You are on page 1of 92

PERSEPSI PELAJAR PKPG SAINS SUKAN IPDA/UPSI DAN PELAJAR

AMBILAN 2004 SAINS SUKAN UPSI TENTANG


PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAN
PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
KSS 1023

LIM SIEW YEN

20021-12335

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN


FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2005
PERSEPSI PELAJAR PKPG SAINS SUKAN IPDA/UPSI DAN PELAJAR

AMBILAN 2004 SAINS SUKAN UPSI TENTANG

PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAN

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

KSS 1023

Oleh

LIM SIEW YEN

20021-12335

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
MAC 2005

i
PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil karya saya sendiri
kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap
satunya telah dijelaskan sumber rujukannya.

…………………………………
(LIM SIEW YEN)

( MAC 2005)

ii
PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak

…………………………………………………
(EN. MD AMIN BIN MD TAFF)
Penyelia Kursus
KSS 4103 Latihan Ilmiah

iii
PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak

…………………………………………………
(DR. ONG KUAN BOON)
Penyelaras Kursus
KSS 4103 Latihan Ilmiah

iv
DEDIKASI

Untuk ayahanda dan bonda yang disayangi,


yang telah mengajar serta mendidik menjadi insan yang berguna.

Untuk suami tercinta dan keluarga,


yang sentiasa memahami dan merestui pengorbanan ini.

Untuk sahabat seperjuangan,


yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat
yang tidak berbelah bagi.

Pergorbanan dan budi kalian semua menjadi sumber inspirasi dan aspirasi
untukku mencapai cita-cita meneruskan pengajian
di Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.

v
PENGHARGAAN

Saya merasa amat bersyukur kerana akhirnya berjaya menyempurnakan projek

penyelidikan ini yang diamanahkan kepada saya walaupun berbagai dugaan yang

terpaksa saya lalui.

Di sini saya dengan ikhlas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penyelia saya, Encik Md Amin bin Md Taff yang telah banyak menyumbangkan masa

dan tenaga membantu saya menyiapkan projek penyelidikan ini. Saya amat menghargai

kegigihan dan kesabaran beliau sepanjang proses penyelidikan ini, begitu juga dengan

pensyarah penyelaras kursus KSS 4093 Penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sukan,

Dr.Ahmad Bin Hashim yang turut memberi galakan dan tunjuk ajar bagi memantapkan

hasilan penyelidikan ini.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Jasmani &

Kesihatan, Institut Perguruan Darul Aman dan Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana

telah memberi kerjasama dan bantuan dalam kajian ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

ucapan terima kasih kepada pensyarah mentor iaitu Puan Norshilawati Binti Abdul Razak

vi
dan Encik Abdul Rahman Bin Md. Noor serta semua pensyarah khasnya pensyarah di

Fakulti Sains Sukan yang banyak memberi dorongan di dalam mendokumentasikan

penulisan ilmiah ini.

Akhir kata, jutaan terima kasih juga dikalungkan khusus untuk keluarga saya dan

rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sokongan moral, bantuan dan

sanggup berkorban demi memberikan kesempatan untuk belajar dalam keadaan selesa

untuk menyempurnakan projek penyelidikan saya.

Sekian, terima kasih.

vii
KANDUNGAN

MUKA SURAT

TAJUK . . . . . . . . . i

PENGAKUAN . . . . . . . . ii

PENGESAHAN . . . . . . . . iii

PENGESAHAN . . . . . . . . iv

DEDIKASI . . . . . . . . . v

PENGHARGAAN . . . . . . . . vi

KANDUNGAN . . . . . . . . viii

SENARAI JADUAL . . . . . . . xi

SENARAI RAJAH . . . . . . . xiii

ABSTRAK. . . . . . . . . . xiv

ABSTRACT . . . . . . . . . xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan . . . . . . . . 1

1.2 Pernyataan Masalah . . . . . . . 4

1.3 Objektif Kajian . . . . . . . 5

1.4 Persoalan Kajian . . . . . . . 6

1.5 Kepentingan Kajian . . . . . . . 7

viii
1.6 Limitasi Kajian . . . . . . . 8

1.7 Definisi Operasional . . . . . . . 9

BAB II SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan . . . . . . . . 11

2.2 Definisi Pendidikan Luar . . . . . . 12

2.3 Objektif Pendidikan Luar . . . . . . 14

2.4 Pendidikan Luar Sebagai Kaedah Pendidikan Di Malaysia . . 15

2.5 Pendidikan Luar Di UPSI . . . . . . 17

2.6 Teori-teori Berkaitan Pembelajaran Pendidikan Luar . . 20

2.7 Kajian Lampau Yang Berkaitan Pendidikan Luar . . . 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian . . . . . . . 27

3.2 Sampel Kajian . . . . . . . 28

3.3 Instrumen Kajian . . . . . . . 28

3.4 Kesahan Instrumen Kajian . . . . . . 30

3.5 Prosedur Kajian . . . . . . . 31

3.6 Prosedur Pengumpulan Data . . . . . . 32

3.7 Analisa Data . . . . . . . . 33

ix
BAB IV PENGANALISIS DATA . . . . . 34

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan . . . . . . . . 59

5.2 Perbincangan . . . . . . . . 59

5.3 Rumusan . . . . . . . . 67

5.4 Cadangan . . . . . . . . 68

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia .

B Borang Soalan Selidik

x
SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1 Bilangan responden berdasarkan jantina 35

2 Bilangan responden berdasarkan umur 35

3 Bilangan responden berdasarkan etnik 36

4 Bilangan responden berdasarkan status perkahwinan 36

5 Bilangan responden berdasarkan ambilan 37

6 Bilangan responden berdasarkan pengalaman mengajar 37

7 Bilangan responden berdasarkan pengalaman pendidikan luar 38

8 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar: Pengurusan Kursus 39

9 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar: Kepakaran

Fasilitator 41

10 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar: Keyakinan Pelajar 43

11 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar:Nilai Murni 45

12 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar:Faedah Program 47

13 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar:Sikap positif 48

14 Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap Pelaksanaan Program

Pendidikan Luar 50

15 Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap keberkesanan Program

Pendidikan Luar 50

16 Skor Persepsi Berdasarkan Peratusan Peratusan Bagi Pelaksanaan 51

xi
17 Peratus Pencapaian Persepsi Mengikut Keberkesanan Berdasarkan

Ambilan PKPG dan Pelajar Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI 52

18 Peratusan menunjukkan Perbandingan Tahap Keyakinan antara

Ambilan PKPG dan Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI 54

19 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG

dan Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Pelaksanaan Program

Pendidikan Luar 55

20 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG

dan Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Keberkesanan Program

Pendidikan Luar 56

21 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG

dan Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Tahap Keyakinan Selepas

Mengikuti Program Pendidikan Luar 57

xii
SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar :

Pengurusan Kursus 40

2 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar :

Kepakaran Fasilitator 42

3 Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar :

Keyakinan Pelajar 44

4 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar :

( Nilai Murni) 46

5 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar :

(Faedah Program) 47

6 Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar:

(Sikap Positif) 49

xiii
ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi Guru PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI terhadap Program Pendidikan

Luar dalam aspek pelaksanaan, keberkesanan dan keyakinan. Kajian juga bertujuan untuk

mengkaji perbandingan di antara kedua-dua kumpulan ini untuk mencari sama ada

terdapat perbezaan di dalam aspek pelaksanaan,keberkesanan dan keyakinan terhadap

Program Pendidikan Luar KSS 1023.

Responden pelajar adalah terdiri daripada 20 orang Pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan 87 Pelajar Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. Sejumlah 107 responden

telah diberi soal-selidik. Kesemua 20 orang pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA

memberi respon dan hanya 85 orang daripada 87 orang pelajar Ambilan 2004 Sains

Sukan UPSI melengkapi soal-selidik yang diberikan. Terdapat 2 orang pelajar Ambilan

2004 Sains Sukan UPSI tidak melengkapi soal-selidik yang diedarkan.

Kajian menunjukkan Pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan Pelajar Ambilan

2004 Sains Sukan UPSI menunjukkan persepsi positif terhadap program Pendidik Luar.

Mereka melaporkan bahawa program dilaksanakan dengan berkesan, mempunyai

pengaruh ke atas perubahan gaya hidup, corak pengajaran dan kesedaran persekitaran dan

keyakinan diri.

xiv
Keputusan soal-selidik dianalisis menggunakan peratusan dan ujian-T melalui

program SPSS 11.0.

Kajian menunjukkan Pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA yakin yang mereka

dapat melaksanakan Program Pendidikan Luar apabila berkhidmat di sekolah berbanding

dengan pelajar Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. Keputusan kajian menunjukkan

bahawa program pendidikan luar mempunyai kesan positif ke atas peserta yang

menyertainya.

xv
ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate the perception of PKPG Sports

Science UPSI/IPDA students and UPSI 2004 Sports Science Students towards the

Outdoor Education program as well as to investigate where there were any difference

between the two groups concerning implementation, effect and confidence after going

through the program.

The respondents were mainly teachers and fresh students following Sports

Science course in UPSI. A total of 107 respondents were given questionnaire of which 20

were PKPG Sports Science UPSI/IPDA students and 87 were Sports Science students

from UPSI 2004. Out of the 87 from UPSI two did not complete the questionnaires. A

total of 105 responded.

The results showed that the PKPG Sports Science UPSI/IPDA students and UPSI

2004 Sports Science Students perceived positive benefit from the outdoor Education

Program. They reported that the program were carried out effectively had an influence in

their lifestyle changes, teaching, environment awareness and increased in self-confidence.

xvi
The results of the questionnaires were then compared using SPSS 11.0,

percentage and t-test were done to find out the significant value.

The results showed that the PKPG Sports Science UPSI/IPDA students were

confident that they could positively carried out Outdoor Education Program when they

are back serving their school compared to the UPSI 2004 Sports Science Students. The

results imply that the Outdoor Education Program has a positive effect on participant who

attend it.

Xvii
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hari ini program–program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat sambutan

dan perhatian daripada masyarakat. Banyak syarikat dan pihak korporat turut

menganjurkan perkhemahan rekreasi, motivasi dan bina semangat di seluruh negara.

Pelbagai kelab atau persatuan aktiviti-aktiviti luar seperti kembara alam, mendaki gunung

dan pencinta alam telah ditubuhkan di sekolah.

Aktiviti perkhemahan merupakan satu aktiviti yang amat popular dan selalu

dijalankan kerana aktiviti tersebut dapat membantu ke arah pencapaian matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi individu

secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

intelek, sosial dan rohani. Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri telah

memperuntukkan belanjawan yang besar untuk membiayai aktiviti-aktiviti ini. Menurut

Maznah Hassan (2003), banyak perkhemahan perdana peringkat kebangsaan, kursus atau
bengkel telah diadakan untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap

ahli masyarakat.

Menurut Abu Bakar Sidek (1997), pendidikan luar boleh dianggap sebagai

gabungjalin dan integrasi kedua-dua pendekatan pendidikan, iaitu pendidikan primitif dan

pendidikan moden untuk mewujudkan alam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

melalui domain: (1) kognitif; (2) psikomotor dan (3) afektif.

Falsafah pendidikan luar menekankan alam semula jadi merupakan sebuah

makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu pendidikan. Ia boleh digabungkan dengan

amalan demi memperkaya pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan

individu yang sihat dari segi rohani dan jasmani. Pendidikan luar juga mampu

mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional di negara kita

yang berbilang kaum dan agama serta mempunyai amalan gaya hidup yang berbeza.

Pendekatan ini juga dapat menggabungkan mata pelajaran lain seperti, Sains,

Matematik, Bahasa, Geografi, Sejarah, Moral, Muzik dan Seni untuk perkembangan

individu. Ford (1981), Hammerman (1985) dan Knapp (1981) telah menyarankan

pendidikan luar sebagai sumber di luar bilik darjah untuk mencapai tujuan dan objektif

pendidikan. Alam luar digunakan sebagai alat peningkatkan pengajaran dan pembelajaran

kurikulum untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ini bertujuan

untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologikal dan menghargai masa lapang

dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan rekreasi alam luar.


