Lompatan adalah acara padang yang amat popular di kebanyakan sukan.Contohnya; sukan komenwel, sukan sea, sukan olimpik mahupun sukan-sukan disekolah-sekolah. Beberapa jenis acara lompatan, antaranya ialah; lompat kijang,lompat jauh, lompat tinggi dan lompat galah. Berikut adalah jenis-jenis sukanlompatan:
1.LOMPAT TINGGI 1.1.PERATURAN ASAS
Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukanolahraga. Ia adalah salah satu acarapadangyang memerlukan para peserta
melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasiketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tigakali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang.Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Parapeserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan,untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
1.2.LATIHAN ASAS
Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentumtegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu,penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gayatimur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.Bagi yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untukmemantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda bolehmempelajari pula fasa lonjakan (take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantuseperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, talipalang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan. Andaperlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihanyang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang,dan mendarat.