You are on page 1of 28

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%20 3%20Kenal%20pasti%20murid%20khas%20RPI%20dan %20Peranan%20guru.pdf http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanakkanak-berkeperluan-khas.

html
thursday, april 8, 2010

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


DEFINISI Maksud definisi menurut kamus dewan edisi ke 3 ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa dan lain-lain takrif. Dalam topik ini akan membincangkan definisi kanak-kanak berkeperluan khas dan definisi masalah bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau

perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka: 1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanakkanak sebaya dengannya,

2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap

berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000). Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. Masalah bahasa dan komunikasi Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan

dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.
Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanakkanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah : 1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi.

2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad. Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalambahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu : 1. Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa.

2. Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan untuk disebut. BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas. i) Bermasalah pendengaran Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu). Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995). Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau keduakeduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran. ii) Bermasalah penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak

ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu

diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992) iii) Bermasalah pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang

menggangguproses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut: lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain. iv) Pintar cerdas Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanakkanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan

boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanakkanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa. Dalam topik ini akan membincangkan mengenai dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas di bawah masalah pembelajaran iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom down dan juga lembam. Antara yang akan dibincangkan termasuklah punca berlaku sindrom down dan lembam, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, masalah bahasa dan komunikasi, masalah lain yang dihadapi mereka dan lain-lain lagi. Sindrom down Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang biasanya hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.

Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanakkanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). Masalah bahasa kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

Lembam (Slow Learner) Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya

kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Ciriciri kanak kanak lembam adalah pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca berlakunya masalah pembelajaran. Punca ini boleh pdibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi yang merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran , lembam lapisan otak dan sawan yang berpanjangan disfungsi urat saraf. kandungan plumbum yang tinggi dalam darah seseorang kanak -kanak wujudnya masalah pembelajaran. Kedua ialah punca psikososial Pengaruh sekitaran yang tidak sihat kurang rangsangan dan kurang perhatian ibu bapa kepada kanak-kanak dan juga kemiskinan hidup Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf

mulut yang tidak normal. Juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan . Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.

KAEDAH INTERVENSI

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini. Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari

segi fonologi,langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw,

menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut. Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah: 1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. 2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa. 3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin. Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada

murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus. Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh

menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan sempurna.

Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan

menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya. RUMUSAN Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang lain. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini. posted by siti hajar jamaludin at 2:43 am

MONDAY, FEBRUARY 25, 2008

Pola Kumunikasi Dalam Keluarga Murid-murid Bermasalah Pembelajaran


Pengenalan Jurnal ini membincangkan tentang pola komunikasi hasil daripada kajian ke atas 264 keluarga yang mempunyai anak cacat dari kategori bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan & Perak Kajian ini secara keseluruhannya mendapati yang sebahagian besar keluarga (61.1%) mempunyai komunikasi yang kurang memuaskan dengan anak-anak mereka.

Definisi Menurut (Kirk et.al.1989), murid-murid bermasalah pembelajaran adalah satu istilah yang generik yang merujuk kepada sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan. Manakala dalam konteks pendidikan di Malaysia pula, kanak-kanak yang cacat ringan dan sederhana digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pelbagai. Namun menurut Ramli 1997 pula, di sekolah, kanak-kanak yang mengalami kecacatan seperti sindram down, hiperkinesis, hipokinesis, autistik, masalah pertuturan, ceberal palsy, epileptik, disleksia dan terencat akal di tahap ringan dan sederhana digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pembelajaran.

