Professional Documents
Culture Documents
Kota Samarahan
OKTOBER 2015
DEDIKASI
Saya dedikasikan laporan kajian saya ini kepada isteri tersayang, Puan Angie
Angiela anak Tilu, ayahanda dan ibunda tercinta Encik Mansor anak Linggang dan
i
PENGHARGAAN
Segala puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan kerana dengan izinNya telah
merupakan salah satu keperluan untuk melengkapkan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan ( PISMP ) PJJ. Setelah berusaha , maka saya telah berjaya menyiapkan
Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani ini. Semoga dapatan Kajian Tindakan ini dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan sukan bola sepak yang merupakan salah satu
pembimbing iaitu Dr. Chin Ngien Siong yang banyak memberi khidmat nasihat dan
tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan Kajian Tindakan saya ini.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada warga
Sekolah Kebangsaan Sumpas, Serian kerana memberi sokongan kepada saya dalam
Kebangsaan Sumpas, Serian kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang saya
menjalankan Kajian Tindakan ini, terutamanya Encik Igo Ding, Guru Besar SK
Sumpas.
Akhir sekali saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penghasilan Kajian Tindakan
ii
PENGESAHAN PEMERIKSA PERTAMA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
Tandatangan : ………………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………………
iii
PENGESAHAN PEMERIKSA KEDUA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
Tandatangan : ………………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………………
iv
PENGAKUAN
“ Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
Tandatangan : ………………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………………..
v
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran hantaran bola leret
dalam permainan bola sepak. Subjek kajian adalah terdiri daripada lima orang murid
Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Sumpas. Kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The
Magic Hole’ yang telah diubahsuai digunakan untuk strategi tindakan bagi
kemahiran ini. Di Samping itu, strategi tindakan turut dibantu melalui pengajaran
teknik ansur maju dengan memasukan elemen inovasi iaitu ‘ spot shoes’ bagi
memastikan bahagian kaki yang betul kontak dengan bola dan juga ‘ magic hole’
merupakan satu lubang yang menjadi sasaran ketepatan hantaran leret tersebut. Data
temubual,gambar dan video perlakuan serta senarai semak untuk Ujian Pra dan juga
Ujian Pasca. Swlepas perlaksanaan strategi tindakan selama empat minggu , kesemua
subjek kajian dapat menguasai kemahiran hantaran leret dengan tepat . Dapatan
kajian tindakan ini membuktikan bahawa kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The
Magic Hole’telah berjaya membantu subjek menguasai kemahiran hantaran bola leret
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to improve the skill of swipe passing. The subjects
consisted of five Year 4 students from SK Sumpas, Serian.The Spot Shoes and Magic
Hole was used to teach the proper swipe passing technique. The data were
collected through observation, field notes, interviews, photos video and checlist.
skills. The finding demonstrate that Kick The Ball Into The Magic Hole was succesful
vii
viii
KANDUNGAN
Muka surat
DEDIKASI....................................................................................................................i
PENGHARGAAN........................................................................................................ii
PENGAKUAN.............................................................................................................v
ABSTRAK...................................................................................................................vi
ABSTRACT...............................................................................................................vii
KANDUNGAN.........................................................................................................viii
SENARAI JADUAL....................................................................................................x
SENARAI RAJAH......................................................................................................xi
SENARAI LAMPIRAN.............................................................................................xii
1.0 PENDAHULUAN..................................................................................................1
1.1 Pengenalan..........................................................................................................1
5.2.3 Latihan menendang bola secara leret ke dalam lubang berpasangan secara
statik....................................................................................................................16
5.2.4 Latihan menedang bola secara leret dalam keadaan bergerak ke arah
lubang. ..............................................................................................................16
6.1 Pemerhatian......................................................................................................17
6.4 Temubual.........................................................................................................18
7.1 Pengenalan...................................................................................................19
RUJUKAN..................................................................................................................35
LAMPIRAN 1............................................................................................................36
LAMPIRAN 2............................................................................................................37
LAMPIRAN 3............................................................................................................38
LAMPIRAN 4............................................................................................................39
x
LAMPIRAN 5............................................................................................................40
LAMPIRAN 6............................................................................................................41
LAMPIRAN 7............................................................................................................42
LAMPIRAN 8............................................................................................................43
xi
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
xv
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
ambilan Februari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota
Samarahan. Semasa mengikuti PISMP PJJ ini saya mengajar di SK Sumpas, Serian.
Sekolah ini merupakan sekolah di Serian dan perjalanan ke sekolah ini mengambil
masa 1 jam 15 minit dar IPG Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan. Majoriti
enrolment pada tahun 2015. Pada tahun ini saya telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar dua kelas Pendidikan Jasmani iaitu kelas Tahun 6 dan juga tahun 4.
Sebelum meneruskan lagi kajian ini saya telah berjumpa dengan guru besar dan kami
berbincang berkenaan dengan tugasan yang perlu saya siapkan dalam memenuhi
syarat untuk melengkapkan kursus PISMP PJJ ini. Selama ini saya memang
Melalui pemerhatian yang saya buat saya mendapati bahawa murid-murid tahun 4
saya amat aktif dalam bermain bola sepak. Temuabual saya dengan beberapa orang
murid, saya mendapati bahawa mereka bermain bola sepak hampir setiap hari di
padang sekolah. Setelah menerima buku teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tahun 4, saya mendapati bahawa permainan bola sepak adalah terkandung dalam
sukatan pelajaran tahun, dan saya telah mengambil keputusan untuk mengajar
xvi
kemahiran bola sepak pada sesi P&P kepada murid dalam kelas Tahun 4 nanti.
