ' _~ : , a : . _ _: ' _~ , _ _:
Nah Jau Gandum Sey Ugte Hain Nah Gandum Jau Sey Ugti Hai
Barli bukannya daripada gandum dan gandum bukannya daripada barli.
Penyakitnya adalah Zati pada zat dirinya yang mana tidak menerima sebarang
penyembuhan dan kesakitannya adalah asli yang mana tidak boleh menerima sebarang ubat.
Sesuatu benda yang masuk pada sesuatu zat yakni secara Zati maka ia sama sekali tidak akan
terlenyap dari zat tersebut.
. : _ _,- ' _|,~ ~'
Siyahi Az Habsyi Gae Rawad Keh Khud Zang Ast
.,, _|,~ _ _,- _ _|a _, _
Nahin Jati Hai Habsyi Ki Siyahi Kionkeh Fitri Hai
Hitam yang ada pada Si Habsyi tidak akan kehilangan,
Kerana pada fitrahnya zatnya sememangnya kehitaman.
Apakah yang dapat daku lakukan?
! '/SlL < _>l l . lL
Wama Zhalamahumullahu Walakin Kanu Anfusahum Yazhlimun [An-Nahl:33]
Dan Allah tidaklah menzalimi mereka bahkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.
Ya, untuk semata-mata kebaikan, semata-mata keburukan juga perlu ada supaya
kebenaran kaqiqat dapat menjadi jelas dan sesuatu perkara itu dapat dikenalpasti menerusi
sesuatu yang berlawanan dengannya. Kebaikan dan kesempurnaan adalah perkara yang
Mawjud, oleh kerana itu perkara yang berlawanan dengannya seperti keburukan dan
kekurangan juga perlulah ada. Untuk menzahirkan keindahan dan kecantikan adalah
memerlukan cermin dan cermin perlu berada bertentangan dengan benda.
190
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Maka secara lazimnya bagi kebaikan tentu ada keburukan dan bagi kesempurnaan juga
tentu terdapat kekurangan sebagaimana kedudukan cermin. Oleh itu, pada sesuatu perkara
yang banyak terdapat kekurangan dan keburukan maka kebaikan dan kesempurnaan juga
akan berada pada kadar kelebihan tersebut. Adalah suatu muamalah yang ajaib bahawa orang
yang buruk ini telah mengadakan suatu makna tentang madah pujian dan ianya telah menjadi
suatu kedudukan maqam tentang keburukan dan kekurangan, kebaikan dan kesempurnaan.
Maka secara lazimnya, Maqam Abdiyyat adalah yang tertinggi dari sekalian maqam
kerana pengertian makna ini ialah bahawa melihat kepada kekurangan diri adalah paling
sempurna dalam Maqam Abdiyyat dan mencapai kesempurnaan dalam pencapaiannya. Oleh
kerana itu, Para Mahbubin yang dikasihi adalah dimuliakan dengan Maqam ini dan Para
Muhibbin yang mengasihi dapat menghasilkan kelazatan dengan Dzauq Syuhud.
Menghasilkan kelazatan dalam pengabdian dan berikhtiar memilih untuk menjinakkan diri
dengannya adalah ciri-ciri yang dikhususkan kepada Para Mahbubin yang dikasihi. Kejinakan
Para Muhibbin yang mengasihi adalah dalam Musyahadah Para Mahbubin yang dikasihi
manakala kejinakan Para Mahbubin adalah dalam pengabdian terhadap Mahbub Haqiqi.
Dalam kejinakan pengabdian ini mereka dikurniakan dengan kemuliaan daulat kesedaran
terhadap kekurangan diri dan cemerlang dengan nikmat ini.
Satu-satunya penghulu medan ini, penghulu Agama dan Dunia, penghulu orang-orang
yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian adalah Habib Rabbil-Alamin kekasih
Tuhan Pemelihara semesta alam, semoga ke atas Baginda kesempurnaan Selawat dan
kebaikan yang sempurna. Dan bagi mereka yang menuruti Qadha dan Qadar yang mana
dengan Fadhzal dan Karam semata-mata mahu agar dikurniakan dengan kemuliaan daulat
melihat kepada kekurangan amal sendiri, maka dia hendaklah Mutabiat menuruti Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pada darjah yang
sempurna dan menerusi Wasilah menuruti Baginda ini akan membawanya kepada Maqamat
yang tinggi.
,l `. < .` _ '!: < .l L-l
Yang demikian itu adalah Fadhzal kekurniaan Allah yang dikurniakannya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dan Allah adalah Yang Maha Pengurnia lagi Maha Agung. [Jum'ah:4]
Kesempurnaan kejahatan dan kekurangan adalah bermaksud Ilmu Dzauqi yang ada
pada Salik, ianya bukanlah bermaksud bahawa orang itu bersifat dengan sifat jahat dan
kurang. Orang yang berilmu ini adalah seseorang yang berakhlak dengan Akhlaq Allah
Taala. Kesedaran pengetahuan terhadap kekurangan diri ini juga adalah buah daripada
berakhlak dengan Akhlaq Allah. Kejahatan dan kekurangan pada maqam ini tiada sebarang
kepentingan selain dari perkara tersebut bahawa ilmu pengetahuan mempunyai takluk
dengannya. Ilmu ini dengan menerusi Syuhud yang sempurna adalah semata-mata kebaikan.
Pada arah kebaikan ini semua perkara nampak kelihatan sebagai kejahatan. Kaifiyyat ini
berlaku adalah sesudah Nafs Muthmainnah Nuzul menuruni pada Maqamnya.
191
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Selagimana seseorang Salik tidak meletakkan dirinya pada tanah sebegini dan kerja
menfanakan Nafs belum hingga ke darjah ini dia tiadalah bernasib dengan kesempurnaan
Kamalat Hadhrat Mawla Karim Jalla Syanuhu. Maka betapa tidak malangnya nasib seseorang
yang menganggap bahawa dirinya adalah Ain Mawla dan Tuan Aaqa dan menganggap
shifat-shifatnya sebagai Shifat-shifat Haqq Allah Taala Syanuhu. Maha Tinggi Zat Allah dari
sedemian itu dengan ketinggian yang besar. Khayalan pemikiran seperti ini pada Asma dan
Shifat adalah Ilhad dan Zindiqah. Mereka yang beraqidah dengan aqidah ini adalah
termasuk dalam golongan yang berkenaan mereka suatu ayat telah diturunkan,
' _%! >l` .`
Wadzarul Ladzina Yulhiduna Fi Asmaaihi. [Al-A'raf:180]
Dan tinggalkanlah mereka yang Ilhad pada Asma Allah Taala.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang perlu bahawa setiap orang yang Jazbahnya
mendahului Suluk maka dia mesti daripada kalangan Mahbubin, akan tetapi dalam mencapai
Mahbubiyyat, mendahulukan Jazbah adalah syarat. Ya, walaubagaimanapun pada setiap
Jazbah terdapat suatu jenis pengertian makna pada Mahbubiyyat yang mana tarikan Jazab
tidak akan terhasil tanpanya dan makna bagi Mahbubiyyat ialah sesuatu yang terjadi
daripada Awaridhz iaitu pengecualian yang bersifat kesementaraan dan bukannya secara
Zati. Dan pengertian makna Zati bagi Mahbubiyyat ialah bahawa dari kalangan perkara-
perkara Asyya ianya tidak berillat dengan sesuatu perkara yakni keadaan Mahbubiyyat
Zatiyyah adalah terhasil tanpa sebarang Illat dan sebab, sepertimana setiap Para Muntahi
pada akhirnya adalah menghasilkan Jazbah tetapi mereka termasuk dalam golongan Para
Muhibbin dan tidak temasuk dalam golongan Para Mahbubin. Dan dengan sesuatu
pengecualian yang berlaku maka makna Mahbubiyyat terbentuk padanya dan bukannya
secara Zati, dan Mahbubiyyat jenis ini yang terhasil kerana sesuatu pengecualian adalah tidak
mencukupi untuk menjadikan Salik secara mutlak dari kalangan Mahbubin dan pengecualian
itu adalah Tashfiyyah dan Tazkiyyah. Dan pada sebahagian Para Mubtadi, Ittiba menuruti
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam secara ringkas
dan Mujmal adalah sebab bagi penghasilan makna ini sama ada dia Ittiba' menuruti hanya
pada sebahagian perkara, bahkan bagi Para Muntahi juga untuk membangkitkan penghasilan
adalah dengan Ittiba menuruti Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassallam dan ianya adalah
mencukupi. Dan pada Para Mahbubin juga makna Mahbubiyyat Zatiyyah tersebut akan
terzahir dengan kekurniaan Fadhzal Rabbani adalah dengan perantaraan Ittiba menuruti
Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahkan daku berkata bahawa
pengertian makna Zati juga adalah menerusi perantaraan kesesuaian Hadhrat Baginda
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasalam, dan daripada Asma Allah Taala, suatu isim yang
menjadi sebagai Rabb pentarbiyah Salik ini pada hak kekhususannya yang benar telah berlaku
kesesuaian Isim tersebut yang mana merupakan Rabb pentarbiyah Hadhrat Baginda
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dan dia telah memperolehi Saadat kejayaan ini
daripada Maqam tersebut. Dan Allah Subhanahu Wa Taala yang paling mengetahui perkara
yang sebenarnya dan kepadaNyalah tempat kembali dan Allah menetapkan kebenaran yang
Haqq dan Dialah yang memberikan Hidayat menunjukkan kepada jalan yang lurus.
