You are on page 1of 11

GGGB5023

KAJIAN
TINDAKAN
DALAM
PENDIDIKAN

TUGASAN:

MINI KAJIAN TINDAKAN

[Meningkatkan Minat Pelajar dalam Topik Ekosistem Terancam


Melalui Kaedah ‘Role Play’]

NAMA:
Nik Hidayatul Nursaadah Bt Husin P48637
Norihan Binti Mohamed Jasni P48646
Normahidayu Bt. Mohd Nordin P48642
Nurul Huda Bt Mahmud Taridi P48645
Nurwahidah Bt Zolkiflee P48641
[ Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Biologi) ]

PENSYARAH:
Dr. Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin, Dr. Mohd Izham Hamzah, Hajjah Halimah Harun,
Pn. Norsakinah Mohamed
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Abstrak

Topik ekosistem terancam adalah satu topik yang penting. Ini kerana, melalui topik inilah
para pelajar akan diterapkan dengan nilai-nilai murni untuk mencintai alam semulajadi.
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar tingkatan empat dalam
mempelajari topik ekosistem terancam serta meningkatkan keyakinan mereka semasa
pembentangan kumpulan dilakukan. Kaedah role-play atau lakon peranan dilihat amat
bersesuaian dalam meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari topik ini kerana
melalui kaedah ini, para pelajar akan mempraktikkan sendiri peranan masing-masing yang
terlibat dalam sesuatu aktiviti. Ini seterusnya dapat memberi gambaran yang jelas kepada
mereka terhadap topik ini. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah pelajar tingkatan empat.
Seramai 12 orang subjek yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan ini. Sampel telah
dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peranan masing-masing
iaitu sebagai Pemaju, Penduduk Setempat, Pegawai Daerah dan Pencinta Alam Sekitar.
Arahan yang diberikan memerlukan mereka memberikan respon berdasarkan peranan
masing-masing terhadap pembinaan kondominium di kawasan lereng bukit dan hutan
simpan. Pengumpulan data yang meliputi hasil kerja kumpulan, menemubual dan nota
lapangan guru dianalisis berdasarkan analisis data jenis kualitatif. Analisis data menunjukkan
kaedah lakon peranan ini dapat meningkatkan minat, keyakinan dan kerjasama pelajar dalam
mempelajari topik ekosistem terancam ini.

Pengenalan

Pembelajaran melibatkan penyertaan merupakan satu kemahiran yang penting untuk


dikuasai. Kaedah lakon peranan dapat membina kefahaman yang tinggi untuk sesuatu
perkara yang kompleks. Lakon peranan di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
pelbagai cara di mana teknik ini melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam proses
pembelajaran dengan membolehkan mereka berlakon sebagai seperti apa yang dibayangkan
atau seperti berada dalam keadaan situasi yang sebenar. Ini merupakan satu teknik yang
melengkapi kaedah tradisional iaitu kaedah memberi kuliah. Dalam kaedah lakon peranan,
guru memilih situasi atau keadaan yang tertentu yang menerangkan kunci teori atau mungkin
suatu yang penting kepada topik pembelajaran. Pelajar diberi pembacaan latar belakang
secara terperinci dan bertindak melakonkan peranan seperti yang dirancang oleh guru
(Kanokwan & Zoë 2006). Format interaksi yang dimainkan oleh pelajar boleh berubah-ubah
dan mungkin bergantung kepada masa dan sumber yang boleh diperolehi.
Menurut Brierley, Devonshire and Hillman, lakon peranan mewujudkan persekitaran
rangsangan yang memulakan realiti membolehkan pelajar-pelajar untuk meningkatkan
kefahaman mereka mengenai situasi atau keadaan yang dilakonkan. Pelajar memperolehi
pemahaman yang mendalam terhadap kunci konsep dengan melakonkan isu yang
dibincangkan di dalam kelas. Pelajar-pelajar ini juga memperkembangkan kemahiran
praktikal untuk amalan profesional.
Hirsch mendebatkan tentang lakon peranan mengandungi kunci unsur bagi
pembelajaran praktikal. David Kold mendefinisikan pembelajaran sebagai proses di mana
pengetahuan diwujudkan melalui transformasi pengalaman. Teknik lakon peranan
membenarkan pelajar untuk mengaplikasikan konsep dan masalah yang telah diperkenalkan
melalui kuliah dan pembacaan kepada satu situasi yang merefleksikan keadaan yang sebenar
atau realiti. Oleh kerana pelajar aktif secara langsung semasa lakon peranan, ianya menjadi
lebih efektif dalam menanamkan konsep kepada memori jangka panjang mereka.
Menurut Irene (2008), pelajar-pelajar amat mengemari kaedah lakon peranan ini.
Oleh sebab itu, beliau telah mencipta dan melaksanakan beberapa aktiviti lakon peranan
untuk pelajar-pelajar beliau dalam melatih penggunaan bahasa Inggeris. Keputusan
pembelajaran pelajar-pelajar beliau menunjukkan hasil yang positif. Pembahagian pelajar di
dalam kumpulan kecil pula membolehkan semua pelajar terlibat di dalam lakon peranan dan
dapat menghayati lakon peranan tersebut.
Teknik lakon peranan mempunyai banyak faedah dalam penggunaan di bilik darjah.
Furness (1976) menyatakan yang seorang kanak-kanak akan berasa seronok dan
memperolehi manfaat daripada pengalaman lakon peranan untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi, kreativiti, kesedaran sosial, pemikiran tak bergantungan, memberi pendapat dan
perkembangan nilai dalam diri.

