You are on page 1of 2

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah

kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Sijil Penyertaan dikeluarkan setelah pelajar menamatkan ujian. Ibu bapa atau guru yang menguruskan ujian ini boleh membantu pelajar untuk mencetak sijil dalam talian ini. Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut: 1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2014) 2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2014 dan beragama Islam) 3) Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2014) 4) Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2014) UJIAN UKM1 disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara(http://www.ukm.my/permatapintar) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my) , Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. *Nota Penting 1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah). 2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja. Sekiranya orang dewasa yang membuatkan ujian ini untuk pelajar dan pelajar berjaya untuk menduduki UKM2, orang dewasa telah menganiaya pelajar berkenaan dan juga menyusahkan pihak kami mengaturkan sesi ujian dan pusat ujian. Setiap tahun kami dapati ada beberapa pelajar tidak dapat melakukan ujian UKM2 termasuk tidak tahu menggunakan komputer. Setelah ditemu bual, pelajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah mengambil ujian UKM1; ujian dibuat oleh orang lain. Kami juga dapat mengesan ada guru yang membuat ujian ini untuk pelajar. 3. Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2014. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga perlu mengemaskini maklumat http://pelajar.permatapintar.edu.my. *Perhatian a) Gunakan panduan carian sekolah diberi semasa mengisi maklumat sekolah. b) Maklumat sekolah boleh dikemaskini dengan memasukkan nombor mykad/mykid di http://ukm1.permatapintar.edu.my dengan menggunakan panduan mengemaskini maklumat sekolah. c) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah.

d) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran, sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan. e) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat sekolah (nama sekolah, alamat lengkap, telefon, faks dan emel sekolah) kepada permatapintar@ukm.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah. f) Sebarang pertanyaan tentang ujian ini boleh dikemukakan kepada alamat permatapintar@ukm.my. Sila sertakan maklumat berikut di dalam email tuan/puan 1. *MYKAD/MYKID#: 2. *Nama Penuh: 3. *Nama Sekolah: 4. *Negeri Sekolah: UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA (KEMASUKAN DATA BERKELOMPOK) 1. Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format b) Excel XLS Format 2. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi pelajar BARU sahaja (lebih dari 50 pelajar). 3. Email ke permatapintar@ukm.my

You might also like