You are on page 1of 7

Membina Rumahtangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat
keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri
untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendaksemulajadi yang telah
diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami
sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihiitu
adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa
perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat
lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia
perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila
masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah
anda hendaklah sentiasaberdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga
ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan


baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas
kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku
baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam
perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang
mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat
bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan
segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja,
sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah
dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga


kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada
Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah
pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya,
ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri,
suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa.
Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong
menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena
pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali
daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan
anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan
sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri
sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi
manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda
kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda
untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak
menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik
untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak
berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan
pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau
isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih
sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara
seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami


hendaklah memberi salam kepada isteri apabila
memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya
di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan
maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu


kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan
dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari
kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau
fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat


dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan
dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama
dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan


jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau
anugerahkan kepada kami."
Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim
disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah
diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran
suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana
lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang
marah iniperlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah
melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang
baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu
sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan
membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari
kehidupan berumahtangga.

[Ummu Ikram]
Carilah Khairun Nisa’
www.Halaqah.net
BenCasee
Editor :  Bonda Halaqah

Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih
sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.

 
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
[Ar-Room ayat 21]

Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian
dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.

Bimbinglah Dengan Bijaksana

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:


”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau
luruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah,
namun dia tetap saja bengkok.
Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah.
 Mematahkannya bererti menceraikannya.”
  Riwayat Muslim

Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam juga ada bersabda bahawa kebahagian ada empat kunci dan
salah
satunya adalah mempunyai isteri yang solehah.
Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,
rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban

Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’

Khairun Nisa’

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
  Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya,
yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan
sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
Riwayat Muslim

Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh.
Sesungguhnya itu janji Allah.

Dua ( 2 ) usaha menghampirkan diri pada Allah

i. Mulazamatudz-dzikir, iaitu terus menerus berada dalam zikir atau pun sentiasa ingat
Allah walaupun dimana-mana.

ii. Mukhalafa iaitu terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat
melupakan Allah.

Amalan bertariqat adalah bertujuan meningkatkan usaha untuk bertaqwa kepada Allah.
Ia seperti “lombong emas” yang boleh membuatkan kita kaya raya;bila dapat uswah
hasanah.Dengan amalnya dapat jadi orang mukmin yang sampai ke peringkat Ihsan,
mukmin seperti para sahabat.

Kepentingan Tareqat dari sudut Iman

Iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.Ada faktor-faktor yang menyebabkan


iman merosot, berkurangan ,menjadi lemah hingga lenyap semuanya.Orang yang tergamak
melakukan berbagai dosa besar seperti zina,membunuh,merompak,minum arak dan
sebagainya disebabkan ketika orang itu melakukannya imannya lenyap.

Dua (2) faktor utama yang melemahkan iman ialah :

1. Kelalaian hati (ghaflah)


2. Maksiat

Orang yang benar-benar berhati lalai maka akal,hati,penglihatan dan pendengarannya


tidak berfungsi lagi.

Firman Allah :
" Dan sesungguhnya Kami sediakan untuk neraka terlalu ramai dari jin dan manusia.
Mereka mempunyai hati tidak dapat digunakan untuk memahami (kebenaran-kebenaran
Allah) dan mereka mempunyai mata, mereka tidak dapat gunakan untuk melihat
(kebenaran Allah) dan mereka bertelinga tetapi mereka tidak boleh gunakan untuk
mendengar kebenaran-kebenaran Allah.Mereka itu seperti binatang ternak.Mereka itulah
orang-orang yang (benar-benar) lalai ". Surah A-A'raf ayat 179

Ghaflah atau lalai, lupa dan lain-lain sebutan yang serupa maknanya adalah lawan ingat,
sedar dan seumpamanya lagi.
Maksud ghaflah biasanya mengenai dua (2) perkara :
1. Lalai dan tidak ingatkan Allah
2. Lalai dan tidak ingatkan hukum hakamNya.
Disebabkan lalai tidak ingatkan Allah maka membawa akibat tidak ingatkan berbagai
hukum Allah.

Amalan wirid dan zikir,khasnya seperti terdapat dalam amalan Tareqat akan dapat
segera menghapuskan ghaflah atau lalai tersebut.

Ibadat atau taqwa iaitu melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan segala
laranganNya, tidaklah sempurna dengan hanya yang disuruh dilakukan dan yang di
larang ditinggalkan saja tanpa dilihat mutu ketaqwaan atau amalan tersebut.

Allah memerintahkan supaya manusia melaksanakan sampai ke tahap sebaik-baiknya


atau paling sempurna.
Firman Allah :
" ( Allah hidupkan kita di dunia ini ) supