You are on page 1of 25

S A T U R D A Y , J A N U A R Y 1 4 , 2 0 0 6

Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah Dibantah


Jangan cetus masalah -- Pelbagai pihak bantah pelajar guna telefon
bimbit di sekolah
KUALA LUMPUR 13 Jan. -
Pelbagai pihak daripada ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh
pendidik meminta Kementerian Pelajaran menarik balik kebenaran bersyarat pelajar
menggunakan telefon bimbit di sekolah kerana ia membawa lebih keburukan
berbanding kebaikan.
Mereka berpendapat, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah tidak akan
membantu meningkatkan mutu pendidikan, sebaliknya menyumbang kepada
masalah disiplin di sekolah-sekolah.
Jika keadaan ini dibiarkan, kata mereka, dasar pendidikan negara yang bertujuan
melahirkan pelajar berkualiti dari segi ilmu dan moral tidak akan tercapai.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,
penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan salah laku moral yang akhirnya
menjejaskan dasar pendidikan negara.
``Sebagai contoh, pelajar mungkin akan menghendap dan merakam gambar pelajar
atau guru perempuan di dalam tandas.
``Lebih dibimbangi sekiranya gambar ini disebarkan oleh pelajar yang tidak
bertanggungjawab menerusi telefon bimbit,'' katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon
semalam mengenai kebenaran menggunakan telefon bimbit di kalangan para pelajar.
Kebenaran itu yang akan berkuat kuasa secepat mungkin tertakluk kepada syarat-
syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, semalam.
Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras mencadangkan
supaya pihak sekolah membenarkan pelajar menggunakan telefon di pejabat sekolah
sekiranya ingin menghubungi ibu bapa.
``Sekolah perlu membenarkan pelajarnya yang mempunyai hal kecemasan untuk
menggunakan telefon di pejabat,'' katanya.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula percaya,
pelbagai masalah akan timbul sekiranya para pelajar dibenarkan membawa telefon
bimbit di sekolah termasuk kes kecurian.
Selain itu, katanya, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah akan
menimbulkan jurang pemisah antara pelajar miskin dan kaya hingga mencetus
suasana yang tidak harmoni.
Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
(Kongres), Awang Mohamad melihat implikasi buruk mungkin tercetus sekiranya
perkara itu dibenarkan.
Menurutnya, para pelajar lebih banyak terdedah kepada penyelewengan penggunaan
alat telekomunikasi tersebut.
``Teknologi canggih yang menjadi perisian setiap telefon bimbit berupaya membawa
minda para pelajar ke alam lain selain di bilik darjah,'' ujarnya.
Beliau berkata, meskipun pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit
sebelum waktu persekolahan bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi
persekolahan tamat, tanpa disedari teknologi itu `membunuh' masa depan para
pelajar.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus
Abdullah turut melahirkan kebimbangan terhadap penggunaan telefon bimbit di
kalangan pelajar di sekolah.
``Telefon bimbit boleh menyebabkan masalah pencemaran bahasa, penyebaran
gambar-gambar lucah, perhubungan bebas melalui telefon dengan orang tidak
dikenali yang seterusnya boleh menjurus kepada keruntuhan moral.
``Malah, dengan menggunakan telefon bimbit semasa waktu rehat, kemungkinan
besar para pelajar akan menggunakannya untuk bermain `game' atau SMS dan
semua ini mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia. 14 Jan 2006
POSTED BY KEYBOA
Telefon bimbit: Tetap dilarang di sekolah
MARZITA ABDULLAH

KEMENTERIAN Pelajaran tetap melarang pelajar menggunakan
telefon bimbit di sekolah walaupun wujud kes telefon berkenaan
menjadi bahan bukti dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah
menengah di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, keputusan
kementerian jelas bahawa telefon bimbit akan dirampas jika pelajar
menggunakannya dalam kawasan sekolah.
Namun begitu beliau tidak menafikan bahawa berlaku kes pelajar
secara `menyeludup' membawa masuk telefon bimbit ke sekolah.
``Ini memang berlaku terutama jika ada aktiviti kokurikulum dan kita
percaya kejadian pelajar membawa masuk telefon bimbit di sekolah
terbabit tidak diketahui oleh pihak sekolah,'' katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak pelajar di sekolah berasrama
penuh yang membawa telefon bimbit ke sekolah masing-masing.
``Tetapi seperti yang telah kita tegaskan bahawa guru mempunyai kuasa untuk
merampas telefon itu jika pelajar didapati menggunakannya dalam kawasan
sekolah,'' tegas beliau.
Dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Kota Tinggi itu, seorang pelajar telah
merakam kejadian pelajar tingkatan satu yang dibelasah oleh seorang pelajar lain.
Rakaman yang dibuat melalui telefon bimbit itu berjaya dikesan apabila guru di sekolah merampas telefon
berkenaan setelah menahan sekumpulan pelajar yang sedang asyik menonton rakaman tersebut.
Penggunaan telefon bimbit di sekolah pernah menjadi isu sehingga Kementerian Pelajaran menarik balik
kebenaran penggunaan telefon bimbit di semua sekolah termasuk berasrama penuh serta merta.
Keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati guru dan ibu bapa tidak bersedia memikul tanggungjawab
serta memantau penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.
Sebelum itu, kementerian berkenaan pernah mengeluarkan arahan pada Januari lalu membenarkan para pelajar
menggunakan telefon bimbit di sekolah berkuat kuasa secepat mungkin.
Kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit
oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

