You are on page 1of 11

1.

O PENDAHULUAN

Esei ini akan membincangkan mengenai kesan luluhawa dan pergerakan jisim

terhadap pandang darat (PD) fizikal di Malaysia. Tetapi sebelum itu, kita perlu

memahami apa sebenarnya yang di maksudkan sebagai Luluhawa dan pergerakan jisim.

1.1 LULUHAWA

Luluhawa ialah proses tindakan kimia di udara dan dalam air hujan, oleh

tumbuhan dean oleh bakteria serta perubahan mekanik akibat pertukaran suhu. Luluhawa

menukar batuan yang terdedah kepada cuaca menjadi reput dan kemudiannya menjadi

tanah-tanah peroi (H.D.Tjia, 1987: 22) . Proses luluhawa terbahagi kepada tiga golongan

iaitu luluhawa fizikal, luluhawa kimia dan luluhawa biokimia. Faktor-faktor utama yang

mempengaruhi proses luluhawa ialah iklim, biotik, geomorfologi, faktor tapak, geologi

dan kronologi (M.F.Thomas, 1991: 5). Proses luluhawa merupakan proses yang sinonim

di Malaysia. Hal ini kerana luluhawa paling sesuai berlaku di kawasan tropika lembap,

dimana gondolan permukaan tidak begitu pesat (M.F.Thomas, 1991: 51).

1.2 PERGERAKAN JISIM

Pergerakan Jisim atau runtuhan puin-puin longgar akibat tarikan graviti.

Pergerakan jisim juga merupakan pergerakan bahan-bahan regolit, tanih dan batu

menuruni cerun yang berlaku hasil daripada tarikan graviti( Jamaluddin Jahi, 1989:

142).. Gerakan jisim merupakan proses yang melibatkan pergerakan bahan terurai akibat

daripada proses luluhawa daripada kawasan tinggi ke kawasan rendah. Kadar pergerakan

jisim bergantung kepada kecerunan cerun, beratnya bahan dan kelembapan. Jenis gerakan

1
jisim iaitu kesotan tanih, fenomena bumi beku, tanah runtuh, ataman seperti yang telah

dikenalpasti oleh Hutchinson (1968) berdasarkan mekanisme, morfologi, bahan dan

kadar pergerakannya ( Jamaluddin Jahi, 1989: 14O). Kesemua perkara ini

menyumbang kepada pembentukan landskap muka bumi termasuk di Malaysia. Antara

kesan pergerakan jisim terhadap PD di Malaysia ialah terbentuk kawasan rendah,

menghapuskan cerun, menghapuskan tanih, tumbuhan dan menolong proses luluhawa.

2.O KESAN LULUHAWA TERHADAP PANDANG DARAT (PD) FIZIKAL DI


MALAYSIA

2.1 MERATAKAN KAWASAN TINGGI

Luluhawa fizikal berlaku apabila batuan yang terletak di bawah permukaan bumi

mengalami tekanan yang tinggi akibat adanya beban di atasnya. Apabila beban ini mula

terhakis, tekanan yang ditanggung kawasan tinggi mula berkurangan dan menyebabkan

batuan ini pecah mengikut satah kekar yang ada, atau satah yang selari dengan

permukaan. Hal ini akan menghakis permukaan batuan dikawasan tinggi seperti

dikawasan gunung serta bukit dan meninggalkan landskap kawasan yang semakin rata.

Landskap fizikal ini mudah didapati dikawasan Malaysia contohnya, seperti yang berlaku

di Gunung Kinabalu, banjaran titiwangsa dan sebagainya. Kawasan-kawasan tanah yang

mula merata ini akhirnya membentuk struktur tanah yang amat sesuai untuk pertanian.

2.2 MEMUSNAHKAN BANGUNAN

Luluhawa yang berlaku terutama luluhawa biotik yang melibatkan akar pokok dan

cuaca lembap panas memberikan PD fizikal yang biasa di Malaysia. Kerosakan batuan

akibat akar kayu dan cuaca ini mudah ditemui disekeliling kita. Akar-akar yang menjalar

2
didalam tanah boleh masuk kecelah rekahan atau retakan batu dan hujung akar

melemahkan struktur batuan dengan mengeluarkan asid organik. PD ini mudah ditemui di

seluruh Negara. Contohnya, gambar 1 adalah diambil di Lembah Bujang, Kedah dan

gambar 2 diambil berhampiran DKC di USM. Cuaca lembap panas pula mempengaruhi

PD fizikal terutama bangunan-bangunan yang mula mengalami kerosakan akibat air

hujan dan cuaca panas.