Menurut Blackall (1988), pendidikan luar adalah satu panduan kepada aktiviti-

aktiviti yang menarik dan mencabar yang terkandung dalam banyak program rekreasi dan

pendidikan jasmani tidak formal.

Pendidikan Luar KSS 1023 ditawarkan oleh Program Sains Sukan Universiti

Sultan Idris kepada pelajar major dan pelajar yang mengambil minor sains sukan. Kursus

ini menggubungjalinkan kaedah pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal

dalam pembentukan dan pemupukan kesuburan pengetahuan, kemahiran, sikap serta

minat terhadap penglibatan dalam aktiviti fizikal sepanjang hayat. Alam semulajadi

digembleng untuk penghayatan, pemuliharaan dan penggunaan untuk tujuan pendidikan,

rekreasi serta kecergasan fizikal melalui aktiviti lasak.

Selepas melalui dan mendapat pengalaman daripada aktiviti yang dirancangkan,

diharapkan pelajar dapat:

• Menjadi insan guru yang berketrampilan dalam merancang, mengurus dan

mengelolakan aktiviti.

• Memantapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti kerohanian dan kesedaran

agama.

• Menguasai kemahiran asas aktiviti Program Pendidikan Luar mengikut

kemampuan diri melalui menghadapi cabaran semasa.

• Menunjukkan kepekaan dan keperihatian terhadap keindahan dan kekayaan

alam semula jadi termasuk isu dan masalah alam sekitar.


• Meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman yang menyeronokkan dan

selamat dalam pelbagai persekitaran yang berbeza.

• Merancang dan menjalani semua aktiviti berlandaskan ciri-ciri keselamatan.

• Menunjukkan sikap positif, kesedaran sivik, memupuk semangat patriotisme

dan kewarganegaraan yang tinggi.

• Menyedari peri pentingnya kecergasan fizikal di dalam menjalani aktiviti

Program Pendidikan Luar.

1.2 Pernyataan Masalah

Kursus Pendidikan Luar KSS1023 merupakan sebahagian daripada kursus yang

ditawarkan untuk pelajar Program Sains Sukan. Program ini mempunyai tiga kredit satu

minggu yang mesti diikuti oleh pelajar Program Sains Sukan. Jumlah waktu yang

diperuntukkan ialah satu jam teori dan enam jam untuk amali seminggu selama empat

belas minggu. Aktiviti yang agak lasak seperti berkayak, rentas rimba, abseiling, merintis

sungai adalah sebahagian daripada program ini.

Terdapat tanda tanya yang timbul terhadap program ini iaitu apakah persepsi

guru PKPG UPSI/IPDA dan pelajar ambilan Jun 2004 Sains Sukan terhadap program ini.

Terdapat reaksi pelajar yang mengatakan program ini tidak sesuai dijalankan kerana

pelajar yang terbabit terdedah kepada risiko kecederaan fizikal dan ancaman lain. Aktiviti

ini juga dianggap membuang masa tanpa memberi kesan positif kapada guru. Pendidikan
luar dikatakan satu kerja yang sia-sia sahaja tanpa memberi impak yang berfaedah kepada

pendidikan secara keseluruhan. Sungguhpun begitu, tidak kurang juga pelajar yang

mengatakan bahawa melalui pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak akan

melahirkan individu yang tahan diuji dan bersedia menghadapi dugaan.

Berasaskan percanggahan pendapat ini, pengkaji merasakan perlunya menyelidik

isu ini.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi antara pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan terhadap program

Pendidikan Luar di UPSI. Objektif kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang

persepsi kedua-dua belah pihak terhadap Program Pendidikan Luar. Objektif kajian ini

adalah:

1.3.1 Meninjau persepsi keseluruhan pelajar UPSI Ambilan Jun 2004 Sains Sukan

terhadap pelaksanaan dan keberkesanan Program Pendidikan Luar KSS 1023.

(Pelajar kampus IPDA dan pelajar Sultan Abdul Jalil Shah).

1.3.2 Meninjau perbezaan persepsi antara: (A) pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA

dan (B) pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan terhadap pelaksanaan dan

keberkesanan Program Pendidikan Luar KSS 1023 UPSI.


1.3.3 Meninjau persepsi pelajar PKPG Sains Sukan dan pelajar ambilan 2004 Program

Sains Sukan terhadap unsur-unsur penerapan nilai murni yang mungkin berlaku

dalam program ini.

1.3.4 Meninjau persepsi pelajar PKPG Sains Sukan dan pelajar ambilan 2004 Program

Sains Sukan terhadap tahap keyakinan untuk melaksanakan Program Pendidikan

Luar di sekolah setelah bergraduat.

1.4 Persoalan Kajian

Melalui kajian ini pengkaji memberikan penumpuan khusus kepada persoalan

berikut:

1.4.1 Apakah persepsi pelajar PKPG Sains Sukan terhadap pelaksanaan dan

keberkesanan program Pendidikan Luar KSS1023?

1.4.2 Apakah persepsi pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan terhadap

pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar KSS 1023?

1.4.3 Sejauhmanakah perbezaan persepsi antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar

ambilan 2004 Program Sains Sukan tentang pelaksanaan dan keberkesanan program

Pendidikan Luar KSS1023?


1.4.4. Sejauhmanakah tahap keyakinan pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA

melaksanakan program Pendidikan Luar KSS1023 di sekolah setelah

bergraduat ?

1.4.5 Sejauhmanakah tahap keyakinan pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan

melaksanakan program Pendidikan Luar di sekolah setelah bergraduat?

1.4.6 Sejauhmanakah perbezaan tahap keyakinan antara pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan melaksanakan

program Pendidikan Luar di sekolah setelah bergraduat?

1.5 Kepentingan Kajian

Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi satu gambaran tentang persepsi di

antara guru PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains

Sukan UPSI. Diharap hasil kajian ini dapat:

1.5.1 Menjadi panduan untuk pelajar program Sains Sukan untuk melaksanakan

program Pendidikan Luar di sekolah.

1.5.2 Memberi maklumat dan gambaran kepada pihak universiti tentang

pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar yang dijalankan

untuk tindakan lanjut.


1.5.3 Memberi maklumat yang lebih jelas kepada para penyelidik tentang pendapat

pelajar Sains Sukan terhadap pelaksanaan dan keberkesanan program

Pendidikan Luar.

1.6 Limitasi Kajian

Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada faktor-faktor berikut:

1.6.1 Lokasi melaksanakan interaksi teori kepada pelajar adalah berbeza iaitu

pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA di Institusi Perguruan Darul Aman,

Kedah dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Tanjung Malim, Perak.

1.6.2 Pensyarah yang mengendalikan kursus ini juga berbeza iaitu Encik Abdul

Shukor Bin Zainal Abidin di IPDA dan Encik Abu Bakar Sidek di UPSI.

1.6.3 Faktor persekitaran juga mungkin mempengaruhi proses pembelajaran

responden kajian ini.


1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Program Pendidikan Luar:

Program yang mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan

ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Sains Sukan.

1.7.2 Pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA:

Pelajar Program Khas Pengsiswazahan Guru yang melanjutkan kursus tiga

tahun Sains Sukan. Pelajar (bekas guru) ini memulakan kursus selama

setahun di Institut Perguruan Darul Aman dan dua tahun di Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Jumlah keseluruhannya 18

orang.

1.7.3 Pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan:

Pelajar yang mengikuti kursus Program Sains Sukan di Universiti

Pendidikan Sultan Idris selama empat tahun. Jumlah pelajar ini adalah

seramai 90 orang.

1.7.4 Persepsi:

Merujuk kepada pandangan yang diperolehi dari pelajar PKPG Sains

Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan terhadap

pelaksanaan dan keberkesanan program Sains Sukan.


1.7.5 Pelaksanaan:

Merujuk kepada domain perancangan aktiviti, kepakaran fasilitator dan

kesediaan pelajar dalam program Pendidikan Luar.

1.7.6 Keberkesanan:

Merujuk kepada aspek nilai murni, faedah yang diperolehi dan sikap

positif pelajar dalam program Pendidikan Luar.


BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur ialah satu aspek yang sangat penting dalam penyelidikan. Ia

penting kerana membantu penyelidik memahami topik yang dikaji secara mendalam,

aspek yang dikaji, bagaimana ianya telah dikaji dan isu utama yang dikaji (Hart, 1998).

Hasil daripada tinjauan literatur, kita akan dapat memahami teori utama dalam subjek

kajian, bagaimana teori diguna dan diperkembangkan serta kritikan utama yang

diketengahkan.

Pada zaman moden yang menekankan prinsip globalisasi, pendidikan adalah satu

bidang yang sangat penting untuk melahirkan generasi muda yang sanggup dan dapat

menghadapi cabaran hidup. Kebolehan individu untuk melaksanakan tugas dengan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada membezakan kualiti individu atau sesuatu

bangsa. Kita tidak sanggup terpinggir oleh masyarakat sedunia dan sentiasa menjadi alat
sampingan sahaja. Justeru itu, pembaharuan harus wujud dalam pendidikan. Hanya

pendidikan sahaja yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara.

Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan luar

dapat menjadi satu media untuk memurnikan hasrat tersebut. Pendidikan Luar

diubahsuai untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial

yang sihat dan melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berdisplin dan bersepadu.

Bab ini akan membincangkan: (1) Definisi pendidikan luar, (2) Objektif

pendidikan luar, (3) Pendidikan luar sebagai kaedah pendidikan di Malaysia, (4)

Pendidikan luar di UPSI, (5) Teori-teori pembelajaran berkaitan pendidikan luar, (6)

Kajian-kajian lampau berkaitan pendidikan luar.

2.2 Definisi Pendidikan Luar

Terdapat banyak definisi yang berlainan tentang pendidikan luar. Ramai yang

mengaitkan pendapat ini dengan perkhemahan. Menurut L.B. Sharp (Hammerman,1980;

m.s. 33), seorang penyumbang dan peneroka pendidikan perkhemahan menyatakan

rasionalnya: “That which can best be taught inside the school rooms should be taught,

and that which can best be learned through experience dealing directly with native

materials and life situation outside the school should there be learned”. Menurut Julian

W. Smith (Hammerman,1980; m.s. 33), memulakan projek pendidikan luar kebangsaan

pada tahun 1955 dan menjelaskan kenyataan berkaitan pendidikan luar dengan kurikulum
sekolah bahawa: “Outdoor education means learning “in” and “for” the outdoors. It is

means of curriculum extension and enrichment through outdoor experiences” .

Seterusnya, definisi pendidikan luar adalah lebih umum dengan terbentuknya

berbagai program. Donalson and Donalson (1958) mendefinisikan pendidikan luar

sebagai: “ education in,about,and for the out of doors”.

Definisi yang diutarakan oleh Knapp (1981) pula ialah “Pendidikan luar sebagai

alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan”.

Menurut Priest (1986), pendidikan luar ialah satu proses pembelajaran melalui

pengalaman yang menggunakan tempat terbuka. Hammerman (2001) mendefinisikan

pendidikan luar sebagai pendidikan yang menggunakan alam luar sebagai medium

pengajaran dan pembelajaran.

Definisi yang paling komprehensif menjelaskan pendidikan luar ialah: “Outdoor

education is education in, about, and for the out of doors.” (Ford,1981). Definisi ini

menyatakan tempat, topik dan tujuan pendidikan luar. “In” bermaksud pendidikan boleh

wujud di mana-mana tempat. Contohnya, di tepi tasik, di dalam hutan dan sebagainya.

Secara tidak langsung, pengalaman berinteraksi dan bersosial wujud di tempat tersebut.

“About” pula menghuraikan kaitan antara persekitaran dan budaya alam itu

sendiri. Kita boleh mengajar matematik, biologi, geografi, sejarah dan sebagainya

melalui persekitaran sebagai tempat luar yang lebih menarik.


“For” bermaksud pendidikan luar dapat memenuhi kehendak domain kognitif,

psikomotor dan afektif menerusi kitaran ekosistem. Ini bermakna kita dapat memahami,

mengguna dan menghargai sumber semulajadi.