KEMENTRIAN Pelajaran percaya kebanyakan pelajar
membawa masuk telefon bimbit ketika aktiviti
kokurikulum tanpa disedari oleh guru. _ Gambar hiasan


DATUK NOH OMAR

Mengikut kenyataan itu, pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit sebelum waktu persekolahan
bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2006&dt=0705&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Sem
asa&pg=is_01.htm 18 September 2012
ISU PENDIDIKAN : KEWAJARAN BAWA TELEFON BIMBIT
KE SEKOLAH

Rencana ini ditulis oleh :
Fauziah Arof
Wartawan Utusan

Macam-macam reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah
merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon
bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini
sebagai suatu kemudahan yang menyeronokkan dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada
yang merasa lega kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama
tidak kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat komunikasi
itu ke sekolah. Pertama, bimbang disalah guna kemudahan tersebut. Yang keduanya, apabila berlakunya
kecurian atau kehilangan gajet berharga itu. Draf peraturan membenarkan penggunaan telefon bimbit ini
dirangka selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar,
tambahan sebelum ini, pihak ibu bapa sudah beberapa kali meminta kementerian agar membenarkan
telefon bimbit dibawa ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.

Sememangnya ada baik dan tidak baiknya membawa telefon bimbit ke sekolah. Dari segi baiknya, tentu
ia memudahkan ibu bapa untuk mengesan anak mereka terutamanya selepas waktu sekolah. Ada
ketikanya anak-anak terlepas bas sekolah mungkin kerana lambat keluar kelas dan tidak memaklumkan
kepada pemandu bas terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang nakal dan suka berpeleseran selepas
waktu sekolah. Saya pernah diminta oleh anak saya yang bersekolah rendah menghantar kawannya
pulang ke rumah kerana kawannya itu terlepas bas. Ini disebabkan semua murid di dalam kelasnya
dihukum balik lewat sedikit setelah gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mujur saya tidak bekerja
ketika itu. Kediaman saya yang amat dekat dengan sekolah tidak memerlukan anak saya untuk menaiki
bas. Sampai di rumah saya, kawannya itu yang menangis kerana panik meminjam telefon bimbit saya
memberitahu ibunya di tempat kerja yang dia terlepas bas dan saya akan menghantarnya.

Saya merasa gusar, rasa marah pun ada. Kenapalah cikgu boleh membuat hukuman sebegitu tanpa
memikirkan pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah. Siapa yang akan menghantar mereka sekiranya
terlepas bas? Jika dibiar pelajar ini bersidai menunggu penjaganya mengambilnya pulang di depan
sekolah dalam suasana yang agak sunyi, semua pelajar telah pulang, kita bimbang ada pihak lain yang
tidak bertanggungjawab pula menawarkan khidmat untuk menghantar pelajar ini pulang ke rumah. Dalam
situasi seperti ini telefon bimbit amat diperlukan. Memang ada telefon awam disediakan di sekolah tetapi
tidak semua diselenggara dengan baik, lama dibiarkan rosak dan tidak banyak pula kemudahan itu.
Dalam pada itu, jangan terkejut ramai juga pelajar sekolah terutamanya di peringkat rendah yang tidak
tahu menggunakan telefon awam. Tetapi dari sudut tidak baiknya, kita juga bimbang telefon tersebut
akan disalahguna pelajar. Kemudahan ini digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
sesama kawan di dalam kelas atau luar kelas, melayari Internet pada waktu sekolah, mengemas kini
status di Facebook, twitter, merakamkan perbuatan kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.

Pada masa sama, para guru bukan sahaja berhadapan dengan cabaran mengawal pelajar sekolah ini
daripada menyalahguna telefon bimbit di sekolah tetapi terpaksa melayani masalah kehilangan telefon
bimbit itu. Kehilangan gajet ini juga mungkin membuatkan pelajar-pelajar terbabit menuduh antara satu
dengan lain sehingga berlakunya pergaduhan dan bermacam-macam lagi kesan daripada kehilangannya.
Pada masa sama, pelajar-pelajar yang tidak ada telefon bimbit dan iPad, mula merengek meminta ibu
bapa membelikan telefon bimbit kerana melihat kawan-kawan memilikinya dan membawa ke sekolah.
Yang lagi haru, mereka mahu yang lebih canggih daripada kawan-kawan dengan niat berlawan-lawan,
telefon siapa yang lebih up to date. Saya tidak pasti apakah peraturan-peraturan ketat yang akan
digunakan kementerian dalam mengawal penggunaan telefon bimbit ini. Tetapi sudah pastinya draf yang
sedang dirangka itu perlu mengambil kira kesan-kesan yang tidak baik ini.

