You are on page 1of 12

Tugasan 2: Analisis Artikel Jurnal

Artikel 1 Tajuk: Choosing to belong: increasing adolescent male engagement in the ELA classroom Penulis: Tim Fredrick, 2006. Changing English. Volume 13, No. 1, pp. 151 159. Artikel 2 Tajuk: How can I foster non-ENglish majors' interest and motivation? Penulis: Fang Fang, 2004. Action Research Report from teaching experiences at Guyuan Teachers College. Daripada http://www.actionresearch.net/. Artikel 3 Tajuk: Love and critique in guiding student teacher Penulis: Sigrid Gjotterud, 2009. Educational Journal of Living Theories. Volume 2(1): 68-95. Link dari www.actionresearch.net.
Artikel ini ditukar kerana artikel sebelumnya bukan menerangkan kajian tetapi lebih kepada pandangan terhadap kajian tindakan. Maaf kerana terlupa untuk mengupload/menukarkan artikel dalam Files Group lebih awal.

Kandungan Analisis Artikel Isu/Tujuan Kajian Artikel 1 dan 2 mempunyai isu yang hampir sama iaitu mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris dan penglibatan pelajar dalam kelas tersebut. Kajian dijalankan untuk menambahbaik persepsi pelajar kepada subjek Bahasa Inggeris seterusnya meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran. Artikel 3 pula adalah mengenai isu pendidikan bakal guru dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik pelajar-pelajar di samping memperbaiki diri pensyarah sendiri.

Sampel / peserta kajian Dalam Artikel 1, sampel atau peserta kajian adalah pelajar-pelajar sekolah Gred 9 yang majoritinya berbangsa Afrika-Amerika. Jumlah pelajar lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga dengan latar belakang sosio-ekonomi yang sederhana atau miskin. Dalam Artikel 2 dan 3, sampel atau peserta kajian adalah sama iaitu terdiri daripada pelajar guru yakni pelajar yang bakal menjadi guru. Selain itu dalam Jurnal 3, rakan-rakan pengkaji juga boleh dikategorikan sebagai peserta kajian. Seting Persekitaran kajian bagi Artikel 1 adalah di sekolah tinggi yang melibatkan kelas Gred 9. Manakala persekitaran kajian bagi Artikel 2 dan 3 adalah di Kolej Perguruan yang melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah bidang pendidikan.

Prosedur Penyataan Masalah Melalui analisis saya terhadap artikel-artikel ini, kesemua artikel didapati bermula daripada proses penyataan masalah berdasarkan refleksi pengalaman pengkaji serta inkuiri tentang punca permasalahan yang ingin diketahui tersebut yang kemudiannya membawa kepada tindakan pengkaji untuk memulakan kajian tindakan. Pemerhatian Awal/refleksi Kemudian dalam Artikel 1 dan 2, pemerhatian awal dijalankan terhadap peserta kajian untuk merancang tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan. Dalam Artikel 2, pengkaji telah memberi soalan kaji selidik kepada peserta-pesertanya untuk mendapat maklum balas awal pelajar mengenai persepsi mereka kepada pembelajaran Bahasa Inggeris. Dalam artikel 3, pengkaji merefleksi pengalaman beliau sendiri dengan pemantau beliau apabila beliau cuba memikirkan kesan daripada cara seseorang mengkritik dan bagaimana penerimaan orang yang dikritik. Kemudian beliau mula membentuk kumpulan pengkaji untuk sama-sama mengkaji kesan kritik dan kasih sayang dalam pengajaran mereka memandu para pelajar belajar. Merancang, mengambil tindakan dan pemerhatian Dalam setiap artikel, pengkaji merancang tindakan yang akan dilakukan yang dapat memperbaiki keadaan yang dikira bermasalah tersebut. Dalam semua artikel, pengkaji merancang aktiviti penambahbaikan, kemudian melaksanakan perancangan tersebut seterusnya mengumpul data melalui pemerhatian. Bagi artikel 3, ada sedikit kelainan di mana pengkaji mengambil tindakan berdasarkan kes pelajar-pelajar secara individu, di mana pelajar yang dikira mempunyai masalah dalam sesi pengajaran, didekati dan diambil refleksi mengenai pengajaran beliau. Tindakan penambahbaikan diambil dan maklum balas pelajar juga diminta. Analisis data dan refleksi Data yang diperolehi seterusnya dianalisa dan pengkaji merefleksi semula daripada dapatan tersebut. Artikel 3 banyak merujuk kepada buku-buku mengenai konsep kewujudan bersama dan pemikiranpemikiran sosialisasi dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan. Pengumpulan dan analisis data Artikel 1 menggunakan data dari beberapa sumber seperti pemerhatian terhadap pelajar di dalam kelas dan luar kelas, hasil kerja pelajar, respon/ maklum balas pelajar yang kemudian dianalisis secara membanding beza hasil kerja/respon pelajar, menilai keberkesanan tindakan sendiri yang telah diambil terhadap hasil kerja/respon pelajar. Bagi artikel 2, data diperolehi daripada pemerhatian dan idea pengkaji, soal-selidik kepada pelajar, pengalaman pengkaji, perkongsian/pemerhatian dengan rakan pengkritik pengkaji, hasil kerja pelajar, dan respon/maklum balas pelajar terhadap pengajaran pengkaji. Data seterusnya dianalisa untuk melihat sejauhmana keberkesanan tindakan yang diambil.

