Professional Documents
Culture Documents
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan pelbagai jenis makanan tradisional yang menyelerakan. Huraikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mempopularkan makanan tradisional. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1
SULIT
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah
perkataan.
1. Amalan menabung dalam kalangan anak-anak perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam menangani masalah tersebut.
4. Penularan penyakit berjangkit seperti Influenza HIN1 memberikan impak kepada seluruh warga
dunia. Kerjasama negara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani penyakit berjangkit ini.
Bincangkan tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran
untuk menangani gejala tersebut.
5. Anda baru sahaja selesai membaca sebuah novel. Sehubungan dengan itu, anda berminat untuk
membuat ulasan tentang unsur-unsur menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
2
atbochar@gmail.com
SULIT
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/1
BAHASA MELAYU
Kertas 1
PANDUAN PEMERIKSAAN:
1. Diharapkan calon dapat menghuraikan langkah-langkah/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ usaha
mempopularkan makanan tradisional.
2. Kemungkinan : Calon membincangkan makanan segera. ( Isi terpesong)
: Calon membincangkan jenis-jenis dan kebaikan makanan tradisional. ( Isi
Terpesong)
KRITERIA PENSKORAN :
3
atbochar@gmail.com
SULIT
BAHAGIAN A – Karangan Berpandu
Pendahuluan:
Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional. Masyarakatnya yang majmuk –
makanan tradisionalnya berbeza-beza mengikut kaum. Cara makanan disediakan serta bahan yang
digunakan dalam masakan menjadikan makanan tersebut unik dan istimewa.
Isi 1 – mempromosikannya di hotel & tempat pelancongan
- Memberi peluang kepada pelancong asing menikmati makanan tradisional jika hotel dan tempat
pelancongan menyajikannya.
- Masyarakat bandar tidak perlu pulang ke kampung semata-mata untuk menikmati makanan
tradisional.
- Imej makanan tradisional meningkat
Penutup
PERINCIAN PEMARKAHAN
1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.
2. Jika karangan :
a. Kurang daripada 350 perkataan,periksa seperti biasa.
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan.
3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah.
Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Soalan 1
a) Format : Tiada
b) Diharapakan : Calon dapat menghuraikan kepentingan amalan menabung
4
atbochar@gmail.com
SULIT
c) Kemungkinan : Calon hanya menjelaskan cara-cara menabung dan langkah- langkah berjimat
cermat (isi terpesong)
Cadangan jawaapan
Pendahuluan
- Kajian di internet mendapati 12% rakyat Malaysia tiada tabungan dan 34% hanya menabung 1-12%
daripada pendapatan mereka – fenomena yang membimbangkan – ibu bapa mesti menjadi suri teladan
dengan mengamalkan budaya menabung dalam kalangan anak-anak – amalan menabung banyak
kepentingannya - ” sediakan payung sebelum hujan”
Cadangan Isi
1. Kegunaan waktu kecemasan
-wang diperlukan apabila berlakunya sesuatu kecemasan
-kes-kes kecemasan seperti kemalangan, membeli ubat dan rawatan segera
-”malang tidak berbau”
Penutup
-anak bangsa Malaysia mesti bijak merancang kewangan
-”berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis” harus menjadi amalan
-amalan menabung mendidik anak-anak berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja
Soalan 2
a.Format : Tiada
b.Diharap : Calon dapat menghuraikan peranan keluarga dalam menangani masalah penyalah
gunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.
c.Kemungkinan :
5
atbochar@gmail.com
SULIT
Calon mungkin menyatakan peranan guru / pihak-pihak lain dalam menangani masalah tersebut (
Isi terpesong)
Calon memfokuskan kepada peranan ayah atau ibu sahaja ( Diterima. Maksimum peringkat baik)
Cadangan Jawapan:
Pendahuluan:
Budaya penggunaan telefon bimbit yang sedang berkembang/
Trend semasa / keperluan hidup
Isu penyalahgunaan telefon / kait dengan multifungsi telefon bimbit/kecanggihan
Kaitkan dengan keluarga
Cadangan Isi/Idea:
i. Ibu bapa mengawal /mengehadkan penggunaan telefon bimbit pada masa-masa tertentu sahaja
ii. Ibu bapa memantau penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak/remaja
iii. Ibu bapa menegur dan menasihati anak-anak dengan penuh berhemah jika mendapati anak-
anak menyalahgunakan telefon bimbit
iv. Ahli keluarga ( abang, adik,kakak, ahli keluarga lain )menjadi suri teladan kepada remaja dalam
menggunakan telefon bimbit dengan cara yang seawajarnya.
v. Keluarga bekerjasama dengan pihak sekolah,polis ( Institusi lain) dalam menangani
penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja /anak-anak.
vi. Ibu bapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat menghadapi cabaran-
cabaran baru /semasa dalam hal mendidik anak.
