You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi generasi kini dan akan datang. Pendidikan seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah serta merupakanmata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Pendidikan seni visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhikeperluan individu. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysiayang celik budaya kesenian. Keperluan individu dapat dicapai melalui aktiviti seni yangmelibatkan pengetahuan dan kemahiran proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.Fieldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pelajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang duniadan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan ialah seni visual yang meliputi catan,arca, seni bina, kraf, reka bentuk industri, fotografi, filem,televisen dan seni komputer.Pendidikan seni visual mengkaji fungsi dan setiap bentuk objek dihasilkan. Pendidikan senivisual merangkumi pelbagai kaedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajarisejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil individu 2 .0 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA Aktiviti seni Malaysia awal bermula di Pulau Pinang apabila Pulau Pinang dikuasai British pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia Timur. Pelukis-pelukis Inggerisyang tinggal di Pulau Pinang suka melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi diPulau Pinang.Golongan imigran Cina turut menyumbang kepada perkembangan seni Tanah Melayuseperti pendatang dan pelawat Cina Xu Beihong yang bermastautin di Pulau Pinang selama beberapa tahun. Pendatang Cina telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dankaligrafi di China. Namun tujuan perhijrahan orang Cina ke Tanah Melayu kebanyakkan sematamata untuk berkerja ekoran pelbagai masalah di tanah air. Oleh itu, seni halus tidak diutamakan. Namun apabila mereka semakin kukuh dan berjaya di Tanah Melayu, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik. Ada yang terlibat dalam pendidikan senidan ada menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow,Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan ZhenWei Sin. Pada tahun 1920an studio seni mula didirikan di Pulau Pinang oleh Yong MunSeng. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran pendidikan seni diajar di samping subjeksubjek lain. Komponen subjek pendidikan seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukanganrakyat ketika itu. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan keseniandengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Antara pelukis-pelukisterkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo Pieng, Georgette Chen Li Ying, ChenWen His dan Chen Chong Swee. Pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang DuniaKedua. Mereka dilatih di akademi seni di Shanghai, Canton dan Amoy dan telah didedahkan

3 kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang memainkan perananyang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Tanah Melayu dan Singapura melaluiaktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep barat dan timur dalamhasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameranini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendiriandan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.Pendudukan Jepun pada 1941, telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitaiiaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan - kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekoddan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagailangkah berjagajaga. Pada tahun 1945, kesenian di Pulau Pinang telah dihidupkan semuladengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni,Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay Hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perangtamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York.. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi keluar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang padatahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur. Hoession seterusnyamenubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh TayHooi Keat sebagai pengerusi. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran bahasaInggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkankonsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan LohCheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka.Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yangmembuat lawatan. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliauadalah lepasan sekolah seni di Britain yang memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis modenkepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Antara pelukis-pelukis yangmendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor,Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, PhoonHoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh golongan ekspatriat danahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, SyedZainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis diSekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. AngkatanPelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se-Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas.Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamatyang sama dengan Wednesday

Art Group. Thursday Art Gruop. Mereka memperkenalkankonsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum diMalaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTMTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesanyang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya ChenWen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yangkemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru - guru yang berminat dalam bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama setahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis lewat tahun1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed AhmadJamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant- garde di negara ini. Institusi seni lukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian inimenawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial,Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.Pada tahun 1967 penubuhan Institut Teknologi Mara telah melahirkan sekumpulantenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Iamenawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting andSculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion danIndustrial Design. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 denganmenawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics,Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an 3.0 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL3.1 Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual3. 1.1 Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual. Skop pelajaran PSV di sekolah rendah tidak meliputi bidang seni lain seperti seni muzik, seni sastera,seni tari dan seni mempertahankan diri. PSV memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai keseniandan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Oleh sebab murid di sekolah rendah masih dalam membina perkembangan minda yangkreatif, ekspresif dan aktif, PSV berperanan dalam membantu memperkembang ciriciri inimelalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran murid-murid. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis aktiviti seni visual akan

