You are on page 1of 12

1.0 Pengenalan.

Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat
dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan
negara sentiasa dikaji dan kurikulum juga diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan
perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan
hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan
produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir
secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Disamping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan
potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah
pengubahsuaian ini, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan
teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan
tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru yang akan datang. Kemunculan
sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya satu perubahan dalam pendekatan
guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ini bukan hanya untuk
mereka yang pintar tetapi ianya juga merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar
sama ada kuat atau lemah mahupun kaya atau miskin bagi mencapai potensi sepenuhnya
dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada
tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan
konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari.
Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia:
A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen
The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas
Bersama Industri Kementerian PendidikanMalaysia. Konsep Sekolah Bestari yang
terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint
merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan
dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat
deskriptif daripada preskriptif.

1
2.0 Maksud Sekolah Bestari

Sebenarnya Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka


semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar
untuk pembelajaran sepanjang hayat. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dapat membantu pelajar
menghadapi era teknologi maklumat. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke
arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah melibatkan usaha untuk melengkapkan semua sekolah-
sekolah KPM dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta
program pengurusan perubahan (change management) yang bersesuaian dan mencukupi.
Justeru, pembestarian ini dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran
akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
Langkah ini penting bagi menyediakan seseorang individu untuk belajar sepanjang hayat
terutamanya pada zaman maklumat ini kerana maklumat berubah dengan pesatnya di zaman
kini. Sekolah Bestari mampu menyediakan individu yang boleh belajar sepanjang hayat
dengan cara mengembangkan kemahiran generik seseorang. Cara ini membolehkan pelajar
memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar
sesuatu maklumat. Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat
kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat
prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Memandangkan betapa
pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah
mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh
flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia.

3.0 Perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolah biasa

Sistem Sekolah bestari adalah berbeza dengan sistem sekolah biasa kerana sekolah
bestari menggunakan teknologi sepenuhnya dalam proses pelajaran dan pembelajaran, system
pengurusan dan dalam komunikasi dengan kawasan luar. Pelbagai kaedah diperkenalkan
dalam usaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran pelajar supaya lebih bermakna dan
2
berkesan. Salah satu daripadanya adalah kaedah pembelajaran berbantu komputer.
Pembelajaran berbantu komputer adalah satu pendekatan yang berpusatkan komputer untuk
tujuan pelajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dari segi teknik pengajaran dan hal ini
bermakna pelajar menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi
langkah melalui satu sistem program pembelajaran secara terancang. Hal ini berbeza dengan
sekolah kebangsaan biasa kerana sekolah kebangsaan biasa tidak menggunakan sistem
komputer sepenuhnya dalam urusan seharian terutamanya dalam proses pelajaran dan
pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada guru di mana
guru berperanan menyampaikan pengajaran di dalam kelas dan didengari oleh pelajar sambil
mencatat nota. Kaedah pengajaran satu hala ini menjadikan pelajar sebagai ‘passive learner’
dan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyampaian oleh guru. Kaedah ini adalah kurang
menarik minat pelajar kerana kaedah penyampaian yang sama akan mewujudkan rasa bosan
di kalangan pelajar dimana pada zaman teknologi ini mereka telah terdedah dengan kemajuan
teknologi yang sebenar. Selain itu juga, pelajar bukan hanya boleh mendapatkan maklumat
melalui guru dan buku teks, tetapi juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui
sistem pengkomputeran. Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep ‘inovatif
kelas melangkau maya’. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah
dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi
fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan
dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal.
Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya,
serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran
item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian. Dengan pengkomputeran dalam talian
juga pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan
sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan
ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang
berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang
pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan
guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik
kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi
pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu
untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Ini adalah sangat berbeza
dengan sistem yang diamalkan oleh sekolah biasa.selain itu juga, pelajar yang menuntut di
sekolah bestari membuat tugasan menggunakan komputer yang diperuntukan untuk setiap
3
kelas, tanpa perlu memberatkan beg membawa buku-buku latihan. Selain diperuntukkan
computer untuk setiap pelajar, sekolah ini juga menyediakan setiap pelajar dengan loker
untuk menyimpan kerja sekolah bagi mengurangkan beban bag yang berat. Selain itu juga,
pelajar sekolah bestari turut didedahkan dengan konsep pembentangan tugasan bagi
membiasakan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Hal ini adalah berbeza dengan
konsep sekolah biasa kerana mereka hanya bertumpu kepada penyampaian oleh guru mereka
sahaja. Apa yang berbeza lagi, pelajar sekolah bestari digalakkan membuat kerja yang
diberikan oleh guru mereka dan menghantar tugasan melalui CD kepada guru mereka. Hal ini
amat berbeza dengan sekolah biasa kerana pelajar perlu menghantar latihan yang dibuat di
dalam buku latihan kepada guru mereka. Selain itu juga, pembelajaran di sekolah bestari
adalah bercorak kendiri, kurikulumnya lebih bersifat fleksibel dan terbuka jika dibandingkan
dengan sekolah biasa. Dari segi pengurusan pula, sekolah-sekolah bestari menggunakan
perisian khas yang bertujuan untuk merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari
segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan
dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada
memudahkan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat
dilakukan oleh pihak sekolah. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan
membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula
data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan
untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan,
menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang
berkenaan.Hal ini adalah berbeza dengan sekolah biasa kerana mereka tidak menggunakan
kemudahan secara menyeluruh. Sebagai contoh, dari segi kehadiran murid. Guru-guru yang
mengajar di sekolah-sekolah biasa terpaksa mengambil kehadiran anak muridnya secara
manual setiap hari kerana mereka hanya disediakan dengan rekod kedatangan pelajar sahaja
dan begitu juga dengan rancangan mengajar yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas.
Apa yang membezakan lagi antara sekolah bestari dengan sekolah biasa adalah Sekolah
bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk berkongsi maklumat
melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik. Sekolah bestari juga dihubungkan
melalui jaringan kawasan yang lebih luas (WAN) seperti di sekolah-sekolah lain, peringkat
daerah, negara serta dunia secara keseluruhannya. Sekolah bestari juga akan dapat
disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai
perisian aplikasi. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan, di
samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
4
alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian
komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatanberterusan sepanjang hayat. Sekolah Bestari
memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira
pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka
supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.