192
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
PENJELASAN:
Maktub kesembilan ini adalah memaparkan Adab kesusasteraan dan Fashahat yang
dimiliki oleh Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu. Kandungan surat ini menerangkan
berkenaan hal-hal keadaan yang bersesuaian dengan Maqam Nuzul yang dialami oleh
seseorang Arif. Penerangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini ada dinyatakan
huraiannya dalam Maktub 11 dan Maktub 222 Daftar 1 Maktubat Imam Rabbani.
MAQAM NUZUL SESEORANG ARIF
Pada permulaannya akan terzahir Ahwal Kasri Nafsi yakni kerendahan diri dan Kamal
Tawadhu yakni merendahkan diri dengan sempurna. Kemudian mencela segala ahwal dan
amalannya, dan menganggap niat-niatnya sebagai fitnah dan tohmah, dan menganggap
bahawa segala perbuatannya sebagai bersalah dan himpunan pekerjaan yang sia-sia, dan
menganggap bahawa zat dirinya sebagai jisim yang penuh dengan keaiban dan dosa-dosa
kemaksiatan. Bahkan dalam Maktub 11 dan Maktub 222 Daftar 1, beliau telah menganggap
bahawa dirinya adalah lebih buruk dan teruk dari orang Kafir dan Zindiq. Sedangkan bagi
seseorang hamba yang beriman menzahirkan serta memutlakkan lafaz-lafaz dan khayalan
fikiran yang seumpama ini secara zahirnya adalah diketahui sebagai bertentangan dengan
Aqal dan Naqal.
PERSOALAN
Timbul suatu persoalan di sini, bahawa Hadhrat Imam Rabbani sebagai seorang Shufi
Kamil, Arif Akmal dan Alim Ajal, apakah hikmahnya kalimat-kalimat seperti ini boleh
terzahir daripada beliau? Dan bagaimana mungkin terjadi dalam satu ketika pada satu zat
dapat mencapai Kamalat Wilayat dan juga memiliki sifat kesedaran terhadap kekurangan diri
sedangkan Ijtima Dhziddain adalah Muhal yakni perhimpunan dua perkara yang
bertentangan adalah mustahil.
JAWABAN PERSOALAN
Sebagai menjawab persoalan ini, beberapa penjelasan perlu didahulukan,
1. Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu sendiri telah memberikan jawaban yang
mencukupi terhadap persoalan ini bahawa,
Menghimpunkan kedua-dua perkara yang bertentangan adalah mustahil atas syarat
bahawa jika kedua-duanya berada pada satu tempat yang sama, dan berkenaan apa yang
kami perkatakan ini adalah tempat yang berbilang-bilang. Pada Insan Kamil untuk Uruj
menuju ke atas adalah menerusi Lathaif Alam Amar dan untuk Nuzul turun ke bawah
adalah menerusi Lathaif Alam Khalaq. Sejauh mana kadar ketinggian yang dapat dicapai
menerusi Lathaif Alam Amar, dengan kadar yang sama kesesuaian dengan Alam Khalaq
akan tamat. Dan di sini ketidaksesuaian berlaku adalah disebabkan rendahnya
kedudukan Alam Khalaq. Dan pada Alam Khalaq, dengan kadar sebanyak mana
dituruninya maka dengan kadar itulah Salik akan mengalami rasa tiada kemanisan dan
tawar tapa rasa. Dan kesedaran terhadap keaiban dan kekurangan diri lebih
diketahuinya. Kerana itulah Para Muntahi Marju mengharapkan kelazatan dan
kemanisan tersebut yang mana telah dipermudahkan untuk mereka pada peringkat
permulaan dan pada peringkat penghujungan ianya terlepas daripada tangan dan
193
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
digantikan dengan rasa tawar tanpa rasa mulai terbentuk, dan kerana itulah bahawa
seseorang Arif menganggap orang Kafir adalah lebih baik dari dirinya kerana pada diri
orang Kafir kerana dengan sebab bercampurnya Alam Amar dan Alam Khalaq pada
orang-orang Kafir terdapat suatu cahaya Nuraniyyat, sedangkan Kaifiyyat campuran
adunan tersebut sudah tiada lagi pada orang Arif. [Maktub 222 Daftar 1] Ketika
Suluk, Lathaif Alam Amar dan Lathaif Alam Khalaq seseorang Arif adalah dipisahkan
antara satu dengan yang lain, sedangkan Lathaif Alam Amar dan Alam Khalaq pada
orang-orang awam dan orang-orang Kafir adalah dalam keadaan bercampur antara satu
dengan yang lain. Lathaif Alam Amar adalah bersifat Nurani pada iktibar zatnya dan
membawa kepada pendekatan Taqarrub. Dengan cahaya Nuraniyyat Lathaif Alam
Amar, ianya juga telah mencahayakan dan menyinarkan Lathaif Alam Khalaq, tetapi bagi
Lathaif seseorang Salik dan Arif ketika waktu Uruj telah meninggalkan Alam Khalaq
jauh ke bawah dan sampai kepada Alam Amar, maka dengan sebab jauhnya kedudukan
Alam Amar, Arif dan Salik melihat Alam Khalaq sebagai kegelapan dan kehitaman
dalam pandangannya. Kerana itulah ketika beliau mengalami penyaksian Musyahadah
tentang hal keadaan ini beliau mengungkapkan kenyataan tentang dirinya mengetahui
bahawa orang-orang Kafir adalah lebih cahaya Nurani berbanding dirinya. Wallahu
Warasuluhu Alam, Dan Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui.
2. Penjelasan bagi persoalan tersebut di atas juga telah dijelaskan oleh Hadhrat Khwajah
Khwajagan Mirza Mazhhar Jan Janan Syahid Dehlawi Rahmatullah Alaih dalam
penulisannya seperti berikut, Tahqiq bagi menjawab persoalan ini adalah tertegak atas
mengetahui bahawa di sisi Hadhrat Mujaddidiyyah Quddisa Sirruhum bahawa Haqaiq
Mumkinat adalah susunan perhimpunan Adam Idhzafiyyah dan Zhilal dengan Shifat
Haqiqiyyah yakni dalam Ilmu Ilahi, Adam ketiadaan tersebut dengan berdasarkan
pertemuannya dengan Asma dan Shifat suatu ketetapan telah terbentuk dan cahaya-
cahaya Anwar menjadi cermin bagi Asma dan Shifat lalu menjadi Mabadi Taayyunat
bagi alam. Dan pada Khariji Zhilli yang merupakan bayangan Zhill Khariji Haqiqi,
dengan tindakan Tuhan ianya menjadi terwujud secara Wujud Zhilli dan berdasarkan
kepada susunan ini dasar segala kesan-kesan kebaikan dan kejahatan dapat diketahui.
Pada sudut Adam Zati sedang melakukan kasab kerja kejahatan dan pada sudut Wujud
Zhilli sedang melakukan kasab kerja kebaikan. Maka pandangan Sufi adalah tertumpu
kepada sudut wujudnya tempat penzahiran yang baik dan buruk yang mana terdapat
pada tempat-tempat penzahiran tersebut dan menjadi dasar perkara kebaikan, dan
apabila melihat ke dalam dirinya maka pandangannya akan tertumpu pada ketiadaan
arah yang mana merupakan adalah zat dirinya dan menjadi tempat Mansya perkara
keburukan, dan dia akan melihat bahawa dirinya adalah kosong dari sebarang kebaikan
dan kesempurnaan secara mutlak, dan ketelanjangannya dari kebaikan dan
kesempurnaan yang mana dia telah melakukan kasab kerja pada sudut kewujudannya
akan mendapati bahawa ianya bukanlah miliknya dan terpaksa menganggap bahawa
dirinya adalah lebih buruk dari orang Kafir dan segala perkara keji yang lain.Daripada
keterangan-keterangan tersebut dapatlah diambil suatu natijah kesimpulan bahawa
seseorang Shufi Kamil sekali-kali tidak akan menisbatkan sebarang kebaikan dan
kesempurnaan terhadap dirinya bahkan menganggap semuanya adalah pinjaman. Ini
juga adalah pengertian makna bagi terhasilnya Fana Taam dan Masyhud Shahih. Jika
194
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
pada pandangan seseorang Shufi tertumpu kepada arah wujud dirinya dan cahaya-
cahaya Anwar yang dipinjamkan kepadanya maka arah pencerminannya yang
merupakan Adam ketiadaan akan menjadi tertutup, kemudian dia akan mengeluarkan
dakwaan seperti Ana Asy-Syams yakni dakulah mentari dan perkataan Hadhrat
Hussain Ibni Manshur Al-Hallaj Rahmatullah Alaih iaitu Ana Al-Haqq yakni daku
adalah Yang Maha Benar juga berada dalam rahsia ini. Meskipun dia tidak dapat
melihatNya namun terdapat kesilapan dalam penglihatannya dan kerana ditenggelami
dengan hal keadaan kemabukan Sukr dia tidak dapat membezakan arah Adam
ketiadaan dan arah Wujud kewujudan. Ramai Para Salikin telah melakukan kesilapan
jenis ini kecuali orang-orang yang Allah Taala pelihara menerusi keberkatan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Habibullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
3. Dalam hal-hal keadaan Suluk, terzahirnya Waridat yang seumpama jenis ini adalah
sebagai menjelaskan Hal, bukannya bagi menjelaskan Aqidah kerana Aqaid Tawhid
mereka adalah Khalis suci dan berdasarkan Ittiba Risalat Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
4. Segala penerangan yang diberikan dalam Maktub kesembilan ini pada menerangkan
kelemahan dan kekurangan diri pada asalnya adalah merupakan pengenalan-pengenalan
Maarif Maqam Abdiyyat. Sesudah Para Awliya Mahbubin mencapai Maqam Abdiyyat,
apabila mereka melihat kepada Shifat Basyariyyat kemanusiawian yang terdapat pada
dirinya maka mereka mengetahui bahawa kewujudan diri mereka adalah Adam
Mahadhz yakni ketiadaan semata-mata yang mana adalah suatu jisim yang penuh
dengan Zhulmat kegelapan, kekotoran, kebencian dan kejahatan. Pada tempat yang
penuh dengan Zhulmat dan kekejian amal kebaikan yang manakah boleh berlaku
padanya? Kerana itulah beliau mengatakan bahawa Setiap apa pekerjaan yang
dilakukan oleh seseorang yang keji adalah turut sama keji, kerana untuk gandum
bertukar menjadi barli dan barli bertukar menjadi gandum adalah tidak boleh berhasil.