2.3 Objektif Pendidikan Luar

Tujuan utama melibatkan individu ke alam persekitaran ialah untuk mengkayakan

pengalamannya. Setiap orang mempunyai peluang untuk belajar melalui persekitaran.

Maka pendidikan luar harus mempunyai objektif yang tersendiri supaya dapat mencapai

tujuannya. Knapp (1981) mengemukakan objektif pendidikan luar dalam pembentukan

kurikulum sekolah. Antara objektifnya:

2.3.1 Memahami diri dan orang lain. Memahami diri dan orang lain adalah objektif

sepanjang hayat. Pendedahan persekitaran yang baru dan orang lain akan

membantu individu lebih bekerjasama, rasa bersimpati, menghayati nilai dan

sikap diri serta orang lain.

2.3.2 Menghargai dan menghayati persekitaran. Alam semulajadi ialah sumber harta

kita untuk menjaga, menukar atau merosakkannya. Maka penyertaan program

pendidikan luar haruslah dapat menjaga dan menghargai alam semulajadi

daripada diceroboh. Penanaman semula pokok dan penjagaan api sewaktu

pendidikan luar harus diterapkan nilai bagi memelihara keaslian dan kecantikan

alam.
2.3.3 Selamat dan sihat persekitaran. Kesihatan dan keselamatan manusia sangat

penting semasa pendidikan luar. Setiap orang harus mengetahui cara-cara untuk

mengelak daripada ditimpa kecelakaan. Cara mencegah daripada terlibat dalam

kemalangan harus dititikberatkan. Kemahiran seperti berkayak perlu diajar untuk

menghindari kemalangan.

2.3.4 Memperkembangkan minat pendidikan luar dan persekitaran sepanjang hayat. Hal

ini terjadi apabila individu tersebut dapat menguasai kemahiran yang

dipelajarinya. Kemahiran yang diperolehi pula akan menjadi kegemaran pada

masa akan datang.

Keempat-empat objektif ini dapat memenuhi kehendak asas untuk menyediakan

kurikulum pendidikan luar.

2.4 Pendidikan Luar Sebagai Kaedah Pendidikan di Malaysia

Pendidikan luar sebenarnya merupakan satu kaedah pendidikan yang

menggunakan kemahiran, sikap, pengetahuan dan apresiasi di dalam serta untuk alam

luar. Pendidikan berlaku di dalam alam semulajadi, di dalam alam realistik dan juga di

dalam sebuah makmal hidup (Abu Bakar Sidek, 1997). Ia harus diterima sebagai

sebahagian daripada kurikulum dan bukan sebagai ekstra kurikulum. Ia merupakan satu
kaedah penting dan berguna yang boleh diamalkan dalam pengajaran setiap

matapelajaran. Antara konsep yang wujud dalam program pendidikan luar adalah:

2.4.1 Program pendidkan luar melengkapi kandungan kurikulum dengan pengalaman

yang terancang mengenai isi pelajaran yang diajar.

2.4.2 Projek pendidikan luar memberi peluang untuk pengalaman pembelajaran yang

sebenar dalam banyak bidang kurikulum yang tidak dapat diwujudkan dalam

situasi bilik darjah.

2.4.3 Program pendidikan luar menjadikan pembelajaran di bilik darjah lebih bermakna

bila pelajar berpeluang mengkaji dan menemui perkara yang spesifik yang jelas

diterangkan dalam buku-buku teks.

2.4.4 Program pendidikan luar memberi situasi yang lebih baik untuk mempraktikkan

prinsip psikologi dan kaedah mengajar mengenai pembentukan sikap, pengayaan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran.

2.4.5 Makmal alam semula jadi mewujudkan satu sumber asas pendidikan di mana

integrasi dan hubung kait semua mata pelajaran menjadi realiti.


2.4.6 Program pendidikan luar menjadi satu cara motivasi kepada pelajar (dari segi

akademik dan juga sosial) yang kerap berasa kurang berminat atau tidak cekap

semasa dalam bilik darjah.

2.4.7 Program pendidikan luar memperkenalkan kepada pelajar kemahiran berguna dan

mengembangkan pengetahuan mereka dalam semua bidang kurikulum masa kini.

2.4.8 Program pendidikan luar memberi peluang untuk memperolehi kemahiran dan

pengetahuan baru dan berfaedah yang melibatkan penggunaan masa lapang.

2.4.9 Program pendidikan luar harus meliputi semua peringkat persekolahan.

Menumpukan program pendidikan luar melalui pengalaman perkhemahan dalam

peringkat tertentu tidak mendatangkan manfaat pada pelajar.

2.4.10 Program pendidikan luar harus dirancang menepati kehendak program untuk

setiap peringkat.

Konsep yang dinyatakan menunjukkan keperluan pendidikan luar diaplikasi

dalam pendidikan negara.

2.5 Pendidikan Luar Di UPSI

Program Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan kursus


KSS1023 Pendidikan Luar kepada pelajar major dan pelajar yang mengambil minor

Sains Sukan. Kursus tiga kredit ini merangkumi satu jam teori dan dua jam amali (7 jam

penemuan) seminggu. Sesi teorinya dijadualkan setiap minggu dan latihan amali diatur

oleh pelajar. Amali lazimnya dirancang berlangsung pada cuti akhir semester selama 14

hari.

Kandungan teori yang dipelajari oleh pelajar termasuklah:

1. Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan luar

2. Sejarah perkembangan pendidikan luar

3. Konsep moden pendidikan luar

4. Pendidikan luar merentas kurikulum

5. Perancangan dan pengurusan pendidikan luar

6. Pendidikan alam sekitar dan konservasi dalam pendidikan luar

7. Teori, konsep dan amalan perkhemahan

8. Pendekatan saintifik dalam pendidikan luar

9. Kemahiran amali dalam pendidikan luar

10. Isu-isu dalam pendidikan luar

Di bahagian amali pula, pelajar mengatur sesi latihan untuk mempelajari

kemahiran yang diperlukan dengan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar

senior. Mereka ini dikenalpasti mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sahsiah yang
diperlukan sebagai pembimbing. Satu sesi amali orientasi ringkas telah dijalankan di

Kem Perlok, Sungkai menggabungkan pelajar PKPG Sains Sukan dari IPDA dan pelajar

ambilan 2004 Sains Sukan UPSI pada 2 hingga 4 Julai yang lalu. Amali sehari pula

dirancang untuk pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI untuk menjalani empat aktiviti

yang berpusatkan air, kemahiran mengendalikan dinghi, asas berkayak, kemahiran dan

keyakinan di air dan asas bantu mula.

Selain daripada memberi pendedahan dan pengalaman kepada bakal guru dalam

pengurusan dan pengendalian sesebuah kem pendidikan, sesi amali ini juga menjadi sesi

penilaian pencapaian pelajar dalam mempraktikkan teori, panduan serta amalan positif

yang menonjolkan kualiti diri dan nilai-nilai murni yang hendak diterapkan. Di samping

itu sesi amali menjadi “medium” untuk pelajar mengenali diri dengan lebih dekat serta

memahami rakan sekursus.

Aktiviti kursus amali terbahagi kepada dua bahagian:

1. Aktiviti teras. Aktiviti utama program ini merangkumi :-

• Pengurusan perkhemahan

• Ekspedisi berkayak

• Aktiviti tali (abseiling, bridging flying fox free fall)

• Kemahiran air dan snorkeling .

• Kembara ilmiah
• Ikhtiar hidup

2. Aktiviti pengukuhan. Di samping memberi tumpuan kepada aktiviti teras,

dirancangkan juga beberapa aktiviti lain bagi melengkapi usaha

mempertingkatkan kualiti pelajar. Aktiviti tersebut seperti berikut:

• Latihan Dalam Kumpulan

- ‘Rahsia Pendidikan Luar’

- ‘Komunikasi’

- ‘Infra merah’

- ‘Bersatu’

- ‘Pilih Yang Perlu’

- ‘Aku, Engkau, Kami dan Kita’

Aktiviti teori dan amali direka di dalam kursus Pendidikan Luar KSS1023

bertujuan melahirkan bakal guru yang berkemahiran dan dapat melaksanakan tugas

selepas bergraduat.

2.6 Teori-teori Berkaitan Pembelajaran Pendidikan Luar

Teori pembelajaran dan pendekatan alaf baru harus berganjak paradigma daripada

pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan

teori konstruktivisme menjadi salah satu daripada pendekatan yang digunakan dalam
pendidikan luar. Ia menekankan bagaimana kefahaman pelajar membina sesuatu

maklumat melalui aplikasi kemahiran berfikir. Pelajar dapat menganalisis, mengintegrasi

dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru melalui pengetahuan sedia ada.

Menurut Borich dan Tombori (1995; m.s.177), pendekatan konstruktivisme ialah:

“an approach to learning in which learners are provided the apportunity to construct

their own sense of what is being learned by buiding internal connections or relationship

among the ideas and facts being taught.”

Duckworth (1987; m.s.142) pula mendefinisikan konstruktivisme sebagai:

“Meaning is not given to us in our encounters, but it is given by us, constructed by us,

each in our own way, according to how our understanding is currently organized.”

Daripada kenyataan yang diberikan dapat menjelaskan bahawa pelajar dapat

membina kefahaman baru dan harus memainkan peranan aktif semasa penerokaan baru.

Higginson (1989) juga mengatakan pelajar mesti pandai mengintegrasikan pengetahuan

sedia ada dan mengaplikasikannya secara aktif untuk mendapat pengetahuan baru. Von

Glaserfeld (1991) berpendapat pendekatan ini perlu kerana konsep baru dan pengetahuan

baru tidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan. Setiap

orang mesti mengabstrak makna, konsep dan pengetahuan dari pengalamannya sendiri.

Pendidikan luar menyediakan persekitaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk

bertindak secara aktif dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada (kursus teori

pendidikan luar) kepada kefahaman baru (kursus amali pendidikan luar).


Ahli falsafah yang menyokong pelaksanaan pendidikan luar yang berorientasikan

pengalaman ialah Dewey (1938) dengan menyatakan kepentingan “pengalaman” dalam

usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan dan juga proses sosialisasi. Gardner

(1991) menyatakan pengetahuan bergantung kepada persekitaran yang disediakan oleh

sekolah. Sementara pembelajaran dan pengalaman melibatkan proses perubahan nilai,

maka segala kemahiran dan pengetahuan yang didapati oleh seseorang pelajar adalah

menerusi aktiviti yang dilalui. The Association for Experiental Education (1994) juga

menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran ialah proses di mana pelajar membina

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang didapati dari pembelajaran secara langsung

(direct experience).

Barret dan Greenaway (1995), Seard dan Wilson (2002), Wash dan Golins (1976)

telah mengutarakan tujuh domain yang utama sebagai asas pelaksanaan pendidikan luar.

Domain tersebut adalah seperti berikut:

1. Individu

2. Persekitaran

3. Aktiviti

4. Program

5. Kumpulan

6. Instruktor

7. Budaya
Perkara yang wujud semasa program pendidikan luar harus memperlihatkan

interaksi ketujuh-tujuh elemen ini. Contohnya, peserta yang menyertai aktiviti rock wall

climbing akan memperlihatkan interaksi domain antara:

• kekuatan dan daya tahan individu, personaliti dan ketabahan

(individu)

• faktor cuaca (persekitaran)

• tahap ketinggian memanjat (aktiviti)

• falsafah program iaitu bagaimana melaksanakan dan

membimbing aktiviti melalui cabaran fizikal (program)

• kelakuan/ norma kumpulan terhadap individu yang melakukan

aktiviti (kumpulan)

• kemahiran fasilitator dan hubungannya dengan

peserta(instruktor)

• Penampilan budaya terhadap risiko fizikal dan psikologikal

(budaya)

Teori berkaitan pendidikan luar adalah sangat kompleks dan berbagai bergantung

pada proses dan kehendak semasa.

