You are on page 1of 28

Lampiran 1

BK-KULIAH-DB.1-01

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nama Institusi Latihan : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

PELAN MENGAJAR

Nama Pengajar TAY HSIAO MOI @ ELIZABETH TAY

Kumpulan Pelatih Jururawat Bidan Pelatih


Kumpulan Julai 2008

Semester Kebidanan Pos Basik Bhg. I ( Blok I )

Topik/Tajuk Embriologi
- Persenyawaan
- Penanaman blastosista
- Perkembangan dan pembesaran fetus
- Perkembangan plasenta

Tarikh Dan Masa 21.07.2008


( 8.00 – 10.00 pg. , 10.30 pg – 12.30 tgh. )

Pengetahuan Terdahulu 1. Anatomi dan fisiologi system reproduktif perempuan.


(Pre-Requisite) 2. Kitaran haid.

Objektif Pembelajaran PADA HUJUNG SYARAHAN, PELAJAR-PELAJAR AKAN


DAPAT :-
1. menghuraikan secara ringkas proses persenyawaan.
2. menghuraikan secara ringkas pembahagian sel dan
perkembangan zigot sehingga peringkat blastosista.
3. menghuraikan secara ringkas penanaman blastosista .
4. menghuraikan secara ringkas perkembangan fetus dan
plasenta sehingga term

Rujukan 1. Bennett, V.R. and Brown L.K. 1989. Myles’ Textbook for Mdwives.
13th edition, Churchill Livingstone.
2. Burnett, C.W.F. 1979. The Anatomy and Physiology of Obstetrics.
6th edition. Faber and Faber
3. Verralls, V. 1980. Anatomy and Physiology Applied to Obstetrics.
2nd edition. Pitman books Limited.
4. Module on Embryology. 1996 Pusat Induk PJJ, Sekolah Kebidanan,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
TAJUK : EMBRIOLOGI
METODOLOGI
Masa Isi Kandungan / Sub topik Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Bahan Penilaian
mengajar &
Alat Bantu
Mengajar
2 minit “Set Induction” Nyatakan Mendengar
“Set Induction”
3 minit Objektif-objektif pembelajaran Tunjukan nota tentang Mendengar dan mencatit Komputer
tajuk Persenyawaan, penanaman objektif-objektif dan (Power point)
blastosista, perkembangan fetus bincang dengan pelatih.
dan plasenta.
40 minit Persenyawaan Tunjukan nota & Mendengar dan mencatit Komputer
-Definisi gambarrajah & terangkan (Power point)
-Tempat
-Bila
-Proses & Hasil
10 minit “Mini closure” dan soalan Nyatakan isi kandungan Mendengar.
penting
Jawab soalan Tanya soalan
tentang tajuk yang
Beri pelatih peluang Tanya soalan jika ada. diterangkan.
menyoal tentang tajuk.
5 minit “Breaktime”
5 minit “Link” Hubungkait tajuk Mendengar
pembelajran pembahagian
sel selepas persenyawaan
dengan tajuk
persenyawaan.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.......................... ....................... .........................


Pengajar KP/KT Pengarah/TPA
METODOLOGI
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Bahan Penilaian
mengajar &
Alat Bantu
Mengajar
45 minit Pembahagian sel selepas Tunjukan nota dan Mendengar dan mencatit Komputer
persenyawaan dan gambarrajah & (Power
perkembangan zigot sehingga terangkan point)
ke peringkat blastosista.
10 minit “Mini closure” dan soalan Nyatakan isi kandungan Mendengar.
penting
Jawab soalan Tanya soalan
tentang tajuk yang
Beri pelatih peluang Tanya soalan jika ada. diterangkan.
menyoal tentang tajuk.
2 minit “Link” Hubungkait tajuk Mendengar
pembelajran Penanaman
blastosista,
perkembangan embryo &
plasenta dengan
perkembangan zigot
sehingga
ke peringkat blastosista.

10 minit Penanaman blastosista. Terangkan Mendengar dan mencatit Komputer


-Proses (Power
point)

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.......................... ....................... .........................