Penutup: (Kesimpulan :
Kerjasama semua pihak perlu untuk menangani masalah ini
Menuntut keprihatinan ibu bapa mengatasi masalah agar penggunaan telefon bimbit lebih
menyumbang kepada kebaikan /aspek positif/ keselesaan hidup
SOALAN 3
a) Format : Ceramah
Markah dipotong jika tiada:
-kata-kata aluan : 1 markah
-kata panggilan : 1 markah
-penutup : 1 markah
- Maksimum potongan : 2 markah
Cadangan jawapan:
Pendahuluan-format ceramah
-kata-kata aluan
-definisi tajuk
-tujuan ceramah
6
atbochar@gmail.com
SULIT
Cadangan isi :
Sebab-sebab kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam :
1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas
2. Mengurangkan kemalangan jalan raya.
3. Mengurangkan pencemaran alam.
4. Menjimatkan penggunaan minyak/ berjimat cermat.
5. Memajukan pengangkutan awam
6. Hubungan rakyat dapat dipupuk/ perpaduan
***. Terima mana-mana isi yang relevan.
Soalan 4
a) Format : Tiada
b) Diharapakan : Calon dapat menerangkan langkah-langkah/cadangan yang boleh diambil oleh
kerajaan Malaysia dan negara-negara jiran dalam menangani penularan H1N1
c) Kemungkinan : Calon menjelaskan cara-cara penyakit berjangkit (isi terpesong) dan hanya
menyatakan langkah- langkah diambil oleh kerajaan Malaysia sahaja tanpa
mengaitkan kerjasama dengan negara-negara jiran (sebahagian markah - lemah)
Pendahuluan -Cadangan
-H1N1 adalah sejenis spesies dalam golongan virus Influenza A.
-setakat April 2009, dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti.
-Selesema babi ini disebarkan oleh manusia dan bermula di Mexico
-World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan
antarabangsa.
-usaha untuk membendung perlu diambil
-Malaysia dan negara jiran menjalin kerjasama
Cadangan isi
1. Pesakit-pesakit dikuarantin
-elak merebak kepada orang awam
-negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia mengambil tindakan yang sama
-memberi rawatan lanjut dan pencegahan
7
atbochar@gmail.com
SULIT
-membiayai kajian-kajian institusi perubatan untuk mencari ubat dan vaksin yang sesuai
-negara-negara jiran turut menyumbang peruntukan kewangan dan tenaga pakar mereka
Penutup
-masyarakat mesti peka keadaan sekeliling
-mengambil langkah-langkah pencegahan seperti disarankan
-sediakan payung sebelum hujan
-kerjasama masyarakat dan negara-negara jiran serta dunia amatlah dituntut
Soalan 5
a) Format : Tiada
b) Diharapkan : Calon dapat mengulas unsur-unsur menarik dalam novel yang telah dibaca.
c) Kemungkinan :
Calon membincangkan jawapan berdasarkan cerpen atau drama.( Diterima. Maksimum: Peringkat
sederhana)
Kemungkinan juga calon membincangkan secara umum seperti sinopsis tanpa berlandaskan konsep
sastera seperti tema, plot, watak dan perwatakan dan teknik plot.( Diterima : Maksimum: Peringkat
sederhana)
Jika calon menjawab berdasarkan novel KOMSAS. ( Diterima/Semak seperti biasa)
Cadangan jawapan:
Pendahuluan :
-tajuk novel
Cadngan isi :
Unsur-unsur menarik dalam novel:
-unsur-unsur sastera diulas dan dikaitkan dengan novel yang telah dibaca.
1. Tema
2. Persoalan
3. Watak/ perwatakan
4. Plot
5. Teknik plot
6. Gaya bahasa
7. Nilai dan pengajaran
8. Unsur saspens
9. Unsur kejutan
***tiga hingga lima isi mencukupi. Terima mana-mana isi yang relevan.
8
atbochar@gmail.com
SULIT
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halamman tidak bercetak.