2.7 Kajian Lampau Yang Berkaitan Pendidikan Luar

Kajian yang dijalankan oleh Maznah Hassan (2003) terhadap guru pelatih KDPM

menunjukkan 90% daripada pelatih mengatakan aktiviti yang dirancangkan dalam

program pendidikan luar adalah sesuai dengan kemampuan diri mereka. Pelajar KDPM
juga berpendapat bahawa pada keseluruhannya program pendidikan luar telah memberi

manfaat kepada mereka.

John, Stuart dan Brian (2002) dalam kajiannya yang bertajuk “Student Caring For

Each Other: Outdoor Education and Learning Through Peer Relationships” mendapati

sikap mengambil berat terhadap kawan semasa aktiviti luar adalah lebih berkesan

berbanding dengan amalan di dalam kelas.

Hattie, Neill dan Richards (1997) membuat rumusan bahawa program mencabar

mendapat kesan yang berpanjangan terhadap individu yang terlibat. Bagaimanapun,

dapatan kajian program ini juga bergantung pada perbezaan program dan perbezaan

individu. Perbezaan individu yang mempunyai persepsi yang berbagai ini mendapat

sokongan dari artikel yang dituliskan oleh Dennis (1986) bahawa setiap aktiviti

dijalankan hendaklah mengambil kira faktor perbezaan individu.

Kajian kualitatif dan deskriptif yang dijalankan terhadap orang dewasa yang

terlibat dalam kursus Outward Bound selama 26 hari juga menunjukkan terdapat

perubahan konsep kesedaran diri. Kursus ini dapat menyedari kelemahan dan kelebihan

peserta setelah menyertai program lasak yang tinggi risikonya. Bertolami, Cheryl (1981).

Gaston, Debra Wickstrom (1978) juga menjalani kajian ke atas golongan pemuda dan

mendapati terdapat perubahan positif apabila menghadapi cabaran, berkeyakinan diri,

dapat mengawal perasaan dan dapat menyempurnakan pelajaran di sekolah.


Bridgewater dan Grant (1981) dalam kajiannya yang bertajuk “The Effect Of A

Ninety-five Day Wilderness Camping Program Upon Personality” berpendapat tiada

perbezaan yang ketara terhadap perubahan karakter personaliti antara peserta yang

menyertai program dengan kumpulan yang yang tidak menyertai program Wilderness

Camping.

Gillett dan Thomas (1991) menjalankan kajian menggunakan method Tennessee

Self-Concept Scale (TSCS) dan Coopersmith Self-Esteem Inventory (SEI) serta soal

selidik tentang pengetahuan persekitaran. Kajian mendapati tiada perbezaan wujud

sebelum dan selepas program perkhemahan dan merentas rimba selama enam hari ke atas

konsep kendiri dan sikap peserta.

Huie dan John Carlton (1982) dalam kajiannya yang bertajuk “A Semester

Outward Bound Course: An Exploratory Study Of Effects On Locus Of Control, Value,

and Life Meanings” mendapati terdapat sedikit perubahan sahaja yang berlaku sebelum,

semasa dan selepas program. Kajian tentang nilai jujur, kasih sayang, hormat pada diri

serta tanggungjawab pula menunjukkan kesan positif. Sebelas daripada tigabelas peserta

pula menyatakan aktiviti yang disertai mempunyai kesan positif bagi aspek pengalaman

mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Tangen-Foster dan James (1992) yang bertajuk “ A

Motivational Study of Outward Bound Participants” bertujuan untuk meninjau motivasi

dan karakter psikologi yang dapat diperolehi daripada penyertaan program. Tinjauan

mendapati peserta mencapai objektif program tetapi menyatakan faktor-faktor lain seperti
berhajat untuk bertanding telah menguasai perubahan motivasi dan karakter psikologi

pada masa program dijalankan. Bagaimanapun interaksi bersama alam, penilaian kendiri,

sikap empati berkesan kepada peserta selepas kursus.

Travers dan Brean (1982) menjalankan kajian yang bertajuk “ The Effects Of The

Colorado Outward Bound Teachers’ Practicum As Perceived by Participants” untuk

meninjau kesan perkembangan diri dan profesional guru praktikum pada tahun 1980.

Dapatan positif didapati setelah data dianalisis. Guru mengakui program Outward Bound

yang disertai mereka mempengaruhi sesetengah bidang seperti latihan mengajar, cara

hidup, corak rekreasi, dan sikap terhadap pelajar. Kursus ini sangat berkesan terhadap

semua guru yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan status perkahwinan. Kursus ini

juga mendapati perubahan positif dari segi menandatangani tekanan, kesedaran kesihatan

serta mengubah tabiat dan cara berfikir. Peserta lelaki pula megakui terdapat perubahan

cara berinteraksi dengan orang lain seperti lebih memahami orang lain, lebih

berkebolehan menerima pendapat orang lain dan mempunyai hati yang lebih terbuka

untuk menerima kawan.

Terdapat pelbagai jawapan yang diperolehi melalui kajian tinjauan yang telah

dibuat. Ada yang mendapat keputusan yang menyokong program dan ada pula yang

sebaliknya. Ini dapat membantu penyelidik untuk menjalankan kajian dan membuat

perbandingan keputusan serta memberi komen untuk kajian akan datang. Di Malaysia,

tidak banyak kajian yang dijalankan tentang pendidikan luar. Diharap hasil yang

diperolehi oleh penyelidik akan membantu kajian masa akan datang.


BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini membincangkan bentuk kajian yang akan digunakan oleh penyelidik,

penerangan tentang responden, instrumen kajian, prosedur kajian serta prosedur

pengumpulan data dan cara menganalisa data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang bertujuan mengumpul data tentang

persepsi antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains

Sukan terhadap pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar KSS 1023.

Kajian ini berbentuk soal selidik dan dianalis menggunakan program SPSS 11.0 for

windows (Statistical Package for the Social Science). Banyak kajian yang dijalankan

menggunakan soal selidik untuk mendapat data yang benar. Pengkaji-pengkaji seperti

Sale dan Lindsay (1992) serta Stolz dan Gordon menggunakan metodologi ini dalam

mengumpul maklumat ke atas kajian yang dijalankan.


3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan 87 orang pelajar ambilan 2004 Sains Sukan. Semua pelajar iaitu seramai

108 orang dipilih untuk menjawab soal selidik yang diberikan. Pelajar PKPG Sains

Sukan ialah pelajar yang mengambil kursus di Institut Perguruan Darul Aman, Jitra,

Kedah selama satu tahun dan melanjutkan kursus di Universiti Pendidikan Sultan Idris

selama dua tahun. Pelajar ambilan 2004 Sains Sukan ialah pelajar yang mengambil

kursus di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris selama empat tahun. Pelajar PKPG

(Program Khas Pengsiswazahan Guru) adalah bekas guru dan mempunyai pengalaman

mengajar. Pelajar ambilan 2004 Sains Sukan adalah pelajar asas yang mengikuti kursus

di UPSI.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang dijalankan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Ia

direka oleh pengkaji berpandukan kehendak kajian. Kerlinger (1964) menjelaskan

bahawa kajian melalui soal selidik membolehkan penyelidik mendapat maklumat

sosiologikal dan psikologikal daripada sesuatu populasi melalui sampel yang besar.

Teknik ini juga digunakan untuk mendapatkan data berhubung dengan nilai-nilai

individu, pandangan dan hubungan sosial (Philips 1971). Kebiasaannya data yang

diperolehi melalui teknik ini tepat dalam lingkungan ralat persampelan dengan
kebolehpercayaan sama dengan 0.80 (Kerlinger 1964). Soal selidik dalam kajian ini

meliputi tiga bahagian.

Bahagian A berjumlah 7 soalan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

latar belakang responden kajian seperti butir-butir peribadi dan kategori kursus. Bahagian

B mengandungi 15 soalan menyoal tentang pelaksanaan program pendidikan luar.

Bahagian ini mempunyai tiga sub item yang diuji. Soalan 1 - 7 menguji pengurusan

kursus, soalan 8 -12 menguji kepakaran fasilitator dan soalan 13 -15 pula menguji

keyakinan pelajar mengikuti kursus. Bahagian C merangkumi 12 soalan yang menyoal

tentang keberkesanan program pendidikan luar dan satu soalan “open ended”. Soalan 1-

6 Bahagian B mengkaji aspek nilai murni, soalan 7 dan 8 menyoal tentang faedah yang

diperolehi dari program Pendidikan Luar dan soalan 9 –12 menguji sikap positif yang

diperolehi setelah menghadiri program pendidikan Luar.

Skala bahagian B dan C mengandungi 5 pilihan jawapan dan dikodkan seperti

jadual di bawah:

1. Sangat Tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Kurang Setuju (KS)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)


3.4 Kesahan Instrumen Kajian

Anastasi (1982) mendefinisikan kesahan sebagai satu ujian yang memastikan

sejauh mana ia mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan pula, mengikut

Kerlinger (1973) ialah di mana satu ujian itu mempunyai ciri-ciri seperti kestabilan,

konsistensi, keramalan dan ketepatan. Carmines & Zeller (1979) menyatakan bahawa

kebolehpercayaan ialah sejauh mana satu ujikaji, ujian atau prosedur kajian apabila

diulangkan akan memberi keputusan yang hampir sama. Oleh itu, kesahan adalah berkait

rapat dengan sifat sesuatu alat ukuran manakala kebolehpercayaan adalah berkait dengan

konsistensi, ketepatan dan kestabilan sesuatu instrumen pengukuran.

Sebelum pengumpulan data sebenar dijalankan, satu kajian rintis akan dijalankan

ke atas 30 orang pelajar di Institusi Perguruan Darul Aman yamg menyertai Kursus

Setahun Perguruan Khas jurusan Pendidikan Jasmani. Tujuannya adalah untuk

menentukan setiap item dalam soal-selidik yang disediakan itu mempunyai maksud yang

jelas dan dapat difahami sepenuhnya oleh responden. Pelajar itu dipilih kerana mereka

juga menyertai program pendidikan luar dan suasana di institut tersebut mirip kepada

suasana pembelajaran pelajar universiti.

Mengikut Ary, Jacobs & Razavieh (1990), tujuan kajian rintis ialah untuk

menentukan kesesuaian soal-selidik tersebut. Dengan itu, soal selidik dalam kajian ini

diuji untuk:

• Menentukan sama ada arahan adalah jelas dan difahami


• Mengenalpasti jika terdapat kandungan soal selidik yang

tidak sesuai

• Menentukan kesesuaian dan susunan item

• Menentukan jangka masa yang diambil untuk menjawab

soal selidik.

Maklumat soal selidik dianalisis secara statistik menggunakan program SPSS 11.0

for windows (Statistical Package for the social Science). Maklum balas yang diperolehi

dari setiap item membantu penyelidik dalam penyediaan kesahan.

3.5 Prosedur Kajian

Prosedur kajian yang dilaksanakan ialah seperti berikut:

3.5.1 Setelah tajuk kajian dikenalpasti, penyelidik membuat perancangan awal,

membaca dan mencari maklumat yang berkaitan. Dalam proses pemilihan

kaedah, instrumen, masalah dan persoalan kajian serta memperbaiki dan

menyempurnakan cadangan penyelidikan, penyelidik berbincang dengan

penyelia, En. Md Amin Md Taff. Perbincangan dibuat berkali-kali untuk

memastikan penyelidikan dijalankan dengan sempurna.


3.5.2 Satu surat permohanan telah dihantar ke Kementerian Pendidikan

Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan untuk

meminta kebenaran membuat kajian.

3.5.3 Penyelidik juga menulis surat ke Institut Perguruan Darul Aman dan

Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk meminta kebenaran

menggunakan pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan

2004 Sains Sukan sebagai responden ke atas kajian yang dilakukan.

3.5.4 Seterusnya penyelidik berbincang dengan pensyarah dan membuat

penerangan bagaimana menjalankan kajian dan menetapkan tarikh

membuat kajian. Kajian ini akan dijalankan pada 3hb.Disember 2004

kerana pelajar yang dikaji akan berada di lokasi kajian untuk semester

pengajian baru.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data Kajian

Setelah tarikh dan masa ditetapkan untuk membuat kajian, penyelidik

mengumpulkan pelajar di sebuah bilik. Satu penerangan dan taklimat diberikan sebelum

kajian dimulakan. Pengkaji meminta kerjasama responden untuk menjawab soalan

dengan ikhlas. Seterusnya pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden.