Kita mahu tahu hadnya, bila waktu telefon bimbit ini boleh digunakan dan bagaimana pihak sekolah
dapat mengawal penggunaannya. Pelaksanaan peraturan-peraturan berkaitannya pun perlu tegas dan
perlu dipatuhi. Sedangkan peraturan sedia ada yang melarang pelajar sekolah membawa telefon bimbit,
ramai juga yang melanggarnya dengan membawanya secara sorok-sorok. Kita bimbang peraturan yang
ada jika tidak dilaksanakan secara tegas, tidak memberi apa-apa makna, sedangkan orang dewasa pun
sukar untuk mematuhi peraturan.

Sumber
Utusan Malaysia
18 Julai 2012

S E L A S A , 5 M E I 2 0 0 9
Telefon bimbit di sekolah
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


GAYA atau keperluan? Telefon bimbit kini
satu keperluan sebagai alat komunikasi.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, ia
sekadar gaya bahkan dalam keadaan tertentu
boleh mengganggu khususnya ketika belajar di
bilik darjah.

GAYA atau keperluan? Telefon bimbit kini satu keperluan sebagai alat komunikasi. Bagaimanapun,
bagi sesetengah pihak, ia sekadar gaya bahkan dalam keadaan tertentu boleh mengganggu khususnya
ketika belajar di bilik darjah.

Ini dibuktikan dengan beberapa kejadian membabitkan pelajar dan penyebaran video lucah serta buli
yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Kini, isu membawa telefon bimbit ke sekolah mendapat perhatian ramai sehingga kementerian
mengeluarkan arahan kepada sekolah supaya merampas daripada pelajar dan hanya dikembalikan
jika ibu bapa atau penjaga menuntutnya.

Persoalannya, adakah tindakan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah semata-mata untuk
menyebarkan unsur negatif?

Benarkah tumpuan mereka dalam pelajaran 100 peratus terganggu hanya kerana telefon bimbit?

Sesetengah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan turut membawa telefon
bimbit ke sekolah.

Selain itu, adakah pelajar sendiri berkeras mahu membawa telefon bimbit ke sekolah atau diminta ibu
bapa?

Pelajar sekolah menengah perempuan di Kuantan, Pahang, Nur Atiqah Najwa Zainuddin, 18, berkata
dia membawa telefon bimbit ke sekolah bukan untuk menyebarkan perkara negatif, tetapi
memudahkan berhubung dengan keluarga dan rakan.

Menurutnya, pelajar terikat dengan jadual waktu pembelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jika ada maklumat atau perubahan, mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi
keluarga dengan pantas.

Sebagai pelajar, kami ada kelas tambahan serta aktiviti kokurikulum selepas tamat waktu
persekolahan.

Jika ada kelas tambahan atau aktiviti kokorikulum pada saat akhir, kami dapat memaklumkan
kepada keluarga, jadi ibu bapa pun tidak risau, katanya.

Katanya, membawa telefon bimbit satu langkah keselamatan terutama selepas tamat waktu
persekolahan dan di luar sekolah.

Tidak semua pelajar dijemput ibu bapa atau menaiki bas sekolah, ada terpaksa menggunakan
pengangkutan awam ke rumah.

Dengan menggunakan telefon bimbit, kami boleh menghubungi keluarga atau penjaga jika
menghadapi masalah, katanya.

Menurutnya, telefon bimbit bukan digunakan sepanjang masa, jika waktu pembelajaran, ia akan
dimatikan bagi menumpukan kepada pengajaran guru.

Soal fokus kepada pembelajaran tidak timbul jika mempunyai telefon bimbit kerana kami tahu bila
untuk menggunakan kemudahan itu.

Masyarakat jangan fikirkan soal negatif kerana banyak manfaat telefon bimbit kepada kami,
katanya.

Atiqah mengakui, sebagai pelajar perempuan, mempunyai sesuatu benda yang lebih terkini dan
canggih daripada rakan sekelas adalah satu kebanggaan.

Setiap hari, kami sesama pelajar akan sentiasa menunjukkan benda baru melalui telefon bimbit
terutama lagu terkini.

Kami sekadar bertukar pendapat, bukan menyalahgunakan kemudahan itu, katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Mohd Yusrie Mohamed Satar, 43, berkata pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah kerana ia keperluan dan langkah keselamatan jika mahu menghubungi keluarga.

Saya sendiri lebih mudah menghubungi anak jika hari itu mungkin datang lewat untuk mengambil
dia di sekolah.

Isu telefon bimbit di sekolah ada pro dan kontra, tetapi masyarakat perlu melihat daripada aspek
positif termasuk peningkatan jenayah terutama membabitkan pelajar sekolah.

Jika berlaku kes kecemasan selepas waktu persekolahan, apa cara untuk menghubungi jika tidak
membawa telefon bimbit?

Telefon bimbit masa kini adalah keperluan, bukan barangan mewah atau sekadar untuk bergaya,
katanya.

Mengenai penyalahgunaan dan mengganggu tumpuan pelajar di bilik darjah, bapa kepada tiga orang
anak ini meminta guru kelas memantau dan mengambil tindakan keras jika pelajar bersalah.

Guru boleh mengarahkan pelajar mematikan telefon bimbit dan meletakkannya di meja guru
sepanjang sesi pembelajaran.