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat dan punca-punca pengangguran masih berlaku.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pendidikan amat penting dalam usaha membangunkan bangsa dan negara. Dalam zaman yang serba
moden hari ini, pendidikan menjadi satu keperluan bagi memungkinkan generasi sekarang bersaing untuk
mendapatkan pekerjaan. Lazimnya, latar belakang pendidikan yang baik menjadi faktor penentu bagi
memperoleh bidang kerjaya yang lebih selesa, namun ada juga yang berjaya memiliki kerjaya tanpa asas
pendidikan yang kukuh. Hal ini kerana, telah diwujudkan institusi kemahiran khusus untuk mereka yang
kurang cemerlang dalam akademik mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Pelbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan persediaan
untuk peluang kerjaya. Antara langkah persediaan dalam menjurus ke arah menyediakan peluang pekerjaan
ialah memperkenalkan modul keusahawanan di peringkat universiti bagi menggalakkan graduan menceburi
bidang keusahawanan. Di peringkat sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program
Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. Program tersebut bagi
membolehkan golongan sasaran seperti para graduan dan pelajar sekolah menyesuaikan diri seawal yang
mungkin dengan budaya berdikari dan keusahawanan.
Baru-baru ini, Putera UMNO menyasarkan 30 000 belia antara usia 18 hingga 25 tahun yang tercicir
dalam pelajaran akan diberi peluang menyertai latihan kemahiran mengikut bidang yang sesuai. Enam
bidang yang ditawarkan merangkumi sektor perhotelan, paramedik, automotif, elektrik, mekatronik, dan
sistem komputer khusus untuk belia luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Remaja lepasan sekolah juga
seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk yang berasaskan kemahiran
sebagai langkah menghadapi cabaran globalisasi.
9
atbochar@gmail.com
SULIT
Bagi mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan modal insan yang mempunyai kemahiran
serta berdaya saing sebagai bukti meningkatnya kualiti sumber manusia dalam negara. Tegasnya, ilmu
pengetahuan dan latihan yang disediakan harus selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa yang
boleh digunakan untuk memasuki pasaran kerja. Selain itu, mahasiswa universiti yang yang bakal
menamatkan pengajian perlu didedahkan kepada bidang pertanian sebagai salah satu pilihan kerjaya.
Hakikatnya, dunia pertanian kini telah banyak berubah. Berkat teknologi moden, dan teknik yang canggih,
sektor pertanian mampu diusahakan secara komersial, dan tidak memerlukan tanah yang luas.
Walau apa-apa pun kerjaya yang ingin diceburi, seseorang remaja itu perlu mempunyai pendedahan
kerjaya dan maklumat yang berkaitan sebelum terjun dalam kerjaya yang dipilih. Ekoran persaingan sengit
dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, remaja juga perlu diingatkan supaya tidak
terlalu bergantung kepada kerajaan bagi mendapatkan peluang pekerjaan. Mereka mesti mempunyai
alternatif lain seperti meneroka peluang untuk bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya.
Soalan 2: Pemahaman
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika golongan belia bersikap terlalu memilih
kerjaya?
10
atbochar@gmail.com
SULIT
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab saolan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
anda sendiri.
“Hentikan madah pincangmu, Streen.” Eyrique membentak. “Aku kembali untuk menuntut hakku
yang telah kau rampas!”
“Ya? Yang mana satu? Banyak juga milikmu yang telah kurampas , termasuk kekasihmu, Sarlyn!”
Ketawa besar menjadi penutup bicaranya. Perasaan Eyrique semakin panas. Mujur fikirannya masih
bertakhta di hati. Dia tahu Strenn memahami maksudnya.
Masih jelas dalam ingatan Eyrique bagaimana konco-konco Strenn telah menculik dan
menyembunyikannya pada malam dia akan ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya. Strenn mahu
menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya. Perpisahannya dengan Annyss tambah melemahkan tenaga yang
wujud di dalam dirinya.
Tetapi malam ini tidak lagi. Malam ini malam penghujung bintang Gemini bermain di angkasa raya.
Pada malam ini 22 tahun dahulu, telah lahir sepasang anak kembar sebagai pewaris takhta Alstonia.
“Penyatuan kuasa kau dan Annyss mampu menumpaskan seteru terhandal di Alstonia.” Pesanan
bondanya masih terpaku di dinding ingatan.
(ii) Sekiranya anda Eyrique, kemukakan dua kaedah terbaik untuk anda menentang Strenn.
[ 3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Eyrique dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah]
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Arakian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah
sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia marahlah, lalu turun ke tanah,
katanya, “Binatang haram jadah ini ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah
berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas
rasa hatiku.”
