You are on page 1of 7

Pengenalan

Assalammualaikum….salam bahagia kepada anda semua yang setia mendengar radio Pilihan
Tepat anda…..Bagaimana dengan percutian minggu lepas??pastinya destinasi anda memberikan
keseronokan berganda kan??Bersesuaian pula dengan cuti sekolah….jadi bolehlah anak-anak
anda bercerita tentang pengalaman bercuti mereka sekembalinya ke sekolah….Pasti mereka
melalui hari yang menyeronokan….untuk minggu ini ke mana pula ya???

Saya ingin memperkenalkan anda kepada tempat yang merupakan salah satu daripada destinasi
pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam yang telah
memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong pada hari tersebut…..dah tahu
dimana???ya….semestinya Batu Caves yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar
Negara…..mungkin kerana struktur guanya ataupun kerana ia merupakan satu-satunya gua yang
terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan….Namun…apa yang menyebabkan peminat-
peminatnya datang kesini…hanya mereka yang telah merasai kehebatannya yang dapat
bercerita…. Batu Caves merupakan sebuah gua batu kapur yang telah wujud lebih 100 tahun
dahulu. Terdapat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit di dalam gua ini, antaranya tirai gua,
batu aliran dan mutiara gua. Stalaktit ialah batu kapur yang meruncing ke bawah manakala
stalagmit ialah batu kapur yang berceracak di dalam gua di mana terhasil daripada titisan air
mengandungi sebatian kalsium.

Untuk makluman anda....tempat ini juga sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak.…untuk
anda yang ingin meningkatkan stamina diri juga sesuai….kenapa???Teruskan bersama
saya….Hani Hafiza di Destinasi Pilihan Anda….Selangor fm….100.9~Pilihan Tepat….

Teaser segmen pengenalan lokasi 30 sec

Hmm….terdapat mitos mengatakan kewujudan Batu Caves berasal daripada satu sumpahan
seorang ibu kepada anaknya yang derhaka bernama Si Tanggang….Mesti anda kenal dengan Si
Tanggang kan??dia telah disumpah menjadi batu oleh ibunya yang kecewa dengan sikap derhaka
dan tamak haloba yang tiba-tiba wujud dalam diri Tanggang setelah lama mengembara….
Hmm..namun sejauh mana kebenarannya???Saya sendiri tidak pasti….ada juga yang
mengatakan bahawa orang yang mula-mula menemui gua besar ini ialah orang asli…..dan
seterusnya orang Melayu yang berhijrah ke sini memanggil kawasan ini dengan nama Gua
Batu…

Seterunya…ada juga yang percaya bahawa sebenarnya Batu Caves telah ditemui pada tahun
1878 oleh seorang Pengkaji Haiwan dan tumbuhan Dari Amerika iaitu William Hornaby, ketika
sedang berburu bersama-sama seorang penguasa polis. Sejak itulah kewujudan Batu Caves
disedari…..

Batu Caves yang terletak di dalam sebuah bukit batu kapur 15 km di utara Kuala Lumpur adalah
sebuah tarikan pelancongan yang terkenal di Selangor. Destinasi terkenal ini dikunjungi pelawat
dari serata dunia sewaktu sambutan perayaan tahunan penganut Hindu - Thaipusam. Batu Caves
sememangnya popular di kalangan masyarakat India yang menganut agama Hindu. Ini kerana di
tempat inilah penganut beragama Hindu merayakan sambutan Thaipusam pada setiap tahun.
Sewaktu sambutan perayaan Thaipusam, jumlah penganut agama Hindu yang datang berkumpul
mencecah sehingga sejuta orang. Perayaan ini juga sering mendapat perhatian ramai pelancong
asing yang ingin menyaksikan pelbagai ritual dilakukan sewaktu sambutan diadakan.Ia secara
tidak langsung dapat menarik ramai lagi pelancong luar Negara untuk datang ke Malaysia kerana
disini terdapat pelbagai khazanah yang boleh diterokai dan keindahan yang menakjubkan….

