You are on page 1of 2

Cr.

Haji Hushim bin Haji Salleh Kaunselor Berdaftar 00019 Perakuan Amalan 0007 Tarikh Lahir : 5 Ogos 1956 Tempat Lahir : Pasir Panjang, Kuala Terengganu Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UM Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM Sijil Perguruan Institut Perguruan Temenggung Ibrahim Pengalaman: 1978: Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor 1992: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Selangor 1997: Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, UM 1999: Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, UM 2007: Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi dan kaunseling. Beliau aktif mengadakan program-program pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah menengah dan rendah. Selain itu, beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah dalam programprogram pendidikan keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan. Beliau sering kali kita dapat saksikan di kaca televisyen dan keudara di radio menjadi penceramah motivasi dalam program televisyen dan radio di RTM, Rangkaian Media Prima dan Astro.

Hadis tentang ilmu Daripada Abu Darda, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayapsayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak (hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Petikan ayat quran tentang ilmu

Artinya: Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: Berlapang-lapanglah dalam majlis. maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: Berdirilah kamu. maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Q.S. al-Mujadilah: 11).

You might also like