You are on page 1of 20

NILAIAN BAJET NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2007

Disediakan Oleh : Mohd Arief Akmal Bin Adnan

Pendahuluan

Negeri Kedah telah mencapai kemajuan yang pesat dalam membangunkan

ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Walaupun Kerajaan Negeri Kedah

berhadapan dengan keadaan yang sukar dan tidak menentu keadaan persekitaran negara

kebelakangan ini. Pengurusan Belanjawan Kerajaan Negeri Kedah sehingga tahun 2007

menunjukkan peningkatan yang berterusan selari dengan negeri-negeri yang lain di dalam

Persekutuan Malaysia. Dengan dasar ekonomi yang cekap dan efisen serta dibantu oleh

pengurusan pentadbiran yang baik daripada Kerajaan Negeri Kedah telah membuka

peluang-peluang pelaburan dalam negeri baik dalam bidang perindustrian, pembinaan,

pertaniaan, pembuatan, perusahan mahupun perlancongan yang banyak tertumpu di

daerah-daerah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti kawasan Alor

Setar, Sungai Petani, Kulim dan Langkawi. Disamping mengukuhkan Pentadbiran

Kewangan Negeri Kedah juga dengan bijak membuat perancangan di dalam bajet-bajet

sebelum ini bagi mengariskan halatuju perbelanjaan kerajaan negeri supaya ianya betul-

betul mencapai sasaran dan matlamat untuk Pembangunan Negeri Kedah yang sejahtera.

Bajet yang dibentangkan ini bagi Tahun 2004 hingga Tahun 2007 bukan sahaja

merupakan instrumen kewangan bagi mencapai kesinambungan kepada bajet yang telah

1
dibentangkan di peringkat persekutuan, malahan ianya merupakan perancangan bagi

Kerajaan Negeri Kedah bagi mewujudkan daya ketahanan ekonomi yang mampu

bertindak balas kepada sebarang kejutan ketidaktentuan ekonomi global dengan memberi

fokus yang lebih kepada aktiviti ekonomi negeri bagi menjana pembangunan dalam

negeri khususnya untuk kesejahteraan rakyat negeri kedah. Bajet ini adalah perancangan

kewangan bagi Kerajaan Negeri Kedah meningkatkan prestasi dalam mencapai matlamat

selari dengan Pelan Tindakan Kedah maju 2010 seterusnya mencapai sasaran Wawasan

2020.

Asas yang kukuh dan ketahan sektor koprat dan kewangan dalam negara bersedia

memberi manafaat daripada persekitaran ekonomi Negeri Kedah. Kejayaan Kerajaan

Negeri Kedah melaksanakan dasar-dasar awam yang baik dan cekap serta pengurusan

kewangan efisen dan fleksibel telah memberikan impak yang positif kepada perancangan

belanjawan yang telah dilakukan dan ianya telah mewujudkan suasana kestabilan

ekonomi, politik dan sosial yang merupakan asas yang perlu untuk menjamin kebajikan

dan kesejahteraan masyarakat. Pertumbuhan negara yang baik sepanjang tahun 2004

hingga 2007 ini telah merancakkan pertumbuhan ekomomi Negeri Kedah yang lebih baik

dan meyakinkan. Semua sektor memperolehi pertumbuhan yang positif dengan sektor

pembuatan dan perkidmatan mencatatkan pertumbuhan yang tinggi diikuti dengan sektor

pertanian.

Difinisi Belanjawan

Belanjawan yang merupakan bidang yang paling besar di dalam Pentadbiran

Kewangan Negeri Kedah yang mana ianya merupakan otak kepada sistem Pentadbiran

2
Kewangan Negeri kerana ianya akan mengatur sistem pendapatan dan perbelanjaan wang

Kerajaan Negeri. Belanjawan melihat kepada satu set perancangan yang dibuat oleh

Kerajaan Negeri untuk pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan dasar yang telah

ditetapkan dengan melihat peruntukan kewangan yang hendak disalurkan untuk

menjayakan perancangan yang telah ditetapkan. Menurut Samihal Khalil et al (2008)

belanjawan boleh didifinasikan sebagai satu rancangan untuk mencapai program-program

kerajaan yang bersabit dengan objektif dan matlamat yang hendak dicapai bagi satu

tempoh tertentu melalui anggaran sumber yang diperlukan dan membandingkan dengan

sumber yang dianggarkan tahun lepas. Belanjawan yang dibuat akan dilakukan pada 1

