Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
62Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hak Kaum Wanita Di Malaysia

Hak Kaum Wanita Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 8,546 |Likes:

More info:

Published by: siti-azami-bt-mohamed-3181 on Dec 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/25/2013

pdf

text

original

 
HAK KAUM WANITA DI MALAYSIA.
Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotensi menjadi sumber pembangunandalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik. Berpegang kepada hakikat ini, padatahun 1989, kerajaan telah menggubal satu dasar yang berkaitan wanita iaitu Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita. Dasar yang digubal ini,mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan,kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Selain daripada itu, dasar tersebut juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanitasecara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya.Kaum wanita di Malaysia begitu beruntung sekali kerana hak mereka tidak dipandang remeh oleh pemerintah. Di Malaysia, kaum wanita mendapat segala hak utamayang mereka kehendaki sama ada dari segi peluang pekerjaan, dalam bidang ekonomi, pemilikan harta, hak bersuara dan sebagainya.Dalam bidang politik di Malaysia, hak berpolitik bagi kaum wanita bermuladengan penglibatan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya PersekutuanTanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Kemudian diikuti dengan pelantikanFatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969. Beliau yangmemegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Selepas itu jumlah wanita dalam parlimen semakinmeningkat sehinggalah ke pilihan raya tahun lepas iaitu 8 Mac 2008. Wanita telah berjaya merebut 24 kerusi parlimen yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri(DUN) atau 7.92 % dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan. Meskipun jumlah wanitayang berjaya menembusi tembok parlimen belum memenuhi kuota minima 30 % sepertiyang diharapkan namun keadaan ini jelas menunjukkan bahawa di Malaysia kaum wanita juga diberi hak berpolitik sama seperti kaum lelaki.Pendek kata kaum wanita di Malaysia merupakan golongan yang “istimewa” berbanding kaum wanita di negara-negara Islam yang lain kerana mereka tidak mendapatdiskriminasi malah mendapat hak yang sama dengan golongan masyarakat yang lain.
 
Menjelang tahun 2020, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran sebanyak 30 peratusdaripada pembuat dasar kerajaan melibatkan golongan wanita. Kerajaan juga telahmenubuhkan kementerian yang khusus bagi menjaga hak dan pembangunan wanita diMalaysia.Di dalam Perlembagaan Persekutuan, prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita ada dinyatakan. Ia dinyatakan mengikut Perkara 8 PerlembagaanPersekutuan yang menjelaskan bahawa ; “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”.Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpamembezakan antara agama, bangsa dan jantina seseorang.Begitu juga daripada sudut Islam, martabat kaum wanita tidak pernah dipandangrendah. Walaupun agama Islam tidak menyamakan antara lelaki dan perempuan, tetapiagama Islam menghormati kaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggimengikut lunas-lunas Islam. Terdapat petikan al-Quran dan Hadith yang berkaitandengan wanita. Antaranya di dalam surah al-‘Imran ayat 195 Allah berfirman yang bermaksud
Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramaldari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalahketurunan) dari setengahnya yang lain”. Begitu juga dalam Hadith Rasulullah S.A.Wyang bermaksud : “Wanita itu adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya, dan akanditanya tentang pimpinannya”. Berdasarkan ayat al-Quran dan Hadith tersebut ia jelasmenunjukkan bahawa agama Islam memartabatkan kaum wanita.Di dalam undang-undang Keluarga Islam yang terlaksana di Malaysia (rujukankepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984), haseseorang wanita telah ditentukan dengan jelas bagi setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memberi keadilan kepada kaum wanita supaya mereka mendapat hak sepatutnya dantidak ditindas dengan sewenang-wenangnya disamping membolehkan pihak wanitamenuntut hak yang sepatutnya diberi bersandarkan kepada tuntutan hukum syarak.Antara hak wanita yang terkandung di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam diMalaysia adalah seperti berikut :1) Hak untuk berkahwin.
 
Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, hak seorang wanita untuk berkahwin telah diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8iaitu:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripadaenam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulisdalam hal keadaan tertentu
“.
Tujuan peruntukkan ini dibuat bukanlah sebagai satu bentuk sekatan bagi pasangan pengantin berkahwin pada umur yang muda, namun ia bertujuanuntuk memastikan setiap pasangan mempunyai tahap kematangan yang mencukupi danmempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam institusikekeluargaan. Jelas, dengan peruntukkan ini, mungkin sedikit sebanyak dapatmengurangkan kes-kes perceraian dan masalah kes suami yang tidak mampu memberinafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai seorang
suami.
2) Hak terhadap mas kahwinWanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar terhadapmasa akad nikah dijalankan, bahkan hak isteri ke atas mas kahwin tersebut tidak bolehdigugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran perkahwinan. Jika suami masih berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya, maka bekas isterinya bolehmengemukakan aduan kepada Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yangmasih terhutang.3) Hak dalam poligamiAkta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 telahmenetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang berpoligami. Akta ini telah menetapkan beberapa syarat sebelum seseorang lelakidibenarkan berpoligami. Seksyen 23 ada menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasamasih di dalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuanlain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah. Seksyen 123 menyatakan sekiranyalelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkandalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi, maka dia telah melakukan satu

Activity (62)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ibnu Mat Nor liked this
peih_4 liked this
Anna Giat liked this
N.p. LiNg liked this
Balqis Zi liked this
幼苗 liked this
幼苗 liked this
Agnes Ho liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->