Semasa menyusun rancangan semester, saya telah meletakkan kemahiran bola sepak
dalam perancangan minggu yang ketiga bagi menarik minat mereka menyertai sesi
P&P saya dan untuk minggu seterusnya, saya akan mengajar mereka tunjang
Semasa pengajaran yang lepas saya telah mengajar permainan bola sepak
kepada murid tahun 4. Semasa P&P ini saya telah fokus kepada kemahiran hantaran
iaitu hantaran leret. Bagi membantu murid dalam menguasai kemahiran ini dengan
betul saya menggunakan kaedah latihan ansur maju. Pertama sekali, murid-murid
tidak akan menggunakan bola di mana murid akan melakukan latihan bayangan bagi
saya akan menambahkan tahap kesukaran dengan memperkenalkan bola yang ringan.
Ini adalah bertujuan untuk membantu murid dimana kontak bola akan berlaku.
Teknik tendangan leret yang betul memerlukan kontak yang betul pada bahagian
bola.Dalam sesi pengajaran saya pada 15 Januari 2015 bersama murid tahun 4 ini ,
saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar
bola kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat
menghantar bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang
tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang
“ hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan
kurang tepat dan ini melambatkan pergerakan rakan.” (Nota Lapangan, 22/01/2015)
melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya
menggunakan ansur maju daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya,
xvii
murid-murid ini akan bermasalah apabila melakukan tendangan leret secara
bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan ansur maju sepanjang sesi P&P
tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang meneguhkan lagi ansur maju yang
telah dilakukan.
Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun
4 ini bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk
menghantar bola kepada rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid
menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk
menghantar bola kepada rakan masih lagi menggunakan teknik yang salah dan
hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan
baik. Oleh itu, saya lebih menggunakan permainan kecil berkumpulan dalam sesi
pengajaran kali ini untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi sesama sendiri
dan pada masa yang sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya
mereka yang mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa
“hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bola sepak adalah merupakan satu
permainan yang amat diminati di sekolah saya terutamanya bagi para pelajar lelaki.
Semasa waktu pengajaran saya di kelas Tahun 4 saya mendapati bahawa pelajar saya
mempunyai masalah dalam menghantar bola leret dengan tepat kepada rakan-rakan
xviii
mereka. Melalui permerhatian yang saya lakukan saya mendapati bahawa mereka
menghantar bola leret kepada rakan mereka dengan teknik yang salah. Masalah ini
leret untuk melakukan hantaran kepada rakan sudah cukup tanpa perlu memikirkan
ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya. Berdasarkan masalah ini, saya
telah memutuskan untuk menguji semula para pelajar ini untuk hantaran leret secara
tepat kepada pada waktu petang selepas sesi persekolahan. Saya telah memilih 5
orang pelajar untuk yang dapat membuat hantaran leret tapi masih melakukanya
tinjauan awal telah dibuat terhadap masalah yang telah saya kenalpasti.Ini adalah
daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas,
saya melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini
adalah menggunakan hujung kaki dan bahagian atas kaki untuk melakukan hantaran
Merujuk kepada nota lapangan yang bertarikh 22 Januari 2015 murid adalah
xix
“ hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan
22/01/2015)
teknik yang mereka lakukan di samping melakukan Ujian Pra. Saya juga membuat
rakaman video bagi memudahkan saya membuat revisi atau semakan semula
mengenai lakuan kemahiran menanduk ke hadapan. Saya akan mengambil video ini
dengan meminta murid menujukkan cara membuat hantaran leret kepada kawan
tanpa sebarang panduan. Ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman
mereka mengenai kemahiran ini. Video ini akan difokuskan kepada pergerakkan
badan serta arah pergerakan bola. Hasil daripada dapatan awal yang dikenalpasti
“Hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang
xx
Jadual 1: Kesilapan dalam kemahiran hantaran leret.
____________________________________________________________________
Fasa Gambar Kesalahan
____________________________________________________________________
___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
bahagian bawah.
xxi
____________________________________________________________________
Selepas tendangan
dilakukan
Selepas Ujian Pra, saya bertanya kepada murid-murid ini secara rawak tentang
Guru :Kenapa teknik yang kamu gunakan itu tadi masih juga salah
walaupun saya sudah ajar kamu teknik yang betul minggu lepas?
