You are on page 1of 1

Cord Prolapse

Suatu keadaan dimana tali pusat berada di tepi atau di bawah presenting parts
ataupun tangan dan kaki sebagai presenting parts terkeluar lebih awal. Apabila
presenting parts tidak memenuhi ruang inlet, tali pusat mungkin prolapse keluar.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan fetus, maternal dan obstetrik, tali pusat
dan placenta serta iatrogenic. Cord prolapse boleh membahayakan fetus. Ketika
proses kelahiran, fetus boleh memberikan tekanan pada tali pusat (antara pelvis ibu
dan presenting parts). Keadaan ini boleh menyebabkan terputusnya bekalan darah
(oksigen) kepada fetus dan boleh mengakibatkan kalahiran mati (stillbirth).

Antara perawatan sementara yang boleh diberikan ialah tolak prsenting parts
kedalam uterus untuk menjauhkan fetus dari tali pusat. Letakkan ibu dalam posisi
trendelendburg / posisi knee-chest. Berikan oksigen kepada pesakit. Periksa
keadaan vagina untuk menentukan presenting parts, dilatasi serviks dan keadaan
tali pusat.

Jika serviks dilate sepenuhnya, lakukan kelahiran menggunakan forcep delivery atau
lower (uterine) segment Caesarean section (LSCS) atau jika LSCS tidak dapat
diteruskan, lakukan pemutaran podalik internal dan ekstrak secara breech kaki. Dan
jika serviks tidak dilate sepenuhnya lakukan LSCS.

Terdapat beberaa kesan daripada keadaan cord prolapse seperti fetal distress yang
disebabkan oleh hipoksia dan asliksia semasa kelahiran. Kematian fetus juga boleh
berlaku. Cara pencegahan bagi kes ini ialah mengesan dengan cepat kes-kes yang
mudah mendapat cord prolapse. Selain itu dengan merasa talipusat semasa
melakukan pemeriksaan vagina (VE) dan sebelum melakukan ARM.

Secara kesimpulannya, insiden cord prolapse ini merupakan suatu keadaan


kecemasan yang boleh mengakibatkan kematian fetus jika tidak dirawat dengan
segera. Terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Rujukan

Umbilical Cord Prolapse Causes, Management & More. (n.d.). Retrieved February
09, 2017, from http://my.clevelandclinic.org/health/articles/umbilical-cord-prolapse

You might also like