Atau pihak sekolah boleh melarang penggunaan telefon bimbit sepanjang sesi persekolahan dan
hanya boleh digunakan selepas waktu persekolahan, katanya.
myMetro: 5 Mei 2009
DI CATAT OLEH GURU_CI KGU DI 7: 24 PTG
LABEL: MOTI VASI /KEMAJ UAN/PE RUBAHAN, PENDAPAT

Rabu, 18 Julai 2012
ISU PENDIDIKAN : Mencari kewajaran
bawa telefon bimbit ke sekolah


Oleh : Fauziah Arof

MACAM-MACAM reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil
langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar
membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini sebagai suatu kemudahan yang
menyeronokkan dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada yang merasa lega
kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama tidak
kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat
komunikasi itu ke sekolah.

Pertama, bimbang disalah guna kemudahan tersebut. Yang keduanya, apabila berlakunya
kecurian atau kehilangan gajet berharga itu.

Draf peraturan membenarkan penggunaan telefon bimbit ini dirangka selari dengan
perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar, tambahan sebelum ini,
pihak ibu bapa sudah beberapa kali meminta kementerian agar membenarkan telefon bimbit
dibawa ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.

Sememangnya ada baik dan tidak baiknya membawa telefon bimbit ke sekolah. Dari segi
baiknya, tentu ia memudahkan ibu bapa untuk mengesan anak mereka terutamanya selepas
waktu sekolah. Ada ketikanya anak-anak terlepas bas sekolah mungkin kerana lambat keluar
kelas dan tidak memaklumkan kepada pemandu bas terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang
nakal dan suka berpeleseran selepas waktu sekolah.

Saya pernah diminta oleh anak saya yang bersekolah rendah menghantar kawannya pulang ke
rumah kerana kawannya itu terlepas bas. Ini disebabkan semua murid di dalam kelasnya
dihukum balik lewat sedikit setelah gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mujur saya tidak
bekerja ketika itu.

Kediaman saya yang amat dekat dengan sekolah tidak memerlukan anak saya untuk menaiki
bas. Sampai di rumah saya, kawannya itu yang menangis kerana panik meminjam telefon bimbit
saya memberitahu ibunya di tempat kerja yang dia terlepas bas dan saya akan menghantarnya.

Saya merasa gusar, rasa marah pun ada. Kenapalah cikgu boleh membuat hukuman sebegitu
tanpa memikirkan pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah. Siapa yang akan menghantar
mereka sekiranya terlepas bas? Jika dibiar pelajar ini bersidai menunggu penjaganya
mengambilnya pulang di depan sekolah dalam suasana yang agak sunyi, semua pelajar telah
pulang, kita bimbang ada pihak lain yang tidak bertanggungjawab pula menawarkan khidmat
untuk menghantar pelajar ini pulang ke rumah.

Dalam situasi seperti ini telefon bimbit amat diperlukan. Memang ada telefon awam disediakan di
sekolah tetapi tidak semua diselenggara dengan baik, lama dibiarkan rosak dan tidak banyak
pula kemudahan itu. Dalam pada itu, jangan terkejut ramai juga pelajar sekolah terutamanya di
peringkat rendah yang tidak tahu menggunakan telefon awam.

Tetapi dari sudut tidak baiknya, kita juga bimbang telefon tersebut akan disalahguna pelajar.
Kemudahan ini digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama kawan di
dalam kelas atau luar kelas, melayari Internet pada waktu sekolah, mengemas kini status di
Facebook, twitter, merakamkan perbuatan kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.

Pada masa sama, para guru bukan sahaja berhadapan dengan cabaran mengawal pelajar
sekolah ini daripada menyalahguna telefon bimbit di sekolah tetapi terpaksa melayani masalah
kehilangan telefon bimbit itu.

Kehilangan gajet ini juga mungkin membuatkan pelajar-pelajar terbabit menuduh antara satu
dengan lain sehingga berlakunya pergaduhan dan bermacam-macam lagi kesan daripada
kehilangannya.

Selain itu, pelajar-pelajar yang tidak ada telefon bimbit dan iPad, mula merengek meminta ibu
bapa membelikan telefon bimbit kerana melihat kawan-kawan memilikinya dan membawa ke
sekolah. Yang lagi haru, mereka mahu yang lebih canggih daripada kawan-kawan dengan niat
berlawan-lawan, telefon siapa yang lebih up to date.

Saya tidak pasti apakah peraturan-peraturan ketat yang akan digunakan kementerian dalam
mengawal penggunaan telefon bimbit ini. Tetapi sudah pastinya draf yang sedang dirangka itu
perlu mengambil kira kesan-kesan yang tidak baik ini.

Kita mahu tahu hadnya, bila waktu telefon bimbit ini boleh digunakan dan bagaimana pihak
sekolah dapat mengawal penggunaannya. Pelaksanaan peraturan-peraturan berkaitannya pun
perlu tegas dan perlu dipatuhi. Sedangkan peraturan sedia ada yang melarang pelajar sekolah
membawa telefon bimbit, ramai juga yang melanggarnya dengan membawanya secara sorok-
sorok.

