You are on page 1of 7

Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani

Mosston & Ashworth


Pengenalan.
Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan
berdasarkan guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka
berdasarkan dua keadaan iaitu :
a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama
b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan utama.
Di antara tambahan sembilan keadaan gaya pengajaran setiap satunya dijelaskan
berdasarkan siapakah yang membuat keputusan.
Mosston & Ashworth (1994) menyatakan bahawa keputusan transaksi guru-
murid boleh dikategorikan kepada 3 set
1. Pra-kesan
2. kesan semasa
3. pasca kesan
Kesan awal
Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan satu episod perancangan.
Mc Cullick, B & Byna, M (2002) mengenal pasti situasi ini sebagai Maksud
pernyataan atau perancangan. Keputusan major termasuk di dalam set
kesan awal ialah seperti tugasan terperinci yang akan diajar, objektif
pengajaran, hasil pembelajaran dan alat kelengkapan (ABM, BBM dan BBB)
Kesan Semasa
Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka
antara guru dan murid di dalam persekitaran belajar. Mosston & Ashworth
menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan sebagai
meletakkan perancangan (keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat
3 komponen dalam set keputusan kesan semasa :
a) Jangkaan peranan guru dan murid
b) Demonstrasi tugasan yang akan dilakukan atau pembentangan
penyelesaian masalah
c) Penerangan prosedur penggunaan alatan (kehendak tugasan, masa
keputusan, postur, kuantiti, jarak waktu, pakaian dan lokasi) yang perlu
dipatuhi semasa melakukan tugasan atau menyelesaikan masalah.
Pasca Kesan
Fokus set kesan selepas ialah pentaksiran/ penilaian dan maklum balas
berkaitan prestasi murid dan menyediakan pentaksiran /penilaian
pengalaman guru-murid. Setiap gaya pengajaran di dalam spektrum adalah
berdasarkan peralihan keputusan yang sistematik (Pra-kesan, Kesan dan
pasca kesan) antara guru-murid (Goldberg dan Gerney, 1986). Spektrum
dibahagikan kepada dua kelompok gaya pengajaran
Produktif kapasiti menghasilkan pengetahuan dan kemahiran baru
Reproduktif kapasiti menghasilkan semula ilmu dan kemahiran yang
diketahui.
Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan, tindak balas, tindak balas
dan pemasukan kaedah baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif pelbagai
jangkaan guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik diperlukan menerusi
bilangan pendekatan membuat keputusan, latihan kemahiran spesifik dan
maklum balas. Pengajaran behaviors merujuk kepada haya pengajaran A, B,
C, D dan E.
Kelompok produktif termasuklah penemuan terbimbing, penemuan tertumpu,
penumpuan mencapah, reka bentuk pembelajaran individu, gaya
pembelajaran kendiri dan daya usaha dan ia merujuk kepada F, G, H, I, J dan
K. Dalam gaya pembelajaran produktif murid diberi gambaran satu masalah
atau persoalan dan kemudian diberikan masa untuk meneroka penyelesaian
masalah. Semasa penemuan sama ada menjurus atau mencapah, murid
meneroka dan merentasi pengetahuan dan menghasilkan ilmu baru. Proses
kognitif merentasi memori dan mencetuskan ingatan semula. Selalunya
proses penemuan ini menghasilkan motivasi intrinsik.
Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum yang mana guru dan pelajar
masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam hasil
pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini telah membahagikan gaya dan kaedah
pengajaran kepada dua aspek iaitu
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Pelajar
Gaya Arahan (A)
Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan
pembelajaran. Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata
lain, guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas.
Kaedah ini akan memberi peluang guru menggunakan kuasa autonomi untuk
memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan
komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid perlu memberikan
perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan
meniru setiap perlakuan guru.
Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu
mengutamakan keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa P&P
adalah terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk mempelajari
sesuatu tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat
awal bagi memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai contoh ialah pembelajaran
pergerakan asas aktiviti roda kereta dan hambur tangan. Aktiviti ini merupakan satu
aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan daripada guru secara terus menerus.
Dalam tunjang 2 pembelajaran lompat tinggi juga merupakan satu aktiviti aras tinggi
yang memerlukan arahan dan perhatian lebih daripada guru.
Gaya Latihan (B)
Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan
yang mana guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam P&P. Dalam
pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid berpeluang
melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat. Guru akan memberikan
penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan atau pun guru akan melakukan
demonstrasi untuk melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan penjelasan dan
menentukan tiap-tiap yang ingin di ajar. Guru juga akan sentiasa memerhatikan
murid dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar dan bersoal jawab dengan
murid. Murid melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk P&P yang mempunyai masa
yang terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan memberikan murid
masa yang lebih untuk berlatih. Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga.
Sekiranya dirujuk pada taburan pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki
masa pengajaran yang singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid
harus diberikan masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar
mempercepatkan proses pembelajaran.
Semak Bergandingan/Timbal Balik (C)
Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan namun
demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa
yang akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan
diajarkan kepada murid. Guru juga akan melakukan demonstrasi lanjutan untuk
menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti secara berpasangan. Seorang
murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti.