Januari tahun fiskal belanjawan tersebut dengan pihak bendahari negeri akan

mengeluarkan waran peruntukan kepada semua jabatan dan bahagian yang terlibat untuk

melaksanakan perancangan yang telah dibuat di dalam belanjawan pada tahun tersebut

(Noor Shaadah Ahmad, 2009).

Pendekatan Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 Hingga Tahun 2007

Pendekatan yang telah diterapkan di dalam bajet 2004 hingga 2007 lebih tertumpu

kepada pencapaian pelan tindakan kedah maju 2010. pendekatan yang diambil oleh

kerajaan Negeri kedah ialah melaksanakan program–program pembangunan untuk

melonjakkan dan memaksimumkan nilai pendapatan demi kesejahteraan rakyat. Ini boleh

dilihat dengan trend peningkatan dari tahun 2004 hingga 2005 dengan sejumlah

peruntukan yang besar telah di salurkan dalam Perbelanjaan Pembangunan sepanjang

bajet. Pelaksanaan program ini mengcergaskan aktiviti ekonomi dengan pelbagai

ransangan dibantu oleh pihak kerajaan persekutuan dan pihak swasta yang lebih aktif

3
berdasarkan ransangan pengunaan dalan negeri dan kepelbagaian sumber pertumbuhan

ekonomi. Kerajaan Negeri Kedah juga berusaha meningkatkan keberkesanan Pengurusan

Kewangan Kerajaan Negeri Kedah dan kecekapan sistem pencapaiaan melalui penerapan

budaya kerja yang propesional bagi meminimumkan kos dan mengurangkan pembaziran.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi memajukan taraf

perkhidmatan pentadbiran dengan pelbagi sistem ICT telah diperuntukan dalam Bajet

Tahun 2004 hingga Tahun 2007. Agenda sosial rakyat juga menjadi strategi kepada

Kerajaan Negeri Kedah dalam mencorakkan kesejahteraan pembangunan yang stabil dan

mampan di dalam negeri. Pelbagai kemudahan dan prasaranan telah dibangunkan

melalui perancangan Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007 untuk kemudahan rakyat bagi

merialisasikan agenda pembangunan sosio ekonomi yang lebih menyeluruh dan

seimbang supaya agihan kekeyaan negeri lebih saksama dan manfaat kepada rohani dan

jasmani. Pelaksanaan sukan sukma tahun 2006 juga dilihat merupakan pendekatan yang

diterapkan bagi memantapkan modal insan dalam aktiviti sukan dan meningkatkan kualiti

prasarana sukan dalam Negeri Kedah membolehkan negeri ini setanding dan tidak

ketinggalan dalam pembangunan sukan negera bagi melahirkan atlit yang berwibawa.

4
Komponen Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 Hingga Tahun 2007

ANGGARAN
BEKALAN AIR
ANGGARAN BAJET 2007
PEMBANGUAN BAJET 2006
ANGGARAN BAJET 2005
PERBELANJAAN BAJET 2004

ANGARAN HASIL

0 50 100 150 200 250 300 350 400 450 500

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga 2007

Komponen belanjawan yang terlibat di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

ialah sama dengan negeri lain. Ianya terdiri daripada Hasil Negeri iaitu, Hasil Cukai,

Hasil Bukan cukai dan Terimaan Bukan Hasil yang mana ketiga-tiga perkara ini menjadi

perkara yang begitu penting dalam kompenen hasil Negeri Kedah. Hasil Cukai Negeri

Kedah ialah segala perolehan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri melalui kutipan cukai

yang telah dikenakan dalam Negeri Kedah iaitu Cukai Langsung seperti hasil daripada

tanah, lombong dan hutan. Bagi Hasil Bukan Cukai ialah segala pembayaran yang

ditetapkan daripada lesen-lesen yang dikeluarkan, bayaran dalam mahkamah selain

daripada mahkamah persekutuan dan bayaran bayaran dan penerimaan daripada

perkhidmatan tertentu yang dijalankan oleh Jabatan Kerajaan Negeri (Noor Shaadah

Ahmad, 2009). Selain itu Kerajaan Negeri juga akan menerima pemberian atau geran

daripada Kerajaan Persekutuan, sewaan, terimaan daripada jualan tanah dan harta negeri,

zakat, fitrah, baitumal dan hasil agama islam serta harta karun.