SK A :Saya selalu guna cara ini ketika bermain bola dengan kawan.
xxii
Teknik tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan
adalah apabila murid menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya merupakan
teknik yang lebih serta lebih mudah. Ini adalah kerana teknik tendangan leret
mereka mampu membuat hantaran tepat kepada rakan mereka yang lain. Kelebihan
The ability to make short passes within a confined space is an important skill for
successful players. Accurate passing is important for maintain possession and for
mepunyai ketepatan yang agak tinggi. Ia juga merupakan teknik yang amat senang
untuk dikuasai oleh murid sekolah rendah kerana ianya merupakan kemahiran asas
The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to
moderate distance. This pass is the most important pass and should be used often, so
anggota tubuh badan yang lain turut memainkan peranan dalam memastikan
tendangan leret yang dilakukan tepat kepada rakan yang menunggu. Kebanyakan
murid menggunakan kaki kanan untuk menendang bola dan perlakuan ini hendaklah
diikuti dengan kedudukan postur badan yang betul seperti postur pinggang (pelvis)
xxiii
dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan tendangan leret yang baik dan
tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik kaki yang tepat dibantu dengan
postur badan yang baik, tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi semakin baik dan ketepatan
To impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the
player orients the pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and
Penguasaan teknik dalam sesuatu permainan adalah amat penting dan perlu
disokong oleh permainan bersyarat atau permaianan kecil. Ini adalah kerana
permainan kecil ini akan menarik minat murid untuk menyertai sesuatu
latihan.Keadaan ini juga secara tidak langsung akan membentuk perlakuan yang
betul ketika mereka melakukan sesuatu aktiviti.Aktiviti ini dapat dilakukan dengan
merujuk kepada model permainan kecil iaitu model “ Teaching Games For
Understanding” (TGFU) approach yang telah diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe
Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik
kepada peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping
murid bermain, murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul
dengan gembira dan tidak tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.
xxiv
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah dijalankan untuk membantu subjek kajian meningkatkan kemahiran
tendangan leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dengan teknik yang betul
melalui kaedah “ Kick The Ball Into The Hole”. Secara khususnya pula, objektif
4. Menjadi penanda aras kepada murid lain untuk mempelajari kaedah latihan yang
ii. Sejauh manakah ketepatan hantaran dapat dilakukan dengan teknik tendangan leret
iii. Sejauh manakah latihan menggunakan alatan “Kick The Ball Into The Hole”
iv. Sejauh manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?
xxv
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bagi kajian tindakan ini, lima orang subjek yang saya pilih adalah merupakan ahli
Kelab Bola Sepak SK Sumpas dan pernah mewakili sekolah untuk pemilihan antara
zon di Daerah Serian.Murid-murid yang dipilih ini adalah mempunyai perbezaan dari
segi ketinggian, struktur badan dan kecergasan. Kelima-lima orang murid ini telah
diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka melakukan teknik
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki yang kurang tepat walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri
telah diajar menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi displin pula murid-murid ini menunjukkan minat dalam
mereka yang patuh kepada arahan diharap dapat membantu dalam melancarkan lagi
Nama Maklumat
xxvi
Umur 10 Tahun
Sukan Bola sepak
Pencapaian Peringkat Zon
____________________________________________________________________
xxvii
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi Kajian Tindakan, saya telah memilih satu kaedah latihan yang dinamakan
sebagai “ Kick The Ball Into The Hole”. Di dalam kaedah ini saya telah menerapkan
latihan ansur naju dan latih tubi yang bersesuaian bagi membantu subjek kajian yang
telah saya pilih untuk mereka meningkatkan kemahiran hantaran leret mereka dengan
lebih tepat ke sasaran.
Kramer dan Ratamess (2004) dalam kajian mereka menyatakan bahawa “
progression is resistance in dynamic progress that requires an exercises prescription
process, evaluation of training progress, and careful development of target goals.
This involves decisions regarding questions as what muscles must be trained, injury
prevention sites, metabolic demands of target training goal, etc. the single workout
must then be designed reflecting these targeted program goals including the choice
exercises, order of exercises, amount of rest between sets and exercises, number of
repeatitions and sets used for each exercise, and intensity of each exercise. For
progression, these variables must then be varied over time and the exercise
prescription and altered maintain or advance specific training goals and to avoid
overtraining. A careful system of goal targeting, exercises testing, proper exercises
tecnique, supervision and optimal exercise prescription all contribute to the
succesful implementation of a resistance training program”.
Singer (1975) dalam artikel Robert Cullata (2012) pula mengatakan bahawa
pembelajaran dan pengajaran motor berpandu dilihat lebih sesuai jika ia melibatkan
penguasaan skill yang baru. Apabila sesuatu skill perlu disesuaikan dengan situasi
baru, jadi penggunaan strategi penyelesaian masalah adalah lebih bersesuaian.
Tambahan beliau mengatakan pengajaran dan pembelajaran berpandu adalah lebih
berkesan pada peringkat awal latihan di samping kaedah cuba jaya penting dalam
penguasaan skill yang lebih tinggi. Singer mencadangkan bahawa pemilihan strategi
untuk penguasaan motor haruslah bergantung kepada tujuan sesuatu latihan.
Oleh itu, latihan akan dirangka bagi memperbaiki teknik hantaran sera leret secara
beransur-ansur dengan menambahkan elemen inovasi.
Kelly (2008) mengatakan “ for years, sport science and motor control research has
added support to the fundamental assertions that “ practice make perfect” and “
xxviii
repeatition is mother of habits”. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana dapat
memperolehi maklum balas dan keputusan yang segera untuk membantu
memperbetulkan pergerakan-pergerakan yang salah selain daripada menjimatkan
masa kerana tidak perlu menerangkan arahan berulang-ulang kali. Latih tubi juga
dapat meningkatkan daya ingatan dan kawalan motor halus murid secara progressif
di samping menjamin kekekalannya.
