You are on page 1of 1

KARNIVAL Sains dan Matematik peringkat daerah Lipis berjaya memberi peluang muridmurid merasai keseronokkan belajar subjek

berkenaan dan membuka minda gurusupaya pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Asas dan Luar Bandar, Negeri Pahang, Datuk Ir Mohd Sofi Tan Sri Abdul Razak berkata, murid-murid perlu diasuh dan dididik supaya meminati sains dan matematik sejak dari kecil lagi. Murid-murid perlu diberikan asas yang secukupnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana mereka merupakan generasi yang akan mencorakkan negara ke arah negara maju pada masa depan. "Tanpa perasaan minat dan kecintaan terhadap mata pelajaran ini, mereka akan rasa sesuatu yang membebankan apabila belajar di dalam kelas. Dengan penganjuran karnival sebegini, mereka akan mula seronok dan teruja untuk terus meneroka ilmu yang berkaitan sains dan matematik, katanya dalam ucapan penutup karnival tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Chat, Lipis, Pahang baru-baru ini. Beliau menyarankan agar murid-murid dibawa melawat ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara untuk pendedahan kepada pelbagai permainan sains dan matematik yang lebih menarik. Semnetara itu, Penolong Pegawai Pelajaran (Matematik dan Sains), Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Hassan Basri Shamsuddin berkata, Karnival tersebut diharap dapat mengubah persepsi bahawa mempelajari sains dan matematik adalah menyusahkanserta membosankan. "Melalui karnival ini diharap dapat mengubah persepsi tersebut serta menarik minat muridmurid mempelajari sains dan matematik secara bermain dan menyeronokkan. "Murid-murid dapat mencuba alatan dan menyelesaikan masalah yang diberikan sama ada dalam bentuk kuiz atau soalan penyelesaian masalah, katanya. Basri memberitahu, karnival ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk memberi penekanan serta pendedahan terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik khususnya kepada murid di luar bandar. Sekolah yang mengambil bahagian dalam karnival ini ialah SK Chat, SK Budu, SK Kemahang, SK Tanjung Besar, SK Jeransang, SK Benta, SK Batu 13, SK Penjom, SK Kuala Lanar, SK Tempoyang, SJK (T) Lipis, SK (LKTP) Sg Koyan, SK Padang Tengku, SISP Clifford dan SJK(C) Chung Hwa.

You might also like