Pengajar KP/KT Pengarah/TPA
METODOLOGI
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Bahan Penilaian
mengajar &
Alat Bantu
Mengajar
3 minit “Mini closure” dan soalan Nyatakan isi kandungan Mendengar.
penting
Jawab soalan Tanya soalan
tentang tajuk yang
diterangkan.
Beri pelatih peluang Tanya soalan jika ada.
menyoal tentang tajuk.
20 minit Perkembangan embryo & Tunjukan nota dan Mendengar dan mencatit Komputer
plasenta. gambarrajah & (Power
-Proses terangkan point)
5 minit
“Breaktime”

50 minit Perkembangan embryo & Sambung tajuk dgn Mendengar dan mencatit Komputer
plasenta. Tunjukan nota dan (Power
-Proses gambarrajah & point)
terangkan
10 minit “Mini closure” dan soalan Nyatakan isi kandungan Mendengar.
penting
Jawab soalan Tanya soalan
tentang tajuk yang
diterangkan.
Beri pelatih peluang Tanya soalan jika ada.
menyoal tentang tajuk.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.......................... ....................... .........................


Pengajar KP/KT Pengarah/TPA
METODOLOGI
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Bahan Penilaian
mengajar &
Alat Bantu
Mengajar
20 minit Perkembangan fetus Tunjukan nota dan Mendengar dan mencatit Komputer
-Ciri-ciri fetus berpandukan gambarrajah & (Power
gestasi terangkan point)

5 minit “Closure” dan soalan Nyatakan isi kandungan Mendengar.


penting
Jawab soalan Tanya soalan
tentang tajuk yang
diterangkan.

Beri pelatih peluang Tanya soalan jika ada.


menyoal tentang tajuk.
5 minit Beri 4 soalan MCQ Arah pelatih jawab Sailin dan menjawab Komputer
soalan, kemudian semak soalan. (Power
jawapan. point)

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.......................... ....................... .........................


Pengajar KP/KT Pengarah/TPA
Objektif-objektif Belajar Persenyawaan, Penanama Blastosista,
Perkembangan Fetus dan Plasenta.

1. Huraikan secara ringkas proses persenyawaan.

2. Huraikan secara ringkas pembahagian sel dan perkembangan zigot


sehingga ke peringkat blastosista.

3. Huraikan secara ringkas penanaman blastosista.

4. Huraikan secara ringkas perkembangan fetus dan plasenta sehingga


ke peringkat term.

Persenyawaan (Definisi,Tempat,Bila,Proses & Hasil)

1. Definisi persenyawaan.
Persenyawaan ialah percantuman ovum dengan sperma.

2. Tempat persenyawaan biasa berlaku.


Tempat persenyawaan biasa berlaku ialah di bahagian ampula, tiub
fallopio.

3. Masanya persenyawaan boleh berlaku.


Persenyawaan boleh berlaku pada masa subur wanita selepas perhubungan
seks. Masa subur wanita biasanya berdekatan dengan masa ovulasi.
Tempoh masa hidup ovum ialah 24-48 jam selepas ovulasi dan
biasanya ovum berada di bahagian ampulla pada masa ini.
Tempoh masa hidup sperma ialah 48-72 jam selepas ejakulasi.
Selepas perhubungan seks, kebanyakan sperma akan dibunuh oleh
asid laktik (PH-4.5)di cecair vaginal dalam masa beberapa jam.
Sperma hidup dalam media alkali dari mukus serviks. Sperma yang
hidup dapat bergerak ke tiub fallopio.
Implikasi – Mukus serviks yang bertambah sebelum ovulasi akan
membantu pergerakan sperma selepas perhubungan seks dan
meninggikan peluang hamil

4. Proses persenyawaan.
Sperma harus menembusi ovum untuk menjayakan persenyawaan.
Sperma mengeluarkan enzim hyaluronidase yang membantu sperma
menembusi sel-sel di korona radiate dan membrane zona palusida.

Sperma terdiri daripada kepala dan ekor.


Kepala sperma – mengandungi nukleus
- Akrosom (penutup 2/3 anterior nucleus)
mengandungi enzim hyaluronidase
Ekor sperma - Membantu pergerakan sperma dengan kadar
7.5sm/jam

Selepas satu sperma berjaya menembusi ovum ekor akan terputus dan
membrane akan bertutup supaya lain-lain sperma tidak dapat memasuki ovum.
Ini merupakan mekanisme semulajadi untuk mencegah pembentukan fetus abnormal.
5. Hasil persenyawaan.
Hasil persenyawaan ialah zigot, iaitu ovum yang telah disenyawakan
dalam pertama minggu kehidupan.