Subjek kajian akan berulang-ulang melakukan aktiviti yang sama sehinggalah
mereka berjaya melakukannya dengan berjaya. Faktor ulangan dalam latih tubi akan
mempengaruhi masa mereka yang mereka perlukan untuk menguasai satu jenis
aktiviti latihan. Menurut Thomas, Yan dan Stelmach (2000) dalam artikel Jerry
(2001) melalui latihan, pergerakan motor murid akan bertambah baik melalui latihan
terkawal sehingga ia boleh mencapai tahap pergerakan orang dewasa.
Saya telah merancang beberapa langkah untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
Empat jenis aktiviti latihan akan saya laksanakan untuk membantu subjek kajian.
Aktiviti ini adalah bercirikan prinsip ansur maju dan latih tubi dimana subjek kajian
akan melakukan perlakuan yang disuruh mengikut bilangan ulangan yang ditetapkan.
3. Latihan menendang bola secara leret ke dalam lubang berpasangan secara statik.
5.2.1 Aktiviti latihan menedang bola secara leret ke arah skitel yang disediakan.
menendang bola secara leret dengan gaya dan pergerakan yang betul dan kontak
xxix
bola. Subjek kajian diminta untuk melakukan aktiviti latih tubi secara individu.
6.Tendang bahagian tengah bola, pastikan bahagian yang bertanda pada kasut kena
kajian diminta melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Berikut adalah merupakan
1.Pengumpan akan berada di tengah bulatan menghantar bola secara leret ke arah
xxx
5.2.3 Latihan menendang bola secara leret ke dalam lubang berpasangan
secara statik
2. Murid Y akan menghantar bola kepada murid X melalui lubang yang disediakan.
ditanda.
5.2.4 Latihan menedang bola secara leret dalam keadaan bergerak ke arah
lubang.
pada tanda yang dibuat secara leret dengan menggunakan bahagian kasut yang
bertanda.
Dalam menjalankan kajian ini, lima instrumen khusus digunakan untuk mengumpul
data kajian. Lima instrument yang digunakan ialah:
1.Pemerhatian
xxxi
2.Nota lapangan
3.Gambar dan video perlakuan.
4.Temubual
5.Senarai semak
6.1 Pemerhatian.
Kaedah pemerhatian adalah antara cara yang terbaik untuk mengumpul data dari segi
pergerakan fizikal murid. Proses pemerhatian akan dijalankan bermula dari peringkat
pra sehinggalah ke peringkat pasca selepas sesi tindakan. Hasil pemerhatian akan
direkod di dalam gambar,video atau buku nota lapangan. Ini adalah bagi
mengelakkan terlepas butiran-butiran penting untuk kajian tindakan.
Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku
semasa sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu
instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan
yang direka.
Gambar dan video memainkan peranan penting dalam membantu mengumpul data
kajian ini. Bagi mengkaji perubahan perlakuan subjek kajian dalam melaksanakan
suatu kemahiran pelakuan subjek kajian dalam melaksanakan suatu kemahiran,
gambar dan video memainkan peranan yang penting. Gambar dan video subjek akan
diambil semasa mereka melakukan kemahiran tendangan leret. Dengan bantuan
gambar dan video permerhatian yang teliti mengenai kemahiran tendangan leret
sebelum sesi tindakan diberikan dapat dilakukan tanpa memerlukan subjek kajian
melakukanya berulang-ulang. Ia juga membantu dalam mengesan apakah perubahan
yang berlaku selepas sesi tindakan diberikan.
xxxii
6.4 Temubual
Kaedah temubual digunakan untuk mendapat maklum balas secara telus daripada
subjek kajian seslepas sesi perlaksanaan strategi tamat. Temubual yang digunakan
dalam kaedah ini ialah temubual tidak berstruktur dan separa berstruktur dimana
subjek kajian akan ditanya untuk mengetahui sejauh mana mereka menguasai
kemahiran setelah mengikuti perlaksanaan strategi selama empat (4) minggu.
Sila rujuk lampiran untuk melihat temubual yang dilakukan setelah tamat empat
minggu strategi tindakan.
Senarai semak digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri perlakuan subjek kajian yang
ada atau tidak ada semasa melakukan suatu kemahiran. Di dalam senarai semak, ciri-
ciri yang dinginkan dinyatakan dengan jelas serta disusun mengikut tertib. Senarai
semak, ciri-ciri yang dinginkan dinyatakan dengan jelas serta disusun mengikut
tertib. Senarai semak yang dihasilkan adalah adalah berdasarkan ciri-ciri perlakuan
teknik hantaran leret tepat ke sasaran. Senarai semak akan dijalankan pada dua
peringkat, pra dan pasca.
Pada peringkat pra, senarai semak digunakan sebelum sesi tindakan terhadap
kemahiran subjek kajian dijalankan. Ini bermaksud perlakuan subjek kajian semasa
menjalankan ujian pra akan dikenalpasti sama ada bermasalah atau sebaliknya.Pada
peringkat pasca pula dilakukan bagi melihat perubahan yang berlaku selepas sesi
tindakan dijalankan kepada subjek kajian.Perbandingan akan dibuat antara keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi melihat perkembangan selepas sesi tindakan
dijalankan kepada subjek kajian. Senarai semak ini berguna dalam mengenalpasi
bahagian-bahagian kelemahan dalam perlakuan subjek kajian sekaligus membantu
melihat keberkesanan tindakan yang diberikan terhadap subjek kajian.