Dan juga kehitaman pada seseorang Habsyi tidak dapat dipisahkan kerana kehitaman
adalah warnanya secara Zati. Begitu juga dengan zat seseorang Salik bahawa untuk
menghapuskan Adam ketiadaan dirinya adalah tidak mungkin walau berapa kali
diberikan Tawajjuhat dan sebarang jampi serapah sekalipun kerana Adam ketiadaan
adalah penyakitnya secara Zati yang tidak boleh diubati.
MAQAM ABDIYYAT
Pada Maqam Abdiyyat inilah seseorang Insan dapat membuka rahsia Zhulmat
kegelapan dan Adamiyyat ketiadaan, dan menyedari Haqiqat ketidaksamaan dirinya dengan
Allah Taala secara sempurna. Sebelum Maqam Abdiyyat, seseorang Salik adakalanya akan
merasakan bahawa dirinya adalah sebagai Aini Haqq dan adakala merasakan bahawa dirinya
sebagai Zhilli Haqq, adakalanya merasakan bahawa dirinya sedang Maiyyat beserta dengan
Haqq dan adakalanya merasakan bahawa Haqq sedang meliputi dirinya. Adalah zhahir
bahawa Kaifiyyat dan Waridat sebegini adalah bertentangan dengan kelemahan Basyariyyat
kerana Ainiyyat dan Zhilliyyat dan sebagainya adalah sebagai memberikan khabar bahawa
terdapat suatu kesesuaian Munasabat dengan Hadhrat Zat dan pada Maqam Abdiyyat
ketiadaan Munasabat mula diperhatikan yang merupakan mafhum bagi Tawhid Syuhudi.
Wallahu Alam.
195
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Maqam Abdiyyat adalah yang tertinggi daripada sekalian Maqamat. Antara buah-
buah yang terhasil pada Maqam Abdiyyat adalah memerhatikan kepada zat diri sendiri
sebagai lemah dan bersalah dan melihat bahawa amalannya adalah kurang, yang mana cirri-
ciri ini hanya dikhususkan kepada Para Hamba yang dikasihiNya. Dalam Ubudiyyat
pengabdian seseorang Insan, langkahannya akan dapat menjadi suci dan bersih apabila dia
menganggap amalannya adalah Riya dan menganggap bahawa segala Ahwalnya adalah
dakwaan semata-mata. [Risalah Qusyairiyyah] Melebihi Maqam Ubudiyyat tiada apa lagi
yang akan diperolehi dan bagi seseorang Mukmin tiada lagi Maqam yang lebih tinggi dan
lebih sempurna dari Maqam Ubudiyyat, kerana Allah Taala telah mentakrifkan Hadhrat
Baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam pada malam Miraj dengan menggunakan lafaz ini
dan malam Miraj adalah waktu yang paling istimewa bagi Hadhrat Baginda Nabi Shallallahu
Alaihi Wasallam di dunia ini. Allah berfirman pada ayat 1 Surah Al-Isra,
_>, %! `. .,-, l >`.l >l || >`.l !. %!
!, l> `l _ !. | _.l ,.,l
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan HambaNya pada suatu malam dari Al-
Masjidil-Haram ke Al-Masjidil-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan pada ayat 10 Surah An-Najm,
_-! || .,s ! _-
Lalu dia mewahyukan kepada HambaNya Muhammad apa yang Allah telah wahyukan.
Jika terdapat sebarang nama lain yang lebih mulia dari Ubudiyyat maka sudah tentu
Allah Taala akan memanggil Hadhrat Baginda Shallallahu Alaihi Wasallam dengan nama
tersebut. [Risalah Qusyairiyyah] Di dalam kitab Mawahib Laduniyyah m/s 105 Jilid 6, ada
menyatakan bahawa pada malam Miraj ketika Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam telah
mencapai darajat yang tertinggi dan martabat-martabat yang teratas, Allah telah berfirman,
,` , :, _ , ` . _ , : ` , , , ` ` ` - , , = _ -, `, , , ., ,
Allah Taala telah berwahyu kepada Hadhrat Nabi, Wahai Muhammad Shallallahu Alaihi
Wasallam, dengan pengurniaan apakah akan Aku berikan kepadamu pada hari ini?
Baginda bersabda, Wahai Tuhanku, Nisbatkanlah diriku terhadap ZatMu dengan Nisbat
Ubudiyyah.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT BAGINDA NABI MUHAMMAD
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam adalah
orang yang mula-mula menzahirkan pengabdiannya di dalam Kalimah Syahadat,
` ,` _ , ` ` ` -` . ' ` , '
Daku bersaksi bahawa Muhammad adalah HambaNya dan RasulNya.
196
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Bahawa mula-mula kedudukannya sebagai Hamba telah dizahirkan dan kemudian
sesudah itu baharu dinyatakan nikmat Kerasulannya. Tanda Ibadat yang dilakukan oleh
Baginda adalah bahawa kaki Baginda yang diberkati telah menjadi bengkak kerana lama
berdiri malam dalam sembahyang,
` . ` _ , , _- 716 _ 2 ,
Telah bengkak kedua-dua kaki Baginda.
Namun dalam pada itu Baginda berdoa dengan doa berikut,
: ` -
Ya Allah, kami tiada dapat melaksanakan Ibadat pengabdian kepadaMu sebagaimana
hak sebenar pengabdian terhadap SyanMu.
Meskipun Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam
adalah Mahbub yang dikasihi Allah namun tetap juga Baginda memperbanyakkan Istighfar
meminta keampunan daripada Allah Taala. Irsyad bimbingan daripada Baginda adalah
seperti berikut,
` , , , , , _ = ` , _ _ . ` , ` ` , , 346 _ 2 ,
Sesungguhnya kekotoran juga datang ke atas hatiku, maka daku beristighfar meminta
keampunan pada Allah dalam sehari dan semalam sebanyak tujuhpuluh kali.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM
Hadhrat Nabi Ibrahim Alaihissalam adalah Khalil Allah dan juga Imam di dunia ini
tetapi dalam pada keadaan Syan Khullat dan Imamat yang dimiliki, Baginda berdoa dengan
permohonan berikut,
.-,`
Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. [26:87]
Tanda Istihdhar menghadirkan Azhmat kebesaran Ilahiyyah pada Baginda adalah
bahawa meskipun dalam kedudukannya sebagai Rasul Ulul Azmi dan Khalilullah, Baginda
tetap memikirkan kehinaan dan kesalahan dirinya pada Hari Kebangkitan kelak dan Baginda
telah memaparkan Shifat Adamiyyat bagi kewujudannya dan kelemahan Abdiyyat dalam
pengabdiannya.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT NABI MUSA ALAIHISSALAM
Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Musa Alaihissalam telah menampar seorang
Qibti lalu terus meninggal dunia, lalu Baginda menzahirkan kesalahannya dengan berdoa,
! , | lL _. s! | - `&! | '-l `>l
Hadhrat Nabi Musa Alaihissalam berdoa: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku. Maka Allah mengampuninya,
Sesungguhnya, Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [28:16]
197
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Baginda menamparkan Qibti dengan niat semata-mata untuk mendidik dan bukannya
bermaksud untuk membunuhnya, bahkan dengan tujuan membunuh seorang yang layak
diperangi adalah diperbolehkan, namun Syan Abdiyyat Hadhrat Nabi Musa Alaihissalam
telah menganggapkan perbuatan tersebut sebagai dosa bagi dirinya.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT YUSUF ALAIHISSALAM
Berkenaan dengan kesempurnaan Syan Abdiyyat Hadhrat Nabi Yusuf Alaihissalam
membebaskan dirinya dari kejahatan Nafs dapat disaksikan pada ayat 53 Surah Yusuf,
! , _. | _l ! .l!, | ! > | "s >
Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya Nafs itu selalu
menyuruh kepada kejahatan kecuali Nafs yang diberi Rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maksudnya di sini bahawa Baginda tidak mengatakan Nafs adalah buruk pada Zatnya
kerana setiap Nafs telah diperintahkan dengan keburukan kecuali Nafs yang telah diberikan
Rahmat oleh Tuhan Yang Maha Pemelihara.
