You are on page 1of 10

Menghuraikan Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan
hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri

Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri
Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia
ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan
kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia
berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan
bercirikan integrasi bangsa dan agama.

2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham.

Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar.
Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.
Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan
satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang
disayangi adalah sama.

3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat
dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum.

Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah
disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya
sastera seperti Seuntai Kata Untuk Dirasai, Dirgahayu Bahasaku dan sebagainya daripada karya
sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi.



Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .
Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas
dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh ,
perpaduan rakyat di negara ini, dll )


PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum.
Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita
iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian
di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen.
Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan
perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini
membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti
keagamaan dengan bebas dan lancar.


Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini
membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh
memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup
dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.
Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan
meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan
bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin
mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di
Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan
kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur
dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara
kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada
perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga
hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Kepentingan Perpaduan Kaum

1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

1. Tajuk rencana : Perpaduan Kaum di Malaysia

2. Nama penulis : Nama calon

3. Isi kandungan : (bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki)
(semua isi kandungan di bawah hanya cadangan sahaja. huraikan semua isi kandungan yang berkaitan
dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut ayat
anda sendiri)

Isu perkauman (bahasa, budaya, pendidikan, agama, kerakyatan)
Dasar pendidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(huraian cabaran di bawah mengikut ayat anda sendiri)

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(huraikan setiap langkah-langkah di bawah)

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan 1 Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan
(rumusan anda hendaklah dibuat berdasarkan isi kandungan yang telah anda huraikan. perlu
menggunakan ayat anda sendiri)

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama (apa peristiwanya) kita wajar ..
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan (saya berharap agar..)
Sentiasa mematuhi undang-undang / peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)

buku
internet
akhbar
majalah
orang sumber


Tiga cabaran utama kepada perpaduan dan integrasi nasional dalam konteks Malaysia ialah:

Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19. British telah
mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina dan Tamil, pendidikan
berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan bahasa pengantara cina,
guru yang datang dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang India pula bahasa pengantar yang
digunakan adalah bahasa Tamil. Pada zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang dianggap terbaik
adalah sekolah Inggeris. Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan rakyat pada masa itu
kerana tidak semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan yang dibawa oleh
British seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini memberi kesan
kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan tempat tinggal, pendidikan
berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di kalangan rakyat. Sebenarnya, tujuan
Britihs adalah untuk mengekalkan Pecah dan Perintah yang diamalkan agar setiap golongan memberi
kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan vernacular
hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan
rakyat. Kesan daripada ini, ramai orang melayu bekerja untuk sara diri, orang cina bekerja di lombong
dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat
walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato Abdul Razak bin Hussein
yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan nilai-nilai
intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara disamping menjaga
kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan orang bukan melayu. Laporan
Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta
Pelajaran 1961.

Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza

Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang telah
menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal berasingan dan
menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar Pecah dan Perintah ini dilakukan oleh Inggeris untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi
perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai
penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Tidak
terdapat satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat ini. Oleh
kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi pihak penjajah
untuk menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di kalangan mereka.
Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan manakala masyarakat Cina
pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain. Golongan Bumiputera terus
bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah
air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak
kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada
negara ini. Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak Dato Hussein telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Beliau digelar Bapa
Pembangunan.

Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.

Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal
mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk
memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media
dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan social. Pada tahun 1930,
telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah
Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka.
Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang
Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk
kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di Tanah
Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937
yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan
kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang
Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang
diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu,
Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu
menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei 1969, di mana kerajaan
terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina menentang soal bangsa
melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu
selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan melayu
memandang negatif terhadap orang cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang
diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina.
Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini membawa
kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura memasuki Malaysia
yang ingin membawa konsep Malaysian Malaysia yang mahukan tiada kaum yang boleh mengaku asli
daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu semakin renggang. Pada masa Tun Dr
Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap
sebagai pemerintah tidak sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun
1988. Pada masa itu, Tun Abdullah Badawi membentu Semangat 46 bagi kembalikan kegelimangan
UMNO. Peristiwa sebegini mengwujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia.
Rujukan

