You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM,

SEKOLAH KEBANGSAAN GAAL PASIR PUTEH KELANTAN TAHUN 2010,

Tarikh : 26 Januari 2010

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Gaal

Kehadiran : Tidak hadir :

Muhammad Rizam Bin Bakri Nor Amidar Binti Zaidi

Harmizi Bin Musa Nur Akma Binti Muhammad

Muhammad Bashir Bin Bakar Fatimah Binti Ahmad

Muhd Qamarul Idzuan Kamaruzaman Mohd Hakimi Bin Latiff

Ahmad Zharif Bin Razali Muhammad Iqram Bin Rahim

Muhammad Akmal Bin Sungkanah Amirol Anuar Bin Zainal

Muhammad Shafiq Bin Rahim

Muhammad Zaid Bin Zaki

Nor Fazurah Binti Muharram

Nuramira Binti Azuan

Nurfarisha Binti Ahmad

Nurin Izzati Binti Abdul Rahim

Nurul Aisyah Binti Ismail

Ahmad Syamimi Bin Irfan

Turut hadir : Encik Azemi bin Ismail (Penolong Kanan HEM)

Cik. Haslinda Binti Mohamad Saad ( Penolong Kanan Ko-kurikulum)

Pn. Alwani Bt. Abdul Halim ( Penyelaras Unit Beruniform)


1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan “selamat sejahtera dan selamat


datang” kepada semua ahli jawatankuasa unit beruniform.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yang


sangat memuaskan.

1.3 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah


untuk membincangkan perkhemahan bersepadu unit beruniform yang
akan diadakan.

Tindakan: Makluman

2. Perbincangan Pelaksanaan Kertas Kerja Perkhemahan

2.1 Setiausaha unit beruniform Pengakap menyatakan bahawa dalam kertas


kerja yang akan dibuat, mestilah mengandungi maklumat-maklumat
pentung seperti tajuk, aktiviti yang akan dijalankan, keselamatan, kos
perbelanjaan, cadangan tarikh, tempoh pelaksanaan program, lokasi yang
strategik untuk perkhemahan, kumpulan sasaran, pengangkutan, makanan
dan senarai AJK pelaksanaan program.
Tindakan: Makluman

3. Perbincangan Tentang Perkhemahan Tahunan

3.1. Tempat, Tarikh, Bilangan Hari dan Kumpulan yang terlibat

3.1.1 Muhammad Bashir B. Bakar mencadangkan lokasi perkhemahan


diadakan di Hutan Lipur Kanching, Rawang Selangor.

Tindakan: Pengerusi.

3.1.2 Harmizi Bin Musa pula mencadangkan bahawa lokasi


perkhemahan diadakan di Ulu Yam, Selangor

Tindakan: Pengerusi.
3.1.3 Rundingan membincangkan dan sebulat suara memilih Hutan
Ulu Yam, Selangor sebagai lokasi perkhemahan

Tindakan: Makluman.

3.1.4 Muhd Qamarul Idzuan mencadangkan tarikh pada 15 Mac 2010


hingga 17 Mac 2010 ini bagi perkhemahan unit beruniform kerana pada
tarikh tersebut terdapat kekosongan aktiviti berlandaskan takwim
institut.

Tindakan: Pengerusi

3.1.5 Cik. Haslinda Binti Mohamad Saad mencadangkan kumpulan


yang terlibat bagi perkhemahan ini ialah ahli-ahli unit beruniform yang
berada dalam tahun 5 supaya mereka didedahkan dengan satu
pengalaman dan ilmu tentang perkhemahan yang dapat supaya dapat
diaplikasikan dan digunakan di masa akan datang.

Tindakan: Makluman

3.2. Pelantikan AJK pelaksanaan

3.2.1 Pengerusi mencadangkan AJK pelaksanaan perkhemahan


kepada beberapa unit iaitu :

 AJK peralatan
 AJK makanan dan minuman
 AJK kebajikan
 AJK sukan dan riadah
 AJK kerohanian
 AJK alat / tugas khas
 AJK hadiah dan sijil
 AJK kewangan
Tindakan: Makluman