Nukleus Zigot mengandungi 46 kromosom :-


23 kromosom terdiri daripada ovum (22 autosom + 1 seks kromosom)
23 kromosom terdiri daripada sperma(22 autosom+ 1 seks kromosom)
= 44 autosom + 2 seks kromosom (xx atau xy)

Jika bayi lelaki kromosom = 44 autosom + 2 seks kromosom ( xy)


Jika bayi perempuan kromosom =44 autosom+ 2 seks kromosom ( xx)
Pembahagian sel selepas persenyawaan dan perkembangan zigot sehingga ke peringkat blastosista.
Beberapa jam selepas persenyawaan, zigot mengalami “cleavage” iaitu pembahagian
sel dari satu sel ke 2 sel ke 4 sel sehingga menjadi sekelompok sel dipanggil Morula
pada 3 hari selepas persenyawaan.

Morula memasuki uterus pada hari ke-4 selepas persenyawaan. Pada masa ini ia
dipanggil blastosista. Blastosista mengandungi 3 bahagian:-
-satu kaviti yang mengandungi cecair (kaviti blastosis)
-satu lapisan sel mengelilinginya dipanggil trofoblas
-satu kelompok sel di tepi dipanggil “inner cell mass”
Trofoblas akan menjadi plasenta manakala “inner cell mass” akan menjadi fetus.

Dari minggu ke-2 sehingga ke-8, struktur ini dipanggil embryo. Peringkat embryo
bermula dari pembentukan “embryonic disc” sehingga ciri-ciri kemanusiaan telah terbentuk.

Selepas minggu ke-8 sehingga kelahiran, manusia yang mengalami perkembangan


dan pembesaran dalam uterus dipanggil fetus.

Penanaman blastosista.

1. Masa blastosista menanam dalam desidua.


(Desidua ialah nama endometrium uterus semasa hamil-pembentukan
desidua berlaku pada hari ke-7 selepas persenyawaan)
7 hari selepas persenyawaan, blastosista mula menanam dalam desidua.
10 hari selepas persenyawaan, penanaman blastosista menjadi lengkap.

2.Proses penanaman
Trofoblas melekat ke permukaan desidua dan mengeluarkan bahan
penghadaman untuk menghakis sel-sel desidua dan dinding salur darah
ibu. Oleh demikian trofoblas dikelilingi oleh darah ibu dan mendapat
nutrisi untuk perkembangannya.

Walaubagaimana pun darah ibu tidak memasuki dinding trofoblas kecuali


dalam keadaan keguguran terancam, abrupsi plasenta atau peringkat labor
ketiga.
Implikasi – Ini merupakan mekanisme semulajadi untuk mencegah
isoimunisasi daripada percampuran darah ibu dan fetus.

Sedikit perdarahaan daripada kesan penanaman ini dipanggil “implantation


bleeding”. Perdarahan ini kadang-kala dikelirukan dengan haid.
Implikasi- Penting menyoal amuan perdarahan semasa memperolehi
riwayat tarikh haid akhir supaya dapat mengira tarikh anak
dijangka lahir serta jangka masa amenorea dengan tepat.

Langkah 11- “Mini closure”

Langkah 12 - Perkembangan embryo & plasenta selepas proses penanaman blastosista.

Semasa blastosista menanam dalam desidua proses perkembangan dan pembesaran juga berlaku di trofoblas dan
“inner cell mass”

12.1 Proses perkembangan plasenta


1.Sel-sel trofoblas membiak dan dibahagikan kepada 3 lapisan:-
-lapisan luar dipanggil “syncytiotrophoblast”
* menghasilkan enzim untuk hakisan desidua
* menghasilkan progesterone

-Lapisan tengah dipanggil “cytotrophoblast”


* Menghasilkan hormon HCG (human chorionic gonadotrophin)
Minggu 7- 10 parasnya peningkatan tertinggi.
Paras menurun secara perlahan-lahan selepas itu .
* Fungsi/Tindakan hormone HCG adalah merangsang pembesaran dan
aktiviti korpus luteum pada awal kehamilan.( selama 3 bulan )
* Selepas itu plasenta dapat berfungsi secara lengkap dan progesteron dan
estrogen oleh untuk mengekalkan kehamilan.

