You are on page 1of 43

PL 3234:

PENGUJIAN DAN PENILAIAN


BAHASA MELAYU

Skim Pemarkahan Karangan


Peperiksaan Peringkat ‘O’
05B0807 Hj Ahmad bin Masrun
05B0811 Pg Abu Bakar Sani bin
Pg Hj Yassin
05B0802 Hj Rasni bin Bakir
05B0810 Norasikin binti Hj Mat Zain
05B0809 Roslinah binti Raya
PENDAHULUAN
 Untuk menentukan kelayakan
menceburi apa jua bidang, kita
seharusnya menjalani pengujian dan
juga penilaian.

 Contoh, askar sebagai profesion,


Apakah kita layak untuk menyandang
tugas tersebut?
 kita akan diuji terlebih dahulu sebelum
kita layak bergelar sebagai seorang askar.
 Melalui ujian, seseorang itu boleh dinilai
dengan satu ukuran yang menepati
standard.
 kerjaya seorang askar ada pelbagai
cawangan dan tata tingkat kedudukannya.
 Sesaorang itu diuji dengan cara yang
berlainan berdasarkan pengkhususan
tugasan.
 Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
pula pengujian dan penilaian merupakan
sesuatu yang berkaitan.
 Menurut Abbas Mohd. Shariff (2003: 183)
pengujian, pengukuran dan penilaian
mempunyai kelainan dari segi fungsi, tetapi
berkaitan.
 Melalui pengujian, maklumat murid dapat
dikesan, boleh diberi gambaran mengenai
kemajuannya dalam pelajaran.
 Pengukuran adalah proses menentukan tahap
atau standard setelah proses pengujian selesai
dijalankan.
 Setelah itu penilaian akan dibuat bagi
menentukan pencapaian murid.
 Kamarudin Hj. Husin (2001: 328), penilaian adalah
aktiviti yang bersistematik untuk mendapatkan
maklum balas menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran dan pembelajaran.
 Dalam P&P, penilaian dilakukan melalui dua cara,
1/ formatif 2/ sumatif.
Penilaian formatif - penilaian yang mengesan
perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid. Ia
secara berterusan dan catatan yang berupa rekod. Ia
dibuat pada setiap pengajaran bagi mendapatkan data
bagi melihat perkembangan murid.
Penilaian sumatif - bertujuan melihat taraf pencapaian
murid secara keseluruhan setelah selesai penggal
persekolahan (Juriah Long dkk. 1990: 259-260).
 Bagi negara Brunei Darussalam, penilaian
sumatif dikenali sebagai:
1. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
2. Peperiksaan umum PMA & PMB dsb.
3. Bagi menengah lima, ‘General Certificate Of
Education Ordinary Level’ (G.C.E peringkat ‘O’).

 Salah satu cabang penilaian ialah Bahasa


Melayu.
 Ia merupakan subjek wajib.
 Perbincangan ini hanya menjurus kepada kertas
soalan BM I atau ujian penulisan karangan bagi
tahun 2007 sahaja.
Contoh Tajuk-Tajuk Karangan
Dan Peraturannya
 Ramai yang berpendapat bahawa ‘kes jenayah
meningkat adalah berpunca daripada pelbagai
masalah sosial’. Bersetujukah kamu dengan
pendapat tersebut? Nyatakan pendapat kamu
sama ada bersetuju atau tidak dengan
memberikan beberapa contoh.
 Mahir menggunakan komputer menjadi satu
kemestian kepada kita. Tulis sebuah rencana
yang menjelaskan tentang hal ini.
 Kita berhasrat supaya kuih-muih tradisional
negara ini mestilah diperkenalkan kepada
generasi muda. Huraikan apakah langkah-
langkah yang perlu dilaksanakan untuk
mencapai hasrat ini.
 Dalam bentuk sebuah penulisan drama,
gambarkan kisah seorang jiran di sebelah
rumah yang akhirnya menyesali
perbuatannya yang sombong.
 Semua agama menyuruh penganutnya
supaya berbuat baik. Tulis satu ulasan
mengenai hal ini.
 Bertindik dan mewarna rambut adalah
satu fesyen terkini yang bertentangan
dengan budaya hidup masyarakat kita.
Dalam bentuk sebuah ceramah
sampaikan pernyataan ini dengan jelas.
 ‘Bagai lebah menghimpun madu’,
Peribahasa ini bermaksud rajin bekerja
dan tekun berusaha. Berlandaskan
makna peribahasa ini buat satu teks
ucapan yang akan disampaikan dalam
majlis penyampaian hadiah cemerlang.
 Soalan yang diajukan menunjukkan variasi dari
segi aspek yang berbentuk perbahasan,
deskriptif, penceritaan, perbincangan, penulisan
drama, ceramah dan juga teks ucapan.