Penilaian terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah
disediakan oleh guru.
Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan
melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak dan
lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang menilai
perlakuan pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran
menghantar permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid
senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu murid juga akan
dibekalkan dengan gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang bertindak
sebagai penilai akan menilai dan menandakan senarai semak lakuan yang betul.
Kemudian murid ini akan bertukar peranan.
Gaya Semak Kendiri (D)
Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah
dilakukan oleh murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti
seterusnya menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun
kelemahan kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan
interaksi sosial guru dan murid.
Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak
terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan
sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam
menilai perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan kemahiran menyangga bola
tampar, murid akan dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran menyangga yang
betul manakala murid pula akan melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan
gambar setelah diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru.
Gaya Inklusif/ peningkatan (E)
Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada
murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap
dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka
sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria
pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan
dan kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk
melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri
murid dan motivasinya. Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi,
murid bebas untuk memilih ketinggian palang lompat tinggi.
Penemuan terbimbing (F)
Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah
yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan
menjadi seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas
daripada guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan
yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan
di kalangan murid serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
Kaedah ini merupakan kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan
menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan
sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir
mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan
menukar soalan kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan
yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak
sebagai penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak
sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan
oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid
memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan
berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang
ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga
mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang
memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.
Gaya pengajaran berpusat (G)
Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa persoalan
dan tugasan. Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang paling hampir.
Guru akan bertindak sebagai pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai pencari
jalan keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan perbincangan berkenaan dengan
sejarah beberapa jenis sukan di Malaysia. Guru akan membantu murid dengan
memberikan klu-klu atau maklumat yang hampir berkaitan.
Gaya Penemuan Bercapah (H)
Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan yang mempunyai pelbagai
jawapan. Tugasan ini mempunyai banyak pilihan jalan penyelesaiannya. Kemudian,
guru akan mendorong dan menggalakkan murid untuk menilai setiap jalan
penyelesaian tersebut dan membuat perbandingan antara jawapan tersebut.
Perbandingan antara jawapan ini adalah satu cara untuk seseorang murid tersebut
menilai keberkesanan jawapan yang diberikan.
Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk pembangunan satu pasukan.
Kelebihan kaedah ini ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk sikap
kerjasama antara mereka. Misalnya, guru menetapkan tugasan murid adalah
mencari teknik yang sesuai bagi kemahiran olahraga acara padang lompat jauh.
Tugasan yang satu, tetapi mempunyai banyak pilihan jawapannya, antaranya ialah
kayuh, layar dan melayang. Murid akan mencari mana-mana jawapan dengan
melakukan semua gaya tersebut seterusnya menilai keberkesanannya dari segi
jarak lompatan.
Gaya program individu reka bentuk pelajar. (I)
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang
memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan
sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya
mengikut kebolehan individu.
Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program
atau aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan
masalah. Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk
persembahan. Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru dengan
memurnikan lagi persembahan kreatif mereka.
Gaya Pembelajaran terdorong (J)
Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi
perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk
menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini
seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan
mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh
murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu
sesi pengajaran PJ.
Pembelajaran Kendiri (K)
Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil
alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari
dan menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka.
Murid diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai
ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan
menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang
pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola
tampar dengan betul.
p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K adalah
berpusatkan murid.

You might also like