Penyelidik bersama responden semasa kajian dijalankan. Apabila tamat menjawab

soalan, borang tersebut dikutip untuk tindakan selanjutnya.


3.7 Analisa Data

Setelah maklumat-maklumat dari kajian soal selidik diterima, penyelidik

menyusun data-data dengan teliti. Ketelitian dalam penyusunan disusuli dengan huraian-

huraian yang bersesuaian dengan pernyataan masalah yang diberikan. Data kajian ini

dikumpulkan melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik peratusan

dan frekuensi. Manakala ujian ‘t’ digunakan untuk meninjau perbezaan persepsi antara

pelajar PKPG Sains Sukan IPDA/UPSI dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI.

Maklumat soal selidik dianalisis secara statistik menggunakan program SPSS 11.0 for

windows (Statistical Package for the Social Science). Komen responden pula dianalisis

secara analisis kandungan di mana komen tersebut diklasifikasikan mengikut kumpulan

dan ciri yang sama atau hampir sama.


BAB IV

ANALISIS DATA

Bab ini akan melaporkan dapatan daripada analisis data yang dijalankan. Ia

dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A membentangkan laporan mengenai

demografi responden, bahagian B adalah laporan bagi menjawab persoalan kajian

mengenai pelaksanaan pendidikan luar dan bahagian C pula melaporkan persoalan kajian

mengenai keberkesanan program pendidikan luar.

Bahagian A

4.1 Latar Belakang Responden

Dalam bahagian pertama, jadual 1 hingga 7 adalah pembentangan laporan analisis

demografi responden yang merangkumi jantina, umur, etnik, status perkahwinan, jenis

ambilan serta pengalaman mengajar dan pengalaman pendidikan luar. Statistik secara

frekuensi digunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan maklumat

demografi ini.
Jadual 1: Bilangan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 75 71.4

Perempuan 30 28.6

Jumlah 105 100.0

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden berdasarkan jantina. Analisis mendapati

terdapat seramai 75 orang (71.4%) responden lelaki manakala 30 orang (28.6%) adalah

responden perempuan.

Jadual 2: Bilangan Responden Berdasarkan Umur

Umur (Tahun) Kekerapan Peratus

20 hingga 24 61 58.1

25 hingga 29 24 22.9

30 hingga 34 14 13.3

35 hingga 39 3 2.9

40 hingga 44 3 2.9

Jumlah 105 100.0

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden berdasarkan umur. Analisis

menunjukkan bahawa terdapat seramai 61 orang (58.1%) responden berumur antara 20

hingga 24 tahun, 24 orang (22.9%) berumur 25 hingga 29 tahun. Analisis juga


menunjukkan 14 orang (13.3%) adalah yang berumur antara 30 hingga 34 tahun

manakala 3 orang (2.9%) masing-masing antara 35 hingga 39 dan 40 hingga 44 tahun.

Jadual 3: Bilangan Responden Berdasarkan Etnik

Etnik Kekerapan Peratus

Melayu 96 91.4

Cina 2 1.9

India 4 3.8

Lain-lain 3 2.9

Jumlah 105 100.0

Jadual 3 menunjukkan bilangan responden berdasarkan kaum. Analisis menunjuk-

kan seramai 96 orang (91.4%) adalah terdiri dari kaum Melayu, 4 orang (3.8%) India, 3

orang (2.9%) daripada lain-lain kaum. Hanya 2 orang (1.9%) adalah responden yang

berbangsa Cina.

Jadual 4: Bilangan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Status Kekerapan Peratus

Berkahwin 21 20.0

Bujang 84 80.0

Jumlah 105 100.0


Jadual 4 menunjukkan bilangan responden berdasarkan status perkahwinan.

Analisis mendapati terdapat seramai 84 orang (80.0%) yang belum berkahwin manakala

21 orang (20.0%) responden yang sudah berkahwin.

Jadual 5: Bilangan Responden Berdasarkan Ambilan


Ambilan Kekerapan Peratus

PKPG 20 19.5

UPSI 85 80.5

Jumlah 105 100.0

Jadual 5 menunjukkan bilangan responden berdasarkan ambilan. Analisis

menunjukkan bahawa terdapat seramai 85 orang (80.5%) responden terdiri daripada

pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI manakala 20 orang (19.5%) adalah daripada

pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA.

Jadual 6: Bilangan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman Kekerapan Peratus


1 hingga 4 tahun 9 8.6
5 hingga 9 tahun 10 9.5
10 tahun ke atas 9 8.6
Tiada pengalaman 77 73.3
Jumlah 105 100.0

Jadual 6 menunjukkan bilangan responden berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis mendapati


terdapat seramai 77 orang (73.3%) tidak mempunyai sebarang pengalaman mengajar disebabkan
mereka adalah pelajar sekolah, manakala 10 orang (9.5%) mempunyai pengalaman antara 5 hingga 9
tahun. Seramai 9 orang (8.6%) masing-masing berpengalaman 1 hingga 4 tahun dan 10 tahun ke atas.

Jadual 7: Bilangan Responden Berdasarkan Pengalaman Pendidikan Luar

Pengalaman Kekerapan Peratus

Ada 93 88.6

Tiada 12 11.4

Jumlah 105 100.0

Jadual 7 menunjukkan bilangan responden berdasarkan pengalaman menyertai

aktiviti pendidikan luar. Dapatan analisis menunjukkan terdapat seramai 93 orang

(88.6%) berpengalaman manakala 12 orang (11.4%) tidak mempunyai pengalaman dalam

aktiviti pendidikan luar.

Bahagian B

4.2 Pelaksanaan Pendidikan Luar

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menggunakan soal selidik bahagian B

untuk mengukur data bagi meninjau persepsi pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI terhadap pelaksanaan

pendidikan luar. Kesemua item mengenai persepsi pelaksanaan dapat

dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu: (1) pengurusan kursus, (2) kepakaran

fasilitator dan (3) keyakinan pelajar.


4.2.1 Pelaksanaan Pendidikan Luar: Pengurusan Kursus

Bagi aspek pengurusan kursus, terdapat tujuh item yang telah

dikemukakan dan disusun mengikut susunan min dari tinggi ke rendah.

Jadual 8: Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Pengurusan Kursus


Peratus
No Soalan SS S KS TS STS Min SP

2 Kandungan kursus amali 12.4 69.5 12.4 5.7 0.0 3.89 0.68
yang diberi mencukupi
3 Kandungan kursus yang 8.6 69.5 17.1 4.8 0.0 3.82 0.65
diberi menepati kehendak
rekabentuk kurikulum
kursus
1 Kandungan kursus teori 10.5 65.7 18.1 5.7 0.0 3.80 0.69
yang diberi mencukupi
6 Masa kursus amali yang 9.5 61.9 22.9 5.7 0.0 3.75 0.70
diberi mencukupi
4 Kandungan kursus yang 4.8 66.7 25.7 2.9 0.0 3.73 0.59
diberi berkualiti
5 Masa kursus teori yang 7.6 59.0 26.7 6.7 0.0 3.68 0.71
diberi mencukupi
7 Masa kursus menepati 4.8 54.3 30.5 9.5 1.0 3.52 0.77
jadual perancangan

Analisis seterusnya adalah bagi melihat maklumbalas responden terhadap soalselidik yang diberi.
Jadual 8 hingga 10 menunjukkan analisis berdasarkan item persepsi terhadap pelaksanaan Program
Pendidikan Luar, manakala Jadual 11 hingga 13 adalah mengenai keberkesanan Program Pendidikan
Luar.

Jadual 8 adalah mengenai pengurusan kursus. Soalan kandungan kursus amali

yang diberi mencukupi menunjukkan nilai min tertinggi (min=3.89, sp=0.68) diikuti

dengan soalan kandungan kursus yang diberi menepati kehendak rekabentuk kurikulum
kursus minnya ialah 3.82 (sp=0.65). Min yang terendah ialah bagi soalan Masa kursus

menepati jadual perancangan (min=3.52, sp=0.7).

3.9

3.8

3.7

3.6

3.5

3.4

3.3
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7

Min

Graf 1 : Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Pengurusan Kursus

4.2.2 Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Kepakaran Fasilitator


Bagi aspek kepakaran fasilitator, sejumlah lima soalan telah dikemukakan untuk meninjau persepsi pelajar

mengikut urutan min dari tinggi ke rendah.

Jadual 9: Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Kepakaran

Fasilitator

Peratus
No Soalan Min SP
SS S KS TS STS

9 Jumlah fasilitator 4.8 43.8 26.7 23.8 1.0 3.28 0.91


mencukupi semasa
akitiviti
12 Fasilitator menjalankan 3.8 41.0 31.4 21.0 2.9 3.22 0.92
tugas dengan sempurna
11 Fasilitator membantu 5.7 39.0 29.5 20.0 5.7 3.19 1.01
menyelesaikan masalah
semasa aktiviti
8 Kepakaran fasilitator 2.9 41.0 34.3 15.2 6.7 3.18 0.96
diiktiraf
10 Fasilitator menunjukkan 8.6 33.3 32.4 19.0 6.7 3.18 1.05
kewibawaan semasa
aktiviti dijalankan

Jadual 9 adalah mengenai kepakaran fasilitator. Soalan jumlah fasilitator

mencukupi semasa akitiviti menunjukkan min tertinggi (min=3.28, sp=0.91) diikuti

dengan soalan fasilitator menjalankan tugas dengan sempurna minnya ialah 3.22

(sp=0.92). Fasilitator menunjukkan kewibawaan semasa aktiviti dijalankan menunjukkan

nilai min terendah iaitu min=3.18


3.3
(sp=1.05).
3.28

3.26

3.24

3.22

3.2

3.18

3.16

3.14

3.12
S8 S9 S10 S11 S12

Min
Graf 2 : Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Kepakaran Fasilitator

4.2.3 Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Keyakinan Pelajar

Sejumlah tiga soalan telah diberi untuk meninjau persepsi pelaksanaan program pendidikan luar dalam
aspek keyakinan pelajar

Jadual 10: Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Keyakinan Pelajar

Peratus
No Soalan Min SP
SS S KS TS STS

15 Saya mampu 9.5 64.8 21.0 4.8 0.0 3.79 0.68

melaksanakan tugas yang


diberi mengikut matlamat

kursus

14 Saya mampu 11.4 57.1 26.7 4.8 0.0 3.75 0.72

melaksanakan

tugas yang diberi semasa

kursus amali

13 Saya mampu 6.7 62.9 23.8 6.7 0.0 3.70 0.70

melaksanakan tugas yang

diberi semasa kursus teori

Bagi item mengenai keyakinan pelajar, soalan saya mampu melaksanakan tugas

yang diberi mengikut matlamat kursus menunjukkan nilai min tertinggi (3.79, sp=0.68)

diikuti dengan min bagi soalan saya mampu melaksanakan tugas yang diberi semasa

kursus amali (min=3.75, sp=0.72). Soalan saya mampu melaksanakan tugas yang diberi

semasa kursus teori menunjukkan min terendah iaitu 3.70 (sp=0.70).

3.8

3.78

3.76

3.74

3.72

3.7

3.68

3.66

3.64
S13 S14 S15

Min
Graf 3 : Item Pelaksanaan Program Pendidikan Luar : Keyakinan Pelajar

Bahagian C

4.3 Keberkesanan Program Pendidikan Luar

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menggunakan soal selidik bahagian C

untuk mengukur data bagi meninjau persepsi pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI terhadap keberkesanan

pendidikan luar. Kesemua item mengenai persepsi keberkesanan dapat

dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu: (1) nilai murni , (2) faedah program

dan (3) sikap positif pelajar.

4.3.1. Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Nilai Murni


Pengkaji telah menggunakan enam item soal selidik untuk meninjau aspek nilai murni pelajar dan

menyenaraikan keputusan mengikut susunan min dari tinggi ke rendah.

