You are on page 1of 7

1

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH


RAUB PAHANG


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN TIGA 2014

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
[ 2 JAM ]

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 2 BAHAGIAN iaitu Bahagian A dan
Bahagian B
2. Jawab semua soalan
3. Jawab SATU soalan sahaja daripada TIGA soalan di bahagian B

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk kulit




2

BAHAGIAN A
[ 60 markah ]

SOALAN 1 [ TATABAHASA ]
[ 20 markah ]

1A). Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa pengunaan imbuhan.
Salin semula ayat dan betulkan kesalahan tersebut.
i. Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang
wujud di negara kita.

ii. Anggota masyarakat Kampung Muhibbah menunjukkan kerjasama yang erat dalam
usaha kumpulkan dana bagi membantu mangsa kebakaran.

iii. Kejohanan olahraga yang ada secara dwitahunan oleh sekolah itu dilangsungkan
dengan meriah.

iv. Punca penglihatan pesakit menjadi kabur adalah disebabkan oleh cahaya yang tidak
melalukan kanta yang telah legap untuk ke bahagian belakang mata.

v. Penanaman nanas secara besar-besaran memberikan pendapatan yang lumayan
kepada pengusaha yang berani menceburkan bidang pertanian komersial.

[ 5 markah ]


1B). Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Salin semula ayat dan betulkan
kesalahan tersebut.

i. Malaysia diberi pengikhtiraffan untuk menganjurkan Anugerah Kecemerlangan
UNESCO sempena Kraf Tangan 2012 ( Asia Tenggara dan Asia Selatan ).

ii. Dagangan emas yang diguna pada ketika dahulu sebagai instirument perdagangan
mempunyai nilai seperti mata wang.

iii. Abang berhasrat untuk pulang ke kampung ibu metuanya kerana ingin
mengusahakan penternakan ikan air tawar.

iv. Kita perlu berani untuk menghadapi kegagalan kerana dalam kegagalan terkandung
himah yang tidak kita ketahui.

v. Kaedah kerja secara berpasukan mampu meningkatkan kejayaan sesebuah
organisasion dan dapat menyisihkan golongan yang menjadi penumpang dalam
perkhidmatan.

[ 5 markah ]


3


1C). Bina satu ayat majmuk berdasarkan beberapa ayat tunggal yang diberikan .

i. a. Ibu memasak di dapur.
b. Kakak membersihkan halaman rumah.

ii. a. Kehadiran pengemis menibulkan kesan negatif kepada negara.
b. Kehadiran pengemis boleh menjejaskan sektor pelancongan kepada negara.

iii. a. Kucing itu mencuri ikan
b. Kucing itu lari
c. Kucing itu dipukul oleh ayah
d. Kucing itu dihambat oleh ayah

iv. a. Jam itu mahal
b. Jam itu cantik
c. Jam itu baruku beli
d. Jam itu telah kuhantar ke kedai jam
e. Jam itu rosak.

v. a. Pak Ali sedang tidur
b. Pak Ali di serambi
c. Pak Ali terkejut
d. Pak Ali mendengar panggilan
e. Panggilan itu daripada Pak Hassan
f. Pak Hassan baru tiba
g. Pak Hassan dari Kuala Lumpur.
[ 5 markah ]
1D). Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
ayat tersebut.

i. Nasib Jamaliah begitu malang kerana anaknya cedera parah, manakala suaminya
pula koma akibat kemalangan jalan raya itu.

ii. Masyaraka Kampung Murni sering tolong menolong dan berganding bahu dalam
mengadakan majlis kenduri kahwin.


iii. Walaupun banyak nasihat diberikan kepada mat rempit, namun mereka tidak
menghiraukan nasihat tersebut dan masih terlibat dalam aktiviti ini.

iv. Pekerja-pekerja di kilang itu bersorak gembira kerana majikan mereka akan
memberikan bonus pada hujung bulan depan.


v. Usaha untuk membendung gejala penagihan dadah itu menemukan kegagalan
kerana usaha itu tidak dijalankan dengan bersunggguh-sungguh.
4

SOALAN 2 [ KOMSAS ]
[ 20 markah ]

2A). Baca pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikut dengan teliti
Sila jawab dalam ayat yang lengkap

PANTUN EMPAT KERAT [ MUAFAKAT ]
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.

Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat bermuafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya mempercayai asas pegangan,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

( Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka )






5

i. Berdasarkan pantun di atas, nyatakan tiga faedah-faedah daripada amalan
bermuafakat? [ 3 markah ]


ii. Sesebuah pantun dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik,
berdasarkan pantun di atas, berikan tiga gaya bahasa yang menarik beserta contoh
yang sesuai. [ 3 markah ]


iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menggalakkan masyarakat kini yang
semakin individualistik supaya bekerjasama dan bermuafakat dalam melaksanakan
sesuatu pekerjaan? [ 4 markah ]




2B). Baca cerpen di bawah dan jawab soalan- soalan berikut dengan teliti.
Sila jawab dalam ayat yang lengkap



Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur,
makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menorah? Atau lebih berminat nak jadi
kutu merewang?
Hoi... Kak Cik apa tahu? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah?
Lagipun kilang kan banyak? Susah apa? Jerkah adik biadap.
Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.
Adik...sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya
orang berilmu dipandang mulia, nak? sopan berhikmah pujukan bonda.
Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda
protes.
Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar
adik ke sekolah agama setelah adik tamat belajar sekolah rendahnya. Bonda mahu adik
bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi.
Bonda mahu adik berjuang hingga liang syahid seperti arwah ayahnya.
Harapan bonda ini bukan sekadar mengcangkul angin. Dayung sudah di tangan,
sampan sudah di tengah lautan. Namun, bonda tidak mampu melawanombak kedegilan
adik.


( Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda, antologi harga Sebuah Lukisan
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)





6

i. Nyatakan tiga perwatakan adik berdasarkan petikan di atas.
[ 3 markah ]

ii. Apakah impian bonda terhadap adik dan mengapakah bonda ingin menghantar adik
ke sekolah agama?
[3 markah ]

iii. Pada pendapat ada, mengapakah kita perlu menghormati dan menyayangi kedua
ibu bapa kita?
[ 4 markah ]


SOALAN 3 [ KARANGAN BAHAN RANGSANGAN ]
[ 20 markah ]

Berdasarkan gambar rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan
jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.









7


BAHAGIAN B
[ KARANGAN TERBUKA ]
[ 40 MARKAH ]

Gamabr di bawah menunjukkan sebahagian daripada destinasi pelancongan dalam kempen Cuti-
Cuti Malaysia. Anda boleh memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1 ATAU soalan 2.
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.



DESTINASI PELANCONGAN DI MALAYSIA















SOALAN 1
Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia.


ATAU

SOALAN 2
Sahabat anda dari negara jiran telah mengutus surat kepada anda. Dalam suratnya itu, dia meminta
anda menceritakan tempat-tempat menarik di negara anda yang boleh dilawati.
Balas surat sahabat anda itu.

------ SOALAN TAMAT -------

You might also like