Bagi artikel 3, data diambil melalui refleksi pelajar terhadap sesi pembelajaran, hasil kerja/tugasan pelajar, nota refleksi, panduan-panduan dan pelaporan pemerhatian kepada pelajar yang dikongsi bersama antara co-pengkaji serta perkongsian pengalaman melalui perbincangan. Setiap pelajar dalam kes individu dianalisa dan dilihat punca berlakunya masalah yang dihadapi dan seterusnya pengkaji merefleksi daripada data tersebut. Analisis keseluruhan Dalam setiap artikel, pengkaji mempunyai sifat inkuiri dan melihat masalah sebagai satu langkah awal untuk memperbaiki sesuatu sama ada cara pengajaran, cara komunikasi atau sesuatu suasana pembelajaran itu. Pengkaji banyak merefleksi daripada pengalaman sendiri sama ada yang lampau atau yang baru berlaku dan mengaitkannya kepada situasi yang dilalui pelajar. Tindakan yang diambil adalah melalui perspektif pelajar sendiri seperti cuba menyesuaikan cara pengajaran (tindakan) dengan perkara yang dapat menarik minat pelajar serta perkara yang dirasakan baik oleh pelajar. Perspektif yang bukan berbentuk 'dari permerhati' sahaja ini, menunjukkan hasil yang positif dan menambahbaik suasana pebelajaran. Sintesis Daripada ketiga-tiga jurnal ini, saya merasakan bahawa idea bagi mengutamakan perspektif pelajar dalam menambahbaik pembelajaran mereka adalah yang terbaik untuk kajian tindakan dan bukannya hanya melalui perspektif pengkaji semata.

Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal kajian tindakan

TAJUK:
JURNAL 1:

Penyesuaian pengajaran untuk pelajar-pelajar masalah pembelajaran: satu projek kajian tindakan. Oleh: Bentley Parker

JURNAL 2:

Satu Penerokaan Kajian Tindakan Dalam Penyepaduan Pemilihan Pelajar dan Aktiviti Kesenian Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial. Oleh: Courtney Kosky, West Virginia University Reagan Curtis, West Virginia University)

JURNAL 3:
Satu projek kajian tindakan: Perspektif pelajar pada pembelajaran kumpulan kecil dalam kimia Satu projek kajian tindakan: Perspektif pelajar pada pembelajaran kumpulan kecil dalam kimia Oleh: Marcy Hamby Towns, Kelley Kreke, Amanda Fields

TUJUAN KAJIAN :

JURNAL 1:

Untuk menentukan strategi-strategi pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru kepada pelajarpelajar .

JURNAL 2:
Penyelidik menerokai bagaimana menyepadukan seni dalam pendidikan sains sosial boleh meningkatkan peyertaan pelajar dan motivasi serta kesan pencapaian pelajar melalui peningkatan motivasi dan penyertaan. Matlamat utama projek ini adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajian mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah dengan menggabungkan teori Multiple Multiple Intelligence.

JURNAL: 3
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pelbagai kemahiran melalui pembelajaran berkumpulan kecil dan memudahkan pemahaman yang lebih banyak. Matlamat kajian ini adalah untuk melibatkan diri pelajar dalam pembelajaran berkumpulan kecil, untuk mencari bagaimana aktiviti-aktiviti itu boleh memperbaiki melalui cadangan-cadangan pelajar, dan untuk mempelajari bagaimana tanggapan pelajar itu ke atas pembelajaran berkumpulan kecil.