Nufus Para Anbiya Alaihimussalam adalah Muthmainnah dan telah mencapai
ketenteraman dalam mematuhi segala kehendak Allah yang mana Nafs Hadhrat Nabi Yusuf
Alaihissalam adalah termasuk juga tetapi Baginda menganggap Nafs Muthmainnah pada
dirinya adalah Nafs Ammarah lalu menzahirkan kehambaan Ubudiyyatnya. Maksudnya
adalah bahawa kebersihan dan kesucian dirinya bukanlah kesempurnaan bagi Nafs dirinya
kerana menentang Nafs adalah mustahil, bahkan ini adalah semata-mata kesan dari
kesempurnaan Rahmat Allah Taala terhadap dirinya.
SYAN ABDIYYAT PARA SHAHABAT RADHIYALLAHU ANHUM
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah
mengatakan berkenaan Hadhrat Sayyidina Abu Bakar Siddiq bahawa jika sesiapa hendak
melihat mayat yang sedang berjalan di bumi maka hendaklah melihat kepada sahabatnya iaitu
Hadhrat Abu Bakar Siddiq Radhiyallahu Anhu. [Maktubat Maashumiyyah Maktub 24:
Daftar 3]
Dalam Hadits tersebut telah menyatakan tentang Syan Abdiyyat Hadhrat Sayyidina
Abu Bakar Siddiq Radhiyallahu Anhu bahawa Istihdhar beliau terhadap Azhmat kebesaran
Tuhan sehinggakan tidak menghiraukan langsung tentang kewujudan dirinya lalu berikhtiar
memilih hal keadaan bagaikan mayat yang hidup.
Berkenaan Hadhrat Sayyidina Umar Faruq ketika peristiwa kesyahidannya beliau
telah memberikan wasiat dengan mengatakan, Hendaklah menganggapkan bahawa diri
kamu sendiri adalah buruk, sesiapa yang menganggap bahawa dirinya adalah baik akan
menjadi binasa. Ungkapan kata-kata beliau ini adalah menzahirkan Maqam Abdiyyat.
Para Shahabat Ridhwanullah Alaihim Ajmain menganggap bahawa amalan yang
mereka lakukan adalah bersifat kekurangan dan menganggap diri mereka adalah menyerupai
orang Munafiq dan atas perkara ini mereka sentiasa ditenggelami dengan perasaan takut
terhadap Tuhan.
198
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
SYAN ABDIYYAT HADHRAT BISYIR HAFI
Hadhrat Bisyir Hafi Rahmatullah Alaih adalah seorang Alim Rabbani. Beliau
mendapat gelaran Hafi yang bererti seorang yang berkaki ayam tidak berkasut setelah
mendengarkan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Az-Zariyyat ayat 48,
_ !: - l
Dan bumi itu Kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan adalah Kami.
Lalu telah berlaku suatu Hal ke atasnya lalu berkata kepada dirinya,
Bisyir, apa yang telah kamu lakukan dengan memakai kasut di atas hamparan bumi
yang telah Allah Taala hamparkan.
Lalu beliau mula berjalan dengan berkaki ayam tanpa memakai kasut. Hal keadaan
Hadhrat Bisyir Hafi Rahmatullah Alaih ini adalah Mazhhar yang menzahirkan keadaan Syan
seseorang yang ditenggelami dengan perasaan kehambaan Abdiyyat.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT SYAIKH ABDUL QADIR JAILANI
Hadhrat Sayyidina Ghauts Azham Syaikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah Alaih
adalah seorang ketua Para Muqarrabin di gerbang Ahadiyyat, tetapi beliau menzahirkan Syan
Abdiyyat kehambaan dirinya menerusi lafaz-lafaz berikut,
Apabila Iman dapat sampai tiba ke kubur dengan selamat,
Ketika itu dia akan memuji ketangkasan dan kepandaiannya.
Yang perlu dituntut dalam setiap amalan kebaikan yang kita lakukan bukanlah rasa
kebanggaan sehingga tidak berasa takut menghadapi kehidupan Akhirat bahkan selagi hayat
masih dikandung badan selagi itulah perlu ada kekhuatiran terhadap segala amalan kebaikan
yang dilakukan dan sentiasa berasa takut kerana ianya merupakan tanda-tanda Wilayat
kewalian seseorang Wali. Hadhrat Syaikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah Alaih telah
berdoa dengan doa berikut,
Ya Allah, pada Hari Qiyamat nanti bangkitkanlah daku dalam keadaan buta supaya
dengan sebab dosa-dosaku daku tidak berasa malu di hadapan sekalian Para HambaMu.
Subhanallah! Demikianlah keadaan kehambaan Syan Abdiyyat Para Hamba Allah
Taala Yang Maha Pemurah sebagaimana yang telah diisyaratkanNya di dalam Al-Quran
pada ayat 63 Surah Al-Furqan,
!,s _-l _%! : ls _ ! | `,Ll> l>l l! !l
Dan Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di
atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka
mengucapkan kata-kata yang mengandung keselamatan.
Yakni, tanda-tanda Hamba Allah yang makbul di sisiNya adalah bahawa mereka itu
berjalan dengan perasaan miskin dan lemah. Lafaz Haun pada pengertian bahasa bererti
kehinaan dan rendah hati, maksudnya bahawa tanda-tanda Syan Abdiyyat Para Hamba Allah
adalah bahawa ketika mereka berjalan pun dapat diperhatikan ciri-ciri kehambaan pada diri
mereka. Semoga Allah mengurniakan kepada kita dengan Syan tersebut.
199
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
SYAN ABDIYYAT HADHRAT MAULANA MUHAMMAD ILYAS
Hadhrat Maulana Muhammad Ilyas Kandhlawi Rahmatullah Alaih adalah seorang
pengasas Jemaah Dakwah Tabligh yang berpusat di Basti Nizamuddin, New Delhi, India dan
pergerakannya sedang bergerak di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Beliau adalah Amir
Jemaah yang pertama dan dengan kesungguhan beliau ramai Para Ulama telah melibatkan
diri dengan usaha beliau termasuklah Hadhrat Maulana Abul-Hassan Ali An-Nadwi
Rahmatullah Alaih. Ketika hendak meninggal dunia, beliau sentiasa membaca doa berikut,
` ,` , _ _ -_ ' :` ~ _ , _ ` ` _ , ' :` ,
Ya Allah, keampunanMu adalah lebih luas dari dosaku dan RahmatMu adalah lebih daku
harapkan daripada amalanku.
Meskipun dengan kemuliaan beliau sebagai seorang Amir yang memimpin usaha
jemaah Dakwah dan Tabligh, beliau dengan Syan Abdiyyatnya tetap merasakan bahawa
dirinya sebagai hamba yang berdosa dan tetap mengharapkan Rahmat Allah Taala.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT SYAIKH MUSA RUHANI BAZI
Hadhrat Syaikh Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi Rahmatullah Alaih adalah
seorang Syaikh Al-Hadits dan Syaikh At-Tafsir yang begitu masyhur di Jamiah Asyrafiyyah,
Lahore, Pakistan dan telah wafat pada tahun 1998 M. Beliau adalah seumpama Ensaiklopedia
bergerak pada zamannya dan telah mengarang banyak kitab pengajian ilmu-ilmu Islam.
Meskipun begitu ketika beliau hampir meninggalkan dunia, kata-kata yang terbit dari
mulutnya adalah menzahirkan kehambaannya yang lemah dan dhaif sebagai berikut,
., ` . ` _` ` ,` ,
Ya Allah, sesungguhnya daku adalah HambaMu yang dhaif.
SYAN ABDIYYAT HADHRAT KHWAJAH KHAN MUHAMMAD
Berkenaan Syan Abdiyyat yang terdapat pada Hadhrat Khwajah Khwajagan Maulana
Khwajah Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiyyah Rahimahullah begitu banyak telah
dapat diperhatikan oleh ramai Para Akabirin Ulama dan Awliya Mutaakhirin. Beliau
merupakan seorang Guru Mursyid dan berkhidmat membimbing Ruhani Para Murid dalam
Silsilah Naqsyabandi Mujaddidi di Khanqah Sirajiyyah, Kundiyan, Mianwali, Pakistan. Beliau
juga merupakan mantan pemimpin Majlis Tahaffuz Khatmun Nubuwwat dan Majlis Ahrar
Islam serta menjadi penaung parti politik Jemaah Ulama Islam Pakistan.
