You are on page 1of 4

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.

com/

Sistem Tenaga
Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk

kepada bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan badminton, tenaga

digunakan untuk mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di dalam aktiviti berlari dan

melompat dan pergerakan yang memerlukan koordinasi dan imbangan dimana tenaga

diperlukan berterusan.

Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil

adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil

adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil

nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-

merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot, merupakan bahan bakar

yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.

Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah

terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang

berpanjangan. Terdapat tiga sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke sel-sel otot

untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan

oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan

dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan kepada dua iaitu sistem atp-pc

dan sistem asid laktik.


http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

Sistem ATP-PC

ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil

phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima

antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina

semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot

membantu membina semula ATP.

Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam

latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa

beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini

boleh ditingkatkan.

Sistem Asid Laktik

Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri
daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di
dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan
menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot
akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan
kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil
masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan.

Sistem Aerobik
http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan

penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui

sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit

kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid

pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih

daripada sistem yang lain.

Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti marathon seseorang pelari

mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana kehabisan bahan bakar glikogen

dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin untuk menamatkan larian.

Sumbangan Sistem Tenaga Kepada Sukan

Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan sukan cuma

persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan olahraga,

acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem

anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan

dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem

aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem aerobik

beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.

Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukar-ganti

penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton rally pendek, ia mendapat

bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakala perlawanan yang

berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola
http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang

menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.

You might also like