11
atbochar@gmail.com
SULIT
Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, “Hai
budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan
engkau jualkan aku dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini
kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu
ilmu tabib. Akulah mengubati dia.”
(Dipetik daripada
‘Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya’
Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Jelaskan mengapakah budak itu berasa marah dan ingin membunuh burung bayan?
[ 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain menjual bayan itu, apakah tindakan-tindakan lain yang boleh
dilakukan oleh budak tersebut untuk mendapat keuntungan besar?
Kemukakan tiga tindakan.
[ 3 markah]
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab saolan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Za’ba
Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka
12
atbochar@gmail.com
SULIT
(i)
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
(ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang jika dia memiliki pelbagai bidang ilmu.
Kemukakan tiga pandangan anda.
[ 3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut.
[ 4 markah]
[30 markah]
a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
b) Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud
dan struktur asalnya.
Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah mereka
kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak
berkuasa seperti polis dan pegawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan
mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk
menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak
bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti
sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat.
[ 6 markah]
c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan . Anda tidak perlu menyalin petikan
itu semula.
13
atbochar@gmail.com
SULIT
(i) Setiap pengarang karya kretif mempunyai kesedaran untuk menyelitkan mesej
dalam karya mereka supaya pembaca mendidik dan lahir sebagai insan yang mulia.
(ii) Nama lima orang pahlawan zaman Kesultanan Melayu Melaka patut diabadi di
mana-mana jalanraya di negeri tersebut.
(iii) Pelbagai cara sanggup berlaku untuk tampil kurus biarpun sesetengah amalan deit
tidak menjanjikan hasil yang diidamkan.
[ 6 markah]
d) Dalam petikan di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(i) Majikan perlu mengambil insentif menyediakan peralatan keselamatan yang sesuai
bagi para pekerja-pekerja ketika menggunakan bahan kimia berbahaya.
(ii) Berdasarkan kepada laporan bedah siasat terhadap mayat, didapati mangsa telah
tercekik racun serangga.
(iii) Stesen televisyen itu telah menerima kritikan kerana mempamerkan rancangan yang
bertentangan daripada nilai hidup rakyat negara ini.
[ 6 markah]
e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama
maksudnya dengan peribahasa dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan keluarga tidak akan berpanjangan,
akhirnya mereka berbaik-baik semula, perkara ini membuktikan kebenaran bahawa
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
(ii) Kerja yang susah akan menjadi senang apabila semua anggota masyarakat bersatu
hati dan berpegang pada prinsip hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah.
(iii) Banyak orang menyangka bahawa Hakimi tidak akan pulang lagi setelah merantau
ke tempat orang. Namun, sangkaan itu meleset kerana akhirnya dia kembali ke
kampung halamannya seperti ikan pulang ke lubuk.
[ 6 markah]
14
atbochar@gmail.com
SULIT
Soalan 4 : Novel
(15 markah)
(a) Berdasar sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sinopsis novel tersebut.
[ 7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu unsur saspens yang terdapat
dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah]
15
atbochar@gmail.com
SULIT
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah/strategi-strategi untuk
menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat.
1. telah diwujudkan institusi kemahiran khusus untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik
mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang.
2. memperkenalkan modul keusahawanan di peringkat universiti
3. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui
kurikulum dan kokurikulum sekolah.
4. belia antara usia 18 hingga 25 tahun yang tercicir dalam pelajaran akan diberi peluang menyertai
latihan kemahiran mengikut bidang yang sesuai.
5. remaja lepasan sekolah juga seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
termasuk yang berasaskan kemahiran
6. ilmu pengetahuan dan latihan yang disediakan harus selaras dengan tuntutan dan perkembangan
semasa
7. mahasiswa universiti yang yang bakal menamatkan pengajian perlu didedahkan kepada bidang
pertanian sebagai salah satu pilihan kerjaya
8. seseorang remaja itu perlu mempunyai pendedahan kerjaya dan maklumat yang berkaitan sebelum
terjun dalam kerjaya yang dipilih.
Skema jawapan:
(ii) - Menggunakan kaedah pujukan – memujuk Strenn agar menerima kenyataan bahawa
Strenn bukan pewaris kerajaan Alstonia
- Menggunakan tipu muslihat – agar Strenn dapat ditewaskan tanpa penggunaan senjata
dan kuasa sakti
- Menawarkan jawatan yang sesuai kepada Strenn dalam pemerintahan Eyrique
[setiap 1- 1 markah = 3 markah ]
atau
[2 isi – 2 markah + 1 markah bahasa baik = 3 markah]
17
atbochar@gmail.com
SULIT
2(c) Pemahaman Prosa Tradisional
(i) Hasil yang diperoleh cukup untuk menanggung kehidupan dalam tempoh yang lama / hasil
yang diperoleh sangat banyak
[2 markah]
(ii) Bayan menipunya dengan berpura-pura mati. Sebaik saja budak itu mencampakkannya ke
tanah, burung itu terus terbang.