Gambar 3:Lembah bujang, Kedah Gambar 4:Sebelah Dewan Kuliah C Universiti Sains Malaysia.

2.3 PEMBENTUKAN TANAH DAN PD PERTANIAN

Hasil luluhawa terpenting ialah membolehkan tanaman subur. Luluhawa

menghurai dan memecahkan batuan. Hasil penguraian, batuan akan menjadi tanih yang

terdiri daripada pelbagai jenis. Tanih ini dapat menampung tanaman tertentu. Tanah

laterit diistilahkan sebagai bahan yang amat terluluhawa yang kaya dengan oksida besi,

aluminium sekunder atau kedua-duanya sekali (M.F.Thomas, 1991: 44). Tindak balas

besi dalam sistem luluhawa adalah penting dalam membentuk laterit. Tanih merupakan

puing batuan yang terluluhawa dan tidak terpejal serta bercampur dengan sekurangnya

sedikit bahan organic. Campuran ini membezakan tanih daripada sebarang bahan lain

yang tidak konsolidat seperti pasir pantai. Tanpa bahan organic dan kesan luluhawa

bahan-bahan ini bukanlah tanih. Selain itu keadaan luluhawa membentuk Warna tanih

3
samaada merah, hitam, kelabu, coklat atau kuning (J.Gilluly et al, 1989: 7-19). .Di

Malaysia, tanih laterit terbentuk akibat luluhawa membolehkan getah, kelapa sawit, koko

dan pelbagai tanaman lain ditanam. Proses luluhawa yang berlaku menjadikan tanah di

Malaysia sesuai untuk aktiviti-aktiviti pertanian sehingga Maka, Malaysia tersenarai

sebagai Negara pengeluar utama tanaman pertanian ini didunia dan sektor pertanian juga

mernyumbang peratusan yang tinggi dalam ekonomi negara. Luluhawa juga memecahkan

batuan kepada butir-butir kecil ia sehingga memudahkan penggondolan dan

menghakisnya. Proses ini merendahkan muka bumi dan manusia menjalankan aktiviti

pertanian.

Gambar : kawasan Potensi Kelapa Sawit


Sumber: www.deptan.go.id

2.4 PEMBENTUKAN PD KAWASAN PERLOMBONGAN

Suhu serta kerpasan yang tinggi menyebabkan zon luluhawa yang tebal.

Meskipun pengeluaran biologi juga tinggi, namun hujan yang lebat dapat

menghanyutkan kebanyakan sebatian yang larut dan demikian lapisan humus agak nipis

saja. Antara mineral yang menghablur semula ialah gibbsite iaitu sebatian alumina

dengan molekul air. Gibbsit tidak larut dan merupakan mineral utama dalam bijih

aluminium yang disebut bauksit (H.D.Tjia, 1987: 33). PD bauksit ini dapat ditemui di

Malaysia contohnya di Johor Tenggara.

4
2.5 PEMBENTUKAN GUA BATU KAPUR

Luluhawa kimia turut membentuk gua, seperti lurah kering, tebing curam, gua,

stalagmite, dan sungai bawah tanah yang unik (H.D.Tjia, 1987: 31) terutama kawasan

batu kapur. Contohnya, di Malaysia terdapat banyak PD ini seperti di Batu Chaves Kuala

Lumpur, Gua Niah di Sarawak, Lembah Kinta Perak, Bukit Kelawar Terengganu dan

sebagainya.Banyak binaan batu-batan di Malysia tersembunyi oleh satu tutupan yang

tebal daripada bahan yang mengalami luluhawa. Batu-batan ini hanya dapat dilihat

dengan nyata pada dasar sungai, di bukit dan kawasan perlombongan. Ia boleh terbahagi

kepada Batu kapur dan batu Syal berkapur. Batu kapur yang bersambung, berbentuk

besar, tahan dan berwarna kelabu serta mempunyai sedikit sisipan batu syal. Bahagian-

bahagian yang berhubung dengan batu granit jalar-dalam banjaran menjadi batu marmar.

Contoh jelmaan yang separuh menjadi telah tahan luluhawa dan tegak seperti bukit tebing

mengulangi balik cirri-ciri PD seperti di Langkawi, Kinta, Perlis dan Kelantan

(E.H.G.Dobby, 1982: 85). Hal ini membuktikan Luluhawa membentuk PD fizikal ini di

setiap negeri di Malaysia.

Gambar: Gua batu kapur di KM35 Sapulut Kalabakan


Sumber:WWW. Flickr.com

5
2.6 CERUN SEMAKIN CURAM

Selain itu, cerun bukit granit juga merupakan pemandangan yang terbentuk.

