You are on page 1of 41

20 Usul Risalah Ta‘lim

Menguasai Usul ‘Isyreen

Oleh
Imam Al Syahid Hassan Al
Banna
‫’‪Usul Pertama ‘Faham Syumul‬‬
‫أألصل األول‪ :‬شمآئل اإلسالم‬
‫االسالم نظام شامل‪ ،‬يتناول مظاهرالحياة جميعا‪ ،‬فهو دولة‬
‫ووطن أوحكومة وأمة‪ ،‬وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة‪،‬‬
‫وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء‪ ،‬وهومآدة وثروة أو كسب‬
‫وغنى‪ ،‬وهو جهاد ودعوة أو جيش و فكرة كما هو عقيدة‬
‫‪.‬صادقة وعبادة صحيحة سوآء بسوآء‬
Faham Islam Syumul
“Islam itu adalah sistem hidup yang syumul –
menyeluruh, mencakupi seluruh fenomena
kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah
air, atau kerajaan dan umat; akhlak dan
kekuatan, atau rahmat dan keadilan;
kebudayaan dan undang-undang, atau ilmu
dan kehakiman; kebendaan dan khazanah harta
atau usaha dan kekayaan; Jihad dan Dakwah,
atau tentera dan fikrah. Seperti mana ia adalah
‘Aqidah yang benar dan ‘Ibadah yang sahih,
tanpa ada perbezaannya.”
‫’‪Usul Kedua Faham ‘Sumber‬‬
‫أألصل الثانى‪ :‬ألمصادر المقدسة‬
‫والقرآن الكريم والسنة المطهرة مرجع كل مسلم فى تعرف‬
‫أحكام االسالم ويفهم القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من‬
‫غير تكلف وال تعسف ويرجع فى فهم السنة المطهرة إلى‬
‫‪.‬رجال الحديث الثقات‬
Faham Sumber Suci
“ Al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang suci
adalah sumber rujukan bagi semua Muslim
untuk mengetahui hukum-hakam di dalam
agama Islam. Al-Quran difahami selari dengan
kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan
dan faham melulu dan memahami hadith yang
suci bersumberkan periwayat-periwayat
(rijaal) yang terpercaya – thiqaat.”
‫’‪Usul Ketiga ‘Iman dan Ibadah‬‬
‫أألصل الثالث‪ :‬ألإليمان و العبادة‬
‫ولإليمان الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور وحالوة‬
‫يقذفهاهللا فى قلب من يشآء من عباده ولكن اإللهام والخواطر‬
‫والكشف والرؤي ليست من أدلة األحكام الشرعية وال تعتبر‬
‫‪.‬إال بشرط عدم إسطدامها بأحكام الدين‬
Faham ‘Iman dan Ibadah’
“ Dan pada Iman yang benar, dan Ibadah yang
betul, serta Mujahadah yang memiliki “al-Nur”,
dan kemanisan kedua-duanya yang dicampakkan
oleh Allah swt ke dalam hati di kalangan
hambaNya, menurut siapa yang dikehendaki.
Namun Ilham, Lintasan Hati, Kasyaf (tembus
pandang), dan mimpi (al-ru’ya) bukanlah dalil-
dalil (hujah) bagi hukum syarak. Ia tidak diambil
kira melainkan dengan syarat ia tidak bercanggah
dengan hukum-hakam agama dan Nas-nasnya.”
‫‪Usul Keempat‬‬
‫األصل الر‪%‬ابع‪ :‬التمائم والرقى والودع‬