Kita bimbang peraturan yang ada jika tidak dilaksanakan secara tegas, tidak memberi apa-apa
makna, sedangkan orang dewasa pun sukar untuk mematuhi peraturan.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/
http://abihulwa.blogspot.com/2012/07/isu-pendidikan-mencari-kewajaran-bawa.html 18
September 2012

ARKIB : 21/02/2011
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing Services0
Pelajar bebas guna
telefon bimbit

PERATURAN melarang pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah termasuk di asrama
sangat jelas melalui surat pekeliling
Kementerian Pelajaran pada Mac 2009.
Ia ekoran meningkatnya masalah disiplin
pelajar seperti kes kecurian, pergaduhan dan
penyebaran bahan maklumat negatif serta
lucah.
Di samping itu, penggunaan telefon bimbit
mengganggu proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
Persoalannya, sejauhmanakah para pelajar
mematuhi syarat ini dan bagaimana pula
pihak sekolah mengawal peraturan tersebut?
Begitu juga di kalangan ibu bapa atau penjaga, adakah mereka sedar kesan yang timbul atau
sekadar melihat peranan telefon bimbit itu penting untuk tujuan pemantauan anak masing-
masing?
Ikuti laporan siasatan wartawan unit khas Utusan Malaysia, MUHAMMAD AMIRUL AFIQ
MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar, SHAIFUDDIN
MOHD. NOOR dan NOORADZRENE MOHD.NOOR di sekolah-sekolah sekitar ibu negara bagi
melihat sendiri fenomena penggunaan telefon bimbit di sekolah-sekolah.
KUALA LUMPUR 20 Feb. Apa sudah jadi dengan surat pekeliling Kementerian Pelajaran
mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah?

DUA pelajar perempuan kelihatan asyik menggunakan telefon
bimbit di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sekitar ibu negara
baru-baru ini jelas menunjukkan pekeliling yang kembali dikuatkuasakan pada Mac 2009 itu,
tidak dipedulikan oleh para pelajar.
Lebih menghairankan, pihak sekolah dan ibu bapa pula seolah-olah merelakan ia dicabuli.
Rata-rata pelajar yang ditemui memberitahu, mereka sebenarnya membawa telefon bimbit ke
sekolah secara curi-curi.
Pada masa yang sama, mereka mengakui bebas melakukan apa saja menggunakan alat
telekomunikasi tersebut di dalam kawasan sekolah.
Alasannya, telefon bimbit penting untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu atau jika berlaku
sebarang kecemasan.
Namun apabila ditanya lebih lanjut, mereka menyatakan, tujuan sebenar membawa telefon
bimbit ke sekolah adalah untuk berhubung bersama rakan-rakan melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) dan jarang sekali menggunakannya untuk menghubungi ibu bapa.
Selain itu, mereka menggunakan alat telekomunikasi tersebut untuk mendengar lagu yang telah
dimuat turun ketika di dalam kelas atau pada masa terluang.
Paling menyedihkan, mereka turut mendedahkan bahawa ada di kalangan rakan-rakan tidak kira
lelaki mahupun perempuan yang menyimpan dan memuat turun gambar atau klip video lucah.
Agak mengejutkan apabila mendapati daripada segi perbelanjaan, mereka menghabiskan kira-
kira RM10 ke RM40 sebulan yang diberi oleh ibu bapa bagi tujuan isian semula kredit.
Dalam masa sama, kes kecurian telefon bimbit juga kerap berlaku kerana ada antara mereka
memiliki telefon yang canggih dan mahal seperti BlackBerry dan iPhone.
Hakikatnya, tindakan kementerian mengeluarkan larangan tersebut ialah bagi menyekat
peningkatan kes-kes disiplin di kalangan pelajar.
Tambah mengejutkan, rata-rata mereka mengakui tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit.
Ketaksuban mereka terhadap alat ini sehinggakan mereka lebih rela tertinggal buku sekolah
daripada telefon bimbit.
Malangnya, setelah hampir dua tahun peraturan itu dikuatkuasakan, masalah penyalahgunaan
telefon bimbit masih terus diperkatakan dan berleluasa di kalangan pelajar.
Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Pihak sekolah atau ibu bapa? Atau mungkinkah
perkara ini berlaku didorong oleh sikap pelajar sendiri yang sememangnya degil?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_
Hadapan&pg=mh_03.htm 18 September 2012

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : Semua Guru Adalah
Guru Disiplin
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
________________________

KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah
disiplindi sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru
tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah
yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah
mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin
ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan
secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan
Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.

3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin
yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai
guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan
tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan
(preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta
langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin
murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan
sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh
murid. Sementara itu,kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap
kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau
guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk
melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan
guru
besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k

1. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Larangan Membawa Telefon Bimbit

BERKUATKUASA 25 Mac 2009 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2009, pelajar sekolah tidak dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak sekolah khususnya guru disiplin diarahkan supaya merampas telefon
bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dalam kenyataannya menyebut bahawa
peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak
dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan
dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Antara sebab kenapa arahan merampas telefon bimbit ini hendaklah dilaksanakan ialah pergaduhan sering
berlaku dikalangan pelajar akibat kehilangan telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka.