Penekanan terhadap pengikisan dan tindakan proses terhadap permukaan batu gondolan

menjadi kurang penting dikawasan yang lebih lembap. Cerun di Malaysia nampaknya di

mantel oleh profil luluhawa dangkal dari cerun ke puncak. Puncak gunung Pulai di Johor

(710 misalnya, diliputi oleh dua atau tiga batu teras yang kecil, dan cerun curam yang

menghala ke puncak memperlihatkan ciri-ciri yang sama. Disekitar kaki cerun muncul

beberapa permukaan batu-batan yang tidak begitu besar , dan tor sekali lagi terdapat

dicerun berhutan. Cerun ini mungkin memperlihatkan sudut curam yang melebihi 35º)

(M.F.Thomas, 1991: 245).

2.7 HAKISAN SUNGAI

Di Malaysia, peranan luluhawa footpoint biasanya dianggap tidak begitu penting,

oleh kerana air dalam tanah terus berkekalan dibawah regolit disepanjang cerun bukit

keseluruhannya bagi hampir sepanjang tahun. Bagaimanapun, takat yang mendadak di

antara cerun bukit dengan dataran di sekelilingnya lazimnya merupakan satu cirri yang

tidak mengalami hakisan sungai yang pesat. Misalnya di Johor (M.F.Thomas, 1991 :

247).

2.8 TEBUKAN

Luluhawa kimia terbukti amat berkesan di kawasan tropika termasuk Malaysia

sehingga membentuk lapisan terurai atau juga dikenali sebagai regolit. Kawasan

6
Malaysia mempunyai lapisan terurai yang tebal iaitu ketebalannya mencapai 30-90m

(E.H.G.Dobby, 1982: 81). Ini merupakan lapisan yang sangat tebal sekiranya kita

mengambil kira bahawa batuan yang telah mengalami luluhawa di kawasan ini ialah

batuan yang sangat keras seperti granit. Dalamnya lapisan ini dapat diperhatikan apabila

didedahkan, contohnya apabila sebuah lereng bukit ditebuk untuk pembinaan lebuh raya.

Individu yang biasa menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur- Karak, tebukan-tebukan

seperti ini memang merupakan pemandangan yang tidak putus-putus ditemui sepajang

lebuhraya tersebut. Jelas kelihatan disini lapisan bahan terurai yang merupakan batuan

yang telah mengalami luluhawa kimia.

3.O KESAN PERGERAKAN JISIM TERHADAP PANDANG DARAT (PD)


FIZIKAL DI MALAYSIA

Jenis-jenis pergerakan jisim yang biasa didapati ialah kesotan tanah, Aliran tanah

dan lumpur, tanah runtuh, robohan dan ataman. Pergerakan jisim bertindak dengan dua

cara iaitu aliran dan gelucuran.

3.1 MENYENGETKAN TIANG TELEFON DAN POKOK

Rayapan merupakan gerakan menurun yang paling meluas. Di kebanyakan

kawasan yang berumput dan lereng bukit juga bergerak satu milliliter setahun. Pada

lereng kersang yang terdiri daripada bahan berbutiran halus, kadarnya mungkin lebih

1OO kali ganda. (J.Gilluly et al, 1989, hlm.27). rayapan merupakan fenomena lazim di

seluruh kawasan didunia tewrmasuk Malaysia. Rayapan paling aktif dilapisan

permukaan tanah dan mula berkurang dilapisan dalam. Oleh kerana rayapan hampir

berlaku di merata tempat, kesan dan jumlah pengukiran muka bumi dan mengurangkan

7
ketinggiannya adalah sangat besar , sungguhpun kadar rayapan berubah dengan banyak

mengikut iklim dan kecerunan.(J.Gilluly et al, 1989, hlm.29).

Kesotan tanah berlaku secara perlahan yang termasuklah kesotan batu, kesotan

talus dan gelangsar tanah. Bukti-bukti menunjukkan berlakunya pergerakan menuruni

bukit secara perlahan ini dapat disaksikan apabila batang-batang pokok membengkok,

tiang-tiang pagar dan telegraf menjadi condong, tembok-tembok retak atau pecah serta

terdapat penimbunan tanah pada bahagian yang menghadap cerun atas bagi tembok-

tembok batu ( Jamaluddin Jahi, 1989:140 ). Hal ini menyebabkan keadaan cerun

berubah. Situasi seperi ini amat mudah didapati di Malaysia terutama dikawasa bukit dan

tarahan. Tindakan hujan seperti pelican, fros, haba, pijakan binatang, kerja-kerja

menggala dan penjalaran akar pokok semuanya boleh membawa kepada beberapa bentuk

kesotan.