4.0 Objektif sekolah bestari.

Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang telah termaktub dalam sistem pendidikan di negara kita. Sistem penilaian
Sekolah Bestari adalah berbeza daripada sistem sedia ada. Ia berasaskan unsur dan rujukan
kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru,
pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian Sekolah
Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping dapat menjamin mutu maklumat
penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan juga alat. Ia menjurus kepada
pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga
untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat. Sekolah Bestari memerlukan bahan
pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai
keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya
lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri. Objektif utama Sekolah Bestari
di Malaysia ialah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada
dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelektual,sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Selain itu juga, objektif seterusnya ialah untuk membangunkan tenaga kerja untuk
zaman maklumat ini dan bagi menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi
selaras dengan pemkembangan teknologi maklumat. Objektif seterusnya ialah
membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani para pelajar di Malaysia dan mewujudkan
5
peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan setiap individu serta untuk
meningkatkan penglibatan pihak yang berkepentingan dan mendemokrasikan pendidikan.

5.0 Matlamat sekolah bestari.

Pembestarian sekolah merupakan salah satu strategi untuk membangunkan modal


insan yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Perkara 5 PIPP).
Pembestarian pendidikan adalah suatu proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
dan kompetensi guru meningkat. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidik perlu
mengintegrasikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pelajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan
yang mampu berdikari, berdaya saing, berdaya berfikir, berdaya maju serta dapat menghadapi
cabaran globalisasi pada Abad Ke-21). Selain itu, sekolah bestari juga bermatlamat untuk
menghasilkan kurikulum yang bermakna, menyeluruh, global, terbuka, berasaskan matlamat,
mementingkan teknologi, tanggungjawab sosial individu, mengambil kira kepelbagaian
budaya di negara kita dan menggalakkan pelajar untuk berfikiran kreatif.