SAMPEL:
JURNAL:1

Enam orang guru.

JURNAL:2
Kelas pengajian sosial tahap enam( kerjasama dengan Program Pendidikan Guru tahun 5).

JURNAL:3
- Mahasiswa-mahasiswa semester pertama fizik kimia - 32 orang pelajar (17 wanita dan 15 lelaki) - 25 pelajar dalam bidang sains manakala 7 pelajar dalam bidang kimia

SETTING:
JURNAL:1

Sekolah pertengahan di persekitaran Subbandar

JURNAL:2 - kelas - sekolah

JURNAL:3 Sebuah Universiti besar di Amerika Syarikat Midwestern.

PROSUDER: JURNAL:1

- Mengenalpasti masalah melalui pertanyaan 5 soalan (soal selidik) kepada guru mengenai pengalaman, pengetahuan, dan strategi pengajaran dalam kelas-kelas mereka.

- Pengumpulan data melalui jawapan pertanyaan daripada guru-guru. - Merancang 2 strategi pengajaran iaitu KWL yang telah dicipta oleh Ogle (1986), dan satu jaringan biasa (web simple).kedua-dua kaedah ini digunakan bagi membina kemahiran-kemahiran organisasi.

- Bertindak melaksanakan pengajaran kepada guru-guru tersebut tentang strategi pengajaran tersebut.

- Guru-guru itu menjalankan 2 strategi itu kepada pelajar selama tempoh 4 minggu.

- Mengumpulkan data

- Menganalisis data

- Refleksi

JURNAL:2 - Mengenalpasti masalah bahawa pelajar-pelajar tahap enam tidak selalu melihat kepentingan sains sosial kerana guru menumpukan kepada matematik dan kebolehan membaca dan menulis.

- Merancang untuk menyepadukan Arts dalam pendidikan sains social bagi meningkatkan penyertaan pelajar dan motivasi serta pencapaian mereka melalui motivasi da penyertaan mereka.

- Bertindak melaksanakan kaedah tersebut.

- Mengumpul data.

- Menganalisis data.

- Refleksi dan menilai hasil dapatan sama ada berjaya ataupun tidak.

JURNAL:3

- Mengenalpasti masalah iaitu Negara mengadakan reformasi dalam sains, matematik, kejuruteraan, dan teknologi (SME&T) dan diseru supaya memberi penekanan dan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran.

- Perancangan iaitu mengadakan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara kumpulan kecil yang membangunkan kemahiran-kemahiran untuk komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu ia juga merupakan kaedah mempertingkatkan pencapaian, menarik dan mengekalkan wanita dalam (SME&T) mengkhusus, dan membangun "kemahiran hidup profesional".

- Pelaksanaan iaitu setiap kumpulan kecil melaksanakan pembelajaran yang berbeza-beza. Sama ada kumpulan-kumpulan itu menyelesaikan masalah-masalah, menjalankan makmal-makmal terbuka, memberi persembahan-persembahan, atau menyediakan untuk kuiz atau peperiksaan, membincangkan maklumat dalam satu kumpulan memerlukan penuntut menjadi lebih aktif dalam pengajian mereka.

- Pengumpulan data

- Pemerhatian

- Penganalisian Data

- Refleksi

PENGUMPULAN DATA:

JURNAL: 1

- Penyelidik memberikan soal selidik iaitu 5 soalan kepada guru-guru tersebut berkenaan pengalaman, pengetahuan dan strategi yang digunakan di dalam kelas mereka

- Selepas mengumpul data melalui soal selidik tadi, penyelidik bertindak dengan mengajar guru-guru tersebut dua strategi pembelajaran khusus: KWL yang telah dicipta oleh Ogle (1986), dan satu jaringan biasa (web simple), kedua-dua digunakan bagi membina kemahiran-kemahiran organisasi.

- Kemudian penyelidik membuat tinjauan lanjutan yang mengkaji pemahaman mereka menggunakan strategi-strategi pembelajaran khusus dalam bilik darjah dan kepercayaan mengenai keberkesanan strategi-strategi ini semasa mengajar pelajar masalah pembelajaran.

JURNAL: 2 - Pemerhatian dari permulaan penyertaan pelajar dalam kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah dengan menggabungkan Teori Multiple Intelligence.

- Simpan jurnal refleksi pengajaran untuk merekod artau merakam komunikasi-komunikasi tersebut termasuk mencatat nota atau catatan harian bagaimana Sesuatu aktiviti itu di jalankan dan sekiranya terdapat sebarang pengubahsuaian yang perlu diibuat untuk pelajaran masa hadapan.