Jadual 11: Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Nilai Murni

Peratus
No Soalan Min SP
SS S KS TS STS
2 Saya lebih menghargai 14.3 73.3 12.4 0.0 0.0 4.02 0.52
alam sekitar setelah
menyertai kursus
3 Kursus yang dihadiri 15.2 70.5 13.3 1.0 0.0 4.00 0.57
menambahkan semangat
patriotisme saya
4 Saya lebih memahami hak 16.2 66.7 17.1 0.0 0.0 3.99 0.58
asasi manusia setelah
mengikuti kursus
1 Terdapat perubahan 15.2 67.6 14.3 2.9 0.0 3.95 0.64
perkembangan diri setelah
menyertai kursus
5 Saya mempunyai 10.5 69.5 20.0 0.0 0.0 3.90 0.55
pandangan yang berbeza
tentang makna demokrasi
setelah menyertai kursus
tersebut
6 Kursus ini dapat memberi 7.6 72.4 20.0 0.0 0.0 3.88 0.51
pendedahan bagaimana
meningkatkan integrasi
nasional

Jadual 11 adalah mengenai item nilai murni. Soalan saya lebih menghargai alam sekitar setelah
menyertai kursus menunjukkan nilai min tertinggi iaitu min=4.02 (sp=0.52). Ini diikuti dengan soalan
kursus yang dihadiri menambahkan semangat patriotisme saya yang minnya ialah 4.00 (sp=0.57). Min
seterusnya adalah 3.99 (sp=0.58) bagi soalan saya lebih memahami hak asasi manusia setelah
mengikuti kursus. Min terendah yang ditunjukkan ialah 3.88 (sp=0.51) bagi soalan kursus ini dapat
memberi pendedahan bagaimana meningkatkan integrasi nasional.

4.05

3.95

3.9

3.85

3.8
S1 S2 S3 S4 S5 S6

Min
Graf 4 : Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Nilai Murni

4.3.2. Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Faedah Program

Dua item telah digunakan dalam meninjau persepsi keberkesanan program

dalam aspek faedah Program oleh pengkaji. Data disusunkan mengikut susunan

min dari tinggi ke rendah.

Jadual 12: Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Faedah Program

Peratus
No Soalan Min SP
SS S KS TS STS

8 Kursus ini membantu saya 15.2 64.8 20.0 0.0 0.0 3.95 0.59
lebih yakin menghadapi
cabaran pada masa akan
datang
7 Saya mendapat semua 6.7 63.8 24.8 4.8 0.0 3.72 0.66
kemahiran sepenuhnya
semasa kursus

Bagi item mengenai faedah program ini, analisis dalam jadual 12 menunjukkan

soalan saya mendapat semua kemahiran sepenuhnya semasa kursus minnya ialah 3.72

(sp=0.66) berbanding min soalan kursus ini membantu saya lebih yakin menghadapi

cabaran pada masa akan datang yang lebih tinggi iaitu min=3.95, sp=0.59.
4

3.95

3.9

3.85

3.8

3.75

3.7

3.65

3.6
S7 S8

Min

Graf 5 : Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar (Faedah Program)


4.3.3 Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Sikap Positif

Pengkaji telah mengemukakan lima item soalan untuk meninjau aspek

sikap positif dan menyusun min mengikut urutan yang tinggi hingga ke rendah.

Jadual 13: Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar : Sikap Positif

Peratus
No Soalan Min SP
SS S KS TS STS

11 Saya mempunyai 12.4 66.7 21.0 0.0 0.0 3.91 0.57


pandangan yang lebih
terbuka terhadap kursus
ini
10 Kursus ini mengajar saya 12.4 61.9 25.7 0.0 0.0 3.87 0.61
bagaimana melaksanakan
program pendidikan luar
9 Kursus ini sangat 14.3 59.0 24.8 1.9 0.0 3.86 0.67
membantu kerjaya saya
pada masa akan datang
12 Saya mampu 13.3 60.0 25.7 1.0 0.0 3.86 0.64
melaksanakan program ini
setelah tamat kursus

Jadual 13 adalah analisis mengenai sikap positif terhadap pendidikan luar. Soalan

saya mempunyai pandangan yang lebih terbuka terhadap kursus ini menunjukkan nilai

min tertinggi iaitu 3.91 (sp=0.57) diikuti dengan min bagi soalan kursus ini mengajar

saya bagaimana melaksanakan program pendidikan luar minnya ialah 3.87 (sp=0.61).

Soalan kursus ini sangat membantu kerjaya saya pada masa akan datang dan soalan saya

mampu melaksanakan program ini setelah tamat kursus masing-masing mempunyai nilai

min yang sama iaitu 3.86 (sp=0.67, 0.64).

3.92

3.91

3.9

3.89

3.88

3.87

3.86

3.85

3.84

3.83
S9 S10 S11 S12

Min
Graf 6 : Item Keberkesanan Program Pendidikan Luar (Sikap Positif)

4.4 Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap Pelaksanaan Program

Pendidikan Luar

Bahagian ini pula digunakan oleh pengkaji bagi meninjau dan mendapat

data min dan sisihan piawai bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji dalan persepsi

pelajar mengenai pelaksanaan program.

Jadual 14 : Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Luar

Pembolehubah Min Sisihan Piawai


Pengurusan kursus 3.74 0.54
Kepakaran fasilitator 3.21 0.86
Keyakinan Pelajar 3.75 0.65

Jadual 14 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi item persepsi pelajar Sains

Sukan terhadap pelaksanaan program pendidikan luar. Min keyakinan pelajar adalah

paling tinggi (min=3.75, sp=0.65) diikuti dengan pengurusan kursus (min=3.74,

sp=0.54), manakala min kepakaran fasilitator bagi pelaksanaan program adalah yang

terendah iaitu min=3.21, sp=0.86.


4.5 Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap Keberkesanan Program

Pendidikan Luar

Pengkaji menyenaraikan data min dan sisihan piawai untuk meninjau

persepsi pelajar terhadap keberkesanan program mengikut aspek nilai murni, faedah

program dan sikap positif.

Jadual 15: Min dan Sisihan Piawai Persepsi Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Luar

Pembolehubah Min Sisihan Piawai


Nilai murni 3.96 0.44
Faedah program 3.84 0.54
Sikap Positif 3.87 0.55

Bagi keberkesanan program pula, min tertinggi adalah bagi nilai murni

(min=3.96, sp=0.44), diikuti dengan sikap positif (min=3.87, sp=0.55). Min bagi faedah

program pula ialah 3.84 (sp=0.54). Min keseluruhan pelaksanaan program ialah 10.70

(sp=1.70) manakala keberkesanan program pula minnya ialah 11.67 (sp=1.30).

4.6 Skor Persepsi berdasarkan Peratusan bagi Pelaksanaan

Jadual di bawah adalah mengenai skor persepsi antara kedua kumpulan pelajar berdasarkan peratusan
bagi item soalan bahagian B.

Jadual 16: Skor Persepsi berdasarkan Peratusan bagi Pelaksanaan

Ambilan Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

PKPG Sains Sukan - 25 % 70 % 5.0 %


UPSI/IPDA
2004 Sains Sukan
UPSI 4.7 % 38.8% 55.3 % 1.2 %

Jumlah 3.8 % 36.2 % 58.1 % 1.9%


Keseluruhan

Jadual 16 menunjukkan Tahap persepsi yang diperolehi berdasarkan perbandingan di antara pelajar
PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dengan ambilan 2004 Sains Sukan UPSI bagi item pelaksanaan.
Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA bersetuju
manakala 5 peratus pula sangat bersetuju bahawa pelaksanaan pendidikan luar KSS 1023 adalah baik.
Bagi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI pula 55.3 peratus sahaja bersetuju dan 1.2 peratus sangat
bersetuju bahawa pelaksanaannya adalah baik. Bagi mereka yang kurang bersetuju pula pelajar PKPG
Sains Sukan UPSI/IPDA merangkumi 25 peratus mana kala bagi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan
UPSI pula adalah tinggi iaitu 38.8 peratus. Secara keseluruhan 58.1 peratus pelajar pelajar PKPG Sains
Sukan UPSI/IPDA dan ambilan 2004 Sains Sukan UPSI menunjukkan persepsi yang baik terhadap
pelaksanaan pendidikan luar KSS 1023.

4.7 Peratus Pencapaian Persepsi Mengikut Keberkesanan Berdasarkan Ambilan

PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan Pelajar Ambilan 2004 Sains Sukan

UPSI

Jadual di bawah adalah mengenai skor persepsi antara kedua kumpulan pelajar

berdasarkan peratusan bagi item soalan bahagian C.

Jadual 17 : Peratus Pencapaian Persepsi Mengikut Keberkesanan Berdasarkan Ambilan PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan Pelajar

Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI

Ambilan
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

PKPG Sains Sukan


- 5.0% 85.0 % 10.0%
UPSI/IPDA

2004 Sains Sukan

UPSI. - 18.8% 75.3 % 5.9 %

Jumlah - 16.2 % 77.1 % 6.7 %

Keseluruhan
Analisis seterusnya adalah bagi melihat perbandingan tahap keyakinan antara

pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dengan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI.

Jadual 17 menunjukkan Tahap Persepsi bagi Keberkesanan di mana setelah

menjalankan aktiviti pendidikan luar seramai 85 peratus daripada pelajar PKPG

Sains Sukan UPSI/IPDA menyatakan program pendidikan luar sangat berkesan

mana kala 10 peratus pula amat bersetuju bahawa pendidikan luar ini berkesan.

Hanya 5 peratus sahaja pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA mengatakan

bahawa ia tidak berkesan. Bagi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI pula 75.3

peratus beranggapan bahawa pendidikan luar yang disertai berkesan dengan 5.9

peratus sangat setuju. Mana kala 18.8 peratus kurang bersetuju. Secara

keseluruhan pula 83.8 peratus mengatakan Pendidikan Luar KSS 1023 ini

berkesan.

4.8 Peratusan Menunjukkan Perbandingan Tahap Keyakinan Antara Ambilan PKPG dan Ambilan 2004 Sains Sukan UPSI

Data ini pula diperolehi oleh pengkaji untuk menjawab persoalan kajian

mengenai keyakinan pelajar melaksanakan program pendidikan luar di sekolah

setelah bergraduat.
Jadual 18 : Peratusan Menunjukkan Perbandingan Tahap Keyakinan

Melaksanakan Program Pendidikan Luar Antara Ambilan PKPG dan Ambilan

2004 Sains Sukan UPSI

Ambilan
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

PKPG Sains sukan


- 15.0 % 70.0 % 15.0 %
UPSI/IPDA

2004 Sains Sukan UPSI 5.9 % 27.1 % 60.0 % 7.1 %

Jumlah 4.8 % 24.8 % 61.9 % 8.6 %

Keseluruhan

Jadual 18 menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar setelah melalui pendidikan luar

KSS 1023. 70 peratus pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA bersetuju bahawa

pendidikan luar membentuk keyakinan di dalam diri mereka mana kala 15 peratus pula

sangat setuju. Terdapat 15 peratus pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA kurang setuju.

Bagi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. pula 4.8 peratus tidak setuju yang

Pendidikan Luar membentuk keyakinan di dalam diri mereka. 27.1 peratus pula kurang

setuju. 60 peratus pula bersetuju dan 7.1 peratus sangat bersetuju. Secara keseluruhan
pula 70.5 peratus pelajar berpendapat bahawa Pendidikan Luar membentuk keyakinan

mana kala 29.6 peratus tidak setuju atau kurang setuju.

4.9 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan

Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Pelaksanaan Program Pendidikan Luar

Jadual di bawah diperolehi bagi mendapat data mengenai ujian ‘t’ bagi

membandingkan kedua kumpulan pelajar tentang pelaksanaan program

pendidikan luar.

Jadual 19 : Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan
Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Pelaksanaan Program Pendidikan Luar
________________________________________________________________________
Ambilan N Min SP Nilai T P
________________________________________________________________________
PKPG 20 3.80 0.523 0.018 0.27
UPSI 85 3.52 0.609
________________________________________________________________________

Seterusnya perbandingan tahap pelaksanaan antara pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dengan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI dilakukan dengan

menggunakan Ujian ‘t’. Jadual 19 menunjukkan dapatan analisis daripada ujian ‘t’ bagi

membandingkan tahap pelaksanaan Pendidikan Luar KSS 1023. Keputusan ujian ‘t’

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (nilai t =0.018, p>0.05) antara

kedua-dua ambilan. Analisis juga menunjukkan min bagi pelajar PKPG Sains Sukan
UPSI/IPDA (min=3.80, sp=0.523) adalah lebih tinggi berbanding pelajar ambilan 2004

Sains Sukan UPSI (min=3.52, sp=0.609).