 had kepanjangan karangan tidak kurang


daripada 350 patah perkataan.

 Markah dinilai dari aspek gaya bahasa, isi dan


teknik penulisan.
Isu Kebolehpercayaan
Pemarkahan Karangan
 Terdapat isu tentang kebolehpercayaan dalam
pemarkahan karangan.
 Menurut Vassilogou (dalam kamaruddin Yaakub,
2004), beliau menyatakan bahawa peperiksaan
yang dijalankan terhadap seseorang calon
bukanlah sebenarnya bertujuan untuk memeriksa
kebolehan atau pencapaian calon tersebut, tetapi
untuk menguji atau mengukur keupayaan
pemeriksa jawapan yang diberikan oleh calon.
 Sehubungan perkara tersebut, markah bagi
setiap karangan yang diberikan biasanya kurang
mempunyai ketepatan pemarkahan atau
kebolehpercayaan.
 Setiap pemeriksa itu biasanya
dipengaruhi oleh latar belakang
pemeriksa, latar belakang pelajar,
tempat peperiksaan, dan kertas
soalan
 Satu alat biasanya dikenali sebagai
ralat pengukur atau ralat pengujian
perlu diwujudkan bagi
menghindarkan pengaruh-pengaruh
negatif berlaku ketika membuat
pemeriksaan.
Pentingnya Skim Pemarkahan
 ‘Ujian menulis karangan’ sebagai teknik bagi
mengukur kemahiran pelajar menulis dalam
pelbagai bahasa.
 bertujuan menguji dan mengukur kebolehan
pelajar menyusun idea atau pendapat, dan
melahirkannya dengan menggunakan perkataan,
gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk
komunikasi tulisan.
 Ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan
dalam pemarkahan adalah sangat penting
terutama bagi pemeriksa atau kumpulan
pemeriksa karangan bertulis.
Skim pemarkahan karangan
dibahagikan kepada tiga
aspek penting, iaitu:

