You are on page 1of 4

REFLEKSI

Nama : Samson Lian Juk


No K.P : 920115-13-6373
Syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa, kerana atas limpah rahmatnya,
saya telah berpeluang mengikuti kursus PJM 3110 pada semester ini dengan
jayanya. Sepanjang semester ini, banyak aktiviti yang berkaitan telah dijalankan di
dalam mahupun luar IPDA. Antara pengisian utama dalam kursus kali ini selain
kuliah ialah Pengajaran Mikro yang dijalankan di sekolah iaitu SK Paya
kemunting,Jitra dan juga di IPDA.Semester ini merupakan suatu semester yang
mencabar buat saya kerana seblum ini,saya banyak mempelajari teori pengajaran
dan pembelajaran semata-mata.Namun kali ini, kami perlu mempraktikkan apa yang
telah kami pelajari selama ini di dalam Pengajaran Mikro tersebut.
Sesungguhnya, Pengajaran Mikro yang telah kami lalui banyak mengajar
kami mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum mengajar Pendidikan
Jasmani, bagaimana mengawal kelas dengan berkesan , membuat
penambahbaikan dan refleksi setelah selesai satu-satu pengajaran dan sebagainya.
Secara keseluruhan, fokus utamanya ialah untuk mempelajari bagaimana untuk
menghasilkan suatu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang betul dan sesuai
seterusnya menggunakannya dengan berkesan dengan di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Pengajaran Mikro Individu
Dalam Pengajaran mikro secara individu,kami dikehendaki untuk mengendalikan
suatu sesi kelas Pendidikan Jasmani dalam kalangan rakan sekelas kami. Ia telah
diadakan di IPDA. Masa yang diperuntukkan bagi setiap individu adalah selama 30
minit sahaja. Tajuk yang telah saya dapat dan perlu saya ajar dalam kalangan rakan
sekelas saya ialah kemahiran menjaring dalam permainan bola baling. Pada
mulanya, saya merasakan ianya sukar kerana saya tidak mempunyai pengalaman
dalam menyediakan sesebuah RPH bagi subjek Pendidikan Jasmani. Namun,
dengan bimbingan yang berterusan daripada pensyarah pembimbing bagi kursus ini,
sedikit demi sedikit saya mempelajari bagaimana untuk menghasilkan RPH
berkaitan kemahiran menjaring ini dengan betul.
Akhirnya saya berjaya menghasilkan RPH berkaitan dan melaksanakan
pengajaran saya dengan baik. Terdapat beberapa kesilapan dan kelemahan yang
saya telah lakukan dan sedari ketika menjalankan pengajran saya.Namun, saya
bersyukur kerana setelah selesainya pengajaran tersebut, pensyarah pembimbing
kami segera membuat sesi refleksi dengan kami bagi menyatakan
kekurangan,kelebihan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan berdasarkan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan itu. Dari sana saya sedar
penambahbaikan yang perlu saya lakukan agar di masa hadapan, saya boleh buat
yang lebih baik. Antara yang perlu saya perbaiki adalah mengenai kesesuaian
aktiviti berdasarkan tahap kebolehan murid, kelantangan suara, pengurusan masa
yang lebih baik, aspek keselamatan dan sebagainya.
Saya juga telah mempelajari betapa pentingnya untuk menghasilkan suatu
RPH dengan objektif yang bertepatan dan bersesuaian.Ia penting agar suatu
pengajaran itu bermakna dan jelas tujuannya. Sekaligus, aktiviti yang dilakukan
haruslah bertepatan dengan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu.Saya
sedar bahawa saya masih memerlukan bimbingan berterusan daripada pensyarah
pembimbing saya bagi meningkatkan mutu penghasilan RPH yang akan saya
hasilkan ketika praktikum seterusnya setelah menjadi guru suatu hari nanti.