‫التمائم والرقى والودع والمعرفة والكهانة وأدعياء معرفة الغيب‬


‫وكل كان من هذا الباب منكر تجب محاربته إال ما كان آية من‬
‫‪.‬القرآن أو رقية مأثورة‬
Faham Mengenai Tangkal Azimat
“Usul Keempat : Tangkal, Azimat, al-Wada‘,
al-Ma‘rifah, tukang tilik, dan pendakwa tahu
perkara ghaib semuanya adalah mungkar yang
wajib diperangi kecuali yang mengandungi
ayat al-Quran atau jampi yang Ma’thuur (dari
nabi saw).”
‫‪Usul Kelima‬‬
‫األصل الخامس‪ :‬السياسة الشرعية‬
‫ورأى اإلمام ونائبه فيما ال نص فيه وفيما يحتمل وجوها عدة‬
‫وفى المصالح المرسلة معمول به ما لم يصطدم بقاعدة شرعية‬
‫وقد تغير بحسب الظروف والعروف والعادات‪ ،‬واألصل فى‬
‫العبادات التعبد دون اإللتفات إلى المعانى وفى العادات‬
‫‪.‬اإللتفات إلى األسرار والحكم والمقاصد‬
Faham Siyasah Syar‘iyah
“Siyasah Syar‘iyyah, ialah padangan Imam
(pemerintah) atau Naibnya (timbalannya) pada
perkara yang tidak mengandungi Nas, atau pada
perkara yang boleh diandaikan dengan beberapa
pandangan atau mengandungi masoleh al-
mursalah, boleh dipraktikkan selagi tidak
bertembung dengan kaedah syarak (Qawa’id al-
Fiqhiyyah – Usul Syar‘iyyah). Adakalanya ia
berubah mengikut keadaan , ‘Uruf dan ‘Aadat
tanpa menghiraukan makna-makna, dan prinsip
asal adat ialah melihat kepada rahsia-rahsia,
hikmah dan tujuannya.”
‫‪Usul Keenam‬‬
‫األصل السادس‪ :‬الكالم الناس يؤخذ ويترك‬
‫وكل أحد يؤخذ من كالمه ويترك إال المعصوم صلى هللا عليه‬
‫وسلم‪ ،‬وكل ما جاء عن السلف رضوان هللا عليهم مواقفا‬
‫للكتاب والسنه‪ ،‬قبلناه وإال فكتاب هللا وسنة رسوله أولى‬
‫باإلتباع ولكنا ال نعرض لألشحاص – فيما اختلف فيه –‬
‫‪.‬بطعن أو تجريح ونكلهم إلى نياتهم وقد أفضوا إلى ما قدموا‬
Faham Mengenai Pendapat Manusia
“Pandangan (kata-kata) setiap orang itu boleh
diterima dan ditolak kecuali Nabi saw yang
Ma ‘sum. Setiap apa yang datang dari
salafussoleh, yang selari dengan kitab dan
sunnah adalah diterima. Jika tidak maka kitab
dan sunnah adalah lebih utama untuk diikuti.
Kita tidak menyarankan sebarang kecaman
kepada peribadi tertentu pada masalah yang
diperselisihkan. Terserah kepada niat mereka,
apa yang mereka lakukan telah pun berlalu.”
‫‪Usul Ketujuh‬‬
‫األصل ألسابع‪ :‬إتباع أئمة ألدين إن لم يبلغ درجة النظر‬
‫ولكن مسلم لم يبلغ درجة النظرفى إدلة األحكام الفرعية أن يتبع‬
‫إماما من أئمة الدين ويحسن به مع هذا اإلتباع أن يجتهد ما‬
‫إستطاع فى تعرف أدلته وأن يتقبل كل إرشاد مصحوب‬
‫بالدليل متى صح عنده صالح من أرشده وكفايته وأن يستكمل‬
‫‪.‬نقصه العلمى إن كان من أهل العلم حتى يبلغ درجة النظر‬