Punca masalah Kajian mendapati yang suasana kumunikasi atau perhubungan dalam keluarga murid ini adalah tidak memuaskan. Margalit & Almougy (1991) mendapati, ibu bapa keluarga ini bersikap tidak begitu membantu terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid seperti ini juga dikatakan menjadi mangsa kurang mendapat perhatian dan layanan yang buruk daripada ibu bapa mereka. Faber (1975) pula mendapati, sebahagian besar ibu bapa dari status sosioekonomi yang rendah mempunyai masalah perhubungan dengan anak bermasalah pembelajaran. Kajian Mc Allister, Butler dan Lei (1978) pula mendapati, masalah perhubungan dalam keluarga banyak berlaku di kalangan ibu bapa yang bekerja. Margalit dan Almougy (1991) mendapati yang ibu bapa dalam keluarga tersebut mempunyai peluang yang terbatas untuk bersosialisasi dan beriadah kerana dalam perasaan mereka tidak menerima akan kehadiran anak tersebut. Perkara ini turut menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Furgeson (1987) mengkaji tentang komunikasi kelaurga yang melibatkan 51 remaja lelaki dan 52 remaja perempuan. Beliau mendapati bahawa wujud interaksi yang memuaskan antara ibu bapa dengan anak yang menunjukkan pencapaian yang baik di sekolah tetapi sebaliknya interaksi yang tidak memuaskan berlaku sekiranya anak seringkali menunjukkan pencapaian yang tidak baik di sekolah. Dapatan kajian oleh Greeberg (1985), mendapati murid daripada saiz keluarga yang besar menunjukkan kesan yang kurang memuaskan terhadap perhubungan intelektual murid-murid. Ini kerana ibu bapa tidak dapat memberi layanan yang baik dan menganggap yang anak mereka sebagai seorang yang belum mencapai tahap kematangan.

Hasil kajian Hasil kajian yang telah dijalankan di negeri Kelantan dan Perak ini telah menunjukkan bahawa persekitaran keluarga ada kaitan dengan komunikasi keluarga, pemboleh ubah etnik, dan komunikasi keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran. Dari analisis ujian Scheffe mendapati, murid-murid bermasalah pembelajaran daripada etnik Cina dan India mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam etnik Melayu. Kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran daripada keluarga yang beragama Buddha dan Hindu mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan keluarga yang beragama Islam dan Kristian. Selain daripada itu, hasil kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid ini yang mempunyai ibu bapa yang dewasa mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan jika dibandingkan dengan peringkat umur ibu bapa yang lain. Walau bagaimanapun, suasana komunikasi keluarga berdasarkan status sosio ekonomi keluarga menunjukkan dapatan yang agak berbeza sedikit. Kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi tinggi dengan keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi sederhana dan rendah pada ukuran komunikasi keluarga. Selain daripada itu, kajian ini juga telah menunjukkan bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran dari saiz keluarga besar dan saiz keluarga sederhana mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang dari saiz keluarga kecil. Dapatan kajian ini juga telah menjelaskan bahawa keluarga yang mempunyai anak yang cacat semasa peringkat bayi dan keluarga yang mempunyai anak yang cacat semasa akhir kanak-kanak mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai anak yang cacat semasa awal kanak-kanak.

Kesimpulan Sesungguhnya hasilan dan dapatan kajian ini telah dapat membantu program atau perkhidmatan yang sedia ada seperti kaunseling keluarga dan Program Latihan Ibu Bapa dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk ibu bapa kanak-kanak ini. Adalah diakui bahawa komunikasi yang positif dalam keluarga dapat meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Posted by Cikgu-cikgu
http://makri-pendidikankhas.blogspot.com/2008/02/pola-kumunikasi-dalam-keluarga-murid.html

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK


Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak. Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis. Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak

mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Punca -punca masalah pembelajaran Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori : 1. punca biologi 2. Punca psikososial

Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang

positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru. Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya. Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot. Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktivitiaktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu. Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanakkanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanakkanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka. Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini. Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyhoeducational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya. Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain. Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu

singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat. Masalah membaca Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya . Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis. Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ) Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambargambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering

menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam bukubuku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca. Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. Kanak -kanak hiperaktif Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa

terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi. Kekekokan Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik. Gangguan Emosi Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan.. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaikbaiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya

boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

Email This
http://haidahmien.blogspot.com/2011/10/masalah-pembelajaran.html SITI HAIDAH BT MEIN 2011 MASALAH PEMBELAJARAN

You might also like