You are on page 1of 22

KESELAMATAN MAKMAL

1. 1.1 KESELAMATAN MAKMAL SAINS BAHAN KIMIA

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia. Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut. Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah). Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida. Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing. 1.1.2 Cecair Mudah Terbakar Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan. Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masingmasing. Jadual 2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar Bahan takat kilat /C (Sambaran)

Propana Dietil eter Dimetil eter Karbon disulfida Aseton Sprit petroleum metanol Etanol

- 104 - 45 - 41 - 30 - 18 - 17 10 10

1.1.3 Bahan Kimia Mengkakis Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat. Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan. Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan. 1.1.4 Bahan Kimia Beracun Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun. Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh. Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati. (A) Langkah Keselamatan

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian. (i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit. (ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena. (iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit. (iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah. (v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. (vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. (vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja. (viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya. (ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.

(B) Peraturan Penyimpanan Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: (i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa. Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.

(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh. (iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api. (iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.

(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul. 1.1.5 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik. (i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang sesuai. (ii) Larutan (Asid) berlebihan. : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air

Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu. i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang. Peringatan: Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin. ?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan. i) Bahan berminyak Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering. ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas. Kaedah pembersihan adalah seperti berikut: (a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Dan b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i). iii) Merkuri:

Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak. * Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang tumpahan. 1.1.6 Pelupusan Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.

Sumber: http://makmal.9f.com/keselamatanmakmal.html

KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF 1.3 BAHAN RADIOAKTIF 1.3.1 Kelayakan Guru Sains Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif. 1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri. Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.

Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai. Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ). 1.3.3 Penyimpanan Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa. Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun. Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta. Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan. 1.3.4 Kemalangan Dalam Makmal Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci. Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya. 1.3.5 Pelupusan Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: (i) Sumber Tertutup (a) Takrif:

( b) Kaedah: Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pengeluarnya. Jika sumber tertutup iaitu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan segera

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI 1.2 BAHAN BIOLOGI 1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma: a) Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen. b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji. c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal. d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas. e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan makanan. f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang. g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal. h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR A) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. E. F. guru. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran

G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal. H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal. I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal. K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. O. P. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul. B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia. C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan. D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya. E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN A. Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang

pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. B. Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam

makmal atau bilik persediaan. C. Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik

persediaan tanpa urusan rasmi. D. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah

dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. E. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan

sedemikian tanpa sebarang pengawasan.

F)

Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di

bilik persediaan untuk kegunaan persendirian. G) Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa

dalam makmal dan bilik persediaan. H. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di

dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. I) Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada

dalam makmal atau bilik persediaan. J. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH Perkara-perkara am A). Petunjuk

Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali seten meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperha disetiap makmal;. B) Peti pertolongan cemas

peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tia makmal. C) Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-mu perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khusus yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , ad dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun

menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan sa penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.

Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakara sekolah. D. Pergerakan pelajar

Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.

Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam m sains. E. Peredaran udara

Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lem menyedut asap yang beracun. F. Lantai

Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak me dibersihkan dengan segera. G. Bekalan Elektrik

Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan. Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .

Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang w elektrik berjuntai.

Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru. Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.

H.

Kaca

Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berluba penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca. I. Kemalangan

Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan gu 1.2 KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:

i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api. ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.

ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.

Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pin hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.

Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latiha kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara. 1.3 LETUPAN

a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digun

b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas mampat dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta memp peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunaka mengangkut selinder ini.

Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh diperik

selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh s sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun. Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.

Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan d kemungkinan berlaku letupan. c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan. 1.4 a. PERCUBAAN YANG MERBAHAYA Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam ta uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini m dengan api yang sempurna. b. Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur. c. Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. d). Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam. e). Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tua ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pek f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Ke

pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan. g) Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi. h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik. I). Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diad dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya. j). Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian hidup di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam) un mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dib dengan pita selofan.

Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu s membuangnya. 1.5 BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah melet kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan ba kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digu untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN. a) Pepejal Yang Mudah Terbakar

Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (k atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpa sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.

Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan bahawa ia ter sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)

Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan dilet di atas kertas di atas bagku makmal.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya penyimpanan dan pembuangan masing-masing. Bahan Kimia Litium, Natriun, Kalium Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang Kesan-Kesan Merbahaya bertindak balas dan meletup dengan air Penyimpanan dan Pembuangan Disimpan dalam parafin (kerosin) Catatan Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk

Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum

Mudah terbakar dan terbakar denga cergas

Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida

Sulfur Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat

Mesti dijauhkan daripada agen peroksida

Mesti disimpan di dalam air Fosfurus Kuning Membakar sertamerta apabila terdedah kepada udara

Mesti dipotong di dalam air

Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium klorida

Bertindak balas dan meletup dengan air

Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun

Mesti digunakan dalam kuantiti kecil

Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap

b)

Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hen disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencec cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang te dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sek hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang ses

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masingmasing. Bahan kimia Propana Dietil eter Dimetil eter Karbon disulfida Aseton Sprit Petroleum Metanol Etanol c) Bahan Kimia Yang Mengkakis Takat Kilat /0C -104 - 45 - 41 - 30 - 18 - 17 10 12

Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pek

metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tida dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tanga

Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dib bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, k yang kecil sahaja digunakan. D) Bahan Kimia Beracun

Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.

Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan g beracun terdapat dalam udara makmal. Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.

Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara. Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan: i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut

ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menj racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan y kurang beracun misalnya, toluena,xyele.

iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bersentuhan dengan kulit.

iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. I sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah. V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racu menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.

Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tid

dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya. ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun. Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari kesemasa.

ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam st bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir un mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.

iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan dalam stor yang kh mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dala Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun henda direkodkan.

vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kim yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan ba (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul. 1.6. BAHAN RADIOAKTIF

a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekola hendaklah merupakan guru terlatih. b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif

Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran darip Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.

Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang. Se menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum mening makmal.

Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan sek memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak b dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.

Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif me dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.

Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lih pelupusan). C) Penyimpanan

Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-m bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 ata mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.

Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari ber dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hen dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap se itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih dari 50 mr. Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.

Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hen disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci. D) Kemalangan dalam Makmal

Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedap hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun at bahan-bahan pembasuh.

Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasu dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada d kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hos untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal. E) Pelupusan i) Sumber tertutup

Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang ber hendaklah diberitahu dengan serta-merta. ii) Sumber terbuka

Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahka denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. B menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku. 1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA a) Gas Gunakan almari wasap untuk membuangnya.

B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sin Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink. C) Pepajel

Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya deng mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digun

Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di te lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit. D) Kaca Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan. E) Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga, f) Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya. 1.8 a. PAMERAN SAINS SEKOLAH Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelul dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang ber terlebih dahulu.

C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penja mestilah mengawasi pameran ini setiap masa. D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.

E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada orang yang mengawasi perjalanan percubaan. F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.

G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pence dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letup

H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.

I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolon pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan bahan kim merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas

You might also like