Sila rujuk lampiran untuk melihat borang senarai semak, senarai semak Ujian Pra
dan senarai semak Ujian Pasca .
xxxiii
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Pengenalan
Bagi memastikan objektif kajian berjaya dicapai, lima kaedah pengumpulan data
telah digunakan untuk tujuan mengumpul maklumat-maklumat yang
diperlukan.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti permerhatian, nota lapangan,
temubual, gambar dan video perlakuan serta senarai semak.
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu (1) melihat hasil
dapatan daripada pengajaran menggunakan inovasi spot shoes dan magic hole, (2)
melihat hasil dapatan latihan “ Kick The Ball Into The Magic Hole”,(3) melihat
hasil dapatan ujian pos dan pasca, serta (4) menjawab objektif dan persoalan yang
dikemukakan.
Dalam pengajaran kemahiran secara ansur maju, subjek kajian telah diajar
bagaimana untuk melakukan kemahiran menghantar bola secara leret dengan tepat
menggunakan teknik yang betul dengan menggunakan spot shoes.Sebelum
menjalankan Ujian Pra subjek kajian pernah diajar bagaimana untuk melakukan
kemahiran menendang bola leret tepat ke sasaran dengan betul semasa menjalankan
kelas Pendidikan Jasmani. Didapati setelah menjalankan pengajaran kemahiran ansur
maju yang telah ditambah dengan elemen inovasi “ spot shoes” untuk memastikan
tendangan menggunakan bahagian kaki yang betul dan “ magic hole” sebagai
sasaran, kemahiran menendang bola secara leret ke sasaran subjek kajian menjadi
lebih tepat.
Gambar alat inovasi.
xxxiv
Rajah 2: Spot shoes
Kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The Magic Hole’ merupakan kaedah latihan
yang diubahsuai dan ini adalah pertama diuji kepada subjek kajian tindakan ini.
Keberkesanan kaedah ini boleh dilihat melalui perbezaan pencapaian subjek kajian
antara Ujian Pra dan Ujian Pasca.
xxxv
Daripada hasil dapatan, dapat dilihat bahawa selepas tempoh perlaksanaan strategi
tindakan ini, subjek kajian dapat menguasai kaeadh latihan “ Kick The Ball Into The
Magic Hole” dengan baik. Dapatan latihan ini dapat dilihat melalui rajah-rajah yang
diambil ketika sesi tindakan dilakukan.
xxxvii
7.4 Hasil Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pasca.
Hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah amat penting untuk melihat
perkembangan yang berlaku selepas subjek kajian mengikuti perlaksanaan strategi
tindakan yang dijalankan terhadap mereka. Hasil dapatan ini merupakan penentu
kepada kejayaan strategi tindakan yang dijalankan terhadap mereka. Hasil dapatan
ini merupakan penentu kepada kejayaan strategi tindakan yang dilaksanakan dan
keberkesanan teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah kemahiran yang
terdapat pada subjek kajian.
Semasa menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pasca, subjek kajian telah diberikan
arahkan untuk menedang bola secara leret menggunakan bahagian dalam dalam kaki
dan perlakuan ini diulang sebanyak tiga kali.
Bagi memudahkan catatan ke dalam senarai semak ujian pra dan ujian pasca,
perlakuan subjek kajian semasa ujian telah dirakam dan direkodkan dalam bentuk
video. Ini dapat memudahkan proses memerhati, mencatat dan menganalisis
perlakuan kerana dapat diulang main semasa dalam bentuk video. Keputusan Ujian
Pra seperti di bawah:
Jadual 3: Keputusan Ujian Pra
______________________________________________________________
Subjek Fasa Jumlah Peratus
Kajian (%)
________________________________________________________
Kedudukan Perlakuan Ikut
Bersedia Lajak
______________________________________________________________
A 1/3 1/3 1/3 3/9 33.3
_______________________________________________________________
B 2/3 0/3 2/3 4/9 44.4
_______________________________________________________________
C 2/3 1/3 1/3 4/9 44.4
________________________________________________________________
D 2/3 0/3 1/3 3/9 33.3
________________________________________________________________
E 1/3 1/3 3/3 5/9 55.6
________________________________________________________________
xxxviii
Rajah 9: Keputusan Ujian Pra
Berdasarkan keputusan Ujian Pra, dapat kita lihat bahawa subjek kajian A dan D
mendapat keputusan yang lemah iaitu di bawah 40 peratus manakala subjek A dan
B mendapat keputusan yang agak baik iaitun 44.4 peratus dan subjek E mendapat
keputusan yang paling tinggi iaitu 55.6 peratus.
Sudah dijelaskan pada bahagian refleksi pengajaran dan pembelajaran bahawa subjek
kajian adalah dari kelas Tahun 4 yang pernah diajar mengenai kemahiran hantaran
leret. Murid-murid yang menjadi subjek kajian adalah sangat meminati sukan bola
sepak. Walau bagaimanapun, mereka adalah tidak mengambil kisah mengenai
perlaksanaan kemahiran yang betul dalam permainan ini. Mereka adalah lebih
mementingkan keseronokan bermain daripada belajar mengenai ansur maju semasa
kelas Pendidikan Jasmani di ajar. Ini menyebabkan keputusan Ujian Pra bagi semua
subjek adalah lemah.