Selain itu, melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam
kelas seperti menghantar dan menerima sms atau gambar yang berunsur lucah. Ada juga bersms ketika proses
p&p sedang berjalan. Ini akan menganggu pembelajaran dan menyebabkan pelajar tersebut hilang tumpuan
ketika guru mengajar.

Apabila telefon pelajar dirampas, hanya ibu bapa pelajar tersebut sahaja yang boleh menuntutnya. Ibu bapa
tidak perlu menyuruh anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah, kerana ibu bapa boleh menghubungi
anak mereka melalui pihak sekolah. Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar juga boleh menggunakan telefon
sekolah untuk menghubungi ibu bapa mereka.

Lihat salinan SPI 2/2009 - Larangan Membawa Telefon Bimbit
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri
Pelajaran 1 telah meneliti draf Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012
yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957.
Beberapa peraturan baru telah dibincang seperti cadangan untuk membenarkan murid
membawa dan mengguna perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
termasuk telefon bimbit. Cadangan kebenaran ini perlu mematuhi syarat dan peraturan
yang akan ditetapkan.

Mohon orang ramai mengemukakan pandangan dan maklumbalas mengenai cadangan
penggunaan perkakasan ICT termasuk telefon bimbit di kalangan murid-murid sekolah
menerusi saluran-saluran berikut:-

(1) Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) Telefon: 03-7723 7070 atau e-mel
kpkpm@moe.gov.my
(2) Facebook KPM Official: Kementerian Pelajaran Malaysia
(3) Twitter KPM - @1KemPelajaran
57Like Comment
Samsul Iman, Elroy Hiraki and 35 others like this.
48 of 101
View previous comments

Shah Rafi Saya salah seorang ketua guru disiplin di sekolah yang berkeperluan tinggi (istilah yang diberikan kepada
sekolah yang gred akademik tidak berada di paras minima). Jadi secara tida...See More
July 16 at 7:18am 12

Shah Rafi Minta isu ini mendapat perhatian Dato Sri Najib Razak
July 16 at 7:23am 1

Ambrose Em apa rasionalnya? memudahkan pelajar menghubungi ibu bapa? apa guna public phone di sekolah?
memudahkan akses maklumat?apa guna makmal komputer di sekolah? bukan saja berlaku kes hp...See More
July 16 at 8:12am 2

Mariana Tambula pelajar membawa handphone ke sekolah lebih byk mendatangkan masalah & keburukan dpd
kebaikan.
July 16 at 8:19am

Zuraimie Bulee Saya setuju dan tidak setuju: SETUJU jika guru diberi kuasa merotan apabila berlaku masalah punca
dari kes membawa perkakas ICT dan telefon bimbit. TIDAK SETUJU jika murid dibenark...See More
July 16 at 8:36am 1

Naghosho Akiyama hp jenis apa? mai hpjenis nokia 3310 , nokia 3330 , xpyah la cg -,-
July 16 at 8:41am

Sabda Amin YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, beradalah disekolah yang keadaan bukan seperti sbp tapi kalau di Batu
Pahat datang dan lihatlah sambil mengajar dalam kelas selama sebulan di SMK Mun...See More
July 16 at 9:22am 1

Joe Kamaruddin hilang sapa mahu tanggung. mahu cari.??..tak tumpu dlm mata pelajaran sapa kena tanggung bila
jatuh gred? ini bunyi itu bunyi bagaimana nak kawal?..bila ada isu boleh sapai terus kat watawan sapa mahu
jawab..sekarang dah ada segelintir yang bawak tell pun dah susah nak kawal ini pula semua..
July 16 at 10:19am 1

Christina Su Ugah seharusnya pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana apabila perkara ini
dibenarkan, banyak masalah akan timbul. Kementerian Pelajaran seharusnya tidak mela...See More
July 16 at 4:02pm 2

Fariuz Zalani Rosak dah negara ni...buat apa nak rosakkan lagi anak2 bangsa kita....fikirkanlah...
July 16 at 4:43pm

Che Murad menteri , khususnya kerajaan perlu meneliti dengan lebih mendalam.. kebenaran membawa telefon ke
sekolah, memberi impak buruk kepada pelajar, guru2 dn sekolah. pasti berlaku pening...See More
July 16 at 6:01pm 1

Leonardo Endimion Fahmie hp tu pnting utk tujuan keselamatan yg semakin meruncing skang ni. Tp pd masa yg
sama keistimewaan yg diberi psti akan disalah guna oleh murid tu sndiri. Masalah ni tkkn brlaku sek...See More
July 16 at 6:04pm

Master Mamee terima kasih
July 16 at 6:50pm

Pijan Onizuka Gto g ngail d laut jak.....k lepas tension
July 16 at 7:02pm via mobile

Muhammad Da'ie Masalah sedia ada pun dah tak terkawal.. saya cadangkan kembalilah kepada dasar sebagaimana
pendidikan zaman dulu2.. Kuasa ditangan guru, barulah pelajar2 dapat dibentuk.. PLEASE KPM do SOMETHING TO
SAFE our GENERATION........
July 16 at 7:49pm 1

