You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, 34000 TAIPING

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Bil. 1/ 2010

Tarikh : 14 Januari 2010

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Bilik Guru.

Pengerusi : Pn. Toh Bok Lan

Kehadiran (Bilangan) :2

Ahli Yang Hadir : 1. Pn. Toh Bok Lan (Ketua Bidang Kemanusiaan)
2. En. Osman b. Ibrahim (Ketua Panitia Pend. Muzik)

Ahli Yang Tidak Hadir : Tiada

BIL. AGENDA
1. Ucapan Pengerusi

1.1 En. Osman b. Ibrahim selaku Ketua Panitia Pendidikan Muzik


mengucapkan terimakasih kepada Pn. Toh Bok Lan iaitu Ketua Bidang
Kemanusiaan yang sudi hadir bagi mewakili pihak pentadbiran sekolah.
Walaupun cuma seorang sahaja ahli Panitia Pendidikan Muzik namun
mesyuarat panitia harus dijalankan seperti mana yang dikehendaki oleh
pihak sekolah.
1.2 Beliau amat berharap agar Panitia Pendidikan Muzik akan lebih mantap
dengan adanya kerjasama yang baik dari ketua bidang dan pihak
pengurusan akademik sekolah.
1.3 Beliau memberi respon tentang fokus akademik yang telah di terangkan
oleh PK. Pentadbiran Pn. Hjh. Hadebah dalam mesyuarat Kurikulum
Bil.1/2010 yang lalu.
1.4 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat menambahbaikkan
pengurusan Panitia Pendidikan Muzik seterusnya pengajaran
pembelajaran Pendidikan Muzik SMKKP.

Makluman
2. Ucapan Ketua Bidang Kemanusiaan(Pn. Toh Bok Lan)

2.1 Pn. Toh Bok Lan mengucapkan terimakasih kepada En. Osman kerana
sudi menjemput beliau bagi menghadiri mesyuarat Panitia Pendidikan
Muzik Bil.1/2010.
2.2 Beliau menerangkan kepada En. Osman tentang surat siaran sekolah
Bil.1/2010 yang telah diedarkan.
2.3 Terdapat 21 perkara termaktub dalam surat siaran tersebut yang
menyentuh aspek-aspek yang perlu diambil tindakkan oleh semua
Panitia SMKKP( rujuk surat siaran untuk lebih terperinci)

Tindakan: En. Osman

3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

En. Osman membentang minit mesyuarat Bil. 4/2009. Pn. Toh


mencadangkan pengesahan dan disokong oleh En. Osman.

Makluman
4. Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit.

Tindakan En. Osman

5. Sukatan Pelajaran & Rancangan Tahunan.

5.1 En Osman memberitahu sukatan terkini iaitu Sukatan semakan tahun


2003 dari PPK telah digunakan sebagai rujukan.
5.2 Begitu juga dengan Rancangan Pelajaran Tahunan juga masih
menggunakan rancangan tahunan yang diguna pakai sebelum ini.
5.3 Rancangan Tahunan dan sukatan boleh dimuat- turun dari blog Panitia
Muzik SMKKP iaitu alamatnya:
www.smkkppanitiamuzik.blogspot.com.

Tindakan : En. Osman & Pn. Toh Bok Lan

6. Pengajaran & Pembelajaran

6.1 En. Osman memberitahu hanya seorang guru yang mengajar muzik.
Setakat ini cuma terdapat 1 kelas bagi setiap tingkatan iaitu 104,204 &
304. Waktu yg diperuntukkan adalah seperti yg diperuntukkan dalam
pekeliling semasa iaitu 2 waktu dalam jadual rasmi & 3 waktu
kokurikulum luar jadual rasmi. 2 waktu rasmi dalam jadual lebih kepada
penerapan bidang teori & apresiasi. Manakala 3 waktu kokurikulum
lebih kepada kemahiran permainan alat.
Tindakan: Pn. Toh Bok Lan
7. BBM

7.1 En. Osman menerangkan BBM-Menggunakan BBM yg di bekalkan oleh


pihak kementerian. Kibod, gitar, alat perkusi, kompang, alat-alat tiupan,
modul-modul sebagai rujukan. Semuanya terdapat di bilik muzik dan
sedang digunakan sepenuhnya.

Tindakkan: En. Osman

8. Penilaian & Peperiksaan

8.1 En. Osman menerangkan bahawa penilaian & peperiksaan dilakukan 4


kali setahun iaitu ujian 1, 2, pertengahan tahun & akhir tahun. 50% daripada
penilaian tersebut adalah ujian kemahiran amali iaitu nyanyian & permainan
alat.

Tindakkan: En. Osman

9. Program peningkatan Akademik.

9.1 En. Osman menerangkan akan mengekalkan program yand sedia ada
iaitu sampingan/sokongan (10 minit teori sebelum P&P) manakala program
utama( Bengkel Asas permainan alat mengikut tingkatan/ dalam
perjumpaan kokurikulum mingguan)

Tindakkan: En. Osman

10. Hal-hal lain

Tiada.

9. Penangguhan mesyuarat.

-Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ...................................
(Osman b. Hj Ibrahim) (Pn. Toh Bok
Lan)
Setiausaha, Guru Kanan Kemanusiaan
Panitia Pendidikan Muzik
Tarikh: 15 Januari 2010
LAMPIRAN 13
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, 34000 TAIPING

LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT


TAHUN 2009

TAJUK MESYUARAT: MESYUARAT PANITIA BIL. 4/2009 TARIKH: 31 Oktober 2009

BIL. RUJUKAN PERKARA TINDAKAN STATUS CATATAN


MINIT / MS PELAKSANAAN
1 Agenda 5 Perancangan Tahun 2010
5.1 Agihan jadual mengajar-seperti mana
yang diperuntukkan iaitu 5 waktu satu
kelas.
2 Agenda 6 Perancangan Program Peningkatan
Akedamik 2010
-Masih lagi akan diteruskan seperti tahun
2007 iaitu, Program Sampingan-5 hingga 10 Guru Muzik Tahun 2010
minit asas teori sebelum p&p bermula,
Program Utama-Bengkel Muzik (Asas
permainan kompang, asas teori muzik dan
muzik & kehidupan), Sokongan-Seperti
yang dirancang dalam program kokurikulum.

3 Agenda 8 Ketua Panitia perlu mengemaskini bilik


muzik, fail panitia, program-program
peningkatan akademik dan pengajaran
pembelajaran.

Disediakan oleh:

…………………………………
( Osman bin Hj Ibrahim )

You might also like