5
Manakala bagi komponen perbelanjaan Negeri Kedah ianya terdiri daripada

Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan. Sejumlah besar hasil kerajaan

Negeri Kedah akan dirancang dan digunakan dalam perbelanjaan-perbelanjaan ini.

Perbelanjaan ini adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan Negeri Kedah dalam

merancang dan melaksanakan program-program dan projek-projek bagi memcapai

matlamat dasar-dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah. Perbelanjaan ini

juga akan memberi maklumat sejauh mana kos-kos yang dikeluarkan dalam mencapai

matlamat perbelanjaan Negeri Kedah. Perbelanjaan Mengurus ialah segala perbelanjaan

yang diperlukan untuk mengerakkan struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

manakala Perbelanjaan Pembangunan ialah segala perbelanjaan yang akan dikeluarkan

dalam jangka masa yang panjang yang berkaitan segala projek yang akan dibuat dan

dilaksanakan dalam tahun fiskal belanjawan itu dirangka, bagi perbelanjaan

pembangunan ianya melibatkan satu jumlah peruntukan yang besar dan mempunyai

faedah yang besar kepada rakyat Negeri Kedah.

Angaran Perolehan Kerajaan Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2004 hingga 2007.

PEROLEHAN BAJET TAHUN 2004 HINGGA


TAHUN 2007
HASIL CUKAI (RM680,136,511,00)

HASIL BUKAN CUKAI


(RM143,066,981,00)
TERIMAAN BUKAN HASIL
(RM675,162,965,00)

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga 2007

6
Angaran perolehan bagi Negeri Kedah Darul Aman bermula dari Tahun 2004

hingga Tahun 2007 adalam menunjukkan trend ataupon corak meningkat dengan sekata.

Bagi Tahun 2004 adalah berjumlah RM 318,278,945.00 meningkat pada Tahun 2005

kepada RM 352, 122,653 kemudiannya kepada RM 399,529,130.00 pada Tahun 2006

dan meningkat dengan besar pada Tahun 2007 berjumlah RM 457,435,720.00 yang

diperoleh daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.

Perolehan ini adalah penjanaan daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijangka akan

diperoleh berdasarkan perkembangan perolehan dari tahun 2004 hingga ke tahun 2007.

300,00
Millions

250,00

200,00

150,00 Hasil cukai

100,00

50,00
0,00
bajet 2004 bajet 2005 bajet 2006 bajet 2007

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga 2007

Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri kedah Darul Aman terdiri daripada

Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil . Hasil Cukai adalah hasil

yang patut dikutip berdasarkan peruntukan undang-undang Negeri dan peraturan yang

berkuatkuasa manakala hasil Bukan Cukai adalah hasil yang dikenakan terhadap

7
perkhidmatan yang diberi mengikut peraturan yang ditetapkan. Terimaan Bukan Hasil

pula ialah kutipan yang bukan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Negeri dan

peraturan yang berkuatkuasa seperti pemberian dan caruman yang diperolehi daripada

kerajaan persekutuan (Laporan Ketua Audit Negara, 2007). Secara amnya hasil yang

dikutip oleh kerajaan Negeri Kedah dalam nilaian bajet ini ialah RM

1,527,606,976.00.Bagi Hasil Cukai dibawah kod aktiviti 60000, anggaran Perolehan pada

keseluruhan Bajet bermula dengan Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007 ini dijana

melalui Cukai Langsung dibawah kod aktiviti 61000 dan Cukai Tidak Langsung dibawah

kod aktiviti 62000 yang dikutip oleh pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Angaran perolehan bagi Cukai Langsung ini datang dari Cukai Tanah, Sewa Galian,

