You are on page 1of 7

Perancangan Akademik

JKA 417
PENYELEWENGAN,
KONFLIK &
PENGAWALAN SOSIAL

Sidang Akademik 2010/2011

KELAS SIDANG VIDEO


Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang
Akademik 2010/2011 yang telah dihantar kepada pelajar)
JKA 417/4: PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL

Pengurus Kursus: Pn. Zurina Mohd Radzi

Salam Sejahtera,

Pelajar-pelajar adalah disaran untuk meluangkan sedikit masa


membaca dan memahami risalah Perancangan Akademik ini.
Perancangan Akademik akan memberikan panduan ringkas yang
berguna sebelum anda memulakan kursus dan sebagai persiapan
untuk mengetahui matlamat kursus, liputan kursus, keperluan-
keperluan serta syarat-syarat khusus yang dituntut di dalam kursus.

Pengenalan

Salah satu persoalan utama di dalam kajian Penyelewengan, Konflik


dan Pengawalan Sosial ialah mengapa sesetengah individu
melakukan penyelewengan dan jenayah, iaitu tingkah laku yang
bercanggah dengan nilai, norma dan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh masyarakat. Mengapa pula sebahagian masyarakat
lagi dapat menjalani kehidupan secara normal dengan mengikuti
peraturan-peraturan sedia ada. Apakah faktor-faktor yang
menyumbang kepada peningkatan tingkahlaku penyelewengan?
Apakah pula faktor yang menghalang seseorang itu daripada terlibat
dengan tingkahlaku yang menyalahi norma dan undang-undang? Di
dalam hal ini perlu diberi perhatian bahawa tidak semua individu dan
masyarakat dapat menggunakan pertimbangan atau kriteria yang
sama bagi menentukan tingkah laku penyelewengan.

Pelbagai persoalan tingkahlaku penyelewengan wujud bukan


semata-mata untuk mengetahui sebab musabab mengapa
seseorang itu terdorong untuk melakukan penyelewengan tetapi juga
untuk memahami dan seterusnya merungkai masalah yang berlaku di
dalam masyarakat hari ini. Penyelewengan merupakan satu penyakit
sosial yang sekiranya tidak dibendung boleh merosakkan seluruh
sistem masyarakat dan tidak mustahil boleh meruntuh sesebuah
negara.
Seringkali dan hampir setiap hari kita disogok oleh pelbagai kes
penyelewengan dan jenayah. Didapati bahawa tingkahlaku
penyelewengan tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu
tetapi jelas ia telah menembusi pelbagai lapisan masyarakat dan
pelbagai peringkat umur. Tingkahlaku penyelewengan dilihat tidak
pernah surut malah terus meningkat dan semakin menakutkan dari
sehari ke sehari.

Kes-kes pembuangan bayi misalnya terus menghantui masyarakat


Malaysia hari ini, perbuatan mendera pula bukan sahaja berlaku
pada golongan wanita malah semakin berleluasa dilakukan ke atas
kanak-kanak, golonga tua terutama ibu bapa, jiran dan juga ke atas
individu yang tidak dikenali. Kalau dahulu kes bohsia
menggemparkan negara tetapi kini dengan istilah yang berbeza
seperti minah rempit, pengkid, tomboy dan sebagainya dapat
menjelaskan bahawa masalah sosial di kalangan remaja dan belia
masih berleluasa dan semakin meruncing.

Di dalam menghadapi kemelut ini, peraturan dan kawalan sosial terus


dibentuk dari masa ke masa bagi mengawalnya. Pembangunan dan
masa depan negara dikatakan terletak pada kualiti golongan remaja
dan belia. Semua pihak sedar peri pentingnya peranan pendidikan di
dalam menyemai rasa tanggungjawab kerana dengan asas
pendidikan yang baik dan kukuh ia dapat menjadi benteng kepada
sebarang tingkahlaku yang tidak bermoral. Selain itu, organisasi
sosial juga mampu memain peranan penting di dalam menangani isu
gejala sosial di dalam masyarakat hari ini. Renungkan petikan
berikut:

‘Religion affects publics affairs because it offers a unifying set of


beliefs and practices, because it lends spiritual authority to social
norms and values, and because it is a means of social control’ ( Coser)

OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini akan memperkenalkan konsep- konsep asas, pendekatan-


pendekatan utama penyelewengan dan kaedah penyelidikan di
dalam disiplin Sosiologi untuk mengkaji penyelewengan sosial.
Persoalan-persoalan mengenai definisi penyelewengan, punca-
punca penyelewengan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh
masyarakat dan kerajaan untuk mengawal tingkah laku ini juga akan
dikaji. Memandang fenomena yang wujud di Malaysia pada masa ini,
pendekatan atau teori yang dipelajari akan dikaitkan dengan isu-isu
penyelewengan di Malaysia.