Prosedur

Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk Ekosistem Terancam (Endangered Ecosystem)
dilakukan di luar kelas di mana terdapat kerusi, meja dan papan putih beroda.Bilangan
pelajar yang terlibat adalah seramai 12 orang. Guru meminta pelajar menyebut nombor satu
hingga empat. Seterusnya, pelajar diminta membentuk kumpulan dengan nombor yang sama.

4
Guru memberikan lembaran petikan mengenai situasi permasalahan iaitu masalah yang
berkaitan dengan pembinaan kondominium di kawasan lereng bukit dan hutan simpan. Guru
juga memberikan sampul surat yang mengandungi empat peranan yang perlu dimainkan oleh
setiap kumpulan iaitu “Pemaju”, “Penduduk”, “Pegawai Daerah” dan “Pencinta Alam
Sekitar”. Setiap peranan mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

• “Pemaju” berperanan untuk merancang pembinaan kondominium yang


meminimumkan ancaman terhadap hidupan flora dan fauna. Selain itu, pihak pemaju
turut menyatakan kemudahan yang bakal dinikmati sekiranya menginap di
kondominium tersebut.
• “Penduduk” berperanan menyuarakan bantahan mereka terhadap pembinaan
tersebut dengan menyatakan implikasi negatif yang bakal berlaku di kawasan
perumahan mereka sekiranya pembinaan kondominium dilakukan.
• “Pegawai daerah” berperanan menyediakan garis panduan dan peraturan
untuk sebarang pembinaan seperti bangunan pejabat dan rumah yang telah ditetapkan.
Garis panduan dan peraturan ini perlu dikemukakan agar pihak “Pemaju” tidak
melanggarinya dengan sewenang-wenangnya.
• Pihak pencinta alam sekitar turut menyuarakan bantahan mereka dengan
menyatakan implikasi negatif yang bakal berlaku terhadap hidupan flora dan fauna
dan ekosistem kawasan tersebut.

Guru meminta pelajar menulis dapatan perbincangan tadi di atas kertas majong dan
membentangkannya bermula dengan “Pemaju”, diikuti dengan “Penduduk”, “Pegawai
Daerah” dan “Pencinta Alam Sekitar”. Semasa pembentangan kumpulan “Pemaju” dibuat,
guru meminta kumpulan yang lain memberikan maklum balas dan begitu juga dengan
pembentangan kumpulan lain. Setelah perbentangan tugasan dilakukan, guru memberikan
komen untuk setiap kumpulan dan meminta pelajar merumuskan pengajaran.

Pengumpulan Data

Data dikumpulkan dan dirujuk kepada hasil kerja kumpulan iaitu hasil perbincangan
kumpulan yang ditulis pada kertas majong. Guru juga menemubual (Lampiran 1) beberapa
pelajar untuk mengenalpasti sama ada pelajar tersebut berminat atau tidak terhadap kaedah

5
pengajaran yang dilakukan oleh guru. Temubual ini dilakukan setelah tamat sesi
perbentangan kumpulan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan, tiada alat
perakam video dan audio disediakan. Oleh itu, hasil temubual dicatatkan dalam nota
lapangan. Pemerhatian ini dilakukan terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi pelajar semasa
perbincangan dan pembentangan kumpulan dilakukan. Hasil pemerhatian juga dicatatkan
dalam nota lapangan (Lampiran 2).
Selain itu, refleksi kendiri (Lampiran 3) dilakukan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan kaedah pengajaran
yang dilakukan. Penyelia (pensyarah) memberi komen yang membina (Lampiran 3) selepas
refleksi kendiri dilakukan. Komen diberikan terhadap kelemahan guru semasa mengajar.
Penyelia juga memberi idea atau cadangan kepada guru mengenai cara yang terbaik dan
terkini untuk mengajar topik tersebut.