Batu Caves terdiri dari tiga buah gua yang besar termasuk gua utama yang mengandungi kuil
Hindu yang dihiasi dengan ukiran halus. Keunikan yang terdapat di Batu Caves ialah pengunjung
perlu mendaki kira-kira 272 anak tangga untuk sampai ke pintu gua….Malah lebih unik lagi
ialah…anak tangga ini telah dibina sekitar tahun 30-an dan telah beberapa kali diperbaiki selepas
itu….. Berhampiran dengan gua utama ialah Gua Ramayana di mana dinding di dalamnya
terlukis gambaran-gambaran kisah mitos epik India. Bukit batu kapur ini juga merupakan tempat
popular untuk aktiviti memanjat batu…..Ini merupakan salah satu kelebihan yang terdapat di
Batu Caves kerana tanpa disedari….banyak aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti…bagi
anda yang gemarkan aktiviti ‘Rock Climbing’….Bukit Damai dan Bukit Nyamuk sentiasa
menanti kehadiran anda….lokasinya??berdekatan sahaja dengan Batu Caves….
Lagu 4 minit

Teaser segmen tips-tips lokasi 30 sec

Lokasi Batu Caves yang terletak di sempadan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan kira kira 43 KM dari bandaraya Shah Alam mungkin menjadi salah satu sebab ia
menjadi tumpuan ramai kerana untuk kesana hanya mengambil masa yang singkat…..Batu
Caves sememangnya terkenal sebagai tempat yang menarik dan unik hanya menanti untuk anda
kunjungi….Sesampainya anda disini….anda bakal terpegun dengan tarikan utamanya…iaitu
sebuah gua batu kapur yang sangat besar…..Malah…ada bahagian gua ini yang bumbungnya
menjulang hingga setinggi 130 meter dari paras lantai gua…..Menarik bukan???

Sedikit tips untuk anda...memandangkan jalan menuju ke pintu gua tidak berbumbung,jadi saya
sarankan anda agar melawat Batu Caves di sebelah awal pagi atau lewat petang semasa cuaca
tidak begitu panas….Anda juga jangan lupa untuk melawat gua-gua yang lebih kecil yang
mengandungi lukisan-lukisan ya….

Untuk kesini juga agak mudah kerana jika anda menaiki kenderaan sendiri,anda hanya perlu
melalui Federal Highway, Lebuhraya PLUS dan NKVE yang hanya memakan masa sebanyak 30
ke 45 minit sahaja…bagi anda yang memilih menaiki pengangkutan awam… Anda boleh
menaiki bas Intrakota No. 11 atau 11D dari Bangkok Bank di Jalan Tun H.S.Lee di tengah-
tengah pusat bandar raya KL…. Namun,saya lebih menyarankan anda supaya mengambil teksi
ke sini kerana menaiki bas mengambil masa yang agak lama….Untuk penginapan juga tidak ada
masalah….kerana anda boleh memilih untuk tinggal di tempat penginapan atau hotel yang
berdekatan sini….anda juga boleh memilih untuk tinggal di Hotel bersekitaran Shah Alam atau
Kuala Lumpur….jadi…jika anda kesini pada waktu pagi dan pulang pada petangnya…anda
bolehlah meneruskan hari indah anda dengan singgah membeli belah di sekitar hotel anda
pula….percutian yang menarik bakal menjadi milik anda…..!!!!

Selain Batu Caves…terdapat juga gua lain juga tidak kurang hebatnya….Di kaki bukit Batu
Caves terdapat Gua Seni yang mempamerkan patung dan lukisan mitologi Hindu….pengunjung
perlu melalui sebuah tasik terlebih dahulu untuk sampai ke gua ini…..Seterusnya…kehebatan
sekitar Batu Caves ini diikuti dengan adanya Gua Kelam….anda boleh melawat gua ini secara
persendirian atau lawatan sambil belajar….kerana harga yang ditawarkan berbeza…..lawatan
anda dimudahkan lagi dengan laluan konkrit yang disediakan….namun,tiada peralatan khas
disediakan…hanyalah kasut keselamatan dan pakaian…..Tips untuk anda yang ingin melawat
gua ini….anda perlu membawa lampu suluh pakaian salinan….Seterusnya….bersedialah untuk
merasai pengalaman yang ekstrim…..

