You are on page 1of 5

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Sunday, August 22, 2010


TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL
Biodata

David Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli
psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting
khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918
dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di
Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939
dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di
sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga telah berkhidmat
dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi
M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada
1950. Pada 1973. Ausubel membuat keputusan untuk bersara dari bidang
akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan
psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang
psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima
Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau
yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada
umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri
sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang
terkenal.







Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau
dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga
mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning),
termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang
dikenali sebagai KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote
memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel
menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta
yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk,
1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel
untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada
penyusunan awal. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan
pelajar tentangperkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk
pelajaran. Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan
penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam
pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang
telah dipelajari.









Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi (penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru
dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang
teratur seperti dalam kaedah kuliah.
Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk
menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari
dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam
sesuatu tajuk pelajaran.



MENU
PENGENALAN
SEJARAH
PRINSIP PEMBELAJARAN KOGNITIF
JEAN PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF JEAN PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P
RUJUKAN
About Me

S YUFAAL
I PG KA MPUS B AHAS A ME L AYU, L E MB AH PANTA I , KUAL A L UMP UR
Syufaal merupakan gabungan nama Syukur, Fakhrul dan Aliff yang merupakan pelajar PISMP 2A, IPG
Kampus Bahasa Melayu.Tujuan utama diwujudkan blog ini adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
bagi subjek EDU 3103:Murid dan Alam Belajar. Diharapkan dengan adanya blog ini ia dapat menjadi
medan ilmu kepada kita untuk mencambahkan idea dan pendapat serta meningkatkan ilmu
pengetahuan kita semua.
VI E W MY COMP L E T E PR OF I L E
mari dengarkan....



Gratisan Musik
Blog Archive
2010 (10)
o August (10)
RUJUKAN
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSE...
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER
SEJARAH TEORI KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL
TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET
JEAN PIAGET
PENGENALAN

You might also like