3.2.2. Pelantikan AJK pelaksanaan perkhemahan :

 AJK peralatan
Harmizi Bin Musa (K)
Nurakma Nur Akma Binti Muhammad

 AJK makanan dan minuman


Muhammad Bashir Bin Bakar (K)
Nurfarisha Bt. Ahmad

 AJK kebajikan
Muhd Qamarul Idzuan Kamaruzaman (K)
Nor Fazurah Binti Muharram

 AJK sukan dan riadah


Ahmad Zharif Bin Razali (K)
Muhammad Akmal Bin Sungkanah

 AJK kerohanian
Muhammad Rizam bin Bakri (K)
Nor Amidar Binti Zaidi

 AJK alat / tugas khas


Ahmad Syamimi Bin Irfan (K)
Nurul Aisyah Binti Ismail

 AJK hadiah dan sijil

Muhammad Iqram Bin Rahim (K)

Nurfarisyah Binti Ahmad

 AJK kewangan

Nurin Izzati Binti Abdul Rahim

Tindakan : Makluman
4. Perbincangan mengenai urusan pengangkutan dan perbelanjaan

4.1 Pengangkutan :

4.1.1 Untuk program perkhemahan bersepadu unit beruniform, hanya


akan menggunakan sebuah bas sahaja iaitu bas sekolah.

Tindakan : pengerusi

4.2 Perbelanjaan / keperluan program :

4.2.1 Makanan :

 Sarapan pagi (nasi lemak dan teh tarik/milo panas)


 Makan Tengah hari (nasi putih , lauk pauk , buah-
buahan dan air sirap)
 Minum Petang (kuih muih , air teh panas )
 Makan Malam (nasi , lauk pauk , dan air sirap)
 Minum Malam (biskut, teh panas)
Tindakan : Makluman

4.2.2 Peralatan untuk perkhemahan :

 Khemah (10 buah)


 Tali
 Lampu picit (6 unit)
 Kompas (6 unit)
 Komputer riba , LCD dan skrin putih
 Peti kecemasan (2 kotak)
 Kain putih 5 meter
 Cat jenis pelaka (merah, biru, kuning)
Tindakan : Makluman

4.2.3 Penghargaan :

 Sijil penghargaan diberikan kepada 40 orang murid


 Cenderamata diberikan kepada guru besar dan guru-guru
pengiring.
 Hadiah kepada kumpulan para peserta yang menang
dalam pertandingan yang dianjurkan.
Tindakan : Makluman

4.3 Keselamatan :
4.3.1 Setiap murid akan dilindungi oleh insurans berkelompok.
Keselamatan setiap murid juga akan dijaga oleh guru pengiring.

Tindakan : Makluman

5. Aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan semasa perkhemahan bersepadu

5.1 Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan ingin dilaksanakan.

 Ice Breaking
 Pembentukan kumpulan
 Senaman pagi
 Latihan perbarisan / kawad kaki
 Treasure hunt
 Flying fox
 Keyakinan di air / snorkling
 Ceramah (Peranan Seorang Pemimpin)
 Ceramah (Teori Berkawad)
 Ceramah (Teori Ikatan dan Simpulan)
 Perbarisan kawad kaki
 Majlis perasmian penutup
Tindakan : Makluman

5.2 Majlis perasmian

5.2.1 Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh Puan


Hajah Zakiyah binti Idris A.M.N., Guru Besar SK Gaal Pasir Puteh
Kelantan.
Tindakan : Makluman

6. Hal-hal lain

6.1 Ucapan Pengerusi

6.1.1 Pengerusi ingin membuat mesyuarat kecil dengan semua ahli


jawatankuasa pelaksanaan pada 30 Januari 2010 untuk memastikan
segala yang dirancang berjalan dengan jayanya.

Tindakan : Makluman

6.1.2 Pengerusi berharap segala yang dirancang akan berjaya dengan


baik dan berharap kerjasama dari semua pihak bagi memastikan
perancangan projek ini akan berjaya.

Tindakan : Makluman

6.1.3 Wakil bendahari menyatakan bahawa baju t-shirt berharga


RM21.00 bagi baju yang berlengan panjang dan RM20.00 bagi yang
berlengan pendek untuk semua peserta program. Bayaran baju ini
termasuk dengan bayaran yuran keseluruhan individu perkhemahan ini.

Tindakan : Makluman

7. Penutup

7.1 Ucapan Penutup Pengerusi

7.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang


hadir dan memberi kerjasama dalam melaksanakan projek
perkhemahan ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………….

(Muhammad Rizam Bin Bakri) (Hajah Zakiyah Binti Idris)

Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform, Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Gaal, Sekolah Kebangsaan Gaal,

Pasir Puteh Kelantan, Pasir Puteh Kelantan,

16800 Kelantan. 16800 Kelantan.

You might also like