You are on page 1of 6

Objektif-objektif mempelajari plasenta pada masa term dan

fungsi-fungsinya.
1.Huraikan plasenta pada masa term.
2.Terangkan fungsi-fungsi plasenta.
3.Nyatakan keabnormalan-keabnormalan plasenta dan kesan-kesannya.

Ciri-ciri plasenta pada masa term

*Saiz
-Diameter lebih kurang 20 sm/8 inci.
-Bahagian tengah tebal (2.5 sm) dan tepi nipis.

*Bentuk
-Bulat

*Warna
-Merah tua

*Berat
-1/6 daripada berat lahir bayi
-Contoh : Berat lahir bayi=3 kg
Berat plasenta =1 x 3kg= 0.5 kg
6
*Selitan talipusat
-Di bahagian tengah pada permukaan fetus plasenta

*Permukaan
1. Fetus
: ialah permukaan yang menghadapi fetus semasa dalam uterus.
: licin & berkilat
: berwarna biru kelabu
; terdiri daripada 2 membran; amnion & korion
-Amnion terletak di bahagian atas
-Korion terletak di antara amnion dan plasenta

2. Maternal
: ialah permukaan yang melekat pada desidua uterus
: mengandungi 18-20 lobus dipanggil kotiledon yang terdiri
daripada vilus korionik.
: di antara lobus ialah “sulci” yang terdiri daripada desidua
sebagai septa memisahkan vilus-vilus korionik.
: berwarma merah tua

*Membran
1.Amnion
:ialah lapisan membran yang menghadapi fetus semasa dalam uterus
:terdiri daripada sel ektoderma
:liat, licin dan lutcahaya
:boleh dipisah dari korion sehingga ke kawasan selitan talipusat

2.Korion
:ialah lapisan membrane yang menghadapi desidua uterus.
:bersambung dengan pinggir plasenta.
:mudah terkoyak dan tertinggal dalam uterus, mengakibatkan perdarahan
berlebihan selepas plasenta dilahirkan.
:berwarna legap/”opaque”.

Fungsi-fungsi plasenta

1.Fungsi respiratori
*Penyerapan (diffusion) oksigen & karbon diaoxide berlaku di ruang
intervillus yang berada di plasenta.
*Oksigen dalam salur darah maternal dibawa ke plasenta dalam bentuk
“oxyhaemoglobin”/HbO 2.
*“Oxyhaemoglobin”/HbO 2 akan berpisah kepada hemoglobin dan
oksigen apabila darah maternal dibawa ke ruang intervillus.

Maternal HbO 2 (berpisah) -- Maternal Hb + O 2

*Oksigen diserap melalui dinding villi korionik dan bergabung dengan


fetal Hb dan menjadi Fetal HbO 2 di salur darah plasenta.
*Darah beroksigen dari plasenta akan dibawa ke fetus melalui vena
umbilicus.

Fetal Hb + O 2 (bergabung)-- Fetal HbO 2

*Paras oksigen dalam darah maternal kurang berbandingkan dengan yang


di udara.
*Untuk memastikan cukup bekalan oksigen kepada tisu fetus, sel darah
merah fetus dan hemoglobin fetus bertambah. Denyutan jantung fetus
juga bertambah.(kadar normal – 110-150kali/minit)

2.Fungsi alimentari
*Makanan fetus dibekal oleh salur darah ibu melalui dinding villus
korionik di plasenta.
*Biasanya bahan makanan mudah larut seperti glukosa, amino asid diresap
melalui villus korionik.
*Desidua dan plasenta juga mengandungi banyak glikogen yang boleh
ditukar kepada glukosa apabila perlu. Fungsi ini dipanggil Fungsi
Glykogenik Plasenta.
*Bahan makanan kompleks seperti protein perlu ditukarkan kepada amino
asid di plasenta.Plasenta mempunyai fungsi menukarkan makanan
kompleks kepada makanan mudah larut sebelum ia di bawa lalu dinding
villus.
*Berbagai protein seperti antibodi Rhesus dan agglutinin akan melalui
plasenta tanpa perubahan.
*Toxin dan antitoxin seperti tetanus dan diphtheria serta hormon juga
akan lalu tanpa perubahan.
*Lemak dan bahan lemak lain seperti lipoid dan kolesterol akan lalu
plasenta secara perlahan-lahan. Laluan lemak pada awal trimester adalah
terhad dan bekalan lemak di hasilkan daripada sistesis karbohidrat di tisu
fetus.
*Vitamin A,D,E (larutan lemak) disimpan dalam sel-sel trofoblast dan lalu
plasenta secara perlahan-lahan.
*Vitamin B & C (larutan air) lalu plasenta secara bebas.
*Zat galian seperti natrium lalu plasenta dengan lebih senang apabila
kehamilan lebih lanjut.
*Kalsium, fosforus dan nitrogen bukan protein hadir dalam peredaran
fetus lebih daripada di darah ibu.
*Urea, uric asid dan creatinine (bahan perkumuhan) lalu plasenta secara
penyerapan. Amaun bahan perkumuhan ini sama paras di salur darah ibu
dan fetus.

3.Fungsi penyimpanan
*Glikogen, vitamin A, D dan zat besi disimpan di plasenta sebelum
dibekal kepada fetus.