Beliau adalah pemimpin Para Ulama dan Para Awliya yang berpegang teguh dengan
Aqidah Ahli Sunnah dan sentiasa terpapar hal keadaan Khauf takutkan Allah dan Ajiz
merasakan kelemahan diri pada wajahnya sesuai dengan shifat ilmu pengetahuannya yang
mendalam mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah serta sentiasa mengharapkan Rahmat
dan keampunanNya, firman Allah pada ayat 28 Surah Fathir,
!| _: < _ !,s l`-l | < s s
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah Para
Ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
200
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
JAMIIYYAT INSAN
Seterusnya Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah bermadah menyatakan
pujian terhadap Jamiiyyat Insan. Insan adalah suatu Mazhhar penzahiran yang Jami
menghimpunkan Asma dan Shifat Ilahiyyah dan merupakan suatu cermin kesempurnaan.
Dalam penciptaan Kainat, Insan adalah makhluk yang terakhir dan menduduki pada martabat
terakhir dalam susunan tertib Tanazzulat yang mana sesudah Insan tiada suatu apa pun yang
telah diciptakan. Ayat 72 Surah Al-Ahzab adalah mengisyaratkan kenyataan ini,
!| !.s ! ls ,.l _ !,>l _,,! !.l> _1: !.
!l- _. | l !lL >
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-
gunung maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan
mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat
zalim dan amat bodoh.
Menurut Para Shufiya, amanat besar yang langit, bumi dan gunung-ganang tidak
mampu memikulnya dan hanya Hadharat Insan yang mampu memikulnya adalah berkenaan
Zhuhur Wujud yakni yang mampu menanggung penzahiran Asma dan Shifat bagi Hadhrat
Zat adalah hanya Insan Kamil yakni manusia yang sempurna dan keupayaan Istidad serta
kebolehan Shalahiyyat untuk menerima pantulan limpahan Asma dan Shifat hanya terdapat
pada Insan Kamil. Allah Taala telah mengemukakan amanatNya ke hadapan sekalian langit-
langit dan bumi-bumi dan gunung-ganang namun mereka tidak mampu memikulnya.
SEBUAH PERUMPAMAAN
Apabila kita meletakkan wajah kita di hadapan dinding yang tebal namun dinding
tersebut tidak dapat menerima pantulan wajah kita. Apabila kita meletakkan wajah kita di
hadapan sebuah cermin kaca yang nipis dan bersih kedua-dua belah permukaan namun
cermin kaca tersebut juga tidak dapat menerima pantulan wajah kita. Kemudian apabila kita
meletakkan wajah kita di hadapan sebuah cermin yang memiliki dua jenis permukaan yakni
pada sebelah permukaannya adalah kaca yang bersih dan berkilau manakala pada sebelah
permukaan yang lain adalah ditutupi dengan warna karat dan gelap kehitaman, maka cermin
tersebut serta-merta dapat menerima dan memantulkan pantulan wajah kita. Dari sini
dapatlah diketahui bahawa pada cermin kaca yang ada warna karat gelap terdapat suatu
keupayaan untuk memantulkan pantulan yang mana untuk menzahirkan wajah kita maka
cermin tersebut perlulah diletakkan di hadapan bertentangan dengan wajah kita dan wajah
kita akan berada di hadapan kita, kerana dalam perkara ini kebersihan yang halus dan
ketebalan yang kotor kedua-duanya memainkan peranan yang penting, sedangkan pada
dinding tebal dan cermin kaca yang halus bersih tidak terdapat sebarang keupayaan tersebut.
Demikianlah juga dengan pantulan Asma dan Shifat Allah Taala yang sekalian langit-
langit pun tidak mampu menerimanya kerana ianya diumpamakan seperti cermin kaca yang
halus dan bersih, demikian juga dengan sekalian bumi-bumi dan gunung-ganang juga tidak
dapat menerima pantulan Asma dan Shifat Allah Taala kerana ianya diumpamakan seperti
dinding yang tebal.
201
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Walaubagaimanapun Insan dapat terus menerima pantulan Asma dan Shifat Allah
Taala kerana Insan adalah seumpama sebuah cermin yang terdapat kekaratan padanya. Pada
suatu arah terdapat kehalusan Malakuti yang bersifat kemalaikatan dan pada suatu arah yang
lain Insan menanggung kekotoran Haiwani yang bersifat kebinatangan, yakni pada satu sudut
permukaan Insan adalah kewujudan yang bercahaya Nurani dan pada satu sudut permukaan
yang lain adalah kegelapan Zhulmat Adamiyyat. Pada satu sudut terdapat sinaran cahaya
Ilmu pengetahuan dan pada satu sudut lain terdapat kegelapan kejahilan. Zhulmat dan
kejahilan ini memainkan peranan sebagai sudut permukaan yang karat pada cermin Insani
sebagaimana kejahatan adalah cermin bagi kebaikan dan kekurangan adalah cermin bagi
kesempurnaan. Begitulah juga dengan Insan yang menjadi cermin bagi Jamal keindahan dan
Kamal kesempurnaan Asma dan Shifat Allah Taala yang mana kesempurnaan QudratNya
dapat diperhatikan.
Kehalusan cermin tanpa ketebalan maka tiadalah paparan akan berlaku padanya,
Taman adalah tempat kekotoran maka kebersihan adalah sebagai cermin baginya.
Zat Wajib Taala adalah yang pertama sekali bershifat dengan segala Shifat-shifat
kesempurnaan dan keindahan sebagaimana telah dizahirkan menerusi sabdaan Hadhrat
Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam,
- ' . -`, , - = . , , 65 _ 1 ,
Sesungguhnya Allah adalah Maha Indah dan Dia mencintai keindahan.
Sebaliknya, kejahatan dan kekurangan adalah diperlukan supaya ianya dapat menjadi
cermin bagi kebaikan dan keindahan Zat kerana jika tiada terdapat perkara kebaikan dan
keindahan pada perkara yang Mumkin, maka tiadalah paparan kebaikan dan keindahan Zat
padanya. Oleh kerana itu, keadaan Zhulmat Adamiyyat yang terdapat pada perkara Mumkin
maka kebaikan dan keindahan Zat menjadi terpapar. Adam yakni sifat ketiadaan adalah
menjadi seolah-olah suatu bentuk kesempurnaan manakala cermin adalah suatu paparan
keindahan. Dari sini, dapatlah kita mengetahui fadhilat kelebihan Insan yang melihat pada zat
dirinya dengan keburukan dan kekurangan dan Haqiqat Maqam Abdiyyat yang sebenarnya.
Wallahu Alam dan Allah Taala adalah lebih mengetahui Haqiqat yang sebenarnya.
Pada akhir ayat 72 Surah Al-Ahzab,
!l- _. | l !lL >
Dan dipikullah amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat
bodoh.
Lafaz Zhaluman Jahula pada ayat tersebut Zhalum bukanlah bermakna zalim yang
bersifat keras dan kasar tetapi membawa makna Zhulmat iaitu sesuatu yang bertentangan
dengan shifat cahaya Nur. Jahul bermakna kejahilan tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa
kesedaran yakni jahil terhadap Ghair Haqq dan tiada berilmu pengetahuan juga adalah suatu
bentuk kegelapan yang merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan Ilmu,
sedangkan Ilmu adalah Nur, maka seolah-olah shifat Zhaluman Jahuula yang
dikemukakan pada hak Insan adalah madah pujian disebalik purdah keburukan, yakni di
sebalik celaan terdapat sanjungan.
Zhulmatku dan kejahilanku adalah lawan cahaya,
Tetapi ianya menjadi tempat penzahiran AinNya,
202
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu mengatakan bahawa apabila Salik melihat
kepada zat dirinya dengan pertimbangan Zhalum dan Jahul maka dia akan terpandang
bahawa dirinya adalah suatu himpunan Zhulmat kegelapan, kejahilan, keburukan dan
kekurangan. Maka untuk dirinya pada martabat ini keburukan dan kekurangan akan menjadi
Maqam kebaikan dan kesempurnaan baginya dan ke atasnya akan dibukakan rahsia Maqam
Abdiyyat.
Beliau mengatakan bahawa secara lazimnya Maqam Abdiyyat adalah yang tertinggi
dari sekalian Maqamat, kerana makna pengertian melihat kekurangan pada zat diri sendiri
hanya dapat ditemui secara sempurna dalam Maqam Abdiyyat. Maka oleh itu, Maqam
Abdiyyat ini dikurniakan kepada Para Mahbubin mereka yang dikasihi Allah Taala,
manakala ParaMuhibbin yang mengasihi Allah Taala sentiasa dalam keadaan menghasilkan
kelazatan menerusi Dzauq menyaksikan pandangan Syuhud Zhilli.