6.0 Peranan dalam mencapai obkektif dan matlamat sekolah bestari.

6.1 Peranan guru.

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan program sekolah
bestari ini. Para guru ini perlu memberi perhatian yang mendalam kepada perkembangan
semasa teknologi maklumat dan segala perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu berusaha
dengan bersungguh-sungguh secara berterusan dalam mendidik anak-anak bangsa walaupun
para pelajar ini lebih berminat ke arah kerjaya bukan akademik seperti menjadi seorang
penyanyi atau ahli sukan. Mereka juga perlu melangkah lebih jauh setapak tentang
penggunaan sistem portal dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikannya
lebih menarik seperti perancangan dalam pengajaran dan juga membuat jadual pembelajaran
menggunakan dalam talian. Mereka juga perlu memupuk pemikiran para pelajar sekarang
supaya pemikiran dalam kalangan mereka seimbang supaya mereka tidak ketinggalan dek
arus pemodenan. Guru akan memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing di sisi
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak lagi dianggap sebagai
pencurah maklumat sahaja tetapi melibatkan diri dalam membimbing serta mendorong
6
pelajar menjadi pintar dan bestari. Guru pintar diperlukan bagi melahirkan pelajar pintar.
Guru perlu memainkan peranan baru bagi membebaskan mereka daripada keperluan menjadi
sumber pengetahuan sahaja. Guru akan membantu pelajar menentukan matlamat, merancang
jadual belajar dan menentukan kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Tegasnya,
guru dianggap sebagai model dan contoh serta penggalak ke arah kejayaan pelajar kerana
kejayaan itu ditentukan oleh pelajar sendiri. Selain itu, tugas guru adalah mempertingkatkan
kualiti diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan dengan hala tuju
kehidupan yang menjadi prinsip serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan penggunaan
teknologi semasa. Penggunaan teknologi maklumat akan memudahkan guru menyimpan
rekod pelajar, menilai kerja, membuat rancangan mengajar serta pemberian markah yang
cepat dan efisien. Alat-alat penyimpanan dan pengeluaran maklumat seperti CD-ROM ,
pengkalan data, dan sebagainya apabila digabungkan dengan “courseware” akan
membolehkan pembelajaran diadakan dalam masa yang singkat dengan kadar pengekalan
yang lebih tinggi. Banyak kerja berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dalam masa yang singkat dan kerja berkenaan lebih bermutu. Guru akan
mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar
ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar
sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Dengan menumpukan kepada
perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga
untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Komputer akan mengambil
alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran
yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang
bersifat kemanusiaan. Kesemua ini akan tercapai sekiranya guru memainkan peranan seperti
yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah bestari.

6.2 Peranan ibubapa.

Dalam mencapai objektif sekolah bestari, ibu bapa harus memainkan peranan yang
penting dalam menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah demi kebaikan
dan kemajuan anak-anak. Dengan cara melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang
dilakukan akan membantu pihak sekolah untuk mencapai objektif serta matlamatnya untuk
melahirkan seseorang individu yang berjaya dalam semua aspek.

7
6.3 Peranan pelajar.

Pelajar memainkan peranan sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari.


Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh
teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi.
Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi
baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab
terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia
untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan,
kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara
pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia. Oleh itu, objektif dan
matlamat sekolah bestari sudah tentunya dapat dicapai secara menyeluruh.

7.0 Kemahiran yang perlu ada bagi guru dalam memainkan peranan efektif dalam
pendidikan sekolah bestari.

Dewasa ini, pelbagai teknologi telah dicipta bagi membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan sistematik. Oleh yang demikian,
guru pada zaman millennium ini perlu mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang seiring
dengan pemodenan Negara bagi menyenangkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru perlu menjadi penuntut ilmu sepanjang masa. Mereka perlu belajar
tentang dunia teknologi bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Para guru perlu mempunyai ilmu tentang teknologi maklumat, bahasa terutamanya bahasa
Inggeris kerana kebanyakan laman sesawang menggunakan sepenuhnya bahsa Inggeris.
Mereka juga perlu mempunyai ilmu tentang sains dan teknologi dan kemahiran social iaitu
interpersonal dan intrapersonal, serta mereka juga perlu juga mahir berkomunikasi bagi
menyenangkan mereka.

Selain itu juga, mereka merupakan pekerja ilmu sepenuh masa bagi berbakti kepada
nusa dan bangsa. Mereka menjadi agen perubahan dalam sesuatu perubahan yang berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu mengubah
mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat yang autokratik kepada
demokratik. Mereka perlu berasaskan perkara-perkara seperti mengubah daripada strategi
pemusatan guru kepada pemusatan murid dan mereka perlu bersikap terbuka secara proaktif
dan bersedia untuk menghadapi perubahan. Para guru ini juga menjadi agen sosialisasi, iaitu
8
mereka berperanan dalam proses memupuk kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi
ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Guru mempunyai hubungan
yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-
nilai positif kepada ahli masyarakat. Mereka juga merupakan penilai kepada pelajar-pelajar.
Mereka perlu menilai dengan seadil-adilnya perkembangan pelajaran pelajar-pelajar bagi
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran yang serba boleh dalam jasmani,
emosi, rohani dan juga intelek mereka. Mereka juga merupakan pengamal kemahiran,
seseorang guru mempunyai peranan yang mat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan
insan dan Negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat
dan pada ketika dunia kini menjadi ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan
menjadi semikin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan
serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan,
Islam bukan sekadar mengajurkan umatnya mencari atau metuntun ilmu malah penyebaran
ilmu juga menjadi kewajipan. Shahril atau Charil Marzuki et. Al.(1993) menegaskan guru
sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu mereka
merupakan perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran, penyampai ilmu pengetahuan,
pembentuk akhlak, pembimbing, contoh teladan atau menjadi model kepada pelajar-pelajar di
sekolah.