Pengajaran Mikro di SK Paya Kemunting
Bagi pengajaran miko di SK Paya Kemunting, kami perlu melaksanakan suatu
pengajaran dan pembelajaran Pendikan Jasmani bagi sesuatu topik secara
berpasangan. Saya telah melaksanakan pengajaran saya dengan rakan saya iaitu
Nur Atiqa binti Nura.Tajuk pengajaran kami ialah Konsep Kecergasan dan kelas
yang kami kendalikan adalah kelas Tahun 3. Secara dasarnya, proses sebelum
berlakunya pengajaran tersebut memerlukan kami menghasilkan RPH yang
berkenaan. Kami telah membuat banyak rujukan dan juga berjumpa dengan
pensyarah pembimbing kami bagi menghasilkan RPH yang betul dan bersesuaian.
Di dalam pengajaran mikro di sekolah ini,bagi saya cabaran utama bukanlah
dalam penghasilan RPH berkenaan.Cabaran utamanya ialah bagaimana saya dapat
menggunakan RPH yang telah dihasilkan dan mengendalikan kelas dengan
berkesan. Melalui pengajaran yang telah saya dan rakan saya jalankan dengan
murid Tahun 3 itu,saya pelajari banyak aspek yang perlu saya titikberatkan dan
tingkatkan dalam sesuatu pengajaran itu.Antaranya ialah pengurusan masa,
kawalan aktiviti dan disiplin murid, aspek keselamatan dan banyak lagi. Saya pelajari
betapa pentingnya tanggungjawab sebagai seorang guru , bukan sekadar
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, namun juga
memastikan kebajikan dan keselamatan murid terjaga.
Selesai sahaja pengajaran, Puan Robiah telah menasihati saya dan rakan
saya mengenai beberapa perkara yang perlu kami pertingkatkan. Menurut beliau,
antara yang boleh dipertingkatkan melalui pemerhatian beliau ketika pengajaran
kami ialah dari segi pengurusan masa , kelantangan suara, tunjuk cara dan
sebagainya. Saya pelajari bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari
untuk meningkatkan kompetensi pengajaran bagi subjek ini dan saya berterima
kasih kepada pensyarah bombing saya yang saya percaya akan terus membimbing
kami semua.
Kesimpulannya, sepanjang mengikuti kursus PJM 3110 ini, saya telah
memproleh banyak input mengenai ilmun serta persediaan yang perlu seorang guru
Pendidikan Jasmani miliki dan buat sebelum berlakunya sesuatu pengajarn itu. Saya
telah memperbaiki penulisan RPH untuk pengajaran subjek Pendidikan Jasmani ini
bagi mengaplikasikannya dengan berkesan kepada murid di masa hadapan . Saya
pelajari betapa pentingnya untuk merangkasebuah pengajaran yang berkesan untuk
murid-murid seterusnya membantu menjana kecergasan fizikal bahkan juga
kecerdasan minda mereka . Semoga suatu hari nanti,saya dapat menjadi sesorang
guru Pendidikan Jasmani yang benar-benar layak dan bertauliah, seterusnya
mampu mendidik dan membimbing bakal murid-murid saya menjadi insan yang
seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani, intelek dan juga sosial melalui pengajaran
Pendidikan Jasmani.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN MIKRO DI SK PAYA
KEMUNTING
Antara kelemahan utama yang telah saya perhatikan ketika pengajaran mikro
dijalankan di sekolah berkenaan ialah p murid-murid daripada kelas-kelas yang
terlibat lambat datang ke padang. Keadaan ini menyebabkan pengajaran lambat
bermula. Akibatnya, pengajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana
mengejar masa. Sebagai penambahbaikan, murid perlu dimaklumkan dengan lebih
awal untuk berada di padang secepat mungkin dan guru yang berkenaan perlu
memanggil dan mengambil sendiri murid-murid berkenaan di kelas mereka untuk ke
padang dengan lebih awal.
Seterusnya adalah dari segi pengurusan masa yang kurang berkesan. Ada di
antara guru pelatih yang gagal mengurus masa dengan baik di mana mereka telah
mencuri masa guru pelatih yang lain.Akibatnya bukan sahaja diterima guru pelatih
itu sendiri di mana pengajannya menjadi kelam kabut, namun juga guru seterusnya
yang akan mengajar di mana masa mereka menjadi lebih pendek daripada yang
sepatutnya. Bagi penambahbaikan, guru perlu benar-benar menguasai RPH yang
telah dihasilkan agar dapat menggunakannya dengan berkesan ketika mengajar.
Seseorang guru itu juga perlu bersedia lebih awal dari segi penyediaan peralatan,
langkah-langkah pengajaran, susun atur pengajaran dan sebagainya agar tidak
berlaku kebuntuan dan ketidaklancaran ketika PnP berjalan.
Bagi pendapat saya juga, adalah lebih baik jika ketika kelas Pendidikan
Jasmani diadakan, murid diminta membawa air minuman masing-masing ke padang.
Melalui pemerhatian saya, pada awalnya murid aktif melakukan kan aktiviti,namun
setelah 15 ke ke 20 minit kemudiaan, kebanyakan mereka kelihatan lesu, ditambah
lagi dengan kepanasan sinaran matahari. Pada pendapat saya, murid boleh
diberikan masa singkat untuk berehat dan minum air bagi memastikan mereka tidak
dihidrasi ketika melakukan aktiviti. Ia akan membantu memulihkan dan merangsang
lagi kecergasan bagi yang telah penat.
Secara keseluruhannya, pengajaran mikro yang telah kami jalankan selama
dua hari di SK Paya Kemunting, Jitra telah berjalan dengan lancar. Namun terdapat
sedikit kelemahan yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di masa hadapan.

You might also like