Kelazatan Abdiyyat dan kehambaan adalah dikhususkan kepada Para Mahbubin dan
nikmat penyaksian Musyahadah Zhilli Para Mahbubin adalah merupakan bahagian untuk
Para Muhibbin juga. Maqam Abdiyyat adalah Maqam terakhir bagi perjalanan Suluk dan
pada Malam Miraj Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah meminta
Nisbat Abudiyyah dengan Allah Taala adalah sebagai memohon Maqam Abdiyyat ini.
Maka kerana itulah satu-satunya hamba yang menjadi penghulu atas medan ini adalah
Mahbub Allah Taala Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Sesiapa pun
yang dikurniakan kemuliaan daulat ini dengan Fadhzal kekurniaan Allah Taala akan
dikurniakan dengan Taufiq untuk mengikuti Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi
Wasallam secara sempurna. Dengan kerana seseorang hamba Ittiba mengikuti Sunnat dan
Syariat Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, dia akan berhasil
mendapat nasib mencapai ke Martabat Mahbubiyyat Zati, sebagaimana yang dizahirkan pada
ayat 31 Surah Aali Imran,
| `. ,>. < `-,.! `>,,`>` < - />l />, < "s '>
Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah
akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, dan Allah adalah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
Dalam keterangan ibarat di atas, dengan menyatakan bahawa hanya dengan Fadhzal
kekurniaan dan Kamalat kesempurnaan dalam Mutabiat mengikuti Hadhrat Baginda
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dapatlah diketahui bahawa Hadhrat Imam Rabbani
Quddisa Sirruhu mengisyaratkan kepada dirinya bahawa dengan Fadhzal kekurniaan Allah
Taala berdasarkan sikap beliau yang mengikuti secara sempurna tuntunan Nabawi Alaihi
Tahiyyah Wa Tsana, beliau dapat mencapai Martabat Maqam Abdiyyat dan Mahbubiyyat
Zatiyyah.
Perkara inilah yang diisyaratkan beliau menerusi ayat suci 54 Surah Al-Maidah,
,l `. < .` _ '!: < _ 'l.
Itulah kekurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan
Allah adalah Maha Luas pemberianNya lagi Maha mengetahui.
203
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Seterusnya Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah menerangkan mengenai
pembahagian dua jenis Martabat Para Awliya Kiram dan perbezaan yang terdapat antara
kedua-dua Maratib tersebut iaitu:
1. Para Awliya Mahbubin.
2. Para Awliya Muhibbin.
PARA AWLIYA MAHBUBIN
Para Awliya Kiram yang berjaya mencapai Darjat Mahbubiyyat adalah Para Awliya
Muhammadi Masyrab dan Jazbah mereka adalah mendahului Suluk dan mereka berisytirak
menyertai Hadhrat Baginda Penghulu Alam Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi
Wasallam pada sumber limpahan Mabda Faidhz, yakni Mabda Faidhz mereka adalah pada
Zhill Syan Ilmi. Hadharat Para Mahbubin ini dimuliakan dengan Mahbubiyyat Zatiyyah
yakni pada iktibar penciptaan mereka adalah Isytirak menyertai dan bersesuaian dengan
Mabda Faidhz Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Mahbubiyyat adalah suatu martabat tertinggi bagi Hubbi Zati yang dinamakan bagi
Martabat Wahdat iaitu Haqiqat Muhammadiyyah dan ianya dipermudahkan dengan menjadi
pengikut dan Ittiba Hadhrat Risalat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Ala Shahibihas-
Shalawat. Pada martabat ini seseorang Arif akan menjadi Mazhhar tempat penzahiran Shifat
Allah Bari Taala dan pada bahagian-bahagian anggota tubuh badannya tiada lagi bahagian
Ghairullah yang kekal padanya. Martabat ini adalah buah daripada Qurb Nawafil yang
dicapai setelah Qurb Faraidhz. Mereka yang dapat mencapai Manshab kedudukan ini akan
menjadi Mustajab Ad-Daawat yakni seseorang yang permohonan doanya adalah mustajab.
Memusuhi dan memarahi seseorang Wali dari kalangan mereka ini dikhuatiri akan
menyebabkan penghujung kematian yang buruk. Pada martabat ini juga, Qalb seseorang Arif
adalah bagaikan cermin yang bersih dan akan tersingkaplah padanya Haqaiq Asyya dan
sentiasa dalam keadaan Muraqabah seolah-olah sedang Ruyat memandang Kehadhrat Zat.
Penjelasan mengenai Qurb Nawafil dapat ditsabitkan menerusi keterangan Hadits Qudsi,
` ` - ' _` - ,` , ` _ . ` , , ,, . ... _ , _- 963 _ 2 ,
HambaKu yang mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan Ibadat Nawafil
sehinggalah Aku mengasihinya.
PARA AWLIYA MUHIBBIN
Para Awliya Kiram yang berjaya mencapai Darjat Muhibbiyyat adalah Para Awliya
Masyarib Hadharat Para Anbiya Izham Alaihimussalam yang lain, yakni bagi mereka yang
Mabda Faidhz sumber limpahannya Zhill Shifat Takwin adalah Adami Masyrab dan bagi
mereka yang Mabda Faidhz sumber limpahannya Barzakh Ijmal Wa Tafshil Zhill Shifat Ilmi
adalah Nuhi Masyrab, bagi mereka yang Mabda Faidhz sumber limpahannya Tafshil Zhill
Shifat Ilmi adalah Ibrahimi Masyrab, bagi mereka yang Mabda Faidhz sumber limpahannya
Zhill Shifat Kalam adalah Musawi Masyrab, bagi mereka yang Mabda Faidhz sumber
limpahannya Zhill Shifat Qudrat adalah Isawi Masyrab. Perbezaan bagi setiap Masyarib ini
adalah dibahagikan menurut Taqdir Azali oleh Tuhan dan padanya tiada termasuk sebarang
amal dari pihak Para Hamba. Suluk bagi Para Awliya Muhibbin adalah mendahului Jazbah
mereka.
204
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
KEKHUSUSAN THARIQAH NAQSYABANDIYYAH
Dalam Thariqah Aaliyyah Naqsyabandiyyah, Jazbah adalah Muqaddam ke atas Suluk
tetapi Jazbah dalam Thariqah ini bukanlah diperolehi kerana ciri Mahbubiyyat bahkan ianya
adalah suatu kekhususan bagi Thariqah ini. Dalam Thariqah ini juga didapati terdapat Jazbah
Mahbubin dan Jazbah Muhibbin.
Perbezaannya adalah bahawa Jazbah Pertama yakni Jazbah Shuri adalah terhasil pada
peringkat permulaan lagi dan Jazbah Kedua yakni Jazbah Haqiqi akan diberikan nasib pada
akhirnya. Sedangkan baki Thariqah-thariqah yang lain akan diberikan Jazbah Kedua iaitu
Jazbah Haqiqi pada peringkat pengakhiran tetapi Jazbah Pertama iaitu Jazbah Shuri dalam
Thariqah-thariqah yang lain hanya dikurniakan kepada Para Awliya Mahbubin Muhammadi
Masyrab dan ianya juga adalah kerana fitrah Istidad kemampuan yang ada pada dirinya,
bukan berdasarkan kekhusussan, maka jelaslah bahawa Jazbah Pertama atau Jazbah Ula atau
Jazbah Shuri adalah kekhususan Thariqah Naqsyabandiyyah manakala Jazbah Kedua yakni
Jazbah Haqiqi adalah terdapat dalam semua Thariqah-thariqah.
THARIQAH MAHBUBIN
Para Masyaikh Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah kami mengatakan bahawa Thariqah
Naqsyabandiyyah adalah Thariqah Mahbubin yakni Para Thalib penuntut yang Muhib dan
Para Murid dalam Thariqah ini adalah sepertimana Para Mahbubin dan Para Murad
melakukan persiaran Sayr Bathini sebagaimana yang telah dikatakan oleh Hadhrat Syah
Bahauddin Naqsyaband Quddisa Sirruhu,
. , , ,, ` , ,,
Kami adalah orang yang dikurniakan Fadhzal kekurniaan dan kami adalah Murad Mahbub.
Dalam Thariqah ini, rahsia untuk mencapai Taraqqi peningkatan Ruhani ke arah
Maqamat Aaliyyah yang tinggi adalah terletak pada Jazbah. Hadhrat Khwajah Syah
Bahauddin Naqsyaband Bukhari Alaihirrahmah telah berkata,
_ ,` ` - . , - ` , - , . .- 386 ,
Satu Jazbah daripada Jazabat Haqq Allah Taala adalah bersamaan dengan timbangan
amalan Tsaqalain yakni sekalian Jin dan sekalian Insan.
Betapa indahnya kata-kata penyair Parsi,
_ |, _,- _|a ' '
_, _|- , ~ _| -
Agar Az Janib Masyuq Nabasyad Kasyasyi,
Kosyisyi Asyiq Bey Charah Bajaey Narasad.
Jikalau daripada pihak Masyuq tiada sebarang tarikan Jazbah,
Maka segala usaha Asyiq yang miskin adalah tiada berfaedah.
