You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan


limpah kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


guru subjek geografi saya iaitu XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX kerana
telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat
diperlukan untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli


keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan
selama saya menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN
Nama saya XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX. Saya
menuntut dalam tingkatan 1 XXXXX di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Sentosa 2, Selangor. Sebagai memenuhi kehendak
subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi
Tempatan (KGT) yang bertajuk ‘Kedudukan Bukit Sentosa’.

Saya telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 10 tahun dan


terdapat ramai kawan-kawan dan keluarga yang dapat memudahkan
saya menyiapkan folio ini.

Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk


mengumpul maklumat serta menyiapkan dengan sempurnanya folio
ini bagi saya.
Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:-

(i) Memerhati dan mengkaji potensi tentang kedudukan Bukit


Sentosa sebagai kawasan yang berdaya saing dari segi
perindustrian bagi daerah Hulu Selangor.

(ii) Mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi utama yang


dilakukan di Bukit Sentosa.

(iii) Mengenalpasti kedudukan Bukit Sentosa sebagai Jalan


Pintas, iaitu menghubungkannya ke Genting Highland dan
seterusnya ke Lebuhraya Karak.
Kawasan Kajian
Latar belakang Kawasan Kajian

Saya telah diberi tugasan membuat folio tentang kedudukan Bukit


Sentosa sebagai kawasan kajian. Bukit Sentosa terletak di kawasan
pentadbiran mukim Serendah, daerah Hulu Selangor. Sebelum
dibangunkan Bukit Sentosa merupakan kawasan ladang kelapa sawit.
Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1990. Bukit
Sentosa merupakan kawasan perumahan kos sederhana rendah dan kos
sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment,
rumah teres setingkat, dua tinggkat dan rumah banglo. Segala kemudahan
awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh Majlis Daerah
Hulu Selangor (MDHS). Hasil daripada pencarian di internet, sehingga akhir
Disember tahun 2009, Bukit Sentosa didiami lebih kurang hampir.........
orang peduduk.

Lokasi Kawasan Kajian

Bukit Sentosa mempunyai keluasan seluas..........persegi. Lokasi


kawasan ini adalah di ............., di Selangor. Bukit Sentosa terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Bukit Beruntung, Rasa,
Taman Bunga Raya, Sungai Choh, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan
Kuala Kubu Bharu. Untuk pengetahuan semua, Bukit Sentosa berada.......
meter daripada Kuala Lumpur.

Jarak Dari Bandar

Bukit Sentosa terletak lebih kurang ...........km daripada Bandar


Rawang . Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan
menggunakan segala kenderaan awam iaitu kereta, motosikal, bas dan LRT.
Stesen LRT terdekat adalah LRT Terminal Rasa dan Rawang.
Jenis Petempatan
Bukit Sentosa adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh
penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh
bangsa India dan Cina. Pola petempatan di Bukit Sentosa ialah pola
berpusat dimana rumah-rumah dan deretan kedai dibina rapat-rapat dan
menyebabkan kawasan ini padat dengan banggunan-banggunan.
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini
ialah:-
(a) Pemerhatian
(b) Bancian
(c) Internet

Pemerhatian.

Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa


memerhati ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan Bukit Sentosa dan aktiviti-
aktiviti ekonomi yang dijalankan .

Soal selidik.

Saya juga telah membuat soal selidik kepada penduduk di Bukit Sentosa
iaitu di kawasan apartment, kondominium, rumah teres setingkat, rumah
teres dua tingkat dan selebihnya yang tinggal di rumah banglo. Soal selidik ini
dan respon yang didapati dapat membantu saya mengenal pasti tentang Bukit
Sentosa.

Internet.

Saya juga dapat melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi
maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui
pemerhatian ataupun soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya
perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.
Hasil Kajian

Ciri-ciri bentuk muka bumi.

Bentuk muka bumi di Bukit Sentosa adalah hampir, rata, beralun dan
berbukit. Oleh sebab itu, Bukit Sentosa dibangunkan dan dibina kawasan
penempatan keluarga yang luas. Selain itu, Bukit Sentosa juga dibangunkan
untuk kawasan pejabat dan deretan kedai. Bukit Sentosa infrastruktur-
infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat menghubung ke kawasan-kawasan
lain dengan mudah,deretan kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti
LRT, sekolah dan hospital.

Potensi bentuk muka bumi.

Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan
penduduk di Bukit Sentosa terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan
perkhidmatan.

Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Bukit Sentosa telah


menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan-usahawan
yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai
makan, butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi
pakaian , kedai cuci kenderaan dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini
menjalankan aktiviti perniagaan.

Selain itu, penduduk di Bukit Sentosa terlibat dalam bidang


perkhidmatan kerana di kawasan Bukit Sentosa terdapat beberapa sekolah
menengah, sekolah rendah, tadika dan kelas Fardhu Ain. Oleh itu, ramai
penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga
pengajar di tempat-tempat tersebut.
Tajuk: Pekerjaan penduduk Bukit Sentosa
400
350
300
Bilangan pekerjaan

250
200
150
100
50
0
Peniaga Mekanik Ahli perniagaan Jumlah
Jenis pekerjaan

Masalah.

Semasa saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Bukit Sentosa


dan, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk
penduduk di
sekitar ini ialah:-

Vandalisme

Masalah ini banyak berlaku di kawasan taman permainan sekitar


Bukit Sentosa. Dimana segala alat-alat
alat alat permaianan yang didirikan,
dirosakkan dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, keadaan alat –alat
permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kanak- kanak
kanak yang menggunakannya.

Selain itu, kemudahan-kemudahan


kemudahan kemudahan awam yang lain seperti pondok
telefon yang didirikan untuk
untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan
tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku
sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.
Langkah-langkah mengatasi

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Disini, adalah


beberapa cadangan saya perolehi daripada soal selidik yang dilakukan
untuk mengatasi masalah tersebut adalah:-

(a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang-undang


bagi mengatasi vandalisme. Bagi mereka yang melakukan
jenayah ini, boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk
menggantikan alat yang rosak itu.
Rumusan
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang
ciri-ciri kedudukan Bukit Sentosa dan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Selain
itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah-masalah yang sering
dihadapi oleh penduduk-penduduk Bukit Sentosa serta mengumpul maklumat
daripada sebahagian penduduk di kawasan Bukit Sentosa. Hasil daripada kajian
ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang
sedang membangun dengan adanya kemudahan-kemudahan asas dan
infrastruktur yang lengkap.

You might also like