membolehkan muridmenyatakan idea dan ekspresi diri. Kesannya murid dapat membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. PSV sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dan mengaitkan dengan mata pelajaran lain. PSV turutmen ekankan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang mana murid digalakkanmenyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. A malan ini akan melatihmurid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. 3.1. 2 Matlamat Matlamat mata pelajaran PSV sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidkan Kebangsaan. 3.1.3 Objektif Objektif kurikulum PSV ialah: murid menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, (II) muridmelibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, (III)murid menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, (IV) murid akanmengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, (V) mengembangkankemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, (VI) murid membiasakan diri membuatrekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, (VII) murid dapat memupuk nilainilaikerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, (VIII) murid akan mengenal danmenghargai tokoh seni dan budaya tanah air, (IX) murid menggunakan kemudahan teknologidalam kegiatan penghasilan seni visual, dan (X) murid melibatkan diri dalam kegiatan senivisual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. 3.1.4 Organisasi kurikulum Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagaikegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama iaitu bidangmenggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Melalui pengalaman seni dalam p & p, murid dapat memperkembang danmenyelaraskan persepsi dan konsepsi visual yang akan menggalakkan pemikiran kritis dankreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaanmurid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,manipulasi dan persepsi visual.Seterusnya murid akan menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. A ntara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yangdigunakan dalam sebarang kegiatan seni serta sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional,unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil

seni

9 A presiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuanseni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek senimelalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara sepertilisan, cerita, lakonan, nyayian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni agar dapat memperoleh nilai menghargai sumbangan mereka.Murid sekolah rendah akan dipupuk dengan nilai menyayangi dan menghargai segalaaspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah dalammemelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengansemua keadaan. 3.1.5 Kandungan Kurikulum Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitumenggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargainilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. 3.1.5.1 Mengambar Dalam kegiatan mengambar, menekankan perkembangan persepsi dan kemahiran sertakemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagaimedia dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. A ntarakegiatan yang dijalankan dalam kelas ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan,stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. A ktiviti menggambar menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid melalui penerokaan kesan seni yangmana murid akan mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Selain itu, melalui kegiatan 10 menggambar, guru -guru PSV akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran turut menjadi fokus dalam kegiatanmenggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaranterhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Oleh itu, murid dapatmenyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. A spek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Pembelajaran bidangmengambar Tahap 1 bermula dengan asas mengambar, menggambar dan meneroka teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Manakala Tahap 2, murid akan

mempelajari pengunaan asas seni reka dalam mengambar melalui imaginasi, tema, pengalaman dan fantasi pelajar serta pengunaan komputer. 3.1.5. 2 Membuat corak dan rekaan Bagi membuat corak dan rekaan , murid akan mempelajari cara membuat corak, merekacorak dan didedahkan beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak bagi Tahap 1. Padatahap 2 mereka akan mempelajari asas seni reka dalam membuat corak dan rekaan, danmenggunakan imaginasi serta memaplikasi penghasilan corak dan rekaan dengan menggunakankomputer. Oleh itu, murid akan diberi peluang memahami pelbagai cara untuk menghasilkancorak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan boleh dipadankankepada pelbagai hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasildaripada pelbagai teknik dan cara sama ada corak tidak terancang atau corak terancang. Contohhasilan corak tidak terancang ialah pualaman tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan. Manakala contoh corak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan, resis,kolaj dan kaligrafi.Hasil pembelajaran membuat corak dan rekaan membolehkan murid mengenali danmengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatanmengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini juga 11 memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan jugacorak tradisional dengan teknik yang telah dinyatakan. A spek apresiasi hasil kerja diadakansebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. 3.1.5.3 Membentuk dan membuat binaan Kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Kesannya murid dapatmemahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Guruakan mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Olehitu, murid berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensimerangkumi aktiviti arca timbul, asemblaj, mobail, strabail, model, diorama, boneka, topeng danorigami.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuatrujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dankreativiti mempunyai fungsi dan makna. A spek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,lakonan, nyanyian dan cerita. Murid Tahap 1 akan mempelajari asas membentuk dan membuat binaan, membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan pelbagai bahan dan meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membentuk dan membuat binaan. Murid Tahap 2 pula padaakhir pembelajaran akan mengetahui cara menggunakan asas seni reka dalam membentuk danmembuat binaan da

