You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM MENTOR MENTEE SAMBUTAN HAJI JADI KALI PERTAMA TAHUN 2014

Program Sambutan Hari Jadi 2014 telah dijalankan pada 3 hb April 2014 iaitu pada hari Khamis . Program yang berlansung selama 1 jam ini melibatkan semua murid perdana dan mentor yang terdiri daripada guru-guru SKST. Terdapat seramai 52 orang murid yang menyambut hari lahirnya antara bulan Januari hingga bulan Mac. Program ini dijalankan di Dataran Perhimpunan dan juga di kelas. Syukur Alhamdulillah segala perancangan dapat dijalankan dengan jayanya kerana semua yang terlibat dalam program ini memberi kerjasama yang jitu. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran yang telah memberi keizinan untuk menjayakan program pada kali ini. Terima kasih juga kepada PK Kanan HEM , Pn Noor Akma bt Rashidi atas kesungguhan beliau sehingga terlaksananya Program Sambutan Harijadi Kali pertama ini . Program ini merupakan salah satu pengisian yang dirancang di dalam takwim Program Penyayang Sekolah . Terima kasih yang terhingga , ditujukan buat guru-guru SK Sungai Tiram , kerana sudi menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program pada kali ini. Majlis bemula dengan acara perasmian iaitu seramai 2 orang wakil murid daripada setiap kelas menerima kad ucapan harijadi daripada PK Kokurikulum Pn. Zanariah bt Jauhari. Semasa penyampaian murid-murid lain menyanyikan lagu harijadi sebagai meraikan hari kelahiran rakan mereka. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar untuk murid-murid yang menyambut hari lahir mengikut tarikh yang ditetapkan. Setelah selesai sesi bergambar semua murid menyambutnya di kelas masing-masing bersama mentor yang ditetapkan. Program berakhir pada jam 8.40 pagi. Melalui program ini diharapkan agar murid-murid akan merasa dihargai oleh semua warga SKST dan seterusnya bermotivasi dalam pembelajaran.

Disediakan Oleh :

(AZILA BINTI KUSAINI) Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Tiram.

Lampiran 1

Sambutan Hari Lahir Program Mentor Mente 2014

Cikgu Azizah dan Ustazah Azila menyambut Hari lahir mentenya di kelas 4 Bestari

Guru Besar Encik Sulaiman Turut Sama Meraikan Hari Lahir Murid untuk Program Mentor-Mentee

You might also like