Cukai Tali Air dan lain-ain Cukai Langsung adalah berjumlah RM RM 330,096,291.00

dan perolehan tertinggi yang dijangka dapat dikutip adalah RM 129,584,540.00 adalah

bagi Bajet Tahun 2007. Manakala cukai Tidak Langsung adalah dianggarkan sebanyak

RM 293,040,220.00 yang dikutip atas perkara Duti yang mewakili Cukai Hiburan,

Royalti Pengeluaran Bahan Batuan dan Hutan serta lain-lain Premium serta lain–lain

Cukai Tidak Langsung.

Perolehan Hasil Bukan Cukai dibawah kod aktiviti 7000 pula anggaran beroleh

bagi nilaian Bajet tahun 2004 hingga Tahun 2007 ini adalah berjumlah RM

143,066,981.00 akan berjaya dikutip oleh kerajaan Negeri Kedah. Hasil Bukan Cukai

adalah disumbangkan melalui kutipan Lesen, Bayaran pendaftaran dan permit, bayaran

dan bayaran Perkhidmatan, Perolehan dan Jualan Barang, sewaan, Keuntungan Dan

Perolehan dari Pelaburan serta Denda dan Hukuman. Bagi perolehan Terimaan Bukan

8
Hasil dibawah kod aktiviti 8000 yang mana seperti pemberian balik perbelanjaan dan

terimaan daripada agensi-agensi kerajaan ianya adalah berjumlah RM 675,162,965.00.

Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri Kedah bagi tempoh 4 tahun iaitu 2004

hingga 2007 terdiri daripada Cukai tanah, permium Tanah, tunggakan Cukai Tanah,

pemberian Caruman atau Caruman Kerajaan Persekutuan dan bayaran pendaftaran

Suratcara Urusan tanah adalah seperti di dalam jadual.

Kod Butiran Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Jumlah
Aktiviti (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)

61201 Cukai Tanah 40,000,000.00 41,600,000.00 53,000,000.00 96,000,000.00 230,600,000.00


62705 Premium 30,000,000.00 52,000.000.00 57,000,000.00 87,000,000.00 226,000,000.00
Tanah
61205 Tunggakkan 15,800,000.00 16,000.000.00 18,856,000.00 26,500,000.00 77,156,000.00
cukai Tanah
71318 Bayaran 10,000,000.00 12,100,000.00 13,261,000.00 19,900,000.00 55,261,000.00
Pendaftaran
Urusan
Tanah
82309 Pemberian 24,573,864.00 25,000,000.00 26,000,000.00 26,000,000.00 101,573,864.00
mengikut
Penduduk

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga Tahun 2007

Angaran Belanjawan Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2004 Hingga Tahun 2007

9
Pada Tahun 2004 Kerajaan Negeri Kedah mengagihkan belanjawan kepada tiga

sektor utama iaitu sektor Mengurus sebanyak 1,608,660,791.00 seterusnya sektor

Pembangunan sebanyak RM 1,040,497,260.00 telah diperuntukkan dan sektor Bekalan

Air sebanyak RM 1,177,026,430.00. ketiga-kita sektor ini menyumbang kepada

pergerakan pentadbiran kerajaan negeri dalam menyampaikan perkidmatan dan

pembangunan di dalam Negeri Kedah bermula tahun 2004 hingga tahun 2007. Bagi

angaran perbelanjaan ini lima kod aktiviti asas yang dibunakan iaitu kod aktiviti 10000

bagi Emolumen, kod aktiviti 20000 bagi Perkhidmatan dan Bekalan, kod aktiviti 30000

untuk Aset, kod aktiviti 40000 bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan kod

aktiviti 50000 bagi Lain-Lain Perbelanjaan.

Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Dari Tahun 2004

Hingga Tahun 2007

60000000

50000000

40000000
MENGURUS
30000000
TERTANGGUNG
20000000 PERBEKALAN
10000000

0
BAJET 2004 BAJET 2005 BAJET 2006 BAJET 2007

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga Tahun 2007

10
Terdapat dua komponen di dalam Perbelanjaan Mengurus di dalam Negeri Kedah

iaitu Perbelanjaan Tangungan dan Perbelanjaan Perbekalan yang telah diperuntukan

sebanyak RM 1,608,660,791.00. Bagi Perbelanjaan Tangungan yang mana perbelanjaan

ini telah dipertangungkan terus kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan telah

diperuntukan anggaran sebanyak RM 63,539,439.00. Perbelanjaan ini diperakaukan ke

akaun hasil disatukan yang diperuntukan oleh perkara 98,100,101,102 dan 104

perlembagaan persekutuan serta Seksyen 13 akta prosedur kewangan 1957. Mengikut

peruntukan ini perbelanjaan tangungan adalah perbelanjaan yang dipertangungkan terus

kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan seperti peruntukan Diraja, Dewan Ngeri, Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri (Laporan Ketua Audit Negara, 2007). Perbelanjaan

Tertangung ini juga merupakan pembayaran bagi membiayai komitmen Kerajaan Negeri

kepada beberapa pihak yang diberi kedudukan istimewa dan juga bagi mengurangkan

pengaruh kerajaan ke atas keputusan – keputusan yang dibuat oleh pihak tersebut

(Samihah Khalil et al, 2008, 66). Angaran perbelanjaan ini merujuk kepada Peruntukan

Diraja, Speker Dewan Undangan Negeri, Suruhanjaya Perkidmatan Awam Kedah,

Hutang Kerajaan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri yang mana bayaran ini

melalui kod T. Pembayaran dalam perbelanjaan ini tidak memerlukan kelulusakan Majlis

Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman untuk disalurkan akan tetapi hanya

memerlukan Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman sahaja di waran peruntukan.

Perbelanjaan Perbekalan telah diangarkan menerima peruntukan sebanyak RM

1,013,098,648.00 bagi Tahun 2004 hingga Tahun 2007. Perbelanjaan ini merupakan

semua jenis perbelanjaan yang dilakukan bagi membiayai aktiviti harian jabatan-jabatan

11
kerajaan Negeri Kedah. Jabatan ini bertangungjawab dalam menyediakan perkidmatan –

perkidmatan yang penting kepada masyarakat Negeri Kedah. Pihak kerajaan Negeri

Kedah menanggung Kos yang berterusan dalam memastikan masyarakat mendapat

perkidmatan seperti yang telah ditulis didalam senarai perlembagaan dan dokumen

perundangan dibawah tangungjawab kerajaan Negeri Kedah. Bagi perbelajaan

Perbekalan ini ianya tidak dipertangungjawab terus kepada Kumpulan Wang Yang

Disatukan. Ini bermakna pengeluaran agihan perbelanjaan perbekalan memerlukan

kelulusan Majlis Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Melalui Rang Undang-

Undang Perbekalan Negeri Kedah sebelum perbelanjaan ini dapat dikeluarkan.

Sebagaimana umum ketahui perbelanjaan ini merangkumi perkara Emolumen,

Perkidmatan & Bekalan, Aset, Pemberan & Kenaan Bayaran Tatap dan Perbelanjaan lain.

Kod Butiran Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Jumlah
Aktiviti (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)
10000 Emolumen 135,911,148.00 143,401,057.00 155,424,504.00 158,284,862.00 593,021,571.00
20000 Perkhidmatan 61,358646.00 71,748,990.00 69,542,376.00 74,100,176.00 276,750,188.00

dan Bekalan
30000 Aset 9638,000.00 16,375,500.00 10,333,220.00 9,110,680.00 45,457,400.00

40000 Pemberian 124,644,780.00 131,365,010.00 171,605,010.00 225,080,00 427,839,880.00

dan Kenaan
Bayaran
Tetap
50000 Lain-Lain 8,337,806.00 10,155,342.00 12,418,342.00 9,825,342.00 40,739,832.00

Perbelanjaan

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga Tahun 2007

Perbelanjaaan Pembangunan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Dari Tahun