Lagu 4 minit

Teaser segmen petikan berita mengenai lokasi 20 sec

Teaser segmen Vox Pox

Keunikan Batu Caves turut diakui mereka yang tidak menyambut Thaipusam…bagi yang
gemarkan aktiviti lasak…bagi mereka..tempat ini juga sesuai untuk mereka menunjukkan
kehebatan sambil meluangkan masa bersama rakan-rakan yang turut menjalani aktiviti yang
sama……
Lagu 4 minit

Teaser segmen drama destinasi

Hafiz : Assalammualaikum…..jad….lama tak dengar cerita….sihat??

Jad : Waalaikumsalam…sihat…eh…lama tak dengar cerita…tiba-tiba muncul ni….kali


terakhir jumpa pon masa kita sama-sama berkelah di Pantai Morib kan??kenapa hafiz??
nak ajak aku berkelah lagi ke?? Hehe…

Hafiz: biasalah…aku sibuk sikit…itu yang lama tak jumpa kawan-kawan ni….hm…macam tahu
ja.. aku memang nak ajak pegi satu tempat ni…tapi bukan berkelah la….Jom ke Batu
Caves hujung minggu ni….

Jad: Haaa??Batu Caves???buat apa nak kesana??setakat nak panjat anak tangga yang tinggi
tu…malas la nak pegi….

Hafiz: haa…itu la sebabnya aku nak ajak ke sana ni….tahu tak…sebenarnya…kita boleh ‘Rock
Climbing’ di sana…lagipun…tempat tu bukannya terhad untuk bangsa yang
tertentu….kalau kau nak tahu….kawan aku yang masuk marathon bulan lepas tu…dia
berlatih dengan menaiki anak tangga di Batu Caves tau….apa lagi??jom la…

Jad: ok jugak tu…boleh jugak kita berlumba tengok siapa yang berjaya sampai ke puncak
dengan cepat…..aku gerenti mesti aku menang…hehehe….

Hafiz: tak pe….apa-apa….kita jumpa nanti di Batu Caves….

Teaser penutup dan 2 rangkap pantun

Seperti yang kita ketahui….Malaysia dikurniakan dengan gua yang banyak termasuk antara yang
terbesar dan terpanjang di dunia…Kebanyakkannya terselindung di dalam hutan hujan dan paya
bakau yang kaya dan menjadi tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar. Kebanyakan gua di
Malaysia telah dilengkapi dengan laluan bertanda dan platform, namun demikian ada juga yang
hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan bot atau memerlukan pelawat bersusah payah
merangkak untuk memasukinya….Namun bagi anda yang berasa susah untuk ke tempat yang
lebih jauh untuk menerokai gua-gua tersebut,di sini ada gua yang begitu mudah untuk anda
kunjungi…..Batu Caves….Jika anda berkunjung kesini…anda juga dapat mengenali dengan
lebih mendalam sejarah dan budaya yang ada disini… Apabila saya melihat disekeliling saya
sekarang….terasa satu ikatan persahabatan yang terjalin apabila pelbagai bangsa dapat dilihat
disini…Jadi bagi anda yang berminat….datang lah ke Batu Caves yang menjadi antara lokasi
utama pelancong jika ke Selangor Darul Ehsan….Temuilah Destinasi Pilihan Anda di
sini….Setia bersama saya untuk Destinasi akan datang…..Selangor fm….100.9~Pilihan Tepat….

Pantun :

i) Pergi kenduri membawa sia,

Sambil berjalan memakan anggur,

Pelbagai gua ada di Malaysia,

Namun hanya satu ada di Selangor,

ii) Bergayanya dia tidak terhingga,

Kasut berkilat ditangannya briefcase,

272 jumlah anak tangga,

Inilah dia keunikan Batu Caves


Jelas menunjukkan bahawa terdapat kehidupan yang tertumpu di dalam gua-gua di Malaysia. Ini
terbukti dengan penemuan bahan artifak yang berusia lebih 40,000 tahun di tapak kaji purba.
Malah terdapat lukisan purba di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini.
Terdapat juga beberapa buah gua yang menyumbang peranan di dalam industri sarang burung.
Pemungut sarang burung akan memanjat tangga buluh hingga ke siling gua untuk mendapatkan
sarang-sarang burung yang terbentuk dari air liur burung tersebut. Sarang burung ini dijual pada
harga yang mahal kerana ianya dipercayai mempunyai khasiat perubatan.

You might also like