205
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Hadhrat Khwajah Muhammad Said Sirhindi Quddisa Sirruhu telah menuliskan seperti
berikut,
Dari Muridi ke Muradi dan dari Muhibbi ke Mahbubi terdapat banyak perbezaan,
bahawa Muridi adalah nama bagi seseorang yang berjalan dengan langkahan kakinya sendiri
dan Muradi adalah nama bagi seseorang yang ditarik dan dibawa berjalan. Kerana itulah Para
Buzurgan telah mengatakan bahawa,
` , ' , , ' ` . =, ` , , ' ` . ,,,
Murid berkejar mencari Murad dan Murad melarikan dirinya.
Tahqiq kebenaran kata-kata ini adalah bahawa dalam Thariqah Naqsyabandiyyah ini
bermula daripada persiaran Sayr Qalb Alam Amar dan Qalb adalah merupakan Mawrid dan
Markaz bagi Jazbah-jazbah berkhilafan dengan Thariqah-thariqah lain yang bermula dengan
persiaran Sayr Alam Khalaq. [Maktubat Saidiyyah:46]
PERSOALAN DAN JAWABAN
Seterusnya Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah menjawab suatu persoalan
dengan Muqaddar persoalannya adalah seperti berikut:
SOAL: Para Arif yang telah mencapai Maqam Abdiyyat apabila telah diberikan akhlaq yang
baik dan shifat-shifat yang berkelebihan maka bagaimana dia boleh diberikan shifat-shifat
keburukan dan kekurangan pada darjah yang sempurna?
JAWAB: Sebagai menjawab persoalan ini, beliau telah mengatakan bahawa yang
dimaksudkan dengan keburukan dan kekurangan yang sempurna ialah pada iktibar Ilmu
Dzauqi seseorang Salik, ianya sama sekali bukanlah bermakna bahawa Salik diberikan sifat
keburukan dan kekurangan dan dia melibatkan diri dengan pekerjaan dan perbuatan yang
buruk dan mendatangkan kerugian kerana pada waktu itu Salik tersebut diberikan akhlak
daripada Akhlaq Ilahiyyah bahkan pada diri Salik tersebut akan terhasil suatu ilmu
pengetahuan berkenaan keburukan dan kerugian yang bertakluk dengan perasaan Dzauq.
Pada martabat ilmu pengetahuan ini, Salik dengan pertimbangan dirinya sebagai
Adam ketiadaan dapat mengenali perkara yang bershifat Mumkin yang merupakan Mabda
bagi keburukan dan kekurangan serta kosong semata-mata dari sebarang kebaikan dan
kesempurnaan. Menerusi ilmu pengetahuan inilah Ilmu Marifat sebagai pengenalan bagi
Allah Taala akan terhasil sebagaimana Para Arif telah berkata,
` ` , _ , ` ,
Barangsiapa yang mengenali Nafs dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali Tuhan
Pemeliharanya.
Pengetahuan Ilmu Dzauqi ini bukanlah menjadi bahagian kepada setiap orang kerana
ianya merupakan pandangan Syuhud Para Arifin yang berhasil dengan memberikan
tumpuan perhatian terhadap Martabat Mumkinat, bahkan Kaifiyyat Ilmu Dzauqi seseorang
Salik ketika Uruj tiada dipersaksikan bahkan ianya hanya akan dapat diketahui ketika waktu
Nuzul.
Wallahu Warasuluhu Alam, dan Allah dan RasulNya adalah yang paling mengetahui.
206
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
NISBAT 'UMUM DAN KHUSUS MUTHLAQ
Daripada keterangan-keterangan yang telah Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu
nyatakan dapatlah diketahui bahawa takluk Nisbat yang terdapat antara Mabubiyyat dan
Taqaddum Jazbah adalah Nisbat Umum dan Khusus Muthlaq.
Mahbub adalah Akhash Muthlaq dan Taqaddum Jazbah adalah Aam Muthlaq yakni
pada setiap Mahbub adalah perlu didahulukan dengan Jazbah Bidayat tetapi tidak semestinya
seseorang yang didahulukan dengan Jazbah Bidayat adalah mesti seorang Mahbub, kerana
Mahbubiyyat adalah dikhususkan dengan Muhammadi Masyrab dan sedangkan orang yang
didahulukan dengan Jazbah ke atas dirinya ini bukanlah Muhammadi Masyrab.
Walaubagaimanapun, dengan sebab Ittiba mengikuti Sunnat seseorang Salik akan
mendapat Jazbah Bidayat dan pengertian makna Ardhzi bagi Mahbubiyyat dapat diperolehi,
tetapi ini bukanlah Mahbubiyyat Zati kerana Mahbubiyyat Zatiyyah adalah terhasil tanpa
sebarang Illat dan sebab, bahkan hanya semata-mata Fadhzal kekurniaan daripada Tuhan.
Dapatlah dikatakan bahawa Mahbubiyyat Zatiyyah tidak terhad atas sesuatu Illat dan
sebab tetapi juga tidak muktabar sekiranya tanpa Ittiba Sunnat. Adalah mungkin bahawa
seseorang Salik yang beserta dan bersesuaian dengan Hadhrat Penghulu Alam Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam pada Mabda Faidhz dan Muhammadi Masyrab dan
memiliki ciri- cirri Mahbubiyyat Zatiyyah tetapi disebabkan meninggalkan Ittiba Sunnat dan
kelaziman melakukan Riyadhat dan selalu dalam keadaan Ghaflat kelalaian maka dia telah
mensia-siakan Istidad keupayaan Jazbah.
Fatadabbur, maka renung-renungkanlah!
207
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
MAKTUB 10
Pada menerangkan erti penghasilan Hushul Qurb dan Buud dan Faraq dan Washal dengan
pengertian makna yang tidak masyhur dan sebahagian daripada ilmu-ilmu pengetahuan
yang sesuai dan munasib dengannya, surat ini juga telah dituliskan huraiannya kepada
khidmat Hadhrat Syaikhnya Pir Mursyid Buzurgwar Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu.
PERMOHONAN
Ahqarul-Khadamah hamba khadim yang paling hina ingin menyatakan permohonan bahawa
sudah agak lama perkhabaran hal keadaan Para Khadim yang berkedudukan tinggi di sana
tiada sampai pada hamba khadim di sini, setiap waktu menantikannya.
' , _,=- , - |a -
| ' a -|-' ~,
'Ajibi Nest Agar Zindah Syawad Jaani 'Aziz
Chun Az Aan Yaari Judamandah Piyame Barasad
Bukanlah ajaib jika jiwaku mendapat hidup yang segar,
Apabila mendapat pesanan dari seorang rakan yang jauh.
|| . ',- : ,
: ~ ., _' a ,~
Midanad Keh Syayani Daulati Hudhzur Nest
In Baskeh Rasad Za Dur Banggi Jarasam
Hamba tahu tak layak hadir di tempat Tuan Buzurgwar,
Cukuplah dengan mendengar bunyi locengnya dari jauh.
Adalah suatu muamalah yang ajaib bahawa penghujung kejauhan Bu'ud diberikan
namanya sebagai Qurb dan penghujung pemisahan Faraq dikatakan sebagai Washal, seolah-
olah bahawa secara haqiqatnya pada penanggungan makna istilah ini Para Hadhrat Masyaikh
telah mengisyaratkan kepada penafian Qurb dan Wishal.
., ` , ` . , ` , ,` ,
` ,` ,` - ` ` , ,` , -
Kaifa Al-Wushuulu Ila Su'adu Wa Duunaha
Qulalu Al-Jibaali Wa Duunahunna Khuyuufu
Bagaimanakah daku hendak sampai kepada rakanku?
Terdapat gunung dan gua di tengah perjalanannya.
208
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Oleh kerana itu, hamba ini sentiasa dihubungkan dengan Gham kesedihan dan fikir
yang berterusan. Pekerjaan akhir bagi seseorang Murad juga adalah menjadi Murid dengan
Iradah kehendak sebagai Murid, dan seseorang Mahbub yang dikasihi hendaklah menjadi
Muhib yang mengasihi dengan kecintaan Mahabbat sebagai seorang Muhib yang sebenar.
Penghulu Din dan Dunia Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Alaihi Minas-
Shalawat Akmaluha Waminat-Tahiyyati Afdhaluha dalam kedudukannya pada Maqam
Muradiyyat dan Mahbubiyyat, Baginda juga adalah daripada Muhibbin dan Muridin. Kerana
itulah Para Perawi Hadits telah mengkhabarkan berkenaan hal keadaan Baginda Shallallahu
Alaihi Wasallam seperti berikut,
. _ ` , = . = _ , , , ` , . - ., , ,
, _ , , . _ ` , = . = _ , , , ` , . . ,- . , ,
, , - 15 / . . 155 _ 2 ,
Kaana Rasulullahi Shallallahu Alaihi Wasallama Mutawashilul Huzni Daaimul Fikri.
Adalah keadaan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sentiasa berada dalam
kesedihan dan fikir yang berterusan.
Dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah
bersabda bahawa,
- , ` , = ` ., , - ,
Ma Uudziya Nabiyyun Mitsla Ma Uudzitu Fillah Azza Wa Jalla
Tiada kesusahan yang diberikan ke atas seseorang Nabi sebanding dengan apa yang
diberikan ke atasku pada Jalan Allah Azza Wa Jalla.