Penganalisisan Data

Data yang telah dikumpulkan dianalisis untuk melihat sama ada pelajar berminat dengan
kaedah role play yang dibuat semasa perbentangan. Hasil kerja kumpulan pada kertas
majong diteliti untuk mengenalpasti cara pelajar menjawab tugasan yang diberikan dalam
sampul surat. Bagi pelajar yang berminat dengan kaedah ini, pelajar akan menjawab tugasan
dengan bersungguh-sungguh dengan hasil penulisannya yang kemas dan lengkap.
Guru juga melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi pelajar
semasa sesi perbentangan dijalankan. Bagi pelajar yang berminat dengan kaedah ini, pelajar
akan bergerak aktif dan memberi maklum balas dengan bersungguh-sungguh. Pelajar juga
aktif memberikan idea dan mengemukakan soalan. Pemerhatian ini dicatatkan dalam nota
lapangan lantaran tiada alat perakam audio dan video. Di sini merupakan limitasi dalam
kajian ini
Hasil temubual dengan pelajar juga tidak dapat dirakamkan. Bagi mengatasi masalah
ini, guru mencatat hasil temubual dalam nota lapangan yang telah disediakan. Bagi pelajar
yang berminat dengan kaedah ini, pelajar akan menyatakan perasaannya yang sangat
berminat apabila ditanya oleh guru.

Perbincangan

6
Daripada pemerhatian dan juga soalan terbuka yang dikemukakan semasa kelas
microteaching Biologi aktiviti kerja kumpulan dengan menggunakan Kaedah ‘Role Play’
yang dilakukan telah dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk terlibat dengan aktif
dalam aktiviti kelas. Ini telah dibuktikan daripada hasil pembentangan pelajar yang telah
dapat menjawab semua persoalan yang telah dikemukakan di dalam sampul surat. Pelajar-
pelajar juga dilihat memberikan sepenuh kerjasama semasa menjalankan aktiviti dan banyak
soalan dikemukakan bagi menambahkan kefahaman mereka terhadap aktiviti ini.
Daripada dapatan kajian juga didapati pelajar lebih yakin untuk berhujah di hadapan
kawan melalui aktiviti ini kerana mereka diberikan kebebasan untuk menyatakan idea
mereka mengikut kreativiti sendiri.
Daripada aktiviti ini juga didapati pelajar dapat memperkayakan kemahiran
komunikasi di antara mereka dan meyakinkan pihak lain akan kepentingan peranan yang
dipegang masing–masing. Kemahiran ini amat penting bagi pelajar bagi menghadapi dunia
sebenar dalam kesediaan menghadapi alam pekerjaan.
Selain itu, daripada dapatan kajian juga didapati beberapa perkara yang perlu
diperbaiki untuk tujuan penambahbaikan contohnya adalah aspek masa, kejelasan arahan dan
juga seting kelas.

Rumusan dan Penambahbaikan

Sebagai kesimpulan, kaedah lakon peranan perlu diteruskan untuk topik ekosistem terancam
kerana ianya dapat meningkatkan minat serta meningkatkan keyakinan diri pelajar sewaktu
pembentangan kumpulan dijalankan. Namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan
seperti guru perlu memberikan arahan yang lebih jelas kepada pelajar untuk melakukan
tugasan. Selain itu, guru perlu memantau masa yang diperuntukkan untuk perbincangan,
pembentangan dan lain-lain bagi mengelakkan terlalu banyak masa dihabiskan untuk satu
sesi sahaja dan memendekkan waktu untuk sesi yang lain. Dengan itu guru perlulah
mengingatkan pelajar masa yang diperuntukkan untuk perbincangan dan lain-lain.
Oleh kerana aktiviti ini dijalankan di luar kelas, guru memainkan peranan untuk
melakukan seting kelas sebelum pengajaran dengan memastikan kerusi meja yang
mencukupi dan susunan kerusi dan meja selesa untuk pelajar bagi menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, di sebalik meminta pelajar mengira nombor dan membahagikan kumpulan
secara rawak, guru juga boleh mengumpulkan pelajar yang cemerlang, sederhana dan kurang

7
cemerlang di dalam satu kumpulan. Ini kerana apabila mengumpulkan pelajar pelbagai
pencapaian di dalam satu kumpulan, mereka akan dapat bekerjasama dan pelajar yang
cemerlang dapat membantu rakan-rakannya yang lain agar turut cemerlang sepertinya.

Bagi tujuan penambahbaikan pengajaran guru, penyelia menyarankan guru


menjelaskan dengan lebih terperinci maksud kata kunci yang diterangkan di awal pengajaran
seperti flash flood, draught, eutrophication, landslide, soil erosion dan deforestation. Ini bagi
membantu pelajar mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya sebelum itu dan
memudahkan mereka melakukan aktiviti.