Faham Mengikut Imam
“Setiap Muslim yang tidak mencapai tahap mampu
(meneliti ) dalil-dalil bagi hukum hakam cabang
(dalam agama), hendaklah mengikuti Imam (para
mujtahid) dan alim ulama‘. Ada baiknya juga di
samping mengikuti alim ulamaa‘ dia berijtihad
sekadar ia termampu untuk mengetahui dalil-dalil
(hukum hakam agama). Ia juga hendaklah
menerima tunjuk ajar yang berserta dengan dalil,
sekiranya pasti kebaikan mereka dan keilmuannya,
maka hendaklah ia menampung segala kekurangan
ilmiah sehingga ia mampu untuk sampai martabat
mampu meneliti (hukum hakam).”
‫‪Usul Kelapan‬‬
‫األصل الثامن‪ :‬الخالف الفرعى ليس سببا لتفرق الدين‬
‫والخالف الفقهى فى الفروع اليكون سببا لتفرق فى الدين وال‬
‫يؤدي إلى خصومة أو بغضآء‪ ،‬ولكل مجتهد أجره وال مانع‬
‫من التحقيق العلمى فى مسائل الخالف فى ظل الحب فى هللا‬
‫والتعاون على الوصول الى الحقيقة من غير أن يجر ذالك إلى‬
‫‪.‬المراء المذموم والتعصب‬
Faham Adab al-Khilaf al-Fiqhi
“Perselisihan fiqh pada perkara cabang tidak
seharusnya menjadi punca perpecahan dalam
agama dan mengheret kepada permusuhan dan
saling benci membenci. Setiap Mujtahid
mendapat ganjarannya. Tiada salahnya
membuat penjelasan ilmiah pada masalah2
perselisishan tersebut di bawah naungan
mahabbah kerana Allah swt dan saling
bertolong bantu untuk mencapai hakikat
(kebenaran) tanpa mengheret kepada
perdebatan yang tercela – al-maraa’i al-
madhmum - dan perasaan ta‘assub.”
‫‪Usul Kesembilan‬‬
‫األصل التاسع‪ :‬مسألة غيرعملية نهينا عنها شرعا‬
‫وكل مسألة ال ينبنى عليها العمل فالخوض فيها من التكلف الذى‬
‫نهينا عنه شرعا‪ ،‬ومن ذالك كثرة التفريعات لألحكام التى لم‬
‫تقع‪ ،‬والخوض فى معاني اآليات القرآنية التى لم يصل إليها‬
‫العلم بعد‪ ،‬والكالم فى المفاضلة بين أصحاب رضوان هللا‬
‫عليهم وما شجر بينهم من خالف ولكل منهم فضل صحبته‬
‫‪.‬وجزاء نيته وفى التأويل مندوحة‬
Faham Masalah bukan Amali
“Setiap masalah yang tidak mendorong kepada amal,
merupakan perkara yang memberat-beratkan yang
ditegah oleh syarak. Antaranya memperbanyakkan
cabang-cabang hukum-hakam, yang masih belum
berlaku dan melibatkan diri dengan ayat-ayat al-
Quran yang masih belum tercapai oleh ilmu dan
membicarakan kelebihan-kelebihan antara para
sahabat dan perselisihan antara mereka. Setiap
mereka mempunyai kelebihan mendampingi
Rasulallah saw dan menerima ganjaran menurut niat
mereka. (lebih-lebih lagi) terdapat banyak alternatif
dalam menta’wil (perkara ini).”
‫‪Usul Kesepuluh‬‬