Berikut pula adalah keputusan Ujian Pasca yang dilaksanakan kepada subjek kajian
setelah selesai menjalani sesi tindakan selama empat minggu.
xl
ini meningkat dan menunjukkan keputusan yang amat baik.Subjek kajian B, C,D
dan E pula adalah merupakan subjek yang menunjukkan peningkatan yang paling
ketara iaitu 50 peratus. Ini adalah kerana semasa Ujian Pasca diadakan subjek
tersebut berusaha melakukan yang terbaik.
Perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan dalam
kalangan subjek kajian. Jadual dan rajah menunjukkan perbandingan antara kedua-
dua ujian tersebut.
Jadual 5: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
___________________________________________________________________
Subjek Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peratus
Kajian perbezaan (%)
____________________________________________________________
Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%)
____________________________________________________________________
A 3/9 33.3 6/9 66.7 +3 33.4
____________________________________________________________________
B 4/9 44.4 7/9 77.8 +3 33.4
____________________________________________________________________
C 4/9 44.4 8/9 88.9 +4 44.5
____________________________________________________________________
D 3/9 33.3 7/9 77.8 +4 33.4
____________________________________________________________________
E 5/9 55.6 8/9 88.9 +4 33.3
___________________________________________________________________
Hasil daripada dapatan kajian, telah terbukti sesi tindakan yang dilaksanakan dapat
membantu subjek kajian menguasai kemahiran hantaran leret dengan baik.
xlii
Penggunaan ansur maju yang ditambah elemen inovasi menggunakan spot shoes
untuk memastikan bola ditendang dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan
magic hole sebagai sasaran yang tepat telah banyak membantu subjek kajian dalam
menguasai kemahiran hantaran leret dengan tepat.Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa latihan ‘ Kick The Ball Into Magic Hole’ yang diubahsuai mengikut
kesesuaian bagi mencapai objektif kajian telah berjaya menmbuktikan
keberkesanannya kepada semua subjek kajian.
Kajian ini dibuat bagi menjawab persoalan kajian yang dijalankan iaitu berdasarkan
kepada empat objektif yang perlu dicapai iaitu ;
1. Memperbaiki teknik hantaran leret murid dengan baik.
2. Meningkatkan kecergasan umum yang berkaitan dengan teknik hantaran bola
secara leret.
3. Meningkatkan keupayaan murid bertindak dalam situasi yang memerlukan
murid menggunakan teknik hantaran leret dalam permainan bola sepak.
4. Menjadi penanda aras kepada murid lain untuk mempelajari kaedah latihan
yang sistematik dalam menguasai kemahiran dalam permainan bola sepak.
Melalui hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca, didapati bahawa strategi
perlaksanaan tindakan yang dirancang berjaya mencapai objektif sebagaimana yang
dinyatakan di (1) di atas. Subjek kajian berjaya menguasai kemahiran hantarabn leret
dengan baik dan keputusan yang diperolehi menunjukkan peningkatan yang amat
positif dengan peratus peningkatan graf yang amat baik.
Objektif kajian sebagaimana yang dinyatakan di (2), didapati bahawa subjek kajian
telah menunjukkan peningkatan kecergasan semasa melakukan kemahiran hantaran
secara leret.Kaedah latih tubi ini memerlukan subjek kajian melakukan latihan dan
perlakuan secara berulang kali mengikut bilangan ulangan set yang telah
ditetapkan.Ini membolehkan mereka memperbaiki kecergasan masing-masing di
samping mempelajari kemahiran hantaran leret.
Objektif kajian sebagaimana yang dinyatakan di (3) pula mendapati bahawa subjek
kajian berupayaan bertindak dalam situasi yang memerlukan mereka menggunakan
xliii
teknik hantaran leret dalam permainan. Ini telah dilatih dalam langkah 4 dan 5 dalam
latihan ‘Kick The Ball Into The Magic Hole’.
Objektif kajian yang terakhir, (4), subjek kajian boleh menjadi penanda aras kepada
murid lain untuk mempelajari kaedah latihan yang sistematik dalam menguasai
kemahiran hantaran leret dalam permainan bola sepak. Subjek kajian telah menjalani
sesi tindakan selama empat minggu dan terbukti mereka dapat menguasai kemahiran
hantaran leret melalui ujian yang dijalankan. Dengan itu mereka dapat menjadi
contoh kepada murid lain untuk melakukan hantaran leret dengan teknik dan
perlakuan yang betul.
Untuk persoalan kajian iaitu sejauh manakan kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The
Magic Hole’ dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran hantaran leret, setelah
tamat tempoh perlaksanaan strategi tindakan selama empat minggu didapati bahawa
dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dapat menjawab persoalan kajian yang
ditimbulkan dengan baik. Seacara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa
perlaksanaan strategi tindakan yang digunakan telah dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran hantaran leret dalam kalangan subjek kajian. Ini jelas terbukti dengan
dapatan akhir Ujian Pasca yang menunjukkan peningkatan yang ketara pada graf
yang dihasilkan selepas Ujian Pasca dijalankan.