4.9 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan
Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Keberkesanan Program Pendidikan
Luar
Jadual di bawah diperolehi bagi mendapat data mengenai ujian ‘t’ bagi

membandingkan kedua kumpulan pelajar tentang keberkesanan program

pendidikan luar.

Jadual 20 : Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan
Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Keberkesanan Program Pendidikan Luar
________________________________________________________________________
Ambilan N Min SP Nilai T P
________________________________________________________________________
PKPG 20 4.05 0.394 0.117 0.179
UPSI 85 3.87 0.482
________________________________________________________________________

Dapatan analisis daripada ujian ‘t’ bagi perbandingan tahap keberkesanan

pendidikan luar di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan

2004 Sains Sukan UPSI. Keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan (nilai t = 0.117, p>0.05) di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan

pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. Min pelajar PKPG (min=4.05, sp = 0.39) adalah

lebih tinggi berbanding pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI (min = 3.87, sp = 0.48).
4.10 Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan Ambilan

2004 Sains Sukan Tentang Tahap Keyakinan Melaksanakan Program Pendidikan

Luar Selepas Mengikuti Program Pendidikan Luar

Pengkaji menggunakan ujian ‘t’ untuk mendapat perbandingan skor min antara

kedua kumpulan pelajar tentang tahap keyakinan pelajar untuk melaksanakan program

pendidikan luar di sekolah setelah bergraduat.

Jadual 21 : Ujian ‘t’ dan Perbandingan Skor Min Bagi Pelajar Ambilan PKPG dan

Ambilan 2004 Sains Sukan Tentang Tahap Keyakinan melaksanankan Program

Pendididkan Luar Selepas Mengikuti Program Pendidikan Luar

Ambilan N Min SP Nilai T P


PKPG 20 4.00 0.561 0.010 0.317

UPSI 85 3.68 0.693

Jadual 21 menunjukkan dapatan analisis daripada ujian ‘t’ bagi perbandingan

tahap keyakinan di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan

2004 Sains Sukan UPSI. Keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan (nilai t = 0.010, p>0.05) di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan

pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI . Min pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA

(min=4.00, sp = 0.561) adalah lebih tinggi berbanding pelajar ambilan 2004 Sains Sukan

UPSI (min = 3.68, sp = 0.693).


BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar PKPG Sains

Sukan dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI tentang pelaksanaan dan

keberkesanan Pendidikan Luar KSS 1023. Dalam bab ini, dibincangkan tafsiran dapatan

kajian berdasarkan statistik deskriptif dan dikaitkan dengan objektif dan persoalan kajian.

Rumusan tentang keseluruhan kajian serta cadangan-cadangan tindakan dan kajian

lanjutan yang wajar dan bernas juga diutarakan dalam bab ini.

5.2 Perbincangan

Setelah data dianalisis, pengkaji akan membincangkan tafsiran dapatan dan dikaitkan
dengan persoalan kajian yang ditetapkan dan membuat liputan mengenai hasil dapatan dalam
bahagian ini.
5.2.1 Apakah persepsi pelajar PKPG Sains Sukan terhadap pelaksanaan

dan keberkesanan program Pendidikan Luar KSS1023?

Kajian ini telah menunjukkan bahawa persepsi pelajar PKPG Sains Sukan

terhadap tahap pelaksanaan dan keberkesanan Program Pendidikan Luar KSS

1023 adalah tinggi. Seramai 70 peratus responden bersetuju dan 5 peratus

sangat setuju terhadap pelaksanaannya. Mereka bersetuju bahawa kandungan

kursus Program Pendidikan Luar adalah baik. Begitu juga masa yang

diperuntukkan bagi keseluruhan kursus Program Pendidikan Luar adalah sesuai.

Para fasilitator berwibawa dan telah menjalankan tugas dengan baik. Respons

pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA yang tinggi terhadap pelaksanaan adalah

mungkin disebabkan oleh pengalaman mereka kerana kesemua pelajar PKPG

Sains Sukan UPSI/IPDA adalah bekas guru yang mengikuti program

pensiswazahan dan mereka juga lebih matang kerana umur yang lebih tinggi.

Dari aspek keberkesanan program pendidikan luar KSS 1023, kajian telah

menunjukkan bahawa persepsi pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA terhadap

keberkesanan program pendidikan luar KSS 1023 adalah juga tinggi. 85 peratus

responden setuju dan 10 peratus sangat setuju bahawa program pendidikan luar

ini berkesan. Mereka mendapati bahawa program ini telah membantu membina

kesedaran diri mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. Program ini

juga menyediakan peserta menghadapi cabaran pada masa akan datang. Dapatan

ini adalah sama dengan kajian yang dijalankan oleh Bertolami, Cheryl (1981) dan
kajian kualitatif dan deskriptif terhadap orang dewasa yang terlibat dalam kursus

Outward Bound.

5.2.2. Apakah persepsi pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan

terhadap pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar

KSS 1023?

Persepsi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI terhadap tahap

pelaksanaan Program Pendidikan Luar KSS 1023 adalah sederhana tinggi.

Seramai 55 peratus bersetuju dan 1.2 peratus respon bahawa mereka sangat

setuju bahawa pelaksanaan Program Pendidikan Luar KSS 1023 adalah baik.

Jika dibandingkan dengan pelajar PKPG Sains Sukan jumlah ini adalah jauh

lebih rendah. Terdapat hampir 43.5 peratus sama ada tidak setuju atau kurang

setuju bahawa pelaksanaan Program Pendidikan Luar KSS 1023 adalah baik.

Bagi pelajar ambilan 2004 Sains Sukan pula keputusan kajian adalah lebih

rendah kerana boleh dikatakan hampir kesemua pelajar ini adalah pelajar

lepasan sekolah, muda dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Di kalangan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI pula, 75.3 peratus bersetuju dan 5.9 peratus sangat setuju
yang program Pendidikan Luar KSS 1023 adalah berkesan. Hal ini berlaku berkemungkinan disebabkan faktor usia
peserta yang lebih muda dan dapat menerima perubahan nilai, dan mendapat faedah program serta peningkatan sikap
positif yang cuba diterapkan dalam program ini.

5.2.3. Sejauhmanakah perbezaan persepsi antara pelajar PKPG Sains

Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan


tentang pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar

KSS 1023?

Bagi perbezaan persepsi antara pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains Sukan tentang

pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar KSS 1023,

dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor dan min yang

ketara. Berdasarkan analisis ujian ‘t’, didapati aras signifikan ( P= 0.27 ;

P= >0.05 ) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi

kedua kumpulan ini tentang pelaksanaan program. Dapatan analisis

daripada ujian ‘t’ bagi perbandingan tahap keberkesanan pendidikan luar

di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan

2004 Sains Sukan UPSI pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan (nilai t = 0.117, p>0.05) di antara pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. Dapatan ini

selari dengan dapatan Normar Ali (2000) dalam kajian persepsi guru

pelatih tentang pelaksanaan dan keberkesanan amali pendidikan luar di

Maktab Perguruan Zon Timur yang mendapati bahawa guru pelatih

Kursus Diploma Perguruan menunjukkan persepsi yang positif terhadap

pelaksanaan dan keberkesanan pendidikan luar. Ini adalah satu petanda

yang baik selaras dengan kehendak objektif pendidikan luar yang

dianjurkan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mampu

memberi inbut yang sama bagi kedua kumpulan ini walaupun kedua
kumpulan ini datang dari kumpulan dan tempat pengajian yang berbeza.

Kemampuan pensyarah dan peserta dikenalpasti dan berlaku konsisitensi

dalam aspek pendedahan program ini kepada kedua kumpulan ini.

5.2.4. Sejauhmanakah tahap keyakinan pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA melaksanakan program Pendidikan Luar KSS 1023 di

sekolah setelah bergraduat ?

Bagi persoalan kajian sejauhmanakah tahap keyakinan pelajar

PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA melaksanakan program pendidikan luar,

kajian menunjukkan bahawa keyakinan mereka adalah tinggi. 70 peratus

menyatakan mereka setuju dan 15 peratus pula menyatakan mereka sangat

setuju bahawa mereka dapat melaksanakan Program Pendidikan Luar

apabila bertugas di sekolah nanti. Dapatan kajian ini adalah sama dengan

kajian yang dijalankan oleh Travers dan Brean (1982) terhadap guru yang

bertajuk “The Effects Of The Colorado Outward Bound Teachers’

Practicum As Perceived by Participants”. Tahap keyakinan adalah satu

aspek yang harus dititikberatkan untuk mengenalpasti adakah pelajar

mampu menerima cabaran yang bakal dihadapi untuk melaksanakan tugas

di sekolah setelah menamatkan kursus ini.


5.2.5. Sejauhmanakah tahap keyakinan pelajar ambilan 2004 Program

Sains Sukan melaksanakan program Pendidikan Luar di sekolah

setelah bergraduat?

Tahap keyakinan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI pula

adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar PKPG Sains Sukan

UPSI/IPDA. 60 peratus setuju dan 7.1 peratus pula sangat setuju bahawa

mereka dapat melaksanakan Program Pendidikan Luar semasa di sekolah

nanti. Dapatan ini menunjukkan objektif Kursus KSS 1023 Pendidikan

Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris telah tercapai iaitu berhasrat untuk

melahirkan bakal guru yang mampu mengendalikan dan mengurus aktiviti

pendidikan luar apabila berkhidmat di sekolah nanti walaupun hanya 60

peratus sahaja pelajar yang yakin mereka dapat melaksanakan tugas

mereka. Bagaimanapun, pelajar yang tidak berkeyakinan berbuat demikian

berkemungkinan memikirkan faktor penguasaan kemahiran yang tidak

mencukupi terutama kemahiran berkayak yang jarang didedahkan pada

pelajar sebelum ini.

5.2.6 Sejauhmanakah perbezaan tahap keyakinan antara pelajar PKPG

Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Program Sains


Sukan melaksanakan program Pendidikan Luar di sekolah setelah

bergraduat?

Dapatan analisis daripada ujian ‘t’ bagi perbandingan tahap

keyakinan di antara pelajar PKPG Sains Sukan UPSI/IPDA dan pelajar

ambilan 2004 Sains Sukan UPSI. menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan (nilai t = 0.010, p>0.05) di antara pelajar PKPG Sains

Sukan UPSI/IPDA dan pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI.

Dapatan ini disokong dengan pendapat Gaston, Debra Wickstrom

(1978) yang mengatakan terdapat perubahan positif ke atas pemuda dalam

aspek menghadapi cabaran, berkeyakinan diri, dapat mengawal perasaan

dan dapat menyempurnakan pelajaran di sekolah. Kajian ini terdapat

sedikit perbezaan dari segi keyakinan diri untuk melaksanakan tugas yang

diutarakan oleh pengkaji dan bukan keyakinan diri kendiri semata-mata

seperti kajian yang dibuat oleh Gaston dan Debra Wickstrom.

Bagaimanapun, keyakinan diri adalah penting untuk seseorang individu

dalam menghadapi apa jua cabaran. Keyakinan diri akan membawa

kepada kejayaan yang diimpikan.

5.2.7 Item soalan “ Open ended ”


Pengkaji telah memberi satu item soalan “Open Ended” kepada
pelajar untuk meninjau pendapat yang disumbangkan oleh mereka
untuk menyatakan komen yang bernas bagi membantu
mempertingkatkan kualiti kajian ini.

Responden A mencadangkan supaya pendedahan yang lebih luas

di luar selain menyertai program yang disediakan adalah perlu.

Responden B berpuas hati dengan program yang dirancangkan tetapi

kandungan program dan prestasi fasilitator perlu dipertingkatkan lagi.

