You are on page 1of 3

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 12 FEBUARI 2009


PERBEZAAN INDIVIDU

Setiap individu mempunyai perbezaan masing-masing. Aspek-aspek perbezaan individu

ini merujuk kepada kepelbagaian sifat dan fitrah yang ada pada seseorang. Perbezaan individu

meliputi dua belas perkara iaitu fizikal, emosi, gaya kognitif dan gaya belajar serta gaya

kreativiti, kesihatan dan penyakit, bangsa, kepercayaan dan agama, bahasa, personaliti, budaya

dan sosial.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan individu ini.

Antaranya ialah dua faktor yang paling besar iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran. Baka

ialah seseuatu yang diwarisi seseorang melalui kedua ibu bapanya samada dari segi paras rupa,

tahap kecerdasan, temperamen,tahap aktiviti, personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan

minat. Manakala persekitaran pula merujuk kepada hubungan dan komunikasi antara seseorang

individu dengan ahli keluarganya dan bagaimana cara dia diasuh, berinteraksi dan sebagainya.

Persekitaran juga termasuklah pengaruh kawan-kawan, media masa dan media cetak, serta lokasi

kediaman, masyarakat sekeliling dan rumah ibadat.


Terdapat tiga teori dalam aspek perbezaan individu ini iaitu teori Ekologi

Bronfenbrenner, teori Perkembangan Pergerakan Arnold Gesell dan teori Tugas Perkembangan

Havighrurst. Selain daripada itu, teori Perkembangan Psikososial Erikson juga turut digunapakai.

Teori Ekologi Bronfenbrenner menekankan bahawa individu berbeza disebabkan oleh

konteks sosial yang berbeza dalam proses perkembangan hidupnya. Terdapat lima faktor yang

mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem

krono.

Manakala teori Perkembangan Pergerakan Arnold Gesell pula menyatakan bahawa baka

adalah penggerak terpenting dalam perkembangan seseorang individu. Beliau percaya bahawa

kematangan merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. Beliau juga

berpendapat bahawa perbezaan individu terjadi kerana tahap kematangan seseorang berbeza dan

perbezaan individu adalah disebabkan oleh perbezaan perwarisan genetik.

Seterusnya ialah teori Tugas Perkembangan Havigrurst pula merujuk kepada jangkaan

dan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap pencapaian sesuatu tingkah laku anak-anak pada

satu masa yang tertentu. Menurut beliau lagi, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh

persekitaran dan perbezaan individu terjadi kerana pengaruh persekitaran yang berbeza.
Teori Perkembangan Erikson pula menegaskan ada lapan tahap yang dilalui dalam proses

perkembangan. Antaranya ialah tahap percaya lawan tidak percaya, autonomi lawan rasa malu,

inisiatif lawan rasa bersalah, industri lawan rasa rendah diri, ideniti lawan kekeliuran peranan,

kemesraan lawan pengasingan diri, generativiti lawan pemusatan kendiri dan kesepaduan lawan

rasa putus asa.

Perbezaan individu meninggalkan implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah dari aspek kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkah

laku mengganggu pembelajaran perbezaan daya kognitif dan gaya belajar serta personaliti.

Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan ketiga-tiga teori tadi untuk berhadapan

dengan perbezaan individu dan kepelbagaian pelajar. Dalam hal ini, sebagai guru saya harus

bijak menghadapi situasi sebegini. Antara alternatif yang akan saya gunakan ialah dengan

membentuk kumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan pengayaan

dan pemulihan setelah sesi perbincangan tamat, menggunakan modul dan alat bantu mengajar

yang terancang.

Selain daripada itu, saya akan menggabungkan antara pelajar yang cerdas dengan pelajar

yang kurang cerdas dalam satu kumpulan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula,

saya akan mengaplikasikan prinsip peneguhan positif dan peneguhan negatif, mengagihkan tugas

mengikut minat dan kemahiran. Dan cara yang terakhir ialah dengan mempelbagaikan bentuk

penilaian samada kuiz, lakonan dan sebagainya serta memberi bimbingan secara individu kepada

pelajar yang bermasalah.

You might also like