Rujukan

Furness, P. 1976. Role-play in the Elementary School: A Handbook for Teachers. New
York: Hart Publishing Company, Inc.
Irene Y. Huang. 2008. Role Play for ESL/EFL Children in the English Classroom. Vol.
XIV, No. 2, http://iteslj.org/Techniques/Huang-RolePlay.html ( 24 Jun 2009).
Kanokwan Manorom & Zoë Pollock. 2006. Role Play as a Teaching Method: A Practical
Guide. The Mekong Learning Initiative and the Mekong Sub-region Social Research
Centre, Faculty of Liberal Arts, Ubon Ratchathani University.

8
Lampiran 1
(Data Temubual)

Individu

1. Apakah perasaan kamu apabila cikgu menggunakan kaedah lakon peranan


dalam kelas Biologi tadi?

Ong : Best

Pae : Bolehlah

Fairus : Seronok tetapi kurang faham apa yang perlu saya buat.

2. Kenapa kamu kata begitu?

Ong : Semua pelajar bergerak aktif dan suasana ceria dalam kelas. Saya tidak rasa
mengantuk macam kelas Bio sebelum ini.

Pae : Memang seronok cuma saya rasa macam kelam-kabut dan cikgu seperti
hendak cepat habiskan topik.

Fairus : Suara cikgu kurang jelas. Lagipun, suasana di luar kelas agak bising dengan
bunyi burung.

3. Apakah pendapat kamu apabila cikgu mengajar Biologi di luar kelas seperti
tadi? Kenapa kamu kata begitu?

Ong : Bagus. Elak rasa mengantuk pada waktu tengahari.

Pae : Saya rasa kurang sesuai sebab panas. Lagipun, tempat duduk di luar kurang
selesa.

Fairus : Tak sesuai, cikgu. Kaedah ini hanya sesuai dibuat pada waktu pagi sebab
waktu tengahari sangat panas.

4. Adakah kamu setuju kalau cikgu buat kaedah seperti ini lagi? Kenapa?

Ong : Saya setuju. Saya tak tidur dalam kelas lagi kalau cikgu buat kaedah macam
ini.

Pae : Saya kurang setuju. Tapi, kalau cikgu buat pada waktu pagi dan di tempat
yang selesa, saya setujulah.

9
Fairus : Saya setuju. Kaedah ini tidak membosankan. Cuma, kalau cikgu pilih tempat
yang selesa dan tidak panas mungkin jadi menarik.

Lampiran 2
(Analisis Respon Pelajar terhadap penggunaan kaedah role play dalam pembelajaran.)

No. Item Catatan


1 Penglibatan pelajar dalam -Semua pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya
aktiviti berkumpulan untuk menjalankan aktiviti tersebut.

2 Peningkatan kreativiti pelajar -Terdapat kumpulan yang membentang hasil kerja di


(dilihat daripada dalam bentuk gambar atau pelan pembangunan yang
pembentangan hasil kerja di dicadangkan dibangunkan seperti yang dikehendaki
atas kertas majong) dalam situasi permasalahan yang diberikan.
-Terdapat juga kumpulan yang menggunakan hanya
‘keywords’ atau kata kunci dan menulis keseluruhan
ayat di dalam kertas majong.

3 Peningkatan keyakinan diri -seorang pelajar daripada setiap kumpulan dipilih


pelajar untuk membentangkan hasil perbincangan dan ahli
kumpulan yang lain dikehendaki menjawab soalan
yang dikemukakan oleh kumpulan yang lain.dengan
cara itu setiap ahli perlu tampil ke hadapan dan
membentangkan hasil kerja mereka.

4 Masa yang diambil untuk Kumpulan 1: 10 minit


perbincangan Kumpulan 2 : 8 minit
Kumpulan 3 : 8 minit
Kumpulan 4 : 5 minit

5 Jawapan soalan dalam sampul Kumpulan 1 : jawapan tidak menepati kehendak


surat skema jawapan .
Kumpulan 2 : terdapat soalan yang tidak dijawab
Kumpulan 3 : menjawab kesemua soalan
Kumpulan 4 : tidak menjawab kesemua soalan .

6 Hujah mempertahankan Kesemua kumpulan dapat menjawab soalan terbuka


kepentingan peranan yang dikemukakan oleh kumpulan lawan dengan

10
baik dengan memberikan hujah pertahanan yang
baik dan boleh diterima pakai.

7 Peningkatan minat pelajar Di akhir pengajaran ,guru bertanyakan soalan secara


terbuka kepada pelajar untuk guru membuat refleksi
kendiri dan murid menunjukkan minat untuk
meneruskan aktiviti tersebut di lain masa.

11

You might also like