* Implikasi – Kehadiran HCG di urin baisanya menunjukkan tanda


kehamilan. (“probable signs of pregnancy”)
-lapisan dalam dipanggil “primitive mesenchyme”
(tisu perantara longgar)
* Bergabungan dengan tisu sama jenis di “inner cell mass”.
* Tempat penemuan “primitive mesenchyme” dengan “inner cell mass”
dipanggil “body stalk”. (Akhirnya menjadi talipusat)

2.Perubahan berikut berlaku di “syncytiotrophoblast”


“Vacuoles” (lubang kecil berisi dengan udara atau cecair) terbentuk di
dalam tisu ini dan bergabung menjadi saluran kecil di sepanjang
“syncytiotrophoblast”. Ia dipanggil “chorio-desidual apaces”.

3.Trofoblas juga menghasilkan bahan penghadaman untuk menghakis


desidua seperti tersebut di proses penenaman blastosista.

4.Pada hujung minggu ke-2, unjuran kecil dipanggil “primitive villi”


bertimbul daripada trofoblas. Trofoblas pada masa ini dipanggil
“primitive chorion”.
5.Pada minggu ke-3 , “primitive villi” mula bercabang. Ruang di antara
cabang dipanggil “intervillus spaces”.

6.Pada minggu ke-3, salur darah terbentuk di mesenchyme dan bergabung


menjadi sistem salur darah fetus. Salur darah ini melalui sepanjang
“primitive chorion” (trofoblas) kepada “body stalk” dan “inner cell mass”.

7.Tiga(3) bulan selepas persenyawaan “villi” di bahagian desidua basalis


membentuk satu corak kompleks dipanggil “chorion frondosum”.
“Villi” di bahagian desidua kapsularis mengecut dan hilang, tertinggal satu
lapisan korion licin dipanggil “chorion leave”.

8.Selepas 3 bulan kehamilan, “chorion frondosum” dan “chorion leave”


berkembang dan masing-masing menjadi plasenta dan korion.
Walaubagaimana pun, pada (3 bulan) plasenta primitif mula
menghasilkan hormone-hormon estrogen, progesterone dan relaxin.

9.Di plasenta, terdapat 2 jenis “villi”. “Nutritive Villi” ialah untuk proses
pemakanan manakala “Anchoring villi” untuk kestabilan plasenta serta
proses pemakanan.

10.Septum desidua yang berada di antara “villi” juga terlibat dalam


kestabilan plasenta.

11.Penembusi “villi” baisanya tidak sehingga ke lapisan basal desidua atau


miometrium uterus sebab dihalang oleh lapisan Nitabush (bahan
fibrinoid) yang terletak di bahagian bawah lapisan berfungsi desidua.
Implikasi - Jika “villi” menembusi lapisan basal desidua atau
miometrium uterus keadaan lekat uri akan berlaku.

12.2 Proses perkembangan embryo

1.Perubahan pertama di “inner cell mass” ialah pembentukan 2 kaviti.


* Kaviti amnion dilapisi oleh sel-sel ektodermal.
(akhirnya membentuk amnion)
* Kaviti yang lain dipanggil “yolk sac” dilapisi oleh sel-sel endodermal.

2.Di antara 2 kaviti tersebut di atas terletak sel-sel mesodermal.

3.Kawasan di mana sel-sel ektodermal, mesodermal dan endodermal


berkumpul dipanggil “embryonic plate”. “Embryonic plate” mengandungi
semua sel yang akan membentuk tubuh badan manusia.

4.Ketiga-tiga lapisan sel akan membentuk struktur-struktur berikut:-


*Lapisan ektodermal – kulit, rambut, kuku jari, system saraf, lens mata
dan enamel gigi.

*Lapisan mesodermal – jantung, darah, salur darah, sistem limfa, tulang,


otot, ginjal, ovari atau testis.
*Lapisan entodermal – Trak gastro-intestinal, hati, pancreas, paru-paru
dan kelenjar tiroid.

5.Sel-sel di kaviti amnion membiak secara cepat dan kaviti membesar dan
akhirnya mengisi semua ruang balstosista serta menutupi fetus di dalamnya.

6.Semasa kaviti amnion membesar, lapisan ektodermal membiak dan


membentuk otak, spinal korda dan kulit yang menutupi fetus.