membentuk dan membuat binaan secara manual dan berbantukan komputer berdasarkan imaginasi murid. 3.1.5.4 Kraf Tradisional Kraf tradisional ialah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tanganyang memerlukan daya cipta oleh sesuatu masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolahrendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional dalam seni alat domestik, alat permainan ala pertahanan diri, perhiasan diri, perhiasan diri (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan,anyaman dan tembikar. Oleh itu, murid sejak di peringkat awal telah diperkenalkan kraf tradisional negara dengan mempelajari fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,motif, corak A spek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yangdinyatakan. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita. Di akhir pembelajaran kegiatan tradisional murid akan mengenali kraf tradisional dan motif dalam penghasilan kraf tradisional serta tatacara dan disiplin kerja semasadi akhir Tahap 1. Murid Tahap 2 pula akan mengenali pengunaan alat, bahan, teknik dan prosesdalam kraf tradisional, membuat kraftangan seperti batik, ukiran, tenunan, tembikar dan ayamanserta didedahkan guru untuk membentuk dan membuat binaan secara manual menggunakankomputer berdasarkan imaginasi murid. 3. 2 Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual3. 2 .1 Pengenalan PSV sekolah menengah menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lainseperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. PSV sekolah menengahmemberi penekanan dalam kegiatan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman penghayatan dan kritikan pelajar. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativitiindividu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar.Oleh itu, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkanlagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan denganmembawa bersama nilai-nilai dalam kurikulum PSV yang merangkumi perkara yang berkaitdengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraftradisional. Pelajar akan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik atau aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek tersebut, pelajar akan menghayati warisan seni visual danmengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar juga akan 1 3 didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu serta dapatmenerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

3. 2 . 2 Matlamat Matlamat PSV sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysiayang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Melalui kurikulum yang dipelajari iaitu rasa syukur terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara dapat dipupuk dalam diri pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. 3. 2 .3 Objektif PSV di sekolah menengah bertujuan untuk pelajar menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, (I) memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual, (II) meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran pelajar dalam bidang seni visualyang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya (III) menggunakan pelbagai kemahiran,media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti, ( IV) membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual(V) pelajar mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain (VI) pelajar akan menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa (VII) pelajar akan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya (VIII) pelajar menyedari dan menghargai suasanaseni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan (IX) membina jati diri pelajar ke arah pembentukan negara bangsa. 3. 2 .4 Organisasi Kurikulum Kurikulum PSV disusun berdasarkan dua bidang iaitu penghasilan seni visual serta sejarah danapresiasi seni visual. Kedua-dua bahagian ini membantu pelajar dalam menguasai pelbagai 1 4 kemahiran. A ntara kemahiran yang akan dikuasai pelajar melalui PSV ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihandan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat,kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.Guru akan mengintegrasikan kedua-dua bidang dalam p & p bagi membolehkan muridmenguasai kemahiran -kemahiran tersebut. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan

melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaanteknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini dilakukan untuk menerapkan budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar.Kedua-dua bidang ini juga menjurus kepada matlamat PSV dan matlamat FalsafahPendidikan Kebangsaan terutamanya dalam pembinaan individu, keluarga, masyarakat dannegara. P & p PSV dijalankan dalam bentuk teori dan praktika. Pendekatannya bergantungkepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikan agar tiga domain iaitu, pengetahuan,kemahiran dan nilai dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Perkara yang ditekankan dalam penghasilan seni visual ialah kegiatan kreatif yang melibatkan benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi oleh pelajar bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Seterusnya fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadapPSV dapat dikembangkan. Bidang sejarah dan apresiasi seni visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan denganseni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali identiti seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan 3. 2 .5 Kandungan kurikulum Kurikulum PSV sekolah menengah disusun dan dibahagikan kepada penghasilan seni visual dansejarah dan apresiasi seni visual. 3. 2 .5.1 Penghasilan Seni Visual Penghasilan seni visual menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasi kefahaman merekadalam menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini menekankan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri,masyarakat dan nilai kenegaraan. Sehubungan itu, latar belakang budaya dan nilai masyarakatyang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. A spek sains dan teknologi diperkenalkansecara terus untuk membantu kegiatan seni. Bidang ini meliputi asas seni reka iaitu unsur senidan prinsip rekaan, seni halus (lukisan, catan, arca dan cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (rekabentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan dimensi baru. 3. 2 .5. 2 Sejarah dan Apresiasi Seni Visual Manakala dalam sejarah dan aspresiasi seni visual, pelajar diberi peluang membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara A SE

A Nserta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan.Pelajar akan dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni. Bidang sejarahdan apresiasi seni visual meliputi perkembangan seni visual di Malaysia iaitu mengenai senihalus tentang gerakan seni halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan serta kraf tradisional dan pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan, peralatan, alat permainan iaitu gasing, wau dan alatmuzik tradisional, seni bina (kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman), kenderaan

1 6 ( darat dan laut atau sungai), pakaian (baju kurung, baju melayu, baju kedah,baju cekak musangdan lain-lain) dan perhiasan (ornamen) hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kakidan hiasan pinggang. 4.0 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 64.1 Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dankemahiran seni visual bagi membolehkan pelajar dapat mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi dan memanfaatkan pengetahuan dankemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya selepas tamat persekolahan. 4. 2 Objektif Objektif sukatan pelajaran PSV tingkatan 6 adalah untuk membolehkan pelajar (I) memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannyasebagai alat komunikasi yang berkesan, (II) memahami cara-cara memperoleh dan mengolahidea dalam pengkaryaan dan perekaan, (III) memahami kepentingan seni visual dalam konteksyang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupan secara menyeluruh, (IV) memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan persekitaran mempengaruhi penghasilan karya dan rekaanseni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsur pengembangan idea dalam penghasilan, (V) memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan menelitisecara kritis pelbagai karya dan rekaan seni visual yang berbentuk komunikasi bukan verbal,(VI) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penerokaan dan penghasilan karya dan rekaan seni visual, (VII) menggunakan kecekapanteknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedah seni dalam penghasilankarya dan rekaan seni visual, (VIII) mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan,dan membuat pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsikarya dan rekaan seni visual dengan menggunakan laras bahasa seni visual.

1 7 4.3 Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran Seni Visual ini mengandungi dua aspek utama, iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu Teori SeniVisual ( A presiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan), Lukisan dan Projek Penghasilan Karya. 4.3.1 Teori Seni Visual ( Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan) Teori Seni Visual merangkumi apresiasi seni visual dan teori penghasilan yang terbahagi kepadatiga tajuk yang utama iaitu pengenalan seni visual, bahasa seni visual dan pendekatan sejarahdan kritikan seni visual . Masa yang ditetapkan bagi subtajuk ini adalah sebanyak 23 waktu.Dalam pengenalan seni visual perkara yang perlu dijelaskan oleh seorang guru kepada pelajar adalah pengertian seni visual. Seni visual terbahagi kepada dua, iaitu pengkaryaan dan perekaan.Dalam bidang pengkaryaan lebih menumpukan kepada bidang seni halus, iaitu sepertilukisan,catan, cetakan arca. Manakala dalam bidang perekaan pula terdiri daripada bidangkomunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Reka bentuk persekitaranmerangkumi landskap dan hiasan dalaman.Selain perkara yang dinyatakan di atas, guru haruslah menerangkan kepada pelajar mengenai peranan seni visual. Dalam peranan seni terdapat dua bahagian iaitu psikologi dansosiologi. Bagi bidang psikologi terbahagi pula kepada empat, iaitu kreativiti, sensitiviti, emosidan ekspresi. Manakala bidang sosiologi seni visual berperanan terhadap nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual, pengeluaran dan perniagaan dan perdagangan. Perniagaan dan perdagangan ini dapat dijelaskan apabila hasil seni visual itu dijadikan sebagai barang yangsangat berpotensi untuk perniagaan dan amalan nilai murni dalam kehidupan 4.3. 2 Bahasa seni visual Tajuk kedua adalah tentang bahasa seni visual. Masa yang diperuntukkan adalah 34 waktu.Dalam bahasa seni visual ini terdapat dua perkara yang perlu diberi penekanan iaitu aspek formaldan makna, fungsi dan konteks. Dalam aspek formal, terdapat pula beberapa aspek yangdiperjelaskan oleh guru kepada pelajar iaitu, tentang unsur seni, prinsip rekaan, media danteknik. Unsur seni merangkumi garisan, jalinan rupa, bentuk dan warna. Bentuk terbahagikepada tiga bentuk iaitu, dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. Dalam aspek warna pula, guru menjelaskan kepada pelajar tentang jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna danskema warna.Dalam prinsip rekaan, terdapat pelbagai aspek iaitu, harmoni, kepelbagaian,keseimbangan, kadar banding, dominan, kontra, dan ekonomi. Dalam menjelaskan tentang bahasa visual, guru juga perlu menjelaskan tentang media kepada pelajar. Terdapat dua mediaiaitu, media konvensional dan media baru. Kefahaman dalaman menggunakan media