http://melayumaya.blogspot.com/2012/09/tiga-cabaran-perpaduan-dan-integrasi.html
http://mieadham86.blogspot.com/2014/06/contoh-rencana-dan-sumber-rujukan.html
http://www.ipgkbl.net/sejarah/index.php/akademik/subjek/sejarah-sosial-dan-ekonomi/6-
usaha-yang-dilakukan-ke-arah-memantapkan-perpaduan-kaum-di-malaysia
Usaha yang dilakukan ke arah memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


1.1 PERISTIWA 13 MEI 1969.

Usaha serius Malaysia kearah perpaduan kaum dilihat mula bercambah
setelah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 yang pernah menggugat keselamatan
dan keharmonian negara. Apabila meninjau semula tragedi 13 Mei ini, kita
mengetahui bahawa peristiwa tersebut merupakan satu titik sejarah hitam dalam
negara Malaysia yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara pada satu
ketika dahulu. Punca utama rusuhan kaum ini berlaku adalah disebabkan oleh
ketidakseimbangan pendapat, pelajaran, dan isu sosial antara kumpulan etnik.
Justeru, perbezaan jurang kaum perlu dikurangkan atau dihapuskan. Tragedi ini
juga adalah ekoran daripada pilihanraya kebangsaan yang telah berlansung pada
10 Mei 1969. Semasa kempen pilihanraya, isu-isu yang sensetif yang menyentuh
emosi dan sentimal perkauman telah disuarakan dengan lantang. Perarakan yang
dilakukan oleh parti pembangkang secara langsungnya juga membangkitkan
rusuhan antara kaum terutamanya antara Melayu dan Cina pada ketika itu.
Sebenarnya, hubungan aman atau intim antara pelbagai kaum ketika itu tidak
wujud akibat daripada dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum
mengikut kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan British. Selain itu, ia
juga berpunca daripada jalinan tekanan sejarah yang menyelubungi negara
termasuk jurang generasi dan interprestasi terhadap struktur perlembagaan yang
berbeza antara kaum. Daripada sejarah 13 Mei ini, kita mempelajari bahawa
betapa pentingnya perpaduan dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran
negara. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan beberapa dasar sebagai usaha untuk
memantapkan sekali gus mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia.

1.2 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.

Perpaduan membawa maksud sesuatu perihalan atau proses
penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu*3+.Perpaduan juga boleh
diertikan sebagai penyatuan berbagai kelompok yang mempunyai latar belakang
sosial dan kebudayaan yang berbeza serta menjadi entiti fizikal. Perpaduan juga
merujuk kepada hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan secara bersama-
sama antara satu dengan lain dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza-beza
demi mencapai sesuatu matlamat.

Integrasi[4] pula merujuk kepada proses penyatuan kelompok atau
masyarakat yang berbilang kaum yang berlainan seperti Melayu, Cina, India yang
berbeza daerah atau wilayah, tempat tinggal, adat resam, cara hidup, latar
belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan oleh entiti yang
terikat oleh norma dan nilai masyarakat demi melahirkan satu identiti dan nilai-
nilai murni bersama serta perasaan cinta akan negara.

2.0 USAHA-USAHA KE ARAH MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA:

Prakarsa-prakarsa yang diambil oleh kerjaan telah memberi kesedaran kepada
anggota masyarakat khususnya masyarakat Malaysia tentang kepentingan
perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi
nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memperkenalkan beberapa dasar
mencakupi bidang politik,ekonomi, dan sosial.

2.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969[5], maka Tun Abdul
Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peristiwa rusuhan kaum merupakan
kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang
dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi
sepenuhnya oleh pemimpin terdahulu. Maka kerajaan mengambil strategi yang
tepat dengan mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum
bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara
sendiri menerusi DEB[6] yang sepatutnya menjadi hak kaum bumiputera. Walau
bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka.
Dalam pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini
iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita.
Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan
dan memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

You might also like