Henrietta Eduin bukan semua pelajar akan menyalahgunakan penggunaan telefon bimbit...dan bukan semua plajar
jua akn menggunakan hp ke arah kebaikan....jadi sebagai pelajar,sendiri maw ingatlah knpa kementerian memberi
cadangan tersebut...semoga pelajar menggunakan nya ke arah yank positif
July 16 at 7:52pm

Akhi Asyraf keburukan mengatasi kebaikkannya..
July 16 at 8:11pm

Ismail Hasni Haim Boleh je nk benarkan barang2 macam ni nk bawak kat sekolah. Mak bapak sekarang ramai dah
mampu. Tapi kenalah mampukan diri jugak fikir nk simpan benda2 ni masa pnp. Contoh kenalah ...See More
July 16 at 8:21pm

Dan Meteora xrasional langsung la...kalu kes kecemasan ble guna pon awam yg ada d skul..xpun guna tel pejabat..kalu
terdesak sangat buli pinjam pon guru...kalu berlaku d luar sekolah adalah bukan tanggungjawab sekolah lebih2 budak
yg kuat merayau selepas sekolah huhuhu...
July 16 at 8:39pm

Ninah Ghani SETUJU jika 1) guru diberi kuasa merotan 2) Ibu bapa yang tidak bekerja bertanggungjawab dan diberi
tugas untuk menyelia hp murid sewaktu di sekolah 3) guru dan murid boleh berkomu...See More
July 16 at 9:49pm 1

Eida Haida tidak setuju........harap2 xdilaksanakn......semakin banyak yang kurang ajar nanti...
July 17 at 1:06am 1

Jason Siah Sebagai seorang pelajar saya setuju. Di negara lain seperti Taiwan, Singapura, Korean. Membawa
handphone pergi ke sekolah sudah menjadi biasa. Comment yang diberikan oleh para guru...See More
July 17 at 1:47am via mobile 1

Junaidi Mohamed Remaja Singapura yang jauh lebih advance pun boleh hanyut... kat Malaysia memang belum lagi
perlu diluluskan kot. Admin boleh rujuk artikel kajian di "Nanyang Technological Univers...See More
July 17 at 3:53am 3

Fairusshamizar Bin Bongsu Apa relevannya dengan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke
sekolah?Pelajar kini yang tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pun banyak masalah yang
timbul..apa...See More
July 17 at 4:29am via mobile

Ikwan Myra Bucken MALAYSIA BOLEH! hahaha...pilih menteri yang bijak skit...
July 17 at 5:15am 2

Tan Jingwoei tidak setuju memandangkan terdapat banyak keburukan daripada kebaikan....
July 17 at 5:29am

Siti Hasrina Sairi Dah tak de benda lain ke nak dicadangkan?? Sebagai seorang ibu, tak pasal2 'KENA' tambah bajet
hujung tahun belikan hanfon utk anak.....pastu makin sukar lah nak control sebab anak akan kata " rileks la mak..
Menteri sendiri pun benarkan saya guna hanfon d sekolah...apatah lg ditempat lain.."
July 17 at 6:24am via mobile 1

Khairul Afrizal Ahmad beban sedia ada yg digalas guru kini sering kali diutarakan...seolah2 diberi perhatian...dalam
masa yg sama beban dan tanggungjawab lain dilemparkan lagi pada guru2...bila ada rugu...See More
July 17 at 8:03am Edited 2

Mun Chai Wah eh mana la tau nanti telephone awam rosak ke? kau jealous sebab korang x lagi pelajar.
July 17 at 8:12am via mobile

Mun Chai Wah saya tetap sokong KPM atas ni.
July 17 at 8:12am via mobile

Mun Chai Wah Sebagai seorang pelajar Saya sagat setuju. Kalau pihak sekolah risau akan pelajar asyik main
handphone masa PNP, Pihak sekolah patut menyediakan Locker ataupun drawer kecil dan lab...See More
July 17 at 8:18am via mobile

Mun Chai Wah sangat*
July 17 at 8:19am via mobile

Noble Fra Phoenix Apa perlunya bawak hp ke sekolah?.. Untuk menganggu sesi P&P?? cikgu mengajar didepan, anak
murid dok sibuk bersms, berfb kat belakang... Tolong jangan buat dasar yang hanya akan ...See More
July 17 at 8:48am 1

Fatin Fatima Abdullah salam 1Malaysia semua, sy tidak bersetuju dgn perlaksanaan pengunaan telefon mudah alih di
sekolah. ini kerana kita akan dapat melihat lebih byk penyalahgunaan daripada kebaikan p...See More
July 17 at 10:28am

Amaliana Othman Tolong fikir dgn sebaiknya mengenai isu ini..p&p akan terganggu bile pelajar sibuk bermain dgn
hp..sekarang ni pun pelajat bawa hp secara diam2...suruh buat latihan..bile ckg jalan g belakang terus sorok hp
tu..tolong la jgn benarkan..fahami la juga keadaan ckg2 kt sekolah...
July 17 at 5:34pm via mobile