7.Lapisan mesodermal membesar dan membentuk bahagian sisi dan depan


fetus. Dalam proses ini sebahagian “yolk sac” dimasukkan ke badan fetus
dan membentuk trak gastro-intestinal. Lain-lain bahagian bergabung
dengan “body stalk”.(Akhirnya menjadi talipusat )

8.Pada mulanya, “body stalk” menghubungi “inner cell mass” dan trofoblas.
Semasa perkembangan amnion dan fetus, “body stalk” memanjang dan
menjadi talipusat umbilical. Ini membenarkan pergerakan fetus dan cecair
amnion. Salur darah yang berada di “body stalk” akhirnya menjadi
salurdarah umbilikal.

Langkah 13- “Breaktime”

Langkah 14 - Perkembangan embryo & plasenta. (sambungan)


Langkah 15 - “Mini closure” dan soalan

Langkah 16 - Perkembangan fetus


-Ciri-ciri fetus berpandukan gestasi
Minggu Panjang Berat lahir Ciri-ciri
Kepala ke tumit
8-10 3 sm 0.9 gm *Saiz kepala terdiri drp ½ saiz badan
*Leher panjang dan dagu tidak menyentuh badan
*Pusat osifikasi sedang terbentuk di rawan
*Kelopak mata terbentuk tetapi mata bertutup
*Usus terletak di talipusat umbilikus sebab kurang
tempat di abdomen
*Kedudukan selitan talipusat di bahagian bawah
Abdomen
*Ginjal mula berfungsi dan fetus membuang urin
pada 10 minggu
12 9 sm 14 gm *Peredaran darah fetus berfungsi lengkap
16 16 sm 100 gm *Kulit kelihatan lutsinar
*Lemak subcutaneous mula hadir
*Rambut dan lanugo mula hadir
*Kaki lebih panjang drp tangan
20 25 sm 225 gm *Kepala tegak
*Ciri-ciri muka jelas
*Kelopak mata, kening & jari kuku terbentuk
*Kaki selaras dengan badan
*Verniks kaseosa drp kelenjar sebaseous mula hadir
*18/52 pergerakan fetus dirasa oleh ibu
*20/52 denyutan jantung fetus kedengaran dgn
stetoskop
Minggu Panjang Berat lahir Ciri-ciri
Kepala ke tumit
24 30 sm 680 gm *Kulit berkedut sebab kurang lemak subcutaneous
*Lanugo lebih gelap
*Verniks kaseosa bertambah
*24/52, fetus bertendang apabila dirangsang oleh
bunyi kuat
*Tenteram jika ibu dengar musik yg lembut
*Semua organ terbentuk
28 35 sm 1.15 kg *Mata membuka
*Kening dan bulu mata terbentuk
*Rambut menutupi kepala
*Lemak subcutaneous bertambah
*Testes mula menurun ke skrotom
32 40 sm 1.60 kg *Lanugo berkurang
*Badan lebih bulat sebab lemak subcutaneous
bertambah
*Testes masih menurun ke skrotom
36 45 sm 2.25 kg *Kebanyakan Lanugo tertanggal
*Verniks masih menutupi kulit
*Testes telah menurun ke skrotom
*Ovari masih di paras atas brim pelvis
*Kuku jari sampai ke hujung jari
*Kedudukan umbilikus berdekatan di pertengahan
abdomen
40 50 sm 3.50 kg *Osifikasi tengkorak fetus belum lengkap
*Pergerakan pernafasan fetus dapat dikesan melalui
ultra sound.

Panduan mengira panjang fetus ( dari kepala ke tumit/”crown heel length” )


Berpandukan gestasi fetus dalam minggu

Di antara minggu ke-12 sehingga ke 20,


Kira umur dalam bulan dan berganda, ini akan memberi panjang fetus.
Contoh
12 minggu = 3 bulan =3x3=9 sm (panjang fetus)
16 minggu = 4 bulan =4x4=16 sm (panjang fetus)
20 minggu = 5 bulan =5x5=25 sm (panjang fetus)

Selepas 20 minggu kira umur dalam bulan dan darab (“multiply”) dengan 5 ini akan memberi panjang fetus.

