You are on page 1of 17

Karangan Pendapat

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya. Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas

batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini . Walau bagaimanapun / namun begitu Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. Konklusinya / oleh itu,. [PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.

Peribahasa yang Sesuai Dalam Karangan


PEPATAH 1. Ada air adalah ikan rezeki terdapat di mana-mana sahaja. 2. Ada asap ada api persahabatan yang tidak dapat dipisahkan. 3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai. 4. Ada rotan ada duri dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. 5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga. 6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan apabila mereka berbaik-baik semula. 7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta. 8. Alah sabung, menang sorak sudah kalah tetapi masih bercakap besar. 9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar basah sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan. 10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya. 11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan. 12. Antan patah lesung hilang kemalangan yang datang bertimpa-timpa. 13. Ayam terlepas, tangan bau tahi melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu 14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik. 15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza. 16. Bapa borek, anak rintik anak menurut baka bapanya. 17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari. 18. Berani kerana benar, takut kerana salah orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut. 19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu. 20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang. 21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal. 22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

sama taraf. 23. Berpatah arang berkerut rotan tali persahabatan yang putus sama sekali. 24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil. 25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda. 26. Biar mati anak, jangan mati adat adat resam tidak boleh dilanggar. 27. Biar putih tulang, jangan putih mata lebih baik mati daripada menanggung malu. 28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat. 29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula. 30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis. 31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapainya. 32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami. 33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. 34. Didengar ada, dipakai tidak nasihat yang sia-sia. 35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit bergaul dengan orang yang sama taraf. 36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga. 37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan. 38. Genggam bara api biar sampai jadi arang membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan. 39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid. 40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati. 41. Harapkan pagar, pagar makan padi seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita. 42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah pembahagian yang sama rata. 43. Hati hendak semua jadi jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi. 44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak mahu membuat sesuatu pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan. 45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada hukum Tuhan. 46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing

tolong-menolong dalam kehidupan 47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik. 48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup. 49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya. 50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya. 51. Ini hari orang, esok hari kita malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan. 52. Itik diajarkan berenang membuat pekerjaan yang sia-sia. 53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar. 54. Kain sehelai sepinggang habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian. 55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli makanan). 56. Kalah jadi abu, menang jadi arang tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian. 57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang muda atau kanak-kanak. 58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain. 59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. 60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain. 61. Lain bengkak lain bernanah orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh. 62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza. 63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang) adat dan kebudayaan berbeza antara negara. 64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya. 65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. 66. Lembu punya susu, sapi dapat nama orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama. 67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa. 68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam ingatan.

69. Masak di luar mentah di dalam

kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat. 70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri tidak mahu menerima nasihat yang diberikan. 72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit) menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri. 73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah. 74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela. 75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap. 76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai tidak berdaya untuk mencapai cita-cita. 77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima. 78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam. 79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak. 80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa. 81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga. 82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga. 83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain. 84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga. 85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal kemudian. 86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali soalan pokoknya. 87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga. 88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan menyindirnya. 89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah. 90. Takut kerana salah, berani kerana benar orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan diri. 91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca. 92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.

Bentuk- bentuk Pendahuluan


Contoh Pendahuluan Jenis Definisi Soalan: Amalan membaca seharusnya bermula di rumah.Anda bersetuju dengan pendapat di atas.Huraikan pendapat anda itu. Membaca sering didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Di samping itu, membaca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan lain-lain lagi secara lisan, sama ada dengan kuat atau sebaliknya. Di Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini. Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi rutin bagi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia pelajar, mereka hanya membaca bahan bacaan ringan, bukan bahan ilmiah yang menambahkan ilmu. Justeru, membaca wajar dijadikan amalan dan perlu dibentuk sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sesuai dengan peribahasa tersebut, maka amalan membaca seharusnya bermula di rumah. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun Soalan: Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat.Tulis esei anda itu selengkapnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan. Contoh Pendahuluan Jenis Cerita Soalan: Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana tersebut. Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun

Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan? Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar Soalan: Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil lagi, seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju dan berdaya saing. Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing. Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Contoh Pendahuluan Jenis Statistik Soalan: Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media massa. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25 kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar Soalan: Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna. Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini. Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi. Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa Soalan: Peribahasa jiran sepakat membawa berkat sangat tepat digunakan sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jiran sepakat membawa berkat. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini. Contoh Pendahuluan Jenis Iklan Soalan: Iklan merupakan alat yang digunakan oleh pengeluar barangan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru di pasaran. Iklan juga digunakan untuk melariskan jualan sesuatu barangan. Melalui iklan, pihak pengeluar berharap pengguna dapat dipengaruhi untuk membeli sesuatu barangan. Berikan pendapat anda tentang sejauh mana iklan mengelirukan pengguna. Pesona membangkitkan tarikan Tarikan menyerlahkan personaliti Personaliti menampilkan keanggunan Keanggunan ialah kuasa.

Kata-kata indah ini merupakan bahasa iklan yang dikeluarkan oleh Syarikat Celcom untuk mempromosikan barangan keluarannya. Bahasa indahnya begitu mempesonakan pembaca, malah lebih jauh lagi amat berkuasa untuk mempengaruhi para pengguna agar menggunakan barangan yang diiklankan. Bagaimanapun, tidak semua kata-kata yang indah itu menggambarkan keadaan sebenar barangan yang diklankan. Jika kenyataan ini benar, maka gambaran itu menepati kata-kata indah khabar daripada rupa.

Latihan Peribahasa
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu. .. 2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala. .. 3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya. .. 4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut. .. 5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. .. 6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal. .. 7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang. .. 8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. .. 9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan. .. 10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou. ..

Latihan 2: Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut. 1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali. .. 2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu. .. 3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyunduyun pulang ke rumah masing-masing. .. 4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah. .. 5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuknunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut. .. 6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya. .. 7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia. .. 8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka. .. 9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras. .. 10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu. ..

Latihan 6:Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benarbenar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bilabila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.

Latihan 7:Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah

kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir(janji yang ada sesuatu di sebaliknya) 2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula) 3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya. Jwapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya) 4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut. Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut) 5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga) 6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal. Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar) 7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang. Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai) 8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan) 9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur(balik semula ke kampung halaman setelah lama tinggal di tempat orang) 10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou. Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)

Jawapan Latihan 5: 1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali. Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya) 2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu. Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud) 3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyunduyun pulang ke rumah masing-masing. Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris) 4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah. Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan kesan yang buruk) 5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuknunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut. Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka menunjuk-nunjuk) 6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya. Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat) 7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia. Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada) 8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka. Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.(manusia dipercayai jika menunaikan janjinya) 9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat) 10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu. Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)

You might also like