Responden C mencadangkan supaya mengurangkan jumlah fasilitator dan

berharap fasilitator dapat membantu peserta menjalankan aktiviti dengan

lancar dan berpendapat bahawa kerjasama adalah penting. Responden D

menyatakan pendidikan luar memang menyeronokkan tetapi beliau tidak

dapat belajar semua kemahiran dan sekaligus tidak yakin untuk

mengendalikan program ini. Responden E memberi pendapat bahawa

patut melebihkan aktiviti dan masa pendidikan luar. Responden F

menyatakan perhatian perlu diberi kepada fasilitator yang cukup terlatih

untuk membantu aktiviti supaya mengelakkan sesuatu kemalangan

berlaku.

Daripada jawapan responden dapat dirumuskan bahawa pendidikan

luar membawa peranan yang penting dan disukai. Bagaimanapun

kepakaran fasilitator adalah satu aspek yang penting untuk membantu

aktiviti dijalankan dengan lancar.


5.3 Rumusan

Pada keseluruhannya, Program Pendidikan Luar KSS 1023 memberi persepsi

yang positif terhadap pelaksanaan dan keberkesanan program Pendidikan Luar KSS

1023 yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ini merupakan petanda

yang baik bagi pihak universiti untuk meneruskan program ini.

Dengan ini program Pendidikan Luar sewajarnya diberi perhatian dan diteruskan

kepada semua guru pelatih sama ada ianya berupa program dalam mata pelajaran atau

penyuburan diri.

Untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih bermakna kepada guru

pelatih semasa program Pendidikan Luar dijalankan tenaga jurulatih yang berkepakaran

tinggi perlu ditambah supaya kemahiran guru pelatih dapat ditingkatkan. Disamping itu

juga peralatan dan kemudahan program Pendidikan Luar harus mencukupi dan sentiasa

dalam keadaan baik supaya guru pelatih lebih berkeyakinan untuk melaksanakan aktiviti

yang dirancang.

5.4 Cadangan

Memandangkan responden yang disoal selidik merupakan pelajar universiti yang

bakal melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, maka pendapat yang diberi boleh
digunakan sebagai panduan untuk merealisasikan kurikulum pendidikan yang lebih

sempurna di negara kita. Pada keseluruhannya, persepsi yang baik telah diberi tentang

pelaksanaan dan keberkesanan program ini dan ini membantu pihak pengurusan untuk

menyempurnakan program akan datang. Peserta memberi respon yang memuaskan

tentang keberkesanan program juga menunjukkan perlunya program ini dilaksanakan.

Pihak kerajaan juga harus memastikan jumlah guru dan masa yang diperuntukkan untuk

aktiviti pendidikan luar mencukupi untuk menjamin kualiti program ini.

Program pendidikan luar ini sepatutnya diberi kepada semua pelajar universiti di

negara ini supaya membina satu generasi muda yang mampu menghadapi cabaran masa

akan datang. Setakat ini hanya pelajar universiti yang menceburi dalam bidang sains

sukan sahaja yang dapat menyertai program ini. Seharusnya program ini dijadikan satu

subjek major untuk semua jurusan dan menjadikannya satu kurikulum wajib.

Program ini sebenarnya juga mampu membekalkan peluang pekerjaan

memandangkan negara kita mempunyai alam semulajadi yang memang sesuai

menjalankan aktiviti pendidikan luar. Kursus yang lengkap dan masa yang mencukupi

mampu membantu memahirkan generasi muda untuk menerokai bidang pekerjaan yang

luas selain dalam bidang pendidikan.

Pengkaji masa depan boleh menjalankan tinjauan terhadap aspek kebimbangan

yang dihadapi semasa menjalani kursus, perbandingan perubahan karakter sebelum dan
selepas penyertaan pendidikan luar serta sejauhmanakah kursus ini dapat merealisasikan

matlamat “sukan untuk semua” di sekolah.


BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Sidek. 1997. Pendidikan Luar Dalam Pendidikan Kebangsaan. Kertas yang
dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Luar pada 24 November, di
Institut Perguruan Darul Aman.

Abdul Rahim. 1984. Teknologi dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Alias Baba. 1992. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ary, D., Jacob, L. C., Razavieh, A. 1990. Instroduction to Research in Education (4th
ed.). Philadelphia: Holt, Rinehart and Winston.

Bogdan, R. & Taylor, S. J. 1975. Instruction to qualitative research: A phenomenological


approach to social science. New York: John Wiley & Son.

Borich, G.D & Tombori, M.L. 1995. Educational Psychology : A Contemporary


Approach, New York : Harper Collins College Publisher.

Carmines, E. G. & Zeller, R. A. 1979. Reliability and Validity Accessment. Baverly Hill:
Sage Publication.

Dewey, J. 1997. Experience and education. New York: Simon and Schuster.

Duckworth,E. 1987. “The having of wonderful ideas” and other essays on teaching and
learning. New York: Teachers College Press.
Ford, P., & Blanchard, J. 1993. Leadership and adminstration of outdoor pursuit. State
Collage, PA: Venture Publishing.

Ford, Phyllis. M. 1981. Principles and Practices Of Outdoor/Environmental Education.


New York: John Wiley & Sons.

Friese,G.T., Pittman,T.J., Hendee, J.C. 1995. Studies of the Use of wilderness for
Personal growth, Therapy, Education, and Leadership Development: an Annotation
and Evaluation. Moscow: USDA Forest Service.

Gillet, Douglas., Paul, B. P., Skok, Richard and Mclaughlin, T.F. 1991. The effects of
wilderness camping and hiking on the self-concept and the environmental attitudes
and knowledge of twelfth graders. Journal of environmental Education. Vol. 22 (3).
Goodman, Joel, and Knapp. C. F. Beyond a Philosophy of Outdoor Environmental
Education. Journal of Physical Education and Recreation. No 52. 1981.: 23-25.

Hammerman,Donald, Hammerman, W. and Hammerman, E. 1985. Teaching In The


Outdoors. (3rd Ed). Danville, IL: Interstate Printers and Publishers.

Hattie, J.A., Marsh, W., Neill, J.T., & Richards, G. E. 1997. Adventure education and
outward Bound: Out-of-class experience that make a lasting difference. Review of
Educational Research, 67, 43-87.

Institut Perguruan Sultan Idris. 1995. Siri Panduan Perguruan IPSI : Panduan
pengurusan pendidikan luar Institut dan Maktab Perguruan Malaysia. Tanjong
Malim : Institut Perguruan Sultan Idris.

Marshall, C. & Rossman, G. B. 1989. Designing qualitative research. Newburry Park,


CA: Sage Publication.

Maznah Hassan. 2003. Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan Program
Pendidikan Luar. Laporan Penyelidikan. Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

Normar Ali. 2000. Persepsi Guru Pelatih Terhadap Perlaksanaan dan Keberkesanan
Amali Pendidikan Luar Di Maktab Perguruan Zon Timur.
http://mpkt.edu.my/penyelidikan/normar.htm.

Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka.

Ramlah Jantan, Mahani Razali. 2002. Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari,


Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Samsuddin Haji Abd. Hamid. 1995. Pengurusan Program Pendidikan Luar. Insititu
Perguruan Sultan Idris: Warni Kuala Lumpur.

Sulaiman Ngah Ibrahim. 1991. Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

Priest, S., & Gass, M. 1997. Effective Leadership in Adventure Programming.


Champaign, IL: Human Kinetics.

Wiersma, W. 1991. Research Methods In Education: An Instruction. London: Allyn and


Bacon.
Zubir Hj Hassan. 1996. Persepsi Peserta Kursus Perguruan Lepas Ijazah terhadap
program pendidikan Luar. Jurnal IPDA, 2 (4): 42-45.
Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
PROGRAM SARJANA MUDA
PENGAJIAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN

2002 – 2005

BORANG SOAL SELIDIK

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

maklumat tentang persepsi perlaksanaan dan keberkesanan kepakaran dalam

Program Pendidikan Luar KSS 1023, 2004. Justeru, saya amat berbesar hati

sekiranya saudara-saudari dapat memberikan jawapan terhadap soalan-soalan

yang dikemukakan dengan ikhlas dan jujur.

Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan

kajian ini sahaja. Kerjasama saudara – saudari amat diharapkan dan diucapkan

dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

LIM SIEW YEN

(20021- 12335)
Bahagian A

Sila tandakan (√) pada kotak yang berkenaan dan isikan tempat kosong.

1. Jantina :  Lelaki
 Perempuan

2. Umur :  20-24 tahun


 25-29 tahun
 30-34 tahun
 35-39 tahun
 40-44 tahun

3. Kumpulan etnik :  Melayu


 Cina
 India
 Lain-lain

4. Status perkahwinan :  Berkahwin


 Bujang

5.Ambilan :  PKPG IPDA/ UPSI Sains Sukan 2004


 Pelajar ambilan 2004 Sains Sukan UPSI

6. Pengalaman mengajar :  1-4 tahun


 5-9 tahun
 10 ke atas
 Tiada

7. Pengalaman menyertai :  Ada


pedidikan luar
 Tiada
Bahagian B
Sila tandakan pada  yang disediakan.

Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam persepsi anda
tentang Perlaksanaan Program Pendidikan Luar KSS 1023.

Nyatakan persepsi anda terhadap perlaksanaan program Pendidikan Luar


berpandukan skala berikut :

1. Sangat Tidak Setuju (STS)


2. Tidak Setuju (TS)
3. Kurang Setuju (KS)
4. Setuju (S)
5. Sangat setuju (SS)

Bil STS TS KS S SS
1. Kandungan kursus teori yang diberi
mencukupi.
2. Kandungan kursus amali yang diberi
mencukupi.
3. Kandungan kursus yang diberi menepati
kehendak rekabentuk kurikulum kursus.
4. Kandungan kursus yang diberi berkualiti.
5. Masa kursus teori yang diberi mencukupi.
6. Masa kursus amali yang diberi mencukupi.
7. Masa kursus menepati jadual perancangan.
8. Kepakaran fasilitator diiktiraf.
9. Jumlah fasilitator mencukupi semasa aktiviti.
10. Fasilitator menunjukkan kewibawaan semasa
aktiviti dijalankan.
11. Fasilitator membantu menyelesaikan masalah
semasa aktiviti.
12. Fasilitator menjalankan tugas dengan
sempurna.
13. Saya mampu melaksanakan tugas yang diberi
semasa kursus teori.
14. Saya mampu melaksanakan tugas yang diberi
semasa kursus amali.
15. Saya mampu melaksanakan tugas yang diberi
mengikut matlamat kursus.
Bahagian C
Sila tandakan pada  yang disediakan.

Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam persepsi anda
tentang keberkesanan Program Pendidikan Luar KSS 1023.

Nyatakan persepsi anda terhadap perlaksanaan program Pendidikan Luar


berpandukan skala berikut :

1. Sangat Tidak Setuju (STS)


2. Tidak Setuju (TS)
3. Kurang Setuju (KS)
4. Setuju (S)
5. Sangat setuju (SS)

Bil STS TS KS S SS
1. Terdapat perubahan perkembangan diri
setelah menyertai kursus.
2. Saya lebih menghargai alam sekitar setelah
menyertai kursus.
3. Kursus yang dihadiri menambahkan
semangat patriotisme saya.
4. Saya lebih mamahami hak asasi manusia
setelah mengikuti kursus.
5. Saya mempunyai pandangan yang berbeza
tentang makna demokrasi setelah menyertai
kursus tersebut.
6. Kursus ini dapat memberi pendedahan
bagaimana meningkatkan integrasi nasional.
7. Saya mendapat semua kemahiran
sepenuhnya semasa kursus.
8. Kursus ini membantu saya lebih yakin
menghadapi cabaran pada masa akan
datang.
9. Kursus ini sangat membantu kerjaya saya
pada masa akan datang.
10. Kursus ini mengajar saya bagaimana
melaksanakan program pendidikan luar.
11. Saya mempunyai pandangan yang lebih
terbuka terhadap kursus ini.
12. Saya mampu melaksanakan program ini
setelah tamat kursus.
Lain- lain komen anda tentang program ini.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

TERIMA KASIH

You might also like