‫األصل العاشر‪ :‬معرفة هللا وتوحيده وتنزيه أسمى عقائد اإلسالم‬


‫معرفة هللا تبارك وتعالى وتوحيده وتنزيه أسمى عقائد اإلسالم‬
‫وآيآت الصفات وأحاديثها الصحيحة وما يليق بذالك من التشابه‬
‫نؤمن بها كما جائت من غير تأويل وال تعطيل وال نتعرض لما جآء‬
‫فيها من خالف بين العلمآء ويسعنا ما وسع رسول هللا صلى هللا‬
‫عليه وسلم وأصحابه ”والراسخون فى العلم يقولون آمنا به ‪ ،‬كل‬
‫من عند ربنا“ – (آل عمران‪)3:7 ،‬‬
Faham Ma‘rifatiLlah dan PenyucianNya
“Mnegenal Allah swt dan mentauhid dan
menyucikanNya adalah kemuncak Aqidah Islam. Kita
mengimani ayat-ayat sifat dan hadith-hadith yang
sahih serta tasyabbuh (penyerupaan) yang layak bagi
Allah swt seperti mana datangnya, tanpa men ta’wil
dan menta‘til (menafikan). Kita tidak mendedahkan
diri kepada sesuatu yang terdapat padanya
perselisihan antara ulama‘. Sudah cukup untuk kita
dengan apa yang telah dicukupkan oleh Rasulullah
saw dan para sahabat baginda. Allah swt berfirman :
maksudnya “Dan orang2 yang mendalam ilmunya
berkata : kami beriman dengan semuanya (ayat2
mutasyabihaat), yang datang dari Tuhan kami.”
(surah ‘Aali ‘Imraan, 3:7)
‫‪Usul Kesebelas‬‬
‫األصل الحادي عشر‪ :‬البدعة فى اإلسالم ضاللة‬
‫وكل بدعة فى دين هللا ال أصل لها – إستحسنها الناس بأهوائها‬
‫سوآء بالزيادة فيه أو بالنقص فيه – ضاللة تجب محاربتها‬
‫والقضاء عليها بأفضل الوسائل التى ال تؤدي إلى ما هو شر‬
‫‪.‬منها‬
Faham Bid‘ah dlm Islam Sesat
“ Setiap Bid‘ah yang ada dalam agama Allah swt
yang tidak ada prinsip asal. Manusia
menganggapnya baik menurut hawa nafsu
mereka; sama ada menambah atau
mengurangkannya, adalah merupakan suatu
kesesatan yang wajib diperangi. Kita mesti
menghapuskannya dengan cara terbaik yang
tidak membawa kepada mala petaka yang
lebih buruk.”
‫‪Usul Kedua Belas‬‬

‫األصل الثاني عشر‪ :%‬البدعة اإلضافية خالف الفقهى‬


‫والبدعة اإلضافية والتركية واإللتزام فى العبادات المطلقة خالف‬
‫فقهى‪ ،‬لكل فيه رأية وال بأس بمحيص الحقيقة بالدليل‬
‫‪.‬والبرهان‬
Faham Bid‘ah Id{a>fiyah
“Bid‘ah Idhafiyah, Tarkiyah dan Iltizaamiyah
dalam ibadat Mutlaqah adalah Khilaaf Fiqhiy
– urusan perbezaan hukum dalam fekah.
Semuanya terdapat pandangan ulama‘ dan
tidak mengapa kita mencari hakikat dengan
dalil dan bukti.” – wa Laa ba’sa bi Tamhis al-
haqeeqah bi al-daleel wa al-Burhaan.
‫‪Usul Ketiga Belas‬‬
‫األصل الثالث عشر‪:‬محبة الصالحين وإحترامهم ثابتة‬
‫ومحبة الصالحين واحترامهم والثناء عليهم بما عرف من طيب‬
‫أعمالهم قربة إلى هللا تبارك وتعالى‪ ،‬واألولياء هم المذكورون‬
‫‪“.‬فى قوله تعالى ‪” :‬الذين آمنوا وكانوا يتقون‬
‫والكرامة ثابتة لهم بشرائطها الشرعية مع اعتقاد أنهم رضوان‬
‫هللا عليهم ال يملكون ألنفسهم نفعا وال ضرا فى حياتهم أو بعد‬
‫‪.‬مماتهم‪ ،‬فضال أن يهبوا شيئا من ذالك لغيرهم‬
Faham Cintai Solihin, Keramat
“Mengasihi, menghurmati dan memuji orang-orang salih
lantaran ‘amalan baik mereka, adalah merupakan qurbah
(menghampirkan diri) kepada Allah swt. Para Awliyaa’
adalah golongan yang dinyatakan oleh Allah swt di
dalam firmanNya: “Mereka itu adalah yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah swt.” Manakala Karamah
Awliyaa’, yang berlaku ke atas mereka adalah thabit –
Nyata dengan syarat-syarat yang Syar‘i. Di samping itu
kita beri‘tiqad bahawa mereka tidak ada kuasa memberi
manfaat dan memudarat kepada diri mereka sendiri
samada semasa mereka hidup atau selepas mereka mati.
Lebih-lebih lagi untuk menghulurkan itu (karamat)
semua kepada orang lain.”
‫‪Usul Keempat Belas‬‬
‫األصل الر‪%‬ابع عشر‪ :‬وزيارة القبور مشروعة‬
‫وزيارة القبور أيا كانت سنة مشروعة بالكيفية المأثورة‪ ،‬ولكن‬
‫اإلستعانة بالمقبورين أيا كا نوأوندائهم لذلك وطلب قضاء‬
‫الحاجات منهم عن قرب أو بعد والنذر لهم وتشييد القبور‬
‫وسترها وإضاءتها والتمسح بها والحلف بغير هللا وما يلحق‬
‫بذلك من المبتدعات كبائر‪ ،%‬تجب محاربتها وال نتأول لهذه‬
‫‪.‬األعمال ‪ -‬سد للذريعة‬
Faham Ziarah Qubur
“Menziarah kubur walau bagaimana keadaan sekali pun
adalah sunnah yang disyariatkan dengan melaksanakan
cara yang ma’thuur – (ada dilakukan oleh Nabi saw).
Tetapi meminta pertolongan kepada ahli kubur – walau
siapa pun mereka – menyeru mereka kerana perkara
tersebut, meminta hajat dari mereka sama ada dari jauh
atau dekat, bernazar kepada mereka, mendirikan binaan di
atas kubur mereka, menutupinya, meneranginya dengan
lampu, mengusapnya, bersumpah dengan selain Allah swt
dan apa jua yang disertai dengan Bid‘ah merupakan dosa
besar yang wajib diperangi. Kita tidak menta’wil terhadap
‘amalan-‘amalan tersebut demi menutup pintu fitnah
(kemungkaran) yang lebih parah.”
‫‪Usul Kelima Belas‬‬

