You are on page 1of 9

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

 Kesusasteraan Cina bermula dalam abad antara 500 - 100 S.M.Zaman tersebut
merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara
Cina apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang
Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan
sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat.
 Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau
sekatan.

 Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa
Cina mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan walaupun negara China
pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan, 1279-1368)
dan orang Manchu (Dinasti Qing, 1644-1911).

 Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat
atau mengikut kesesuaian dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina.

 Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apa ia
dipertuturkan.

 Oleh itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali
huruf Cina.

 Namun begitu dikatakan Putonghoa (Bahasa Umum) adalah Bahasa Kebangsaan


Cina yang dibentuk berdasarkan dialek kawasan utara.

 Tradisi kesusasteraan Cina telah menggunakan bentuk bahasa Cina Klasik


(wenyen).

 Kemudian,Baihua dimana ianya dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah)


yang telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula
sejak  munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1
Januari 1917.

 Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis
dalam bahasa vernakular seperti  “ Water Margin”, “ Journey to the West” ,
“Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera.

Kepelbagaian Sastera Cina Klasik

i. Puisi
 Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shi Jing (Puisi Klasik).

 Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian
rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman Musim
Bunga Musim Luruh dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe (Sungai
Kuning).

 Ia dipercayai disusun pada masa Konfusius.

 Puisi yang terkandung dalam Shi Jing pada asasnya adalah dinyanyikan dengan
iringan muzik.

 Puisi dalam Shi Jing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi
sastera.

 Digunakan dalam pertemuan rasmi di mana raja dan pegawai diplomatik menyanyikan
puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan
maksud sebenar.

 Chu Ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili
antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi.

 Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak
berbeza daripada Shi Jing.

 Misalnya baris-baris lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih
sesuai dideklamasikan.

 Dinasti Tang merupakan kemuncak perkembangan genre ini.

 Koleksi Lengkap Puisi Tang mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah,
hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih penyajak, termasuk penyajak agung seperti Li
Bai, Du Fu dan Bai Juyi.

 Puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu:

 Puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik.

 Bersifat padat dan singkat.

 Puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut


standard sastera lain di dunia ini sangat kurang.

 Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.

ii. Prosa
 Garis pemisah antara puisi dan prosa tidak begitu jelas.

 Bentuk fu, genre yang mewakili dinasti Han, misalnya menunjukkan sifat puisi
bercampur prosa.

 Bahasa klasik menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia
adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana
penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
 Prosa Cina juga mempunyai fungsi sosial dan politik.

 Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, prosa berkualiti harus
bermanfaat dari segi moral dan etika.

iii. Drama

 Drama Cina berkembang agak lewat.

 Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk
puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentu dan popular semasa dinasti
Yuan.

 Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Dengan ini Zaju
bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial
yang berjaya mendapat simpati penonton.

 Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah Chuanqi.

 Chuanqi yang berkembang semasa Zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya
berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi
muzik dan nyanyian.

 Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang
dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas-pentas di Beijing.

 Kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina.

 Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai etika


berbanding agama walaupun keagamaan dan kuasa ghaib yang mendapat ilham
dari Daoisme menjadi tema sebilangan karya drama yang dihasilkan.

iv. Fiksyen

 Disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar
tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak menganggap
fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera.
 Istilah Cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan kecil atau
percakapan sia-sia.

 Oleh itu kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa.

Seni khat Cina yang dikarang oleh


penyajak bernama Mi Fu pada
Dinasti Song

 Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan
kaedah:

 xiang xing (lambang bergambar).


 zhishi (lambang petunjuk).
 huiyi (lambang petunjuk fikiran).
 xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).
 Zhuanzhu(mutual semantic transfer)
 jiajie (loan character)

 Kesemua kaedah tersebut dikenali/tergolong sebagai Liushu.


 Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina
dan pembentukan tamadun Cina.
 Walaupun terdapat banyak dialek di China yang sebutannya mungkin berbeza antara
satu dengan yang lain tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem
tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai
bahasa pengantar untuk berkomunikasi.
 Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi tamadun
Cina.

Pembentukan Bangsa Tionghua

 Berdasarkan arkeologi dan catatan sejarah purba terdapat begitu banyak suku-
suku yang wujud.
 Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba:

 Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di dikatakan berasal


dari kawasan di Provisi Shaanxi di bahagian barat China.
 Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di bahagian timur China.
 Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di selatan China.

 Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku bangsa lain akhirnya terbentuk bangsa
Tionghua pada hari ini.

KESENIAN MASYARAKAT CINA

i. Muzik

 Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara
sesuatu alat itu dimainkan.

 Sistem melodi muzik Cina klasik adalah kompleks.

 Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu,
labu dan buluh.

 Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang,
memetik dan menggesek.

 Perbincangan dan rujukan terhadap muzik terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li
Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing.

 Muzik memaparkan enam jenis emosi iaitu:


 Kesedihan.
 Kepuasan.
 Kegembiraan.
 Kemarahan.
 Ketaatan.
 Kecintaan.

ii. Kaligrafi

 Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti


seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.

 Menggunakan bahan antaranya dakwat, berus dan kertas.

 Berus yang tajam di hujung diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala.

 Kertas xuan (sejenis kertas mudah menyerap dakwat) yang berpelbagai gred (kualiti)
atau penggunaan sutera.

 Empat stail tulisan yang digunakan hari ini termasuklah:


 Kaishu atau stail biasa iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke)
ditulis dengan jelas.

 Lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan
kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus
dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan
garis tegak.

 Xingshyu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi


tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis,
dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur.

 Caoshu atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa
bentuk iaitu sejenis rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi
pada hal adalah teratur.

 Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi
seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk stroke yang menarik lalu
menggubah struktur yang cantik berdasarkan stroke-stroke ini.

 Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina ialah alam semulajadi.

iii. Seni Lukis

 Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.

 Biasanya sebuah puisi berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan
kosong supaya mencapai tahap ‘kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan’.

 Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni
ukir cap (seal engraving).
 Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

 Xieyi (bebas tangan/freehand brushwork).

 Gongbi (menggunakan stroke halus dan teliti dengan memberi perhatian


kepada butir-butir).

 Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak
atau melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas
meter.

 Menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi.

 Lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan
tenaga dan perasaan serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan.
 Bagi peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, puisi dan cap merupakan bahagian
komposisi yang juga diperlukan.

 Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-


tumbuhan dan binatang juga digemari selain lukisan potret dan figura.

iv. Seni Seramik

 Seramik dan tembikar juga merupakan  seni Cina yang popular dan terkenal
kerana kebanyakan tamadun  merujuk tembikar sebagai “China”.
 Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:

i. Seramik Seladon ( celadonware) yang berasal dari Dinasti Sung.

ii. Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti
Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.

 “Seladon” ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang
mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai
batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China.

 Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti,
kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan
kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan
membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu
azimat.

 Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada


Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana
pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan
kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik)
yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa
masyarakat Cina.

v. Seni Bina

 Berlandaskan prinsip keseimbangan dan simetri.


 Struktur utama seni bina China ialah paksi dan struktur sekunder yang
membentuk bilik utama dan kawasan halaman.
 Semua seni bina bangunan China berpegang kepada prinsip ini.
 Pembahagian kawasan dalaman bangunan memperlihatkan nilai-nilai sosial
dan etika masyarakat China.
 Ahli keluarga diberikan tempat penginapan mengikut hierarki keluarga.
 Ketua keluarga – bilik utama, ahli yang berusia – bahagian belakang, ahli
muda – di bahagian kiri dan kanan bangunan.
 Bangunan tradisional – menggunakan kayu sebagai tiang dan alang.
 Menggunakan pendakap penyokong menyebabkan bumbung kelihatan
tergantung dan dijadikan elemen perhiasan.
 Setiap bangunan harus didirikan mengarah paksi barat daya.
 Bangunan tradisional – menggunakan kayu sebagai tiang dan alang.
 Menggunakan pendakap penyokong menyebabkan bumbung kelihatan
tergantung dan dijadikan elemen perhiasan.
 Setiap bangunan harus didirikan mengarah paksi barat daya.
 Antara seni bina yang dapat ditemui di cina :

 Seni bina istana


 Seni bina astaka
 Seni bina Teres
 Seni bina bertingkat
 Seni bina keagamaan, ritual dan makam
 Seni bina jambatan
 Seni bina tugu peringatan
 Jalan sutera

 Bermula di Changan (xian) dsan melintang ke Barat sejauh 4350 batu.


 Ia melintasi gunung-ganang dan gurun dan terbahagi kpd. 2 jalan.Iaitu
melintasi Asia Tengah dan Asia Barat ke Pantai Timur Mediterranean dan
satu lagi melepasi Laut Aral dan Caspian ke Constantinople. Dari sini sutera
di bawa ke Rom dan Venice.

 Tembok besar China

 Tembok ini panjangnya 4160 batu dan terletak di China Utara iaitu di
sempadan negeri Chou dan Han.
 Tenaga buruh diperolehi drp. Banduan, tawanan perang, askar, rakyat
jelata dan petani.
 Tembok ini merentasi lembah, gunung, gurun, sungai dan dataran tanah
rata.
 Ia berukuran 20 kaki lebar dan 26 kaki tinggi.

You might also like