4.Fungsi perkumuhan
*Bahan perkumuhan daripada metabolisme serta karbon dioksida lalu
dengan penyerapan dari darah fetus kepada darah ibu, kemudian
disingkir oleh ibu.

5.Fungsi hormon
*Estrogen
-Estradiol dihasil oleh korpus luteum pada awal kehamilan dan oleh
sinsitiotrofoblas pada trimester ke-2 sehingga term.

*Progesteron
-Penghasilan progesteron sama dengan penghasilan estrogen.
-Amaun progesterone semakin meningkat sehingga masa sebelum labor
bermula.
-Hasil ekskresi, pregnandiol hadir dalam urin dan kadang-kala digunakan
untuk menilai keberkesanan fungsi plasenta.

*Korionik gonadotropin manusia


-Dihasilkan oleh sel-sel Langhans di lapisan sitotrofoblas pada masa
penanaman blastosista sehingga term.
-Paras maksima paling tinggi antara 8-12 minggu dan menurun dari
bulan ke-4 sehingga term.
-Ia dihasilkan dalam kencing dan digunakan sebagai unjian kehamilan.
-Fungsinya ialah untuk merangsang pembesaran dan aktiviti korpus
luteum pada awal kehamilan.

*Relaksin
-Ialah sejenis hormon (bukan steroid protein)
-Bertindak untuk relakskan ligmen-ligamen sendi seperti sendi pelvic
untuk meluaskan ruang pelvis pada hujung kehamilan.

*Adenokortikotropik
-Hormon ini dan hormone-hormon adenokortikosteroid dihasilkan oleh
plasenta.

6.Fungsi rintangan
*Rintangan daripada basilus tuberculosis, trypanosome, parasit malaria.
*TIDAK MELINDUNGI daripada spirochaete syphilis, bacillus typhoid,
virus-virus Rubella, smallpox dan chicken pox.
*Banyak Ubat-ubatan DAPAT LALU plasenta seperti morphia, pethidine,
anestesia sedutan dan penicillin (untuk merawat syphilis).

Keabnormalan perkembangan plasenta.


*Plasenta succenturita/”placenta succenturiata”
-Kotiledon berlebihan terbentuk jauh daripada tisu plasenta.Salur darah
daripada plasenta bercabang kepada kotiledon.
-Kesannya : kortiledon berlebihan boleh tertinggal dalam uterus semasa
labor peringkat ke-3 dan mengakibatkan perdarahan berlebihan.
-Implikasi kejururawatan: perlu mengesan salur darah yang menghulur
ke membran daripada tisu plasenta semasa pemeriksaan plasenta.

*Plasenta bipartita/ “Placenta bipartita”


-Dua kawasan plasenta dibentuk dan talipusat daripada bayi bercabang
kepada 2 plasenta ini.
-Kesannya:tiada

*Plasenta circumvallata/“Placenta circumvallata”


-Amnion dan korion berlipat pada pinggir plasenta semasa perkembangan.
-Kesannya: Pinggir plasenta lebih tebal dan senang berpisah dari
dindingnya menyebabkan perdarahan antepartum.

*Selitan Battledore/“Battledore insertion of the cord”


-Selitan talipusat di tepi plasenta.
-Kesannya: Talipusat senang terputus semasa kelahiran plasenta pada labor
peringkat ke-3 dan menyebabkan lekat plasenta.

*Plasenta velamentosa/“Placenta velamentosa”


-Juga dipanggil Selitan velamentosa/ “Velamentous cord insertion”.
-Talipusat melekat kepada membran dan bukan ke tisu plasenta.
-Salur darah dari talipusat bercabang di membran, kemudian dilekat
kepada tisu plasenta.
-Kesannya:Apabila salur darah di membran berada di bawah bahagian
presentasi, (vasa previa), tekanan atau pemecahan salur darah akan
menyebabkan anoksia fetus dan mati dalam kandungan.
-Implikasi kejururawatan:Elak melakukan pemecahan membrane(“ARM”)
jika merasai debaran nadi pada membrane semasa melakukan pemeriksaan
vaginal.

Penyakit-penyakit plasenta
1.Infaksi Plasenta :kematian tisu plasenta
-Boleh berlaku dalam penyakit maternal seperti hipertensi dan penyakit
renal dimana penyempitan salur darah mengurangkan bekalan darah
kepada plasenta. Akibatnya perkembangan plasenta kurang lengkap dan
banyak kawasan tisu plasenta mati.
-Kesannya: 1.Perkembangan dan pembesaran fetus terbantut. (IUGR)
2.Hipoksia fetus

2.“Calcareous degeneration”
-Berlaku pada kehamilan berpanjangan-42 minggu dan lebih.
-Boleh mengakibatkan anoksia fetus sebelum atau semasa labor.

3.Plasenta beredema
-Berkaitan dengan penyakit hemolitik bayi baru lahir.
-Plasenta nampak besar, pucat dan menakung banyak air.
-Berat plasenta lebih kurang ½ berat lahir bayi.
-Bayi yang beredema dipanggil “hydrops fetalis”.

4.Placenta yang sangat besar.


-Berkaitan dengan penyakit sifilis.
-Plasenta nampat pucat dan berminyak/“greasy”
-“Spirochaetes” akan dikesan pada plasenta semasa pemeriksaan
mikroskop dijalankan.

You might also like