‫األصل الخامس عشر‪ :‬الدعاء إلى هللا والتوسل خالف فرعى‬


‫والدعاء إذا قرن إلى هللا بأحد من خلقه خالف فرعى فى كيفية‬
‫‪.‬الدعاء‪ ،‬وليس من مسائل العقيدة‬
Faham Doa’ dan Tawassul
“Berdoa’ kepada Allah swt di samping
bertawassul dengan salah satu makhlukNya
adalah perselisihan pada cabang furu‘ masalah
dalam cara berdoa’ yang tidak termasuk dalam
masalah Aqidah.”
‫‪Usul Keenam belas‬‬
‫األصل السادس‪ :‬العر‪%‬ف الخاطئ اليغير حقائق األالفاظ الشر‪%‬عية‬

‫والعرف الخاطئ ال يغير حقائق األلفاظ الشرعية بل يجب التأكد من‬


‫حدود المعاني المقصود بها والموقوف عندها‪ ،‬كما يجب‬
‫‪.‬اإلحتراز من الخداع الدنيا والدين‪ ،‬فالعبرة بالمسميات ال باألسماء‬
Faham ‘Uruf yang menyeleweng
“al-‘Uruf al-Khaati’ - Uruf yang pincang tidak
akan mengubah akan hakikat lafaz-lafaz
Syarak. Bahkan wajib mengenal pasti batas-
batas makna yang dikehendaki dengannya dan
berhenti pada sempadannya. Seperti wajib
berwaspada dari tipu daya lafaz pada setiap
perkara agama dan dunia. Kita mengambi kira
“benda – subject ” yang dinamakan (al-
musammayaat) bukan nama itu sendiri.”
‫‪Usul Ketujuh Belas‬‬
‫األصل السابع عشر‪ :‬العقيدة أساس العمل‬