Official : Kementerian Pelajaran Malaysia Terima kasih di atas segala pandangan dan maklum balas anda.Maklum
balas ini akan dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk perhatian dan tindakan.
July 17 at 6:43pm 3

Aiman Bin Idris inilah sifat org melayu yang suka sangat berfikiran negatif!!!
July 18 at 5:01am

Wong Ling Syu HP=MASALAH DISIPLIN
July 18 at 5:51am

Vogue's Idea saya punya sijil PMR hilang, macam mana pergi wedsite ambil form isi?
July 18 at 7:22am

Fairiz Der Zeero sepanjang 6 tahun mengajar dan 3 tahun sebagai warden asrama....apabila rampasan dibuat....pihak
sekolah dapati tujuan handphone dibawa ke sekolah bukan la untuk sms/call ibu bapa...See More
July 18 at 8:38am 3

Idris Abdullah Walaupun pada masa ini hp tidak dibenarkan dibas
July 18 at 12:57pm

Dtk Sym X bw hset ke sekolah pun pelajar tetap tidak ketinggalan zaman...kat umah blh guna...cuma dilarang bw ke
sekolah je...NI PUN NAK JADI ISU KE???? YB MENTERI WEE KA SIONG...X PYH NK ...See More
July 19 at 9:59am 3

Aiman Bin Idris http://www.facebook.com/pages/Kami-bersetuju-kerajaan-membenarkan-membawa-gadget-ICT-ke-
sekolah/326292534127770

Kami bersetuju kerajaan membenarkan membawa gadget ICT ke sekolah
Anda juga dijemput untuk berkongsii hujjah/ pandangan di sini juga!
Page: 22 like this
July 21 at 12:55am

Elroy Hiraki Yg x setuju tue.. mgkin cemburu pasal dorang dulu tyme masih brsekolah xleh bawa hp.. skg da buleh,
durang da jelez la tue..dengki..! woi... biar la bawa HP... ada bnyak kebaikkan ...See More
July 21 at 1:36am 1

Dtk Sym KPM buatla apa pun...stuju ke x stuju..tetsp dilaksanakan jga...Kpm kn baik hatii
July 22 at 5:10pm via mobile

Azuanee Mukhtar Bukan salu buat je dulu..xtanya cikgu..pastu yg ade msih xsetel..kluar idea baru..pasni bg murid
skolah bawa kete parking kt dlm skolah plk...sbb alasan keselamatan..
August 6 at 11:47pm

Shamsuriyani Shamsudin Mona betul ckap azuanee tu. . .bukan ke segala keputusan dibuat sendiri. . . lepas tu
baru nak cari jalan penyelesaiannye. . . dah byk contoh. . .jgn kusutkan keadaan. . . kami lansung...See More
August 7 at 12:03am via mobile

Siti Noraliyaharyani sebagai guru... jujurnya sy setuju... jika alasannya utk KESELAMATAN... tp perlu bersyarat...
perlu ada akujanji antara murid dan phk sekolah..
contohnya...:
1) Hanya telefon bimbi...See More
August 7 at 9:41am via mobile
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=468019326541781&id=255373811139668 18
September 2012

KHAMI S , 1 9 J ULAI 2 0 1 2
ISU TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH :
Wajar atau Tidak

Sekali lagi dunia pendidikan negara heboh sedikit. Ini kerana Kementerian Pelajaran telah
mengambil langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang
membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun
depan.Bermakna pada tahun hadapan para pelajar boleh membawa telefon bimbit ke
sekolah. Hal ini terjadi apabila timbul beberapa laporan mengenai kes penculikan pelajar
di sekolah dan juga aduan ibubapa pelajar mengenai keharusan anak-anak mereka
membawa telefon disekolah.


Namun apabila diumumkan kenyataan tersebut, ramai dari golongna pendidik tidak
bersetuju terhadap rancangan tersebut. Kenapa golongan pendidik yang paling ramai
tidak bersetuju? Menurut laporan akhbar Berita Harian (klik disini) Lebih 90 peratus guru
dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran
membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik
membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang
Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil
kepada BH, semalam.

Gambar sumber http://teenscosmo.com/hand-phones-should-be-allowed-in-school-a-students-jeremiad/
Kalau difikirkan secara logik, mestilah guru-guru yang banyak tidak menyokong
kebenaran membawa telefon bimbit kesekolah kerana guru-guru inilah yang faham dan
tahu apa yang pelajarnya lakukan disekolah apabila mengunakan kemudahan tersebut.
Kerisauan guru-guru tersebut kepada penyalahgunaan alat komunikasi tersebut melebihi
kebaikan yang akan dapat diterima apabila mengunakan kemudahan tersebut.

Ada baiknya kebenaran tersebut perlu diperalusi dahulu supaya ada keseimbanagan
situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. Selalunya kebimbangan terhadap disiplin
pelajar itulah yang jadi tanggungjawab para guru-guru.

Jika ada komen terhadap isu ini,sila kongsikan di bawah..TQ
http://mindapendidik.blogspot.com/2012/07/isu-telefon-bimbit-ke-sekolah-wajar.html 18
September 2012

You might also like