 isi kandungan,
 penyusunan, dan
 bahasa
Menurut Abdul Aziz (1985) menegaskan bahawa skim
pemarkahan yang dibuat tersebut mempunyai tujuan
khusus, seperti berikut:
 mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan
memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam
sistem pengukuran dengan menggunakan skala
tertentu.
 mengawal ketekalan pemarkahan bagi
seseorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa
dengan menggunakan panduan gred yang
standard dalam proses pemarkahan dan
mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang
dihasilkan.
 menyenarai – semak sub kemahiran penting
yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran, dan
 mengkuantitikan kemahiran ke dalam bentuk
markah.
 Berdasarkan kepentingan skim
pemarkahan tersebut, setiap pemeriksa
atau kumpulan pemeriksa perlulah
menguasai aspek sub kemahiran yang
dihasilkan oleh seseorang penulis itu
terutamanya dari segi kemahiran struktur
dan gaya, kemahiran memilih isi,
kemahiran perbendaharaan kata,
kemahiran menyusun dan kemahiran
mekanis iaitu kebolehan mengeja,
menggunakan tanda bacaan, perenggan
dan tulisan tangan yang boleh dibaca.
Laporan Analisis Bagi Peperiksaan
Bahasa Melayu Kertas 1
Peringkat ‘O’ - 2007
 Berdasarkan laporan Ketua Jabatan
Bahasa Melayu, Sekolah Menengah
Sayyiidina Hasan:
 bersetuju dengan bentuk soalan yang
telah diberikan dalam peperiksaan Bahasa
Melayu Kertas 1 Brunei - Cambridge
Peringkat ‘O’ bagi tahun 2007
 boleh diterima dan bersesuaian dengan
tahap dan standard pelajar Menengah
Lima.
 Walau bagaimanapun beliau juga ada
menegaskan beberapa perkara harus
diambil perhatian iaitu dari aspek kualiti
soalan kerana didapati ia agak menurun.
 Soalan-soalan yang diajukan tidak
banyak mengemukakan kepelbagaian
bidang soalan kerana kebanyakan soalan
hanya tertumpu kepada bidang sosial,
keagamaan dan pendidikan sahaja.
 Soalan-soalan tersebut kurang mencabar
pemikiran, kewibawaan dan mentaliti
pelajar yang menduduki kertas soalan
tersebut.
 Setiap jenis soalan yang diajukan di dalam
kertas soalan peperiksaan tersebut, beliau
mendapati daripada tujuh jenis soalan
yang diajukan, empat daripadanya adalah
karangan berformat dan selebihnya adalah
karangan tidak berformat.
 Beliau berpendapat terdapat beberapa
soalan yang mudah difahami dan tidak
menyukarkan bagi setiap pelajar menulis
tentang tajuk yang diutarakan.
 Beberapa soalan yang bentuknya terlalu
umum, kurang jelas dan tidak fokus.
 Inisiatif guru memberikan komen dan juga
cadangan terhadap kertas soalan
peperiksaan bahasa Melayu Brunei -
Cambridge peringkat ‘O’ tersebut
merupakan satu tindakan yang wajar dan
baik. Ia sangat penting bagi
mempertingkatkan kualiti jenis soalan
yang diajukan agar ia dapat menguji
kebolehan sebenar pelajar khususnya
dalam mempelbagaikan jenis bidang yang
boleh menguji pemikiran serta mentaliti
pelajar itu sendiri.
Panduan Skim Pemarkahan
 panduan skim pemarkahan merupakan
faktor penting bagi memberi panduan
kepada setiap pemeriksa atau
pemarkah dalam menyemak hasil
jawapan kertas kerja yang dilakukan
oleh setiap pelajar.
 Tanpa adanya panduan tersebut,
kebolehpercayaan pemeriksaan
tersebut akan mudah dipertikaikan
khususnya dari segi pemberian
markah.
Tujuan
panduan skim pemarkahan ini dibuat adalah
seperti berikut
 Untuk memudahkan cara
pembahagian markah yang selaras.
 Setiap pemarkah dinasihatkan agar
membaca setiap hasil penulisan
pelajar secara berhati-hati, dan
setelah itu barulah membuat
penilaian dengan merujuk kepada
butir-butir pemberian markah
secara analisis.
Garis pandu tentang pemberian
markah maksima bagi kertas
soalan Bahasa Melayu kertas 1

Isi 45 markah
Bahasa 35 markah
Susunan (Teknik) 20 markah
Jumlah Markah 100 markah
 Adapun ketiga-tiga aspek yang dinilai
adalah selaras dengan pendapat Koh Boh
Boon (1981) yang mencuba membina satu
skim pemarkahan karangan bahasa
Malaysia bagi tingkatan 1V dan V yang
berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia (edisi 1978) untuk tingkatan 1V
dan V.
 Skim pemarkahan yang diaplikasikan di
Negara Brunei Darussalam adalah sangat
wajar dan harus dipatuhi bagi memastikan
keselarasan serta kebolehpercayaan
pemarkahan bagi penulisan karangan
khususnya soalan kertas 1 Brunei –
Cambridge peringkat ‘O”.
Pemberian Pemarkahan
Secara Analisis
Markah penuh hendaklah
diberi kepada calon-calon
jika mereka layak
menerimanya.
PERKARA PENERANGAN PERINGKAT