[3 markah]
(iii) - Dijadikan binatang peliharaan untuk dipamerkan kepada orang ramai kerana burung
itu pandai bercakap.
- Diternak dan dibiak agar spesisnya bertambah dan boleh dijual telur dan anaknya
- Menggunakannya untuk perkhidmatan perubatan kerana burung bayan itu pandai
mengubati penyakit
[1 isi – 1 markah = 3 markah]
(ii) – Menggunakan ilmu tersebut untuk memajukan diri, bangsa dan negara.
- Menyebarkan ilmu kepada orang lain
- Menulis buku-buku ilmiah berkaitan dengan ilmu yang kita ketahui/kuasai
- Mencipta sesuatu yang berguna kepada masyarakat menggunakan ilmu yang dimiliki
- Mendidik anak-anak dan memotivasikan mereka supaya mencintai ilmu
- Menjadi contoh/model yang terbaik kepada generasi baru
[1 isi – 1 markah = 3 markah]
(iii) – Rajin/gigih berusaha mencari ilmu – tidak penah berasa puas dengan jumlah ilmu
yang diperoleh.
18
atbochar@gmail.com
SULIT
hemah - tidak boros/membazir
- jimat cermat
- dengan penuh perhatian/teliti
Ayat 1: Banyak remaja yang terlalu mengejar kebebasan sanggup menjual maruah mereka kepada
orang lain walaupun mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan itu adalah salah.
Ayat 2 : Pihak berkuasa seperti polis dan pegawai pencegah maksiat memberi amaran
supaya kegiatan itu dihentikan segera kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas
termasuk menangkap mereka yang sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak
bertanggungjawab.
Ayat 3 : Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang
negatif, sebaliknya digalakkan melakukan aktiviti yang sihat. [1 gabungan ayat
betul – 2 markah = 6 markah]
19
atbochar@gmail.com
SULIT
Daripada - dengan
[1 jawapan betul – 1 markah = 6 markah]
(e) Peribahasa
NOVEL
(a) SINOPSIS
Novel Terminal Tiga
- Rimpa yang berasal dari Sabah sedang mengikuti pengajian penulisan kreatif di Akademi Seni
Kebangsaan, Kuala Lumpur.
- Ibunya menentang hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran, namun tetap dia meneruskan cita-cita
untuk mengubah nasib keluarganya yang miskin.
- Dia mendapat bantuan dan dorongan daripada keluarga angkatnya, iaitu Bang Maily dan Kak
Naspura.
- Semasa cuti semester, Rimpa mencari ayahnya yang telah meninggalkan keluarganya selama 10
tahun.
- Rimpa juga berusaha untuk mendapatkan biasiswa daripada Kementerian Kebudayaan Negeri
Sabah.
- Setelah cuti habis, Rimpa pulang ke Kuala Lumpur semula. Di sana dia mendapat berita daripada
Ruzaini bahawa ayahnya telah kembali ke pangkuan keluarga.
- Rimpa mendapat tahu bahawa Ruzaini telah melarikan diri bersama-sama kumpulan pendakwah.
- Pada cuti semester berikutnya, Rimpa pulang ke Sabah dengan perasaan yang lapang kerana
pencariannya selama ini berakhir. Ayahnya sedia menebus kesilapannya.
- Apabila kembali ke Kuala Lumpur, Rimpa diberitahu bahawa kampus mereka akan berpindah ke
tempat baru. Dia juga terkejut apabila mengetahui Ruzaini menjadi jurutaip di Jabatan Penulisan
Kreatif.
ATAU
20
atbochar@gmail.com
SULIT
- Anita enggan pulang dan nekad untuk hidup berdikari.
- Awanis meneruskan pengajiann di ITM.
- Awanis dan Anita mengunjungi Kak May di hospital setelah makan pil tidur secara berlebihan.
- Akhirnya Kak May dapat menerima hakikat tentang kematian ayah dan ibu mereka. Mereka bertiga
bersatu semula.
[4 markah untuk isi + huraian, 3 markah untuk bahasa)
21
atbochar@gmail.com