Pencapaian subjek kajian juga amat memuaskan dengan mereka menunjukkan
peningkatan penguasaan kemahiran yang baik. Ini menunjukkan bahawa mereka
menguasai kaedah ansur maju ditambah dengan elemen inovasi menggunakan ‘spot
shoes’ dan ‘magic hole’ yang telah banyak membantu subjek kajian dalam
menguasai kemahiran hantaran leret. Kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The Magic
Hole’ yang diubahsuai mengikut kesesuaian juga telah berjaya membuktikan
keberkesanannya kepada semua subjek kajian.
Rumusan dan refleksi dapatan kajian merupakan cara untuk menilai dan melihat
sejauh mana keberkesanan sesi tindakan yang dijalankan secara menyeluruh. Melalui
rumusan dapatan kajian, keputusan keseluruhan dapatan kajian dapat dirumuskan
xliv
bersama untuk melihat keberkesanan strategi perlaksanaan yang telah dirancang.
Refleksi dapatan kajian pula pula merupakan penilaian semula terhadap kelemahan
yang perlu diperbaiki untuk masa akan datang. Selain itu, refleksi terhadap dapatan
kajian juga akan memberi peluang bagi melihat sebarang penambaihkan yang boleh
dilakukan terhadap strategi kemahiran dan amalan pengajaran pada masa akan
datang.
xlv
bahawa strategi tindakan yang dilaksanakan berjaya membantu untuk meningkatkan
kemahiran hantaran leret dengan tepat.
Kesimpulannya kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya untuk
meningkatkan kemahiran hantaran leret dengan tepat subjek kajian. Strategi
perlaksanaan yang digunakan untuk membentuk kemahiran ini turut berjaya
dibuktikan sebagai berkesan dan amat membantu dalam membentuk kemahiran
hantaran leret dengan tepat dalam permainan bola sepak.
Perancangan strategi tindakan yang tepat, bersesuaian dan menarik merupakan faktor
penentu kepada kejayaan strategi tindakan itu sendiri. Selain itu, penggunaan inovasi
untuk menarik minat subjek kajian merupakan satu langkah yang baik bagi memberi
motivasi kepada subjek kajian bagi mempelajari dan mengaplikasikan teknik yang
betul bagi melakukan kemahiran hantaran leret dengan tepat.
Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya telah belajar tentang perbezaan
individu dalam kalangan subjek kajian. Setiap individu berbeza dari segi
perkembangannya sebagaimana yang diperkatakan oleh teori perkembangan
individu Erikson. Perkembangan antara subjek kajian adalah berbeza dan ini jelas
nyata berdasarkan jangka masa yang diperlukan oleh setiap subjek kajian bagi
menguasai kemahiran yang dikehendaki. Berdasarkan daripada maklumat inilah yang
seringkali menjadi panduan dan dorongan bagi saya untuk terus bersabar ketika
mengajar subjek kajian teknik perlakuan yang betul bagi strategi perlaksanaan yang
dijalankan.
Kajian tindakan ini juga mengajar saya agar tidak mengharapkan sesuatu yang terlalu
sukar untuk dicapai daripada subjek kajian.Saya telah meletakkan satu penanda aras
yang tinggi sebelum mula menjalankan strategi perlaksanaan untuk minggu yang
pertama, saya menyedari bahawa saya telah meletakkan satu penanda aras yang
terlalu sukar untuk dicapai oleh subjek kajian. Oleh itu, saya telah menukar strategi
saya dan menambah sedikit inovasi ke dalam langkah ansur maju yang digunakan
untuk memberitahu teknik perlakuan yang tepat kepada subjek kajian. Saya percaya
bahawa setiap subjek kajian mempunyai kelebihan masing-masing dalam menguasai
xlvi
kemahiran yang dikehendaki iaitu kemahiran hantaran bola leret dengan tepat dan
saya dapat melihat ada dalam kalangan subjek kajian merupakan penunjuk cara yang
amat baik kepada subjek kajian yang lain. Oleh itu, saya sedaya upaya berusaha
untuk memanfaatkan setiap kelebihan yang terdapat di dalam diri setiap subjek
kajian untuk memastikan mereka mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran
yang dikehendaki pada tahap yang maksimum.
Kaedah latihan ‘ Kick The Ball Into The Magic Hole’ merupakan kaedah yang saya
lihat dapat menarik minat subjek kajian untuk turut serta dalam sesi latihan tersebut
kerana mereka gemar untuk bersaing sesama mereka namun seringkali juga saya
ingatkan bahawa saya hanya menggalakkan persaingan yang sihat sahaja di dalam
setiap sesi strategi perlaksanaan dijalankan. Kaedah latihan ini menggalakkan subjek
kajian untuk berkerjasama sesama sendiri dan memanfaatkan kelebihan setiap
individu untuk mencapai hasil yang optimum.
Kesimpulannya, sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, saya banyak
mempelajari pekara yang saya boleh jadikan bekalan untuk kajian pada masa
hadapan. Bermula daripada pekara yang asas kepada pekara yang lebih besar telah
saya harungi sepanjang menjalankan kajian tindakan ini dan saya harap pengalaman
ini dapat saya jadikan panduan dan dorongan untuk terus melakukan kajian tindakan
pada masa akan datang. Di samping itu saya berharap agar setiap dapatan kajian dan
ilmu baru yang saya perolehi sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini dapat
dimanfaatkan untuk membangunkan sukan bola sepak negara kita ke tahap yang
lebih tinggi.