Kaitan idea/isi dengan tajuk, Cemerlang 37-


keragaman, 45
ISI Baik
keaslian,
perkembangan dan huraian idea 30-36
Sederhana 23-
29
STRUKTUR
Ketepatan tatabahasa, kompleksiti
Lemah
Cemerlang 29-
ayat, keragaman struktur dan 10-22
35
keberkesanan bahasa. Sangat Lemah
Baik 23-
PERBENDAHARAAN KATA 0-9
BAHASA Pemilihan kata yang tepat, 28
beraneka dan luas. Sederhana 18-
MEKANIS 22
Ejaan, tanda baca, perenggan, Lemah 9-
penggunaan huruf besar dan kecil, 17
kebolehan bacaan tulisan tangan. Sangat Lemah 0-8
Cemerlang 18-20
Perkembangan tema/cerita yang Baik 14-
SUSUNAN logis, sistematis, bertalian dan 17
jelas. Sederhana 10-13
Lemah 6-
9
Struktur Pembahagian Markah
Cemerlang, Sederhana dan Lemah
 Semasa memeriksa ISI, BAHASA dan SUSUNAN
pemeriksa mestilah menandai kesalahan-kesalahan
atau idea-idea yang munasabah yang terdapat dalam
penulisan calon dan tidak hanya memberikan markah.

ISI

Cemerlang : Idea pokok dibincangkan secara jelas dengan


disokong oleh butir-butir yang konkrit,
penting
dan bersabit.
Sederhana : Idea pokok dibincangkan tetapi terlalu ringkas dan

am.Perbincangan disokong oleh butir-butir yang


konkrit tetapi kadangkala butir-butir itu diulang,
tidak berkait atau tidak lengkap.
Lemah : Idea pokok kurang jelas atau keliru, atau tidak
disokong oleh butir-butir yang konkrit dan
BAHASA
 Cemerlang :
Ayat-ayat dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan.
Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan,
menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa.
Penggunaan (secara konsisten) tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang
standard.

 Sederhana :
Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar
biasa dan kadangkala bersifat seragam sahaja. Perkataan-perkataan
dipilih dan digunakan secara sesuai, jelas dan kadangkala terdapat
penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

 Lemah :
Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak bertalian, keliru, tidak
sempurna dan membosankan.
Perkataan yang dipilih dan digunakan tidak munasabah, kabur, tidak
berbunga bahasa atau kurang standard.
Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan
dari aspek tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.
 SUSUNAN
 Cemerlang :
Tema dikembangkan dengan teratur selangkah-selangkah,
perenggan-perenggannya adalah bersepadu dan satu perenggan
beralih kepada perenggan yang lain dan berkesan.
Perenggan dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan
penekanan yang wajar.
 Sederhana :
Pelan tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan secara
tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai,
perenggan-perenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu
perenggan ke perenggan lain kadangkala tidak licin dan
membosankan.
 Lemah :
Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak
konsisten, tidak kena mengena dan diulang, perenggan-
perenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan
kepada perenggan yang lain tidak jelas dan tidak berkesan.
Penyelewengan (Karangan
Terkeluar Tajuk)
 ISI KARANGAN tidak perlu diberi
markah;
 Tetapi bagi BAHASA dan SUSUNAN
bolehlah ditimbangkan.
 Perkataan “MENYELEWENG” hendaklah
ditulis di bawah karangan tersebut,
perkara ini bertujuan supaya
mengelakkan sebarang masalah di
antara pemarkah dengan penyemak.
Kaedah Pemarkahan
 Dalam peperiksaan karangan Bahasa I
bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’,
kaedah pemarkahan berikut hendaklah
ditunjukkan oleh pemeriksa di akhir tiap-
tiap jawapan yang diperiksa.
 Contoh:

I : 28
B : 36
G : 19
Jumlah : 83
 Tanda-tandaseperti di bawah ini
hendaklah digunakan bagi
menunjukkan kesalahan-kesalahan
dalam karangan pelajar.
 Ejaan yang digunakan mestilah
menggunakan sistem ejaan baru.