Para Muhibbin yang mengasihi dapat mengangkat bebanan cinta Mahabbat manakala
bagi Para Mahbubin untuk mengangkat bebanan tersebut adalah sukar. Kisah ini tiada
penghujungannya.
, . . ` .
Qisshatul-'Isyqi Laanfishama Laha
Kisah Para 'Asyiqin tiada berkesudahan
Pembawa surat permohonan ini ialah Hadhrat Syaikh Allah Bakhsh Quddisa Sirruhu
seorang yang memiliki suatu jenis tarikan Jazab dan kecintaan Mahabbat. Beliau telah
mendesak agar dituliskan beberapa kalimat untuk dituliskan kepada Para Khadim Tuan
Hadhrat, ringkasnya sebagai menzahirkan keinginan yang mendalam untuk hadir berkhidmat
kepada Tuan Hadhrat dan telah bertawajjuh untuk berangkat. Pada mulanya beliau telah
menzahirkan sebahagian keinginannya, apabila merasakan bahawa hati hamba ini tidak
begitu gembira maka beliau hanya ridha atas pertemuan lalu menuliskan beberapa kalimat
ini. Banyak membuat permohonan adalah berkhilafan dengan adab.
209
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
PENJELASAN:
Maktub kesepuluh ini juga telah dituliskan oleh Hadhrat Imam Rabbani Quddisa
Sirruhu kehadhrat khidmat Guru Mursyidnya Buzurgwar Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi
Billah Dehlawi Rahmatullah Alaih. Pada permulaan Maktub ini beliau telah menukilkan
dalam kata-kata syairnya Syayani Daulati Hudhzur Nest yang bererti bahawa Khadim ini
tidak layak untuk hadir berada di Bargah istana Tuan Hadhrat. Kata-kata ini mengandung
dua pengertian makna. Pertamanya boleh jadi bahawa yang dimaksudkan dengan Hudhzur
adalah Hadhrat Khwajah Baqibillah Rahmatullah Alaih. Dalam rupa keadaan ini pada jumlah
ayat tersebut beliau sedang menzahirkan diri sebagai sangat tidak berkeupayaan dan
Tawadhu di hadapan Bargah istana Hadhrat Syaikhnya. Kedua, mungkin bahawa perkataan
Hudhzur dimaksudkan kepad Hadhrat Zat Haqq Allah Taala. Pada rupa keadaan ini beliau
menerangkan berkenaan hal keadaan Nuzul yang sedang dialaminya, yakni hamba adalah
Ajiz tiada berkeupayaan dan dengan merasakan bahawa dirinya adalah tiada layak untuk
berada di istana Bargah Haqq Allah Taala, kerana itu beliau Nuzul daripada Maqam Uruj
dan daripada Iman Syuhudi sampai kepada Martabat Iman Ghaibi. Wallahu Alam.
IMAN SYUHUDI
Iman Syuhudi adalah bahagian untuk Para Awliya yang Mustaghraq menenggelamkan
diri dalam penyaksian Syuhud Mahbub. Nafs dan Ruh mereka berada pada Martabat Uruj
dan pada istilah Tashawwuf mereka ini dinamakan sebagai Mustahlikin. Mereka ini sentiasa
berada dalam kelazatan Iman Syuhudi ketika penghapusan rasa wujud diri.
IMAN GHAIBI
Iman Ghaibi ini adalah bahagian bagi Para Anbiya yang diperintahkan untuk
menjalankan seruan Dakwah dan memberikan bimbingan Irsyad kepada makhluk. Dengan
kesempurnaan Istidad dan keupayaan mereka sentiasa menyeru makhluk kepada Haqq Allah
Taala dan mereka menuju Martabat Nuzul serta menjalankan kerja Tarbiyyat terhadap
golongan orang awam. Mereka ini dinamakan sebagai Marjuin. Seolah-olah dapat dikatakan
bahawa Qurb Haqq adalah untuk Para Mustahlikin tetapi fadhilat dan kelebihan adalah untuk
Para Marjuin. Seorang Arif telah menerangkan Kaifiyyat Bathin seseorang Salik yang Nuzul
dalam kata-kata syair berikut,
,- ` , ,`, , , . , ` , _ ' ' ` , ,`, ` , _ ' ` ` , '
_ ` .,` - . , _ _` . ' , . ,- , _ ,
Daku hendakkan Wishal sampai kepada Mahbub dan Dia hendakkan perpisahanku,
Maka daku tinggalkan apa yang daku hendakkan terhadap apa yang Dia kehendaki,
Kerana sesungguhnya dalam kesampaian Wishal adalah disukai oleh Nafs diriku,
Dan manakala dalam Hijrah perpisahan adalah disukai oleh Tuhan yang dikasihi.
Apabila seseorang Arif sampai pada Martabat Uruj dan Wishal serta bermulahazah
memerhatikan Quddusiyyat kesucian Haqq Allah Taala dan mendapati dirinya sebagai
Adam berketiadaan apabila dibandingkan dengan Hadhrat Zat dan mengetahui bahawa tiada
sebarang Munasabat kesesuaian di antara yang Wajib dan yang Mumkin.
210
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014
Maka dia akan mendapati dalam pandangannya bahawa Qurb kedekatan dan Wishal
kesampaian sebagai Buud kejauhan dan Firaq keterpisahan. Berdasarkan atas kesesuannya
sebagai Adam yang berketiadaan maka dia akan hilang dalam tingkatan-tingkatan fikir dan
kerisauan, dan menganggap bahawa kesampaian Wishal adalah mustahil lalu mengiktibarkan
Firaq keterpisahan sebagai Wishal kesampaian.
_: ' ' : | :, _- _ ' _ ' :, _- _|: ' :
Untuk kesampaian KehadhratNya adalah dikatakan Muhal,
Qurb kedekatan terhadap DiriNya adalah dikatakan Wishal.
Seorang penuntut Haqq telah mengatakan berkenaan keterjauhan dan keterpisahan ini
sebagai berikut,
- ' , , - , , , ,- . , , ` , ` ., , , , ` , , = , ,, , , . .,, ,
Allah Al-Haqq adalah Aziz yang Maha Agung dan perjalanan Thariqat adalah sukar dan
jauh dan Qurb kedekatan adalah kejauhan dan Wishal kesampaian adalah keterpisahan
dan pada tangan makhluk hanyalah Qiila dan Qaala yakni diperkatakan dan
memperkatakan.
Menganggat bebanan Kaifiyyat-kaifiyyat kecintaan Mahabbat yang sebegini adalah
pekerjaan Para Muhibbin, bukannya pekerjaan bagi Para Mahbubin. Hadhrat Baginda
Penghulu Alam Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaannya
sebagai Mahbub yang dikasihi dan sebagai Murad yang dikehendaki, Baginda juga adalah
Muhib yang mengasihi dan Murid yang mengkehendaki. Oleh kerana Istidad kesediaan
keasyikan Isyiq Hadhrat Baginda adalah paling banyak dan apabila Baginda memerhatikan
pada ketiadaan kesesuaian dirinya dengan Hadhrat Zat maka Baginda menjadi Mutafakkir
yakni sentiasa memikiri dan Daim Huzun yakni senantiasa berdukacita, kerana di sini
ketiadaan kesesuaian bagi diri Baginda adalah perkara keterpisahan dan keterjauhan yang
mana merupakan perkara yang sukar dan payah bagi dirinya. Dan dengan ciri Mahbubiyyat
yang ada pada dirinya adalah dirasakan tidak mampu menanggung apa yang telah menjadi
hak baginya. Mungkin kerana itulah Hadhrat baginda telah berkata dalam sabdaannya
bahawa, Sebanyak mana kesusahan yang telah diberikan terhadap diriku tiadalah
kesusahan tersebut diberikan kepada sebarang Para Nabi yang lain. Wallahu Alam.
TAKHRIJ AHADITS
Hadits pertama yang dinukilkan dalam Maktub ini adalah Qaul Hadhrat Allamah
Muhammad Murad Makki Rahmatullah Alaih dan juga telah dinukilkan di dalam kitab
Syamail Tirmidzi, Baihaqi, Thabrani, Dalail, Ibni Asakir dan sebagainya. Hadits kedua adalah
menurut lafaz-lafaz yang diriwayatkan oleh Hadhrat Ibni Adi dan Hadhrat Ibni Asakir
daripada Hadhrat Jabir Radhiyallahu Anhu.
Bihamdillahi Taala Wa Taufiqihi selesai terjemahan dan syarahan sepuluh Maktubat
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi An-Naqsyabandi
Al-Uwaisi Quddisa Sirruhu ke Bahasa Melayu oleh Hadhrat Maulawi Faqir Jalaluddin Ahmad
Ar-Rowi Al-Amani An-Naqsyabandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi Afallahu Anhu pada 10
Muharram 1435 Hijrah. Terjemahan yang seterusnya akan menyusul, In Syaa Allahu Taala.
211
AL-BAYYINAT AR-RABBANI FI MAKTUBAT IMAM RABBANI
.,.- ,, , ,,' - - _. ,, ~' , - ,, 1435 / 2014