Pada kajian seterusnya jenis kemahiran hantaran bola leret yang dikaji boleh
dipelbagaikan. Pada kajian ini, kemahiran hantaran leret ke hadapan telah
ditekankan.Di masa akan datang, kemahiran hantaran leret ke kiri dan ke kanan
boleh di ajar. Semua kemahiran ini penting dan relevan dalam permainan bola sepak
kerana aplikasi kemahiran yang betul boleh menetukan kalah menang sesuatu
pasukan.
Perwakilan abjad boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap
sesuatu bidang yang dipelajari terutamanya bidang kemahiran fizikal. Dalam kajian
xlvii
ini penggunaan teknik imageneri abjad boleh digunakan secara terus kepada anggota
badan yang terlibat. Sebagai contoh pergelangan kaki murid hendaklah berada dalam
kedudukan berbentuk huruf ‘ L ‘ ketika mereka melakukan hantaran leret. Jesteru
itu , untuk hasil yang lebih konkrit, kayu indikator abjad boleh dihasilkan. Kayu
indikator abjad boleh di hasilkan. Kayu indikator abjad ini dapat membantu murid
yang mempunyai kemahiran imaginasi yang rendah kerana ia dapat menunjukkan
dengan jelas bentuk abjad yang dingini dan diaplikasikan terus ke anggota badan
murid.
Oleh itu, diharap bahawa pada masa akan datang, inovasi ansur maju menggunakan
kayu indikator ini boleh dijalankan agar dapat melihat sejauh mana keberkesannya
terhadap penguasaan kemahiran hantaran leret. Perlaksanaan ansur maju
menggunakan kayu indikator merupakan satu percubaan yang menarik untuk melihat
sejauh mana impak yang boleh diberikan dengan penambahbaikan kepada ansur
maju perlakuan menggunakan teknik ini.
xlviii
RUJUKAN
Hargreaves, A., & Bate, R. (2010). Skills & strategies for coaching soccer. Illinois
Human Kinetics.
Jerry, R.T. (2001). Children’s motor behavior: Implications for Teachers, Coaches,
and Parents.
Jordan, S.,Green,G.,Galanty, H., et al. (1996). Acute and chronic brain injury in
United States national team soccer players. Am J Sports Med 24:205-10.
Kelly, A.E (2008). Examination of expert and novice volleyball coaches. Journal of
Teaching in Physical Education.
Mohd Taib Harun, & Norlena Salamuddin. (2006). Bola sepak meniti kejayaan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Paul. I.W., et al. (2006) .Teaching games for understanding (TGFU) in primary and
secondary physical education. New Zealand:Falcuty of education, University
Wollongong.
Robert, L.K.( 2007). The new coach’s guide to coaching youth soccer: A complete
refrence for coaching young players age 4 through 8. New York: Skyhorse
Publishing.
Singer, R.N. (1975). Motor learning and human performance (2nd Ed). New York:
Macmillan
xlix
LAMPIRAN 1
Nota Lapangan 1
Tarikh : 5/02/2015
Hari ini saya telah membawa murid untuk sesi Murid-murid melakukan
Pendidikan Jasmani pada hari ini ialah hantaran kurang tepat dan ini
bola leret. Sepanjang sesi P&P, saya mendapati menyebabkan hantaran leret
akan datang.
l
LAMPIRAN 2
Nota Lapangan 2
Tarikh : 12/02/2015
Pada sesi P&P hari ini, saya mengulangi semula Murid-murid tidak biasa
kemahiran hantaran leret dalam permainan bola sepak yang betul semasa
li
LAMPIRAN 3
Nota Lapangan 3
Tarikh : 19/02/2015
Ujian Pra pada hari ini diadakan tanpa Kesemua subjek kajian
Pra ini amat tidak memuaskan kerana semua subjek hantaran leret yang kurang
lii
LAMPIRAN 4
Nota Lapangan 4
Tarikh :26/02/2015
Masa : 0900-1000
Ujian Pasca dijalankan sebaik sahaja tamat tempoh Kesemua subjek kajian telah
atas subjek kajian. Di dalam ujian ini, subjek kajian hantaran leret dengan
diuji sebagaimana mereka di uji pada Ujian Pra menggunakan bahagian dalam
liii
LAMPIRAN 5
Tarikh : 5/02/2015
Masa : 0900-1000
Guru : Kenapa teknik yang kamu gunakan itu tadi masih juga salah
walaupun cikgu sudah ajar teknik yang betul dari minggu lepas.
SK A : Saya selalu guna teknik itu semasa main bola petang-petang cikgu.
Guru : Tepat tak tandukan kamu dengan menggunakan teknik kamu sendiri
itu.
liv
LAMPIRAN 6
Tarikh : 12/02/2015
Tempat Selepas mengikuti latihan ‘ Kick The Ball Into The Magic Hole’
SK A Dapat cikgu
SK D
SK E
lv
LAMPIRAN 7
BIL SAMPEL A B C D E
ITEM PEMERHATIAN
KEDUDUKAN BERSEDIA
PERLAKUAN
IKUT LAJAK
lvi
LAMPIRAN 8
BIL SAMPEL A B C D E
ITEM PEMERHATIAN
KEDUDUKAN BERSEDIA
PERLAKUAN
IKUT LAJAK
lvii