2004 Hingga Tahun 2007

12
Perbelanjaan Pembangunan juga dikenal sebagai perbelanjaan modal.

Perbelanjaan ini tidak berulang-ulang kerana ianya melibatkan peruntukan yang besar

dan pulangannya kepada kepentingan Kerajaan Negeri Kedah dan masyarakat khususnya

diperolehi dalam jangka masa yang panjang. Trend menunjukkan Perbelanjaan

Pembangunan bagi Negeri Kedah meningkat bagi Bajet Tahun 2004 ke Bajet Tahun

2005. kemudia ianya menurun pada anggaran Bajet Tahun 2006 dan seterusnya

meningkat dengan tinggi sekali bagi anggaran Bajet tahun 2007. Kerajaan Negeri Kedah

juga memperolehi pinjaman daripada Kerajaan persekutuan berjumlah RM

199,643,760.00 dan Dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri sebanyak RM

840,853,520.00 Ini menunjukan anggaran Perbelanjaan Pembangunan Bagi Negeri

Kedah dari Tahun 2004 hingga Tahun 2007 ialah berjumlah RM 1,040,497,260.00.

Bajet Tahun 2007 merupakan anggaran Perbelanjaan Pembangunan yang tertinggi iaitu

sebanyak RM 335,430,170.00 yang telah diperuntukkan bagi aktiviti pembangunan

Negeri Kedah. Peningkatan ini juga boleh dilihat dari peningkatan harga barangan dan

perkhidmatan yang ditawarkan. Angaran perbelanjaan Pembangunan ini disalurkan

melalui Kumpulan Wang Pembangunan yang fungsinya ialah bagi mengakaun terimaan

dan bayaran pembangunan. Terimaan yang di perakaunkan ke kumpulan Wang ini terdiri

daripada sumber Negeri iaitu Bayaran Balik Pinjaman dari Agensi Kerajan Negeri,

Perumahan Awam Kos Rendah dan Sumbangan Kumpulan Wang Negari (Laporat Ketua

Audit Negara,2007). Selain dari itu Kerajaan Negeri Kedah juga menerima sumber

persekutuan seperti Pindahan Dari Akaun Pinjaman Disatukan, Pemberian Pertambahan

hasil, Pemberian Tahap Pembangunan Dan ekonomi Serta Kesejahteraan Hidup,

13
Perumahan Awam Kos Rendah dan Pindahan Dari Kumpulan Wang Penyelenggaraan

Jalan-Jalan Negeri.

Trend ekonomi yang stabil juga membolehkan banyak projek-projek

pembangunan seperti Projek Awam Kos Rendah, Pembinaan Pusat Latihan, Pembanguan

Kemudahan Sukan Negeri Kedah dan sebagainya. Kebanyakkan perbelanjaan ini banyak

diperuntukkan bagi Pembangunnan Kemudahan Sukan kerana berlansungnya SUKMA

pada tahun tersebut dan beberapa kejohanan sukan peringkat Kebangsaaan dan

Antarabangsa di dalam Negeri Kedah. Perbelanjaan ini akan disalurkan mengikut

Jabatan-Jabatan yang terlibat secara langsung dalam membangunkan Negeri Kedah

dalam Tahun 2004 hingga 2007 iaitu sebanyak RM 100,495,040.00 akan diperuntukan

kepada Pejabat Setiausah Negeri bagi urusan Pembangunan yang telah di programkan

sebelum ini. Sesuai dengan fungsinya yang pelbagai dan suatu jabatan yang besar yang

merupakan tonggak Pentadbiran Negeri Kedah dalam merangka satu program

pembangunan yang seimbang dalam Negeri Kedah ini seperti rancangan-rancangan

kemajuan, projek pembanguan dan sebagainya. Seterusnya RM 30,000,000.00 telah

diperuntukan kepada Pejabat Kewangan Negeri manakala jabatan Kerja Raya Negeri

maperolehi RM 56,100,010.00 bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur jalan dan

bangunan milik Kerajaan Negri Kedah. Jabatan pertanian menerima angaran berjumlah

RM 8,400,000.00 dan Jabatan Perkidmatan Haiwan menerima peruntuak Berjumalah RM

3,200,000.00. Jabatan Pengairan dan Saliran menerima RM 12,060,010.00 bagi menaik

taraf kemudahan saliran. Jabatan Hutan menerima peruntukan pembangunan sebanyak

RM 7,500,000.00 manakala sejumlah kecil peruntukkan diberikan kepada Pejabat

14
Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) bagi proses pengambilan tanah iaitu sebanyak RM

100,000.00.