Gambar 6: Tanah runtuh di Putrajaya


Sumber:http://www.utusan.com.my/pix/2007/0323/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big.jpg&imgrefurl

Gambar 7: Laluan FT185 Jalan Lojing-Pos Blau-Kg. Kuala Betis


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp.

8
3.2 TANAH RUNTUH

Proses pergerakan jisim boleh berlaku secara tiba-tiba atau mengambil tempoh

Tanah Runtuh merupakan satu fenomena yang berlaku akibat pergerakan jisim. Batu

batan yang sudah hancur atau terlampau diluluhawa hingga apabila hujan turun secara

lebat ia menjadi jisim-jisim yang melekit, mungkin dengan tiba-tiba pecah dan melurut

ke bawah dengan keadaan laju (Lobeck A.K., 1981: 120). Sebarang struktur geologis

atau keadaan batu-batan yang menjadi cukup lembap, oleh air dalam tanah untuk

melicinkan jisim-jisim itu dan mengurangkan geseran dalam peringkat kecenderungan

minimum mewujudkan tanah runtuh. Situasi ini membentuk PDF baru yang lebih rata

dan menghapuskan cerun contohnya, Runtuhan Hingland Tower di Ulu Kelang pada

Disember 1993. Tragedi ini merupakan satu contoh terbaik dalam mengambarkan salah

satu kesan pergerakan jisim. Runtuhan ini telah mengubah PD kawasan ini secara tiba-

tiba akibat aliran cepat yang berlaku dikawasan terbabit. Pemandangan kawasan ini telah

berubah menghapuskan kawasan cerun, tumbuhan dan bangunan.

Gelengsar tanah adalah istilah yang diberikan kepada pergerakan batu-batan dan

tanih-tanih yang telah dimasuki oleh air (Lobeck. A.K, 1981: 245). Aliran ini terjadi

secara jelas di puncak-puncak gunung dikawasan-kawasan lembap.

3.3 MENGHAPUSKAN CERUN

Aliran cepat yang berlaku merupakan salah satu jenis pergerakan jisim. Terdapat

empat jenis aliran cepat yang utama ialah gelongsoran tanah, aliran lumpur dan jatuhan

batuan. Gelongsoran tanah merupakan kejadian yang terjadi akibat hujan, aktiviti

manusia dan pengaruh cerun yang curam ( Jamaluddin Jahi, 1989:143 ). Aliran lumpur

9
berlaku lebih cepat akibat ketiadaan litupan tumbuh-tumbuhan. Akibat kesan proses

aliran cepat. Maka, terbentuklah PDF di Malaysia yang memperlihatkan sesebuah cerun

terhapus menjadi rendah dan wujud longgokan puing di kaki bukit yang dikenal sebagai

kon talus. Situasi ini turut mendatangkan bahaya kepada penduduk awam seperti jalan-

jalan perhubungan terputus, merosakkan harta benda, dan rumah-rumah tertimbus.

3.4 ROBOHAN

Robohan akibat pergerakan jisim turut membentuk PDF di Malaysia. Robohan

merupakan gelinciran tanah di mana bongkah-bongkah batu hampar yang besar pecah

dari tebing tinggi lalu menggelangsar ke bawah, kemudian condong di sepanjang rataan

gelangsar lalu membentuk satu lengkuk permukaan yang seolah-olah telah dipotong.

Robohan biasanya mudah didapati sepanjang tebing laut diseluruh Malaysia, tebing-

tebing sungai, jalan-jalan potong bagi kawasan lebuhraya dan keretapi yang menembusi

sebuah gunung. Contohnya, lebuhraya grik . Kesannya sama buruk seperti tanah runtuh.

KESIMPULAN

Jelaslah disini bahawa luluhawa dan proses pergerakan jisim memainkan peranan

yang sangat besar dalam membentuk muka bumi dan pandang darat Fizikal di Malaysia.

Kesan daripada proses ini mudah didapati dimana sahaja di seluruh Malaysia. Kedua-dua

proses ini sebenarnya saling berkait dalam membentuk dan menjalankan proses masing-

masing.

10
BIBLIOGRAFI

Dobby, E.H.G. 1982. Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gilluly J.,et al,. 1989. Prinsip-prinsip geologi jilib 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jamaluddin Jali. 1989. Pengantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lobeck A.K,. 1981. Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandangan Darat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thomas, M.F,. 1991. Morfologi Tropika. Kuala lumpur,: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tjia.H.D,. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0323/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big
.jpg&imgrefur

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp

www.deptan.go.id

www. Flickr.com

11

You might also like