You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9 SESI 2013 / 2014 PERKARA Mengumumkan ketibaan Yang

g Berbahagia, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam b Wan Abd.Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu Bismillahirohmannirrohom Assalamualaikum warahmatullahiwarabakatuh. Yang Berbahagia, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam b Wan Abd.Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Bin Senek, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 Yang Dihormati, Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 Tetamu tetamu khas jemputan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sesi 2012 / 2013, Guru Guru dan Ibu Bapa sekalian Alhamdulillah syukur kita kerana dengan izin dan limpah rahmatNya kita diberi kekuatan untuk berhimpun dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke 9. Mudah mudahan dengan pertemuan pada kali ini, kita akan dapat keberkatan dari Allah S.W.T dan membawa seribu makna kepada kita semua. Hadirin dan hadirat sekalian, bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam b Wan Abd.Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2.Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina kearah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam dunia pendidikan seterusnya menjulang nama SK Seri Bandi 2 dalam bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar. Bagi memuliakan dan memberkati majlis kita pada petang ini, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Abu Talib b Baharudin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Terima kasih kepada Ustaz Abu Talib b Baharudin di atas bacaan doa itu tadi Hadirin sekalian, bagi meneruskan agenda pada petang ini, majlis mempersilakan Tuan Haji Mohd Bin Senek, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan CATATAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Bin Senek, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 di atas ucapan sebentar tadi Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SKSB2 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di atas ucapan sebentar tadi Tuan tuan dan puan puan sekalian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam b Wan Abd.Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu untuk menyampaikan ucapan seterusnya, merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kali Ke 9 Sesi 2013 / 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam b Wan Abd.Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu di atas ucapan itu tadi Pihak PIBG dengan berbesar hati menyampaian hadiah kepada murid dan guru yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR tahun lalu. Sekali lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, Tuan Haji Mohd Bin Senek, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2, mengiringi Yang Berbahagia, Encik Amran Bin Mohamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Dan Pendidikan KETENGAH bagi menyampaikan hadiah tersebut. Dipersilakan Bagi murid yang mendapat 5A, dijemput ( 4 orang ) Bagi murid yang mendapat 4A, dijemput ( 0 Orang ) Bagi guru guru yang bertungku lumus dalam melakarkan kecemerlangan UPSR yang lalu, dijemput ( 16 orang ) Seterusnya, dipersilakan Yang Berbahagia, Encik Amran Bin Mohamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Dan Pendidikan KETENGAH bagi membuat 5 cabutan bertuah. Dipersilakan Sebagai tanda kenang kenangan, dipersilakan Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Encik Amran Bin Mohamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Dan Pendidikan KETENGAH Terima kasih kepada Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di atas penyampaian itu tadi

Tuan tuan dan puan puan sekalian, demikianlah berakhirnya Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kali Ke 8 Sesi 2012 / 2013. Saya selaku pengerusi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Amran Bin Mohamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Dan Pendidikan KETENGAH, kerana sudi meluangkan masa untuk bersama kita pada petang ini Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 mengucapkan setinggi tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu, memberi kerjasama dan menyokong penuh segala program yang dilaksanakan sehingga berjaya iaitu ; 1. Tuan Pengurus Besar KETENGAH 2. KETENGAH HOLDINGS SDN. BHD 3. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman 4. Pengetua SMK Seri Bandi 2 5. Penolong Pegawai Tadbir KETENGAH Seri Bandi 6. Pengurus Ladang Tabung Haji 7. Pengurus Ladang Cherul 8. Pengurus Ladang Mawar 9. Pengurus FELCRA 10. Pengurus Ladang Ketengah Jaya 11. Pengurus Kilang Kelapa Sawit Panji Alam 12. Pengerusi Tabung Kebajikan Peserta FELCRA 13. Ketua UMNO Seri Bandi 14. Ketua Pemuda UMNO Seri Bandi 15. Ketua Wanita UMNO Seri Bandi 16. Ketua Puteri UMNO Seri Bandi 17. Polis Bandar Seri Bandi 18. JKKK Bandar Seri Bandi 19. JKKK Felcra Seri Bandi 20. JKKK FELCRA Seri Bandi 21. Timbalan Pengerusi PIBG 22. Pengerusi Kantin SK Seri Bandi 2 23. RELA 24. Pusat Kesihatan Seri Bandi 25. Guru Guru Dan Kakitangan SKSB 2 26. Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid SKSB 2 Tidak lupa juga kepada Pengurus Ladang Ketengah Jaya, _________________ __________________________________ dan juga Encik Mat Zaid bersama Puan Fauziah di atas sumbangan Hamper untuk majlis kita pada petang ini Majlis dengan ini, mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Amran Bin Mohamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Dan Pendidikan KETENGAH, tetamu tetamu jemputan khas untuk menikmati jamuan yang disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Kepada para Ibu Bapa, diharap dapat tunggu di dewan ini kerana kita akan memulakan Mesyuarat Agung sebentar sahaja lagi. Terima kasih Untuk membuat cabutan yang seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan Encik Badrul Hisham Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru untuk membuat 5 cabutan bertuah. Dipersilakan

You might also like