You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

KETUA PENOLONG PENGARAH


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENUTUPAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008

TAHUN 2010

TARIKH : 08 OKTOBER 2010


TEMPAT : BILIK MESYUARAT, BTPNNS
Terima kasih pengacara majlis,

Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob


(Wakil Pengurusan)

En Azizi Zakaria
Penolong Pengarah BTPNNS
(Pengurus Kualiti)

En Mat Azalan bin Budin


(Ketua Auditor)
En Md Aris bin Yusof
(Auditor)
En Zainal Abidin bin Ismail
Tn Hj. Zainal Ariffin bin Mohd Yunus
Semua pemegang PKP 01 hingga PKPS 10

tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutupan Audit Dalam
MS ISO 9001:2008 Tahun 2010.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas kehadiran semua pemegang dokumentasi PKP dan PKPS terdiri daripada
semua pegawai BTPNNS dan staff sokongan pada pagi ini. Saya juga mengambil kesempatan
merakamkan tahniah kepada semua pegawai dan staf kerana telah berusaha bersungguh-
sungguh dan telah mengorak selangkah lagi pada hari ini untuk menerapkan MS ISO
9001:2008 dalam sistem pengurusan di jabatan ini.
Saya difahamkan bahawa persediaan audit telah bermula sejak Mei dan setiap pemegang PKP
dan PKPS telah berjaya melaksanakan serta telah diaudit oleh Pasukan Audit Dalaman
BTPNNS. Saya juga berharap semuanya akan berjalan lancar ke arah mendapatkan pensijilan
MS ISO 9001:2008 yang akan dijalankan pada 21 dan 22 Oktober 2010 oleh juruadit SIRIM.

Tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program bagi tujuan meningkatkan kualiti dalam

perkhidmatan awam. Program-program tersebut dirangka bagi meletakkan perkhidmatan

pelanggan berada pada tahap yang cemerlang. Antaranya termasuklah Manual Prosedur Kerja

dan Fail Meja, Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja,

Pengurusan Kualiti Menyeluruh dan Piagam Pelanggan. Program-program yang telah

diperkenalkan ini telah berjaya meningkatkan keupayaan agensi-agensi kerajaan dalam

memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya. Pelaksanaan program-program ini

juga telah menyediakan asas bagi membentuk satu sistem pengurusan berkualiti dalam

perkhidmatan awam. Namun masih terdapat ruang yang boleh dilakukan untuk meningkatkan

lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada.

Hadirin yang dihormati sekalian,

MS ISO 9001:2008 adalah satu piawaian yang berdokumen dan bertulis yang menyenaraikan
elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi bagi mempastikan
perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Pada amnya, pelaksanaan
MS ISO 9001:2008 adalah bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan organisasi
melaksanakan MS ISO 9001:2008 sebelum pelanggan bersedia untuk mendapatkan produk
atau perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah agensi atau jabatan disamping dijadikan
sebagai blueprint untuk penambahbaikan dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
organisasi tersebut.

Memandangkan usaha-usaha ke arah memperolehi sijil MS ISO bukanlah kerja yang mudah,
oleh itu saya menyeru kepada semua lapisan kakitangan jabatan ini agar mempersiapkan diri
dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap usaha ini.
Hadirin yang dihormati,

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada
semua pemegang PKP dan PKPS dalam melaksanakan satu lagi tugas dan tanggungjawab
yang besar dan penuh cabaran demi untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan.

Akhir kata , sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan
diharapkan pengalaman dan ilmu yang telah diperoleh dapat membantu usaha-usaha ke arah
memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam setiap tugasan yang diberikan. Saya juga
percaya segala bentuk dasar atau polisi yang secanggih mana pun tidak akan berjaya tanpa
sokongan, kerjasama dan komitment daripada semua pihak.

Sekian. Wabillahhi taufik walhidayah Assalamualaikum W.B.T

You might also like