Menurut Mohd. Idris Jauzi(1990) untuk membolehkan pendidik memainkan peranan


berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana
dan berterusan iaitu mereka harus mempersiapkan diri dari segi pelbagai ilmu; berusaha
membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; mereka juga harus
meningkatkan kecekapan, ketajaman dan keterampilan diri dalam melaksanaan tugas dan
interaksi dengan masyarakat. Mereka juga perlu melaksankan tugas sebagai guru dengan
sebaik mungkin dan menawarkan khidmat bakti dan kepimpinana dalam kehidupan
bermasyarakat serta mereka perlu menjadikan sekolah selaku geduh ilmu dan jemaah ilmuan
sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. Pendidik yang berkualiti ialah pendidik yang
dapat menguasai kandungan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, mahir dan
berterampilan dalam pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran, dan mereka perlu
memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka seada-adanya. Selain itu juga,
para guru perlu memahami psikologi pembelajaran dan memiliki kemahiran kaunseling serta
menguasai teknologi terkini. Mereka juga dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan

9
penyelidik mutakhir dan boleh bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan orang lain, serta
para guru juga perlu memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

8.0 Penutup.

Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,


menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh badan
dalam proses pembelajaran bagi membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak
bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan
pelajar. Komponen kurikulum dalam Sekolah Bestari secara keseluruhannya merangkumi
pelabagai objektif, termasuklah membantu perkembangan individu secara menyeluruh,
mengintergrasikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan, nilai, kemahiran dan sikap untuk berjaya serta beberapa matlamat yang lain.
Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu
sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output
yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang
aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang
yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah
dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.Berdasarkan komponen-
komponen tersebut, adalah jelas bahawa pelajar-pelajar yang lahir melalui Sekolah Bestari
sudah tentu mempunyai kemahiran-kemahiran yang menyeluruh. Pengetahuan dan pelbagai
kemahiran itu nanti akan membentuk serta melahirkan seorang pelajar yang berwibawa dan
Berjaya dalam semua aspek. Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah amat bertepatan dengan
zaman masa kini yang cukup dikenali sebagai zaman ledakan teknologi maklumat. Kerajaan
atau Kementerian Pendidikan terutamanya sememangnya pandai menggunakan kesempatan
ini bagi membuat perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Apa yang pasti,
pelaksanan sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan para pelajar, malah akan menaikkan
martabat pendidikan negara kita amnya.

10
Bibiliografi

Arthur Jupong.(2009). Guru dan Alam Pendidikan. Diperoleh pada Ogos 11,2009 daripada
http://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alam-pendidikan

Goh Soon Gaik.(2009). Pengurusan Bilik Darjah:Mengajar. Diperoleh pada Ogos 11, 2009
daripada http://smkputeri.edu.my/Muat%20Turun/PTK/Pengurusan%20kelas.ppt

Utusan Malaysia.(2008). Memanfaatkan ICT di Sekolah Bestari. Diperoleh pada Ogos


11,2009 daripada http://www.aspirasidigital.net.my/inittemplate03.asp?
newsID=16&tt=news

11
Utusan Malaysia. (2005). Bestari Lebih Pantas Daripada Manual?. Diperoleh pada Ogos
11,2009 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/fokus/4_b.htm

Webmaster. (2007). Perspektif Bestari. Diperoleh pada Ogos 12,2009 daripada


http://www.myqalam.net/didik/

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.(2002). Konsep sekolah Bestari Sekolah Malaysia.
Diperoleh pada Ogos 12,2009 daripada
http://metos2004.250free.com/curriculum/sbconcept.htm

( ).(2005) .The Smart School RoadMap 2005-2020: An Educational Odyssey.Diperoleh pada


Julai 14,2009 daripada http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf

12

You might also like