You are on page 1of 17

Menekankan keparcayaan, jangkaan dan keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman Secara semula jadi, murid murid

d akan dimotivasikan untuk belajar apabila mereka mendapati ketidakkentalan antara pengalaman mereka dan pemahaman masa kini, ataupun mereka menemui persamaan antara perkara-perkara yang belum wujud dalam kehidupan mereka.

Menurut Weiner (1974) dalam Saedah Siraj et.al (1996), kejayaan atau kegagalan disebabkan oleh 4 perkara: kebolehan, usaha, nasib, dan kesukaran tugas pembelajaran Menurut Saedah Hj Siraj (1996), individu mengaitkan :kejayaan dengan kebolehan. kegagalan disebabkan oleh kekurangan dalam usaha. kejayaan mereka disebabkan oleh nasib .kegagalan disebabkan kebolehan mereka yang lemah. Individu yang bermotivasi tinggi beranggapan; kejayaan disebabkan oleh kebolehan mereka manakala kegagalan mereka adalah disebabkan oleh usaha yang kurang. Individu yang rendah motivasi menganggap: Kegagalan mereka disebabkab oleh kelemahan mereka.

Keempat-empat sebab yang dinyatakan ini boleh dikategorikan sebagai sebab luaran iaitu sesuatu dari luar diri dan sebab dalaman iaitu berpunca dari dalam diri seseorang.

Kebolehan dan usaha ialah sebab-sebab dalaman manakala nasib dan kesukaran tugasan ialah sebab-sebab luaran.
Menurut Choong Lean Keow (2008), kategori ini dinamakan sebagai dimensi lokus yang mana ia merujuk kepada lokasi di mana penyebab itu berada sama ada dari dalaman atau luaran seseorang individu itu

Weiner dalam Saedah Siraj et.al (1996) menjelaskan STABIL = tidak berubah mengikut masa dan situasi TIDAK STABIL = berubah mengikut masa dan situasi. Choong Lean keow (2008) pula menyifatkan sebab-sebab dalam pengelasan ini sebagai dimensi stabiliti yang mana ia merujuk kepada penyebab sama ada boleh berubah atau tidak.

Saedah Siraj et.al (1996) :sebab-sebab, boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal. Kebolehan dianggap sebagai satu sifat semula jadi atau diperoleh pada peringkat awal dalam kehidupan seseorang. Begitu juga dengan nasib dan kesukaran tugasan yakni sebab-sebab ini tidak dapat dikawal oleh pelajar.

Attribut Kebolehan

Dimensi Teori Arrtibution Weiner Lokus Stabiliti Kawalan Berada di Stabil ( tidak Luar kawalan dalam murid boleh berubah ) murid-murid murid Berada di Tidak stabil ( Berada dalam dalam murid - boleh berubahkawalan murid ubah ) murid-murid

Usaha

Berada di Stabil ( boleh Nasib dalam murid berubah ) murid Aras kesukaran Berada di Stabil ( boleh tugasan yang dalam murid berubah ) diberi murid

Luar kawalan murid-murid


Luar kawalan murid-murid

Kesimpulannya melalui teori ini, guru boleh membantu murid mengenal pasti kaitan antara usaha dan kebolehan terutama sekali hakikat bahawa kebolehan bermula dan berkembang lebih dahulu daripada usaha.

Teori ini menerangkan bahawa motivasi adalah hasil dua variable, iaitu harapan untuk mencapai sesuatu matlamat dan nilai matlamat tersebut kepada individu yang berkenaan.

Ini bermaksud kita akan senantiasa bertanya jika saya berusaha, bolehkah saya Berjaya?

Menurut Mook Soon Sang (2008), manusia biasanya dimotivasikan untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang dianggapkan sebagai impak ke atas tindakannya. Dengan kata lain , kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil dari tindakan yang kita ambil, seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang paling besar.

Teori ini menyatakan bahawa kekuatan dari sesuatu kecenderungan untuk bertindak dengan sesuatu cara tertentu bergantung pada kekuatan dari suatu pengharapan bahawa tindakan itu akan diikuti oleh satu keluaran tertentu dan pada daya tarik dari keluaran tersebut bagi individu tersebut.
Maka, teori ini bermaksud, seseorang muridmurid akan mempunyai motivasi untuk meningkatkan keupayaan yang tinggi dalam sesuatu perbuatan apabila murid tersebut yakin untuk mendapatkan nilai yang tinggi daripada
perbuatan tersebut.

Hasil

gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid.

Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat. Menurut Choong Lean Keow (2008), ahli sosio budaya menggangap motivasi sebagai sesuatu yang bersifat sosial. Pendekatan ini menekankan penglibatan individu dalam komuniti amalan. Hal ini demikian kerana individu mengambil bahagian dalam aktiviti bagi mengekalkan identiti serta hubungan interpersonal dalam komuniti di mana kita berada. Dalam kata lain, murid-murid akan lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya rakan sebaya juga bersifat demikian dan sekolah di mana mereka berada mengutamakan pencapaian yang tinggi.

Menurut Mook Soon Sang (2008),jika dilihat kepada teori pembelajaran sosial Bandura (1997), beliau menyarankan betapa pentingnya pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious.

Peneguhan vikarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil dari tingkah laku mereka.
Kesimpulannya, peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri (satu keyakinan yang mendorong individu untuk melakukan dan mencapai sesuatu) murid terhadap sesuatu tugas dan seterusnya akan membawa ke peringkat motivasi yang lebih tinggi

Menurut Bandura: INDIVIDU akan bertingkahlaku berdasarkan kepada Kepercayaan menilai kebolehan diri sendiri berbanding dengan apa yang sebenarnya boleh dicapai. Ini bermaksud persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana murid menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi. Tingkah laku murid kadangkala berbeza dengan kebolehan sebenar dan tingkah laku tetap berbeza walaupun mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sama.

Selain itu, kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan berapa banyak usaha murid boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk berusaha apabila berdepan dengan halangan serta betapa kuatnya diri mereka apabila berada dalam situasi yang sukar. Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu. Seseorang murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugasan atau soalan-soalan yang diajukan dengan tenang.

Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi murid. Ini kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan murid apabila menghadapi tugas atau masalah yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi kendiri rendah seperti percaya bahawa sesuatu perkara atau soalan lebih sukar daripada sebenarnya dan kepercayaan ini akan menyebabkan wujudnya kebimbangan, stress, kemurungan serta jalan penyelesaian yang sempit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Pengaruh sosial kepada motivasi pelajar terbahagi kepada tiga aspek iaitu persaingan, sikap individu murid dan konsep kerjasama. Persaingan yang sihat perlu dipupuk dalam kalangan murid kerana persaingan dapat meningkatkan motivasi seseorang murid untuk belajar lebih tekun. Aspek kedua ialah sikap individu murid. Jika mereka tidak berminat dan tiada matlamat yang ingin dicapai, guru hanya memberi motivasi dan dorongan yang termampu sahaja.

Aspek yang terakhir ialah konsep kerjasama yang mana memerlukan murid-murid berusaha bersama-sama untuk mendapat kejayaan yang diingini.

Pendekatan sosiobudaya adalah berkaitan konsep identiti dan identiti pula berpunca daripada penglibatan dalam komuniti pembelajaran yang berada di persekitarannya.

Jika baik kedua-duanya, maka masalah murid yang tidak mempunyai motivasi dapat ditangani dengan baik.
Oleh itu murid perlu dimotivasikan untuk belajar nilai serta amalan kumpulan, komuniti dan masyarakat di mana murid tersebut berada agar dapat mengekalkan identitinya yang sebenar

You might also like