- Tiap-tiap ejaan yang salah ½ markah


akan dipotong.
- perkataan yang berulang akan
dipotong sekali sahaja.
- pemotongan markah maksima
sebanyak 10 markah.
 Panjang petikan karangan yang melebihi
hadnya yang dibenarkan (350 patah
perkataan) juga akan dipotong mengikut
beberapa tahap seperti berikut:
i. 350 perkataan ke atas tiada pemotongan
markah.
ii. 321 – 349 perkataan, potong 2 markah.
iii.271 – 320 perkataan, potong 4 markah.
iv.230 – 270 perkataan, potong 6 markah
v.185 – 229 perkataan, potong 8 markah
Hal-Hal Yang Perlu Dilakukan
Ketika Menjawab Soalan Bahasa
Melayu I
 Bahagian pendahuluan dan penutup
mengandungi satu perenggan sahaja
manakala bahagian isi mengandungi
beberapa perenggan.
 Setiap perenggan isi sebaiknya
mengandungi satu idea atau boleh juga
jika satu idea dalam satu dua perenggan,
tetapi tidak boleh satu perenggan
mengandungi dua idea.
 Baca terlebih dahulu kehendak soalan.
 Mulakan dengan menulis beberapa
perkataan atau ayat yang berkaitan
dengan tajuk yang dipilih.
 Sebagai contoh tajuk soalan karangan
berikut:

Bagaimana mengelakkan kemalangan jalan


raya yang sering berlaku di negara kita
sekarang?
Bahagian Pendahuluan
 Ketahui kunci utama dalam untaian
patah-patah perkataan di dalam
tajuk tersebut.
 Huraikan makna kemalangan
 Tempat yang selalunya berlaku
kemalangan, iaitu sama ada di jalan
raya, di rumah, di hutan, di laut, di
udara dan sebagainya.
Bahagian Isi
 Bahagian isi ini biasanya menghendaki pelajar
supaya menuliskan kurang lebih lima puluh patah
perkataan, kerana bahagian ini hanya bertujuan
mengenalkan secara umum sahaja tentang tajuk
yang diperkatakan.
 beberapa perkara yang perlu diingat ialah seperti
isi, bahasa dan teknik atau susunan isi.
 Isi yang diperkatakan hendaklah berkaitan
dengan tajuk.
 Keseragaman, keaslian, perkembangan dan
huraian idea hendaklah seimbang.
 Idea dalam bahagian isi sebaiknya disokong oleh
bukti-bukti yang konkrit atau contoh-contoh yang
berkaitan.
 Bahasa dalam perenggan isi
hendaklah mempunyai struktur ayat-
ayat yang dibina dengan baik,
bersepadu dan berkesan.
 Pilih perkataan-perkataan yang
menarik dan tepat seperti perkataan
yang mengandungi bunga bahasa
atau peribahasa.
 Penggunaan perkataan hendaklah
secara konsisten.
 Gunakan tanda baca dan bahasa
baku yang betul.
 Susun isi denga baik.
 Tema karangan hendaklah
dikembangkan dengan teratur secara
selangkah demi selangkah.
 Setiap perenggan dalam karangan
tersebut hendaklah mempunyai
kaitan antara satu dengan yang lain,
 Perkembangan perenggan hendaklah
menarik dan seimbang.
Bahagian Penutup
 Mengandungi fakta, kutipan, perwatakan
atau apa saja yang dibincangkan dalam
pendahuluan, dan isi sesebuah karangan.
 Penyimpulan dalam perbincangan.
 Harapan, penegasan, cadangan atau
rayuan seperti memujuk pembaca supaya
memihak kepada hal yang diperkatakan
oleh pelajar.
 Biasanya mengandungi satu perenggan
dan tidak melebihi dua perenggan.
 Pelajar hendaklah menyemak semula
karangan yang telah ditulis.
 Semak struktur, penjelasan,
khalayak pembaca, tema,
terjemahan, klise (pengulangan),
jenis ayat dan pembaziran
perkataan.
 Jika pelajar sudah yakin, maka
pelajar bolehlah menghantar kertas
jawapan kepada pengawas
peperiksaan setelah tamat tempoh
waktu yang ditetapkan.
Kesimpulan
Skim pemarkahan yang disediakan oleh Jabatan
Peperiksaan bertujuan untuk memberikan garis
pandu, bukan sahaja kepada pemeriksa, tetapi
juga kepada guru Bahasa Melayu itu sendiri. Oleh
itu sebaiknya, guru Bahasa Melayu membiasakan
diri dalam memberikan markah berpandukan
kepada skim pemarkahan tersebut. Dengan
adanya skim pemarkahan kertas Bahasa Melayu I
ini, guru juga diharap akan dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan keputusan
peperiksaan mereka, iaitu dengan memberikan
pelajar panduan cara menjawab soalan kertas I
dengan sebaik-baiknya.

You might also like