dapatdigunakan untuk pengkaryaan dan perekaan iaitu cara atau kesesuaian menggunakan mediatersebut. Selain itu, dalam menerangkan bahasa seni, teknik diajar oleh guru agar pelajar dapatmenghasilkan sesebuah karya seni merujuk kepada kaedah, gaya dan pengolahannya agar sesebuah karya seni itu memberi kepuasan kepada pengkarya. Terdapat dua teknik iaitu, teknik konvesional dan teknik baru. Kedua-dua teknik ini dapat digunakan dalam menghasilkansesebuah karya seni. Dalam makna, fungsi dan konteks pula, menerangkan tentang aliran,kebudayaan dan nilai. 4.3.3 Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual Tajuk ketiga dalam bahasa seni visual adalah tentang pendekatan sejarah dan kritikan seni visual.Masa yang ditetapkan bagi tajuk ini adalah sebanyak 57 waktu. Dalam tajuk ini terdapat subtopik yang kecil iaitu konsep dan kaedah sejarah seni, konsep dan kaedah kritikan seni. Dalamsubtopik kecil tersebut terdapat pula alemen-elemen yang perlu dijelaskan oleh guru kepada pelajar. 1 9 4.3.4 Lukisan4.3.4.1 Pengenalan Lukisan Dalam tajuk pengenalan lukisan ini, aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan, penggunaan bahan dan pengolahan teknik lukisan akan dijelaskan kepada pelajar yang manaseterusnya akan menyentuh mengenai bentuk, kedudukan objek, skala dan kadar banding serta pencahayaan dan juga struktur. Bentuk seperti permukaan, keluasan dan ketinggian serta jisim.Kedudukan objek seperti melintang, menegak dan sendeng. Manakala pencahayaan pulaseperti cahaya dan bayang, cahaya dan bentuk serta cahaya dan suasana. Struktur pula, ialahseperti strutur jelas dan struktur tidak jelas. Penggunaan bahan dalam penghasilan lukisan seperti pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan pensel warna turut akan diterangkandibawah tajuk ini. Selain itu, di dalam pengolahan teknik lukisan akan menyentuh mengenai caralorekan, silang pangkah (cross hatching), teknik titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur dan juga garisan tidak menentu. 4.3.4. 2 Penggubahan Tajuk penggubahan berfokus untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkara yangmewujudkan kesan terhadap hasil karya atau lukisan. Oleh itu, dalam mewujudkan kesan, guruakan menekankan aspek ruang, suasana dan ciri-ciri serta sifat objek. Ruang yang akan diajar oleh guru adalah seperti ruang rata, ruang cetak dan ruang dalam. Bagi suasana pula adalahseperti panas, sejuk, tenteram dan riang. Manakala ciri-ciri dan sifat objek adalah seperti keras,lembut, halus, licin, pejal, kasap, kasar dan juga lut sinar 4.3.3 Projek Penghasilan Karya Penekanan dalam aspek pengkaryaan ini adalah bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai senihalus yang mempunyai pelbagai jenis karya dan komunikasi visual. Bagi bidang seni halus,guruperkara utama yang ditekankan ialah menerangkan pelbagai jenis karya yang terdapatseperti lukisan, catan, seni cetak dan arca. Pada masa yang sama turut menjelaskan media yangdigunakan dalam pengkaryaan seni halus seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Manalakaseni cetak mempunyai pelbagai teknik seperti seni cetak timbulan, seni cetak benaman

