You are on page 1of 8

1

ELAUN GANGGUAN


































2

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/5
KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun
Gangguan
bagi pegawai
yang bertukar
keluar Wilayah

Pastikan kenyataan tuntutan Bayaran Elaun Gangguan bagi
pegawai yang bertukar Wilayah dan dokumen sokongan
disertakan.







Arahan
Perbendaharaan
58(a)








Pekeliling
Perkhidmatan
Bil4 Tahun 1988
Bertarikh
01.01.1988







Istilah
perkhidmatan
Awam JPA
www.jpa.gov.my


1.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun
semasa pastikan sijil AP58(a) disertakan dan memenuhi
syarat berikut :-
a. Tuntutan hendaklah disempurnakan dalam tahun
kewangan.
b. Baki peruntukan dalam tahun kewangan dan semasa
adalah mencukupi.


2.0 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat
kelulusan Perbendaharaan disertakan.

3.0 Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai-pegawai yang
bertukar Wilayah ialah elaun-elaun dan kemudahan yang
diberikan kepada pegawai yang bertukar Wilayah dan
ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak.

3.1 Pastikan butir-butir maklumat pegawai di kew 8 adalah
lengkap berikut :-
a. Nama, no. gaji dan no. kad pengenalan hendaklah
dicatitkan.
b. Gred / Kategori / Kumpulan & Jawatan .
Semak gred pegawai jawatan untuk memastikan
kadar kelayakan pegawai.

Takrif Gred
Gred Gaji dibawah Sistem Saraan Malaysia mengikut
Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002. Pegawai yang
memilih tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus
mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran
dibawah pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-
masing dibawah Sistem Saraan Baru (SSB) / Kumpulan gaji
masing-masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet
1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.

3

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/5
KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN


Bayaran Elaun
Gangguan
bagi pegawai
yang bertukar
keluar wilayah

Pegawai


Seorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan
Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri
termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut.

Istilah
perkhidmatan
Awam JPA
www.jpa.gov.my


Sementara


Jawatan yang diwujudkan untuk menjalankan sesuatu
fungsi bagi suatu tempoh tertentu di mana peruntukan
emolumennya ditetapkan di bawah anggaran belanja
mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan.

Istilah
perkhidmatan
Awam JPA
www.jpa.gov.my


Sangkut


Seseorang yang diambil berkhidmat oleh Ketua Jabatan
yang dibayar elaun bulanan berdasarkan gaji minimum
kepada jawatan mereka disandarkan (sekiranya
mempunyai kelayakan penuh) atau dikurang satu
pergerakan gaji minimum (sekiranya tidak memiliki
kelayakan penuh).
Tempoh perkhidmatan tidak boleh diambilkira untuk
faedah persaraan jika pegawai dilantik tetap.
Pengambilan dihadkan hanya bagi perkhidmatan dalam
Kumpulan Pengurusan.




Istilah
perkhidmatan
Awam JPA
www.jpa.gov.my







4

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/5
KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran
Elaun
Gangguan
bagi pegawai
yang bertukar
keluar wilayah

Wilayah


Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.


Wilayah Asal


Kuala Lumpur, Kuching atau Kota Kinabalu.


Gaji Hakiki Pegawai


Ia merupakan Gaji Pokok iaitu satu jumlah wang yang
ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan
konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan
asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.

Pekeliling
Perkhidmatan
Bilangan 6 Tahun
1987

Keluarga


Taraf pegawai yang telah berkahwin.


Ahli Keluarga


Suami atau isteri dan anak-anak pegawai.


4.0 Kelayakan Bayaran Elaun Gangguan
Bayaran Elaun Gangguan dibayar kepada Pegawai yang
bertukar Wilayah seperti:


a. Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak
yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di
Semenanjung.


b. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang
dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah
dan Sarawak.


c. Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di
antara negeri-negeri itu.







5

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 4/5
KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun
Gangguan
bagi pegawai
yang bertukar
keluar wilayah
5.
0
Kadar Bayaran Elaun Gangguan


5.1 Elaun Gangguan adalah dibayar atas kadar sebulan gaji
hakiki pegawai.


5.2 Kadar yang layak akan ditentukan apabila pegawai
berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya.
Laporan
Jawatankuasa
Khas Kabinet
Mengenai Gaji
Sektor Awam
1991


5.3 Pegawai boleh dibayar Elaun Gangguan secara
pendahuluan sebanyak separuh daripada gajinya apabila
beliau dikehendaki bertukar wilayah.