LIPUTAN KURSUS

1 Definisi dan Konsep-konsep Asas

2 Teori-Teori Penyelewengan
 Teori Fungsionalis
 Teori Penyaluran Budaya
 Teori Penglabelan
 Teori Kawalan Sosial
 Teori Konflik dan Kriminologi Marxist
 Teori Ekologi

3 Bentuk-bentuk tingkah laku penyewelengan


 Penyelewengan di kalangan remaja
 Penderaan dan Penganiayaan kanak-kanak/wanita
 Gangsterism
 Jenayah seks – rogol, gangguan seksual

4 Kawalan Sosial – undang-undang, Peranan Organisasi


Sosial , mekanisma kawalan sosial dan lain-lain di dalam
menangani masalah penyelewengan

SIDANG VIDEO

Lima kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus.


Pembelajaran anda di PPPJJ akan dibantu dengan pelbagai cara.
Salah satu daripada cara formal adalah menerusi sidang video.
Pertemuan dengan pengurus kursus boleh dilakukan ketika kursus
intensif.

SIDANG VIDEO TAJUK PERBINCANGAN

Sidang 1 Modul 1 : Pelajaran 1 /memperkenal


Matlamat kursus

Sidang 2 Modul 2 : Pelajaran 2

Sidang 3 Modul 2 : Pelajaran 1

Sidang 4 Modul 2 : Pelajaran 2

Sidang 5 Modul 3 : Kawalan Sosial

PENILAIAN

Tugasan (20%)
Peperiksaan berterusan (20%)
Peperiksaan Akhir (60%)

PEPERIKSAAN BERTERUSAN

Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif.


Soalan-soalan adalah berbentuk esei dan struktur. Sila Baca
modul dan nota sidang sebagai persediaan.
PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan akhir akan diadakan pada bulan April/Mei 2011 dan


akan dinilai menerusi soalan berbentuk esei

KURSUS INTENSIF

Sila ambil perhatian bahawa Kursus Intensif akan diadakan pada


29 November 2010 hingga 19 Disember 2010

E-PORTAL

Sila rujuk ruangan forum dari masa ke semasa. Pelajar juga


digalak memanfaatkan e-mel untuk berkomunikasi dengan
pengurus kursus.

TUGASAN :

Tajuk Tugasan:

Berdasarkan institusi atau organisasi atau persekitaran di


mana anda berada , huraikan tingkahlaku penyelewengan
yang anda kenalpasti. Bincangkan sebab berlakunya
tingkahlaku berkenaan dan seterusnya huraikan kaedah-
kaedah kawalan yang boleh diambil bagi menangani masalah
penyelewengan tersebut.

ARAHAN

Tugasan haruslah mematuhi perkara-perkara berikut:

i. Perbincangan anda haruslah mengutamakan pendekatan-


pendekatan penyelewengan dan elakkan daripada
perbincangan umum. Anda dikehendaki mengaplikasikan
mana-mana teori penyelewengan yang dianggap
bersesuaian dengan tajuk tugasan.

ii. Tarikh akhir penyerahan tugasan adalah 10 Disember 2010.


Tugasan perlu sampai di PPPJJ pada atau sebelum tarikh
tersebut. Tugasan yang lewat tidak akan diterima.

iii. Esei anda tidak melebihi 15-18 mukasurat, tidak termasuk


lampiran

iv. Esei mesti bercetak komputer, ditaip selang dua baris di atas
kertas A4 yang berwarna putih sahaja

v. Setiap rujukan mesti dinyatakan sumber. Cara menulis


bibliografi mengikut format APA dan HARVARD style dan
mestilah konsisten

vi. Anda dikehendaki menggunakan sekurang kurangnya 10


bahan rujukan – buku-buku, journal, majalah, internet dan
lain-lain semasa menjawab soalan tugasan. Perlu diingatkan
markah akan dipotong jika bahan bahan rujukan tidak
dinyatakan dan rujukan tidak selari dengan bibliografi.

vii. Sila tulis nama, nombor pendaftaran dan tajuk tugasan pada
muka hadapan rasmi tugasan yang disediakan oleh PPPJJ.

Pengurus Kursus : Pn. Zurina bt Mohd Radzi

Email : umnabilah@yahoo.co.uk

Alamat : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh


Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

You might also like