dan senicetak serigrafi.Seni arca pula diterangkan mengenai kepelbagaian jenis atau teknik menghasilkan arcaseperti relief, free standing, kinetik dan instalasi. Selain itu, aspek komunikasi visual juga turutdisentuh iaitu grafik dan multimedia. Grafik adalah seperti tipografi, identiti korporat, poster,ilustrasi, pembungkusan dan reka tanda di samping mengaitkan juga bidang multimedia sepertiinteraktif, liner, animasi dan laman web. Guru juga menjelaskan beberapa reka bentuk teknologiseperti industri, automobile, seramik, fesyen dan tekstil. Berlainan pula dengan reka bentuk teknologi, guru juga menyentuh mengenai reka bentuk persekitaran untuk keseimbangan.Misalnya, landskap dan hiasan dalaman. 5. 0 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN KHAS KPM sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak istimewa termasuk mereka yang menghadapimasalah pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas perlu diberi peluang yang sama dengan pelajar aliran perdana di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapatmenguasai Kurikulum A lternatif yang telah dibina khas untuk mereka.Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum A lternatif ialah kurikulum khusus, sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain darikurikulum latihan kemahiran. Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas(KSSRPK), masalah pembelajaran tahap satu, terdapat lima mata pelajaran iaitu pengurusan

2 1 kehidupan, asas 3M (membaca, menulis, mengira), seni kreatif, pendidikan Islam atau Moral dan pendidikan jasmani. PSV dan pendidikan muzik merupakan komponen dalam mata pelajaranseni kreatif. Menurut A

kta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen(1) (B) Peraturanperaturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuaikaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagimencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapatdipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. 6.0 KESIMPULAN Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit laintelah berusaha untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni ke tahap yang sewajarnya.Usaha yang melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan negara kita.Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya jelas. Isi kandungan pelajaran dan ruanglingkupnya telah dinyatakan selaras melalui sukatan pelajaran dengan harapan PSV dapatmemenuhi wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha melaksanakan pengajaran, menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dan berkualitisuapay PSV benar- benar menarik, berkualiti dan bermakan dari perspektif pelajar.

RUJUKAN Md. Nasir Ibrahim & Prof Madya Ibrahim Hassan. 2003. Pendidikan Seni untuk Maktab &universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.Majlis Peperiksaan Malaysia. Seni visual sukatan pelajaran dan soalan contoh. 137http://www.mpm.edu.my/documents/10156/4ac8cce2-1ec9-4f30-a0bbf133021906bb[21Disember 2011] Myzizi.2009. Sejarah awal seni (ii). h t t p : / / e s e n i v i s u a l . b l o g s p o t . c o m / 2 0 0 9 / 0 7 / s e j a r a h - awal-seni-visualii.html [3 Nov 2011]Kementerian Pelajaran Malaysia.2008. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&Itemid=71 [ 3 November 2011] Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Sukatan pelajaran psv kbsm. Panitia Seni Visual SMK Serian. https://sites.google.com/site/panitiasenivisualsmkserian/sp-psv-kbsm [16 / 12 /2011]Portal Pendidikan Utusan Malaysia . Kurikulum A lternatif untuk Murid Istimewahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-inforingkas/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html [30 Oktober 2011

You might also like