5.4 Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar
berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh
pegawai itu sebelum beliau bertukar semula ke wilayah
asalnya.

5.5 Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke
Wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak
menunutut Elaun Gangguan, berasaskan kepada
pegawai yang menerima gaji lebih tinggi.

Contoh
1:-
Perkiraan atas kadar sebulan gaji hakiki
Pegawai boleh tuntut sebelum/selepas bertukar ke
Sabah/Sarawak /Labuan.


Contoh 2
:-
Perkiraan separuh sebelum/selepas bertukar ke
Sabah/Sarawak/Labuan.
Pegawai W27 telah diarah bertukar ke Labuan
dengan gaji hakiki RM2000. Beliau telah menuntut
pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang
diterimanya ketika itu. 5 tahun kemudian, beliau
berpindah balik ke wilayah asal dengan gaji hakiki
RM4000. perkiraan Elaun Gangguan adalah seperti
berikut:-
Pekeliling
Perbendaharaan
bil. 5 Tahun 2004.
Rujuk lampiran 4

E.Hakiki E.Gangguan (1/2)


Bertukar ke Labuan RM2,000.00 RM1,000.00


Bertukar ke Perak RM4,000.00


Beza 4000 - 1000 = 3,000.00


Elaun Gangguan yang layak dituntut
adalah sebanyak
RM3,000.00


6


JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 5/5
KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun
Gangguan
bagi pegawai
yang bertukar
keluar wilayah
6.0 Dokumen Sokongan yang diperlukan adalah:-

Laporan
Jawatankuasa
Khas Kabinet
Mengenai Gaji
Sektor Awam
1991



6.1 Penyata perubahan mengenai pendapatan
seseorang pegawai (Kew 8-Pin.10/96)

6.2 Surat pengesahan dari majikan suami/isteri tidak
menuntut Elaun Gangguan. (Jika berkhidmat dengan
kerajaan dan turut bertukar)

6.3 Surat pengesahan dari majikan lama bahawa
pegawai yang menuntut tidak pernah dibayar
Elaun Gangguan


6.4 Mengisi Borang Perakuan seperti berikut:-
Pekeliling
Perbendaharaan
bil. 5 Tahun 2004
Rujuk lampiran 4

i Nama

ii Kad Pengenalan

iii Alamat bertugas sekarang

iv Nama Suami/isteri

v No kad pengenalan suami/isteri

vi Alamat lama

vii Alamat baru

viii No telefon

ix Tandatangan pegawai yang menuntut

x Pengesahan ketua jabatan

6.5 Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan di
dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan

7.0 Kod objek yang dipertanggungkan di atas baucar
bayaran adalah menggunakan objek di bawah 15199.




7



BORANG PERAKUAN
TUNTUTAN ELAUN GANGGUAN

Bahawa saya ......................................... No Kad Pengenalan
............................................Alamat (tempat bertugas
sekarang).......................................................................................

Adalah saya dengan ini membuat pengesahan bahawa saya telah di
tukarkan dari .....................ke ...................................

Dengan ini memperakui bahawa * saya telah dibayar/ tidak dibayar
daripada gaji hakiki saya sebagai pendahuluan / belum pernah dibayar
Elaun Gangguan seperti yang tersebut di dalam pek.bil.4/1988 perenggan
4, semasa pertukaran saya dari wilayah*Semenanjung/Sabah / Sarawak
/Labuan ke wilayah...................................



Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sokongan berkenaan pertukaran
saya

Nama * Isteri/Suami : .........................................................
No. Kad Pengenalan : .........................................................


Tempat Bertugas : ........................................................
Tempat Bertukar : ........................................................

Sekiranya didapati saya telah tersalah dibayar dua kali elaun gangguan
disebabkan perakuan ini, maka saya bersetuju untuk membayar balik amaun
kepada kerajaan dengan wang tunai sekali gus atau melalui potongan gaji saya.
Berikut adalah dinyatakan butir-butir peribadi saya:

1. Wilayah Asal :.........................................
2. Lama Berkhidmat *di Sabah/Sarawak/S.Msia :..........................................
3. Alamat baru *di S.Msia /Sabah/Sarawak :.........................................
4. No Telefon boleh dihubungi :.........................................

Semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

Nama Pegawai :
No. Kad Pengenalan : ..............................
Tarikh : (tandatangan)

Nama Ketua Jabatan :
No Kad Pengenalan : ...........................
Tarikh : (tandatangan)
8

Cap Jabatan

* potong yang tidak berkenaan

You might also like