Analisis Peningkatan Dan Penurunan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Negeri

Kedah Darul Aman Dari Tahun 2004 Hingga Tahun 2007

Melihat kepada analisis ini Perbelanjaan Pembangunan terus meningkat bermula

anggaran Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007 dan ini selaras dengan pelan Tindakan

Kedah Maju 2010 untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan meyokong pelaburan

dalam Negeri Kedah dengan penyediaan prasarana-prasana yang lengkap. Penekanan

lebih ditumpukan bagi meningkatkan perstasi pentadbiran Kerajaan Negeri melaui

mekanisma perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang lebih baik. Program dan

projek ditentukan mengikut keutamaan berdasarkan keperluan, kumpulan sasaran dan

perkara-perkara yang dapat menjana impak positif kepada sosio ekonomi Negeri Kedah.

Sebahagian perbelanjaan ini disalurkan kepada sektor ekonomi dan sosial seperti

menyediakan perumahan awam dan pengurangan jurang pembanguna di antara Daerah

dalam Negeri Kedah.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan yang telah diperuntukkan dalam Tahun

2004 hingga Tahun 2007 ialah berjumlah RM 1,040,497,260.00. Ia juga dipecahkan

mengikut sektor yang telah dipilih iaitu sebahagian besar anggaran Peruntukan

Pembangunan berjumlah RM 511,225,070.00 disalurkan kepada sektor Infrasruktur

diikuti sektor Pentadbiran berjumlah RM 239,855,210.00 di ikuti oleh sektor Agama &

15
Sosial berjumlah RM 137,428,880.00 kemudiannya sektor Pertanian RM 69,800,090.00

dan akhir sekali ialah sektor Sukan iaitu berjumlah RM 82,988,010.00

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga Tahun 2007

16
Angaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Pembangunan Bekalan Air Tahun 2004

Hingga Tahun 200

NILAIAN BAJET BAGI PEMBANGUNAN


BEKALAN AIR TAHUN 2004 HINGGA 2007
(RM 1,177,026,430,00)

DARI KUMPULAN WANG NEGERI


(RM 637,426,220,00)
DARI KUMPULAN WANG
PINJAMAN (RM 539,600,230,00)

Sumber : Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 hingga Tahun 2007

Bagi Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007, sejumlah RM 1,177,026,430.00

diangarkan bagi pendapatan Bekalan Air bagi Tahun 2004 hingga Tahun 2007

dipecahkan kepada tajuk Pengurusan Bekalan Air, Pembayaran Balik Pinjaman,

Perbelanjaan Pembangunan dan Perbelanjaan Mengejut. Daripada jumlah keseluruhan

Anggaran Hasil Bekalan Air yang dapat dipungut daripada Pengunaan Air Bersih dalam

Negeri Kedah ialah berjumlah RM 627,840,000.00. Pendapatan ini diangarkan diperoleh

daripada pengunaan Air yang dirawat daripada loji –loji rawatan air yang terus disalurkan

kepada melalui sektor perumahan, sektor perindustrian, pertanian dan perbagai sektor-

sektor yang menggunakan air belakan air bersih. Jumlah Angaran Pendapatan Bekalan

Air juga adalah hasil daripada Permindahan dari Akaun Pinjaman, Pemberian Dari

Pertambahan Hasil Persekutuan dan Kurangan Dalam Tahun Semasa. Perbelanjaan

Pengurusan Bekalan Air bagi nilaian Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007 adalah

17
berjumlah RM 533,550,000.00 yang dibuat oleh Jabatan Air Negeri Kedah (JBA) melalui

kod aktiviti 01000 hingga kod aktiviti 12000 dalam Aktiviti Pengurusan Bekalan Air.

