You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG INSTITUSI

SEJARAH

PENUBUHAN KOLEJ KEJURURAWATAN PULAU PINANG

Kolej Kejururawatan Pulau Pinang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1947.Lokasi

pertamanya adalah di tingkat atas Hospital Bersalin Pulau Pinang. Pada asalnya Kolej

Kejururawatan ini dikenali sebagai Nurses Regional (North Malaya) Training

School.Pengetua yang pertama bagi kolej ini ialah Cik.R.K.Apple Bee.Beliau mula

berkhidmat dari tahun 1947 hingga 1960. Pada bulan Mei 1947, Dresser atau Pembantu

Perubatan Hospital mula berlatih bersama-sama jawatan.Namun,pada tahun 1949,kolej

ini dipindahkan ke blok B Hospital Pulau Pinang.


Pada tahun 1953,Nurses Regional (North Malaya) Training School ditukar nama ke

School of Nursing Northen Region. Kemudahan asrama bagi jururawat pelatih disiapkan

pada tahun 1956 dan perasmiannya disempurnakan oleh Sir Donald Mc Gillivray.

Pada tanggal 22 November 1958,Sekolah Latihan ini dirasmikan oleh yang Teramat

Hormat Mulia Raja Tun Uda Bin Raja Muhamad isitu selaku GaBenor Pulau Pinang.

School of Nursing Northern Region kemudian secara rasminya ditukarkan nama kepada

Kolej Kejururawatan Pulau Pinang pada tahun 1992.


Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang terletak di tingkat 35,

Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang,Malaysia.

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah Ibu Pejabat kepada

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang manakala Jabatan Kesihatan Negeri adalah

cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pengarah

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dipanggil sebagai ‘Office Of

Chief Medical And Health Officer’ telah bermula kira-kira seratus tahun dahulu.

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai sebanyak 145 personel dan

terbahagi kepada 5 bahagian utama seperti berikut;

• Bahagian Pengurusan

• Bahagian Kesihatan Awam

• Bahagian Perubatan

• Bahagian Pergigian

• Bahagian Farmasi

Bahagian Pengurusan , Kesihatan Awam dan Perubatan beroperasi di Tingkat 35 & 37 ,

KOMTAR manakala bahagian Pergigian dan Farmasi beroperasi di Tingkat 7 , Bangunan

Persekutuan Jalan Anson , Pulau Pinang.

OBJEKTIF

· Mencapai kesihatan untuk semua dengan menggunakan pendekatan

rawatan kesihatan asas yang bertujuan memperbaiki kesihatan dan


mengurangkan ketidakseimbangan taraf kesihatan di kalangan kumpulan

penduduk dan kawasan yang berbeza.

· Membantu setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf

kesihatan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan ekonomi dan sosial

yang produktif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang

bernasib baik.

· Memperbaiki perhubungan dan kerjasama antara sektor dan agensi dalam

aktiviti-aktiviti kesihatan dan yang berkaitan dengan kesihatan.

· Memperbaiki perkhidmatan kesihatan ke arah mengurangkan aduan

pelanggan.

Dr Teh Lei Choo , AMN AMP


Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (TPKN)

Dr Hassan Dr Yasmin bt Pn. Dr Dahari b. Dol Pn Salbiah bt Mohd Salleh


Merican Sulaiman Vijayalakshmi Patah
TPKN Perubatan TPKN Kesihatan TPKN TPKN Pergigian TPKN Farmasi
Awam Pengurusan (memangku)

You might also like