- Mencatat tahap penyertaan pelajar pada setiap pelajaran dan aktiviti.

- Memberi penilaian Multiple Intelligen tidak formal secara atas talian kepada pelajar pada permulaan kajian untuk mendalami minat pelajar dan kekuatan pelajar.

- Hasil daripada penilaian Multiple Intelligen digunakann sebagai panduan untuk mencipta rancangan pelajaran dan plan-plan pembelajaran

- Kaji selidik mengenai sikap pelajar dari mula hingga berakhirnya projek kajian tindakan.

- Meminta pelajar memberi respon terhadap pengajaran selepas selesai sesi pengajaran dengan memberikan kadar skala 1 hingga 10.

- Pelajar memberi maklum balas secara bertulis mengenai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru atau kegiatan aktiviti yang dijalankan dalam pembelajaran sama ada mereka berminat ataupun tidak.

JURNAL: 3
- Nota-nota lapangan dan jawapan-jawapan pelajar-pelajar untuk satu soal selidik terbuka termasuk data untuk kajian ini.

- Pemerhatian-pemerhatian bilik darjah dan perbualan -perbualan tidak rasmi antara pelajar dan profesor di luar kelas telah direkodkan sebagai nota-nota lapangan dengan tujuan menghuraikan peristiwaperistiwa yang mengambil tempat semasa aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan kecil.

- Di akhir semester satu soal selidik diberi kepada 30 daripada 31 orang pelajar.

PENGANALISIAN DATA: JURNAL:1

- Penyelidik menanalisis data melalui soal selidik yang diberi iaitu melalui kaedah kualitatif.

- Penyelidik menanalisis data melalui jawapan-jawapan yang diberi oleh guru mengikut kadar purata.

JURNAL: 2 - Analisis data adalah proses berterusan sepanjang kajian dijalankan.

- Reaksi guru mengikut pengumpulan data yang dikumpul dan merancang pengajaran seterusnya.

- Analisis daripada komen-komen pelajar terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.

- Seandainya pelajar minat terhadap sesuatu kegiatan yang dijalankan oleh guru maka kegiatan atau aktiviti tersebut tidak akan disingkirkan. - Menggunakan kaedah kualitatif.

JURNAL : 3
- Analisis data menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.

- Menganalisis soal selidik dengan menggunakan skema pengekodan terbuka.

- mewujudkan satu transkrip yang mengumpulkan data daripada soalan.

- Membaca transkip

- Selepas merekod transkip, penyelidik bertemu dan berbincang secara rasional tentang pengekodan skema individu dan membangunkan satu usaha sama pengekodan skema.

- Kemudian menganalisis semula data secara individu dan membina kategori kod kumpulan.

- Nota-nota lapangan penyelidik guna sebagai sokongan atau bukti yang sah.

- Perbincangan berperingkat untuk membantu membentuk satu keputusan.

HASIL KAJIAN:

JURNAL: 1

Kajian tindakan ini telah berjaya dilaksanakan oleh guru dalam pengubahan kaedah mengajar dengan menggunakan kaedah KWL dan web simple. Terdapat guru mendapati pelajar mereka dapat mengikuti kaedah ini dengan baik sekali. Pelajar merasakan kaedah yang digunakan ini memudahkan mereka mengingat dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

JURNAL:

Kajian tindakan ini telah berjaya kerana penyertaan pelajar amat tinggi, mereka seronok melibatkan diri dalam bilik darjah, dapat memotivasikan diri, sedia berbincang dan bertanya soalan dan sebagainya.

JURNAL: 3
- Aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan kecil telah membuktikan bahawa mereka telah mendapat yang hasil positif seperti pencapaian tinggi, bertambah sikap positif terhadap bidang subjek yang mereka belajar, harga diri yang lebih tinggi, dapat menerima perbezaan antara rakan sebaya, ketabahan tinggi,ingatan yang kuat dan meningkatkan konsepsi dalam bidang pendidikan.

- Pelajar merasakan aktiviti ini dapat membangunkan perasaan bermasyarakat dalam bilik darjah, saling bantu-membantu untuk lebih memahami iaitu seorang pelajar yang pandai membantu seorang pelajar yang lemah, perkongsian dalam penyelesaian masalah dan sentiasa berada dalam satu matlamat iaitu sama-sama memperolehi kefahaman yang tinggi di dalam satu kumpulan.

You might also like