‫والعقيدة أساس العمل وعمل القلب أهم من عمل الجارحة ‪،‬‬


‫وتحصيل الكمال فى كليهما مطلوب شرعا‪ ،‬وإن اختلفت‬
‫‪.‬مرتبتا الطلب‬
Faham Aqidah asas ‘Amal
“Aqidah adalah asas ‘amalan. ‘Amalan hati
adalah lebih utama berbanding ‘amalan
anggota. Mendapatkan kesempurnaan dengan
keduanya adalah dituntut pada Syarak, sekali
pun terdapat perbezaan martabat tuntutan
tersebut.”
‫‪Usul Kelapan Belas‬‬
‫األصل الثامن عشر‪ :‬اإلسالم وحرية العقل والنظر‬

‫واإلسالم يحرر العقل ويحث النظر فى الكون ويرفع قدر العلم‬


‫والعلماء ويرحب بالصالح النافع من كل شيئ والحكمة ضآلة‬
‫‪.‬المؤمن أنى وجدها فهو أحق الناس بها‬
Faham Kebebasan ‘Akal dan Kajian
“Islam membebasakan akal fikiran dan
menggesa untuk memerhatikan (penyelidikan)
alam semesta, menjunjung martabat ilmu dan
‘alim ulamaa’, seta mengalu-alukan perkara
yang baik lagi bermanfaat. Hikmah adalah
barang yang hilang daripada orang mu’min,
siapa yang menemuinya, maka dialah orang
yang paling berhak terhadapnya.”
‫‪Usul Kesembilan Belas‬‬
‫األصل التاسع عشر‪ :‬تأويل النظر‪ %‬الشرعي والعقلي‬

‫وقد يتناول كل من النظر الشرعي والنظر العقلي ما ال يدخل‬


‫فى دائرة اآلخرة ولكنهما لن يختلفا فى القطعي فلن تصطدم‬
‫حقيقة علمية بقاعدة شرعية ثابتة‪ ،‬ويؤول الظني منهما ليتفق‬
‫مع القطعي‪ ،‬فإن كان ظنيين فالنظر الشرعي أولى باإلتباع‬
‫‪.‬حتى يثبت العقلي أو ينهار‬
Faham Kajian Syar‘ie dan ‘Aqliy
“Ada kalanya penelitian Syarak tidak meliputi
penelitian akal, dan pemikiran jualah sebaliknya.
Namun keduanya tidak berselisih pada perkara
Qat‘ie (muktamad). Hakikat ilmiah yang sahih
tidak bercanggah dengan kaedah Syarak yang
thaabit. Dan setiap perkara Dzanniy dari keduanya
dita’wilkan agar sejajar dengan perkara Qat‘ie.
Sekiranya keduanya adalah perkara Dzanniy,
maka pandangan Syaraklah yang lebih utama
untuk diikuti sehinggalah pandangan akal itu
thaabit (kebenaran sahih) atau gugur dengan
sendirinya.”
‫‪Usul Kedua Puluh‬‬
‫األصل العشري‪ :‬ال نكفر المقر بالشهادة‬

‫ال نكفر مسلما أقر بالشهادة وعمل بمقتضاهما وأدى الفرائض‬


‫برأي أو معصية – إال إن أقر بكلمة الكفر‪ ،‬أو أنكر معلوما ‪-‬‬
‫من الدين بالضرورة‪ ،‬أو كذ ب صريح القرآن أو فسره على‬
‫وجه ال يحتمله أساليب اللغة العربية بحال أو عمل عمال ال‬
‫‪.‬يحتمل تأويال غير الكفر‬
Faham tidak Mengkafir Ahla
Syahadah
“Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang
mengucap dua kalimah Syahadah dan beramal dengan
segala tuntutan dan melaksanakan kefardhuannya –
hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat
yang dilakukannya, melainkan (kecuali); 1. Mengakui
Kalimah Kufur, 2. Mengingkari dharuriyat Agama, 3.
Mendustakan al-Quran yang jelas maknanya, 4.
Menafsirkannya menurut gambaran yang tidak
sealiran dengan teknik bahasa Arab pada semua
keadaan, 6. atau ia melakukan suatu amalan yang
tidak dapat ditafsirkan selain dari kufur.”

You might also like