Angaran Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Bekalan Air Bajet Tahun 2004

hingga Bajet Tahun 2007 adalah berjumlah RM 421,090,670.00 dibuat melalui kod

aktiviti 15000 hingga 43000. Melalui peruntukan ini pelbagai projek pembangunan

bekalan air telah dilakukan seperti projek-projek Bekalan Air Kampung ke Kampung,

Bekalan Air Daerah, Modisifikasi Pengurusan Bekalan Sistem Bekalan Air, Pembaikan

Logi dan Retikulasi, Pembinaan Logi-Logi Rawatan Air Baru dan sebagainya. Pegawal

Pengawal yang bertanggungjawab ke atas semua Perbelanjaan dan Pengurusan ini ialah

Pengarah Jabatan Air Negeri Kedah Darul Aman.

Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2004 Hingga Tahun 2007 : Satu Pandangan

Secara keseluruhan pendekatan Bajet Tahun 2004 hingga 2007 adalah

bersandarkan kepada pencapaian pelan Kedah Maju 2010. Segala aktiviti pengurusan

dan pembangunan yang telah dirancangkan adalah bagi memaksimakan pengunaan

sumber hasil yang telah diperoleh oleh kerajaan Negeri Kedah. Mengikut nilaian ini

kerajaan Negeri Kedah berjaya menjana perolehan berjumlah RM 1,527,606,976.00

sepanjang bajet ini. Ianya merupakan segala perolehan yang harus dikutip oleh Jabatan-

jabatan yang terlibat dalam memberikan sumber perolehan berdasarkan bidang kuasa

yang telah diberikan.peroleh ini juga akan membantu Kerajaan Negeri Kedah mencipta

dan menguruskan pelaksanaan program yang dapat membangunkan sosio ekonomi yang

lebih seimbang dalam Negeri Kedah. Bajet ini telah memperuntukan RM

18
1,608,660,791.00 bagi Perbelanjaan Pengurusan Pentadbiran Negeri Kedah dan RM

1,040,497,260.00 bagi merancakkan pembangunan dalam Negeri Kedah. Peningkatan

bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembanggunan berlaku dalam setiap bajet

bermula dari Tahun 2004 hingga Tahun 2007 berjumlah RM 339,890,380.00 pada Tahun

2004 meningkat kepada RM 476,401,060.00 pada Tahun 2007 adalah mungkin

disebabkan seperti ketidakstabilan ekonomi global, kenaikan bahan mentah, kenaikan

harga minyak dunia yang mempengaruhi ekomoni semasa, tekanan inflasi dan kadar

faedah global. Peningkatan ini juga disebabkan pelbagai dasar-dasar baru pentadbiran

dan pembangunan yang telah dilaksanakan dalam Negeri Kedah bagi menjana

pertumbuhan ekonomi negeri disamping mengiatkan pelaksanaan projek-projek

pembangunan yang penting seperti yang telah dirancang menerusi Pelan Kedah Maju

2010, RMK 8 ,RMK 9, dan Wawasan 2020.

Kesimpulan

Jika dilihat nilaian Bajet Tahun 2004 hingga tahun 2007 telah mencorakkan

pelbagai perancangan pengurusan dan pembangunan yang berkesan bagi mencapai

matlamat Pelan Kedah Maju 2010 selaras dengan kemampuan sumber Kerajaan Negeri

dan selaras dengan pembangunan di peringkat persekutuan agar Negeri Kedah berada

dalam landasan yang betul dan selari dengan negeri-negeri lain dalam malaysia. Bajet

yang telah digunapakai ini telah memberikan impak yang besar dalam sosio ekonomi

masyarakat melalui penambahbaikan pembangunan dan kemajuan Negeri Kedah

khususnya yang telah disokong dengan pentadbiran kewangan yang cekap dan baik bagi

mengagihkan kesaksamaan hasil pendapatan negeri kepada masyarakat Negeri Kedah.

19
Kejayaan Bajet Tahun 2004 hingga Tahun 2007 ini juga di sokong dengan kemantapan

politik, kestabilan ekonomi, kewangan dan keadilan sosial, berlatarbelakangkan suasana

yang sejahtera dalam Negeri Kedah Darul Aman,

20

You might also like