Contoh
24 minggu = 6 bulan x 5 =30 sm
28 minggu = 7 bulan x 5 =35 sm
32 minggu = 8 bulan x 5 =40 sm
36 minggu = 9 bulan x 5 =45 sm
40 minggu = 10 bulan x 5 =50 sm
Langkah 17 - “Closure” dan soalan
KOLEJ KEJURURAWATAN
KOTA KINABALU

PELAN PENGAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN : SYARAHAN

ALAT PANDANG DENGAR : KOMPUTER, PROJEKTOR, PAPAN PUTIH

AKTIVITI PELAJAR : SOAL DAN JAWAB

OBJEKTIF-OBJEKTIF
PELAJARAN : PADA HUJUNG SYARAHAN, PELAJAR-PELAJAR AKAN
DAPAT :-
1. huraikan likuor amnii
2. huraikan fungsi-fungsi likuor amnii
3. terangkan ujian-ujian diagnostik secara ringkas

PENILAIAN : SOALAN PENDEK

BAHAN RUJUKAN 1. Bennett, V.R. and Brown L.K. 1989. Myles’ Textbook for Midwives.
13th edition, Churchill Livingstone.

2. Burnett, C.W.F. 1979. The Anatomy and Physiology of Obstetrics. 6th


edition. Faber and Faber

3. Verralls, V. 1980. Anatomy and Physiology Applied tp Obstetrics


2nd edition. Pitman books Limited.
KOLEJ KEJURURAWATAN
KOTA KINABALU

PELAN PENGAJARAN

NAMA PENGAJAR : TAY HSIAO MOI @ ELIZABETH TAY

MATA PELAJARAN : LIKUOR AMNII

TEMPAT : BILIK DEDIKASI 6,


KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,
KOTA KINABALU.

TINGKATAN PELAJAR : JURURAWAT BIDAN PELATIH, KUMPULAN JULAI 2005

BILANGAN PELAJAR : 38 ORANG

BLOK: SATU TARIKH: 21.7.2005 MASA: 4-5 PTG. JAM: 1


TAJUK: Likuor amnii
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti ABM Penerangan
Pelatih
Langkah I “Set Induction” Nyatakan Mendengar
2 minit “Set Induction”
Langkah 2 Objektif-objektif Tunjukan nota tentang Satu pelatih Komputer/“Direc
3 minit pembelajaran tajuk objektif-objektif tersebut. membaca. t projector”
likuor amnii/cecair Jemput satu pelatih
amniotic membaca. Lain-lain
1.Huraikan likuor amnii. pelatih
2.Nyatakan punca likuor mendengar
amnii. dan mencatit
3.Senaraikan kandungan
likuor amnii.
4.Nyatakan fungsi-fungsi
likuor amnii.
5.Nyatakan penggunaan
likuor amnii untuk
tujuan klinikal.
6.Bezakan antara likuor
amnii normal &
abnormal.
7.Huraikan peredaran
likuor amnii.
Langkah 3 1.Huraikan likuor amnii. Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit -Definisi Nyatakan dan mencatit t projector”
-PH
Langkah 4 2.Nyatakan punca likuor Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit amnii senaraikan dan mencatit t projector”
Langkah 5 3.Senaraikan kandungan Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit likuor amnii. Nyatakan dan mencatit t projector”
Langkah 6 4.Nyatakan fungsi-fungsi Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit likuor amnii. Nyatakan dan mencatit t projector”
Langkah 7 “Mini closure” dan Nyatakan isi kandungan Mendengar.
5 minit Soalan penting
Beri pelatih peluang Tanya soalan
menyoal tentang tajuk. jika ada.
Tanya soalan tentang
tajuk yang diterangkan. Jawab soalan
Langkah 8 5.Nyatakan penggunaan Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
10 minit likuor amnii untuk Nyatakan dan mencatit t projector”
tujuan klinikal.
Langkah 9 6.Nyatakan perbezaan di Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit antara likuor amnii Nyatakan dan mencatit t projector”
normal dan abnormal.
Langkah 10 7.Huraikan peredaran Tunjukan nota & Mendengar Komputer/“Direc
5 minit likuor amnii. Huraikan dan mencatit t projector”
Langkah 11 “closure” dan soalan. Nyatakan isi kandungan Mendengar. Komputer/“Direc
5 minit penting t projector”
Beri pelatih peluang Tanya soalan
menyoal tentang tajuk. jika ada.
Langkah 12 Beri 2 soalan MCQ Arah pelatih jawab Sailin dan Komputer/“Direc
5 minit soalan, kemudian semak menjawab t projector”
jawapan. soalan.

You might also like