You are on page 1of 9

BIMBINGAN & KAUNSELING

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

David Jaibi
Ghouse Raqib Ibrahim
Mohd Khairul Patolga
Mohd Solehan Sedik
Tokoh Teori Rasional
Emotif Terapi

Albert Ellis

“Acceptance is not love. You


love a person because he or
she has lovable traits, but you
accept everybody just because
they're alive and human.”
Pelopor Teori Rasional Emotif Terapi
Diasaskan oleh Albert Ellis.
Dilahirkan pada 27 September 1913 di Pittsburgh,
Amerika Syarikat.
Beliau berkelulusan M.A. dan Ph.D. dalam bidang
psikologi klinikal dari Universiti Columbia.
Pada tahun 1959 beliau mengasaskan Institut Terapi
Rasional Emotif di New York.
Pada tahun 1993, nama institut ini ditukar kepada
Institut Rasional Emotif Behavioral merangkumi
kognitif, emotif dan behavioral.
Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan
perkhidmatan kaunseling.
Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seksual.
Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa
teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak
mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang
tidak saintifik.
Hasil kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi
pada tahun 1947-1953, Ellis mendapati bahawa terapi
psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak
saintifik
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh
Freud kurang lengkap kerana ada individu yang
bertambah teruk selepas menjalani pendekatan
psikoanalisis.
Hipotesis REBT berdasarkan bahawa emosi berpunca
daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan
tindakan daripada situasi kehidupan
Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien
mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk
mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah
tertanam lama di dalam diri seseorang.
Teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada
perubatan yang direka dalam keadaan di mana
kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.
Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason
and Emotion In Psychotherapy’
Pendekatan Teori Rasional Emotif Terapi
Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu
kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
Memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan.
Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar,
mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran
daripada kepercayaan yang tidak rasional.
Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan
supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang
baik dan rasional
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah
semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga
masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan
datang.
Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan
tindakan, bukan hanya mengikut perasaan.
Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran
kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-
individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada
dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.
Sekian . . .

You might also like