You are on page 1of 3

KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41/DG44 (KUP) BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1.

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. (a) (b) (c) (d) (e) Penolong Pengarah (Penerbitan) Penolong Pengarah (Skim Pinjaman Buku Teks) Penolong Pengarah (Dasar dan Perolehan) Penolong Pengarah (Teknikal Penerbitan) Penolong Pengarah (Penyelidikan)

SYARAT KELAYAKAN UMUM 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Telah disahkan dalam perkhidmatan Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir Mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

(b) (c) (d)

(e)

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS 3. (a) Jawatan Penolong Pengarah (Penerbitan) (i) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Ekonomi/Perdagangan/ Kemahiran Hidup Sarjana Muda dalam bidang

(ii) Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Ekonomi/Perdagangan/ Kemahiran Hidup (b) Jawatan Penolong Pengarah (Skim Pinjaman Buku Teks) (i) Mempunyai pengalaman pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

(c)

Jawatan Penolong Pengarah (Dasar dan Perolehan) (i) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat/Sains Komputer

(d)

Jawatan Penolong Pengarah (Teknikal Penerbitan) (i) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT)/Sains Komputer/Multimedia

(e)

Jawatan Penolong Pengarah (Penyelidikan) (i) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (ii) Mempunyai kemahiran menggunakan perisian SPSS (iii) Mempunyai kemahiran menganalisis data dan berupaya menghasilkan laporan kajian

PERMOHONAN 4 (a) Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang : www.moe.gov.my atau www.moe.gov.my/bbt/ Permohonan mestilah melalui Guru Besar/Pengetua / Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah disahkan. Buku Rekod

(b)

(c)

(d)

Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersamasama dengan borang permohonan. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Januari 2014. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK E15, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E 62604 PUTRAJAYA

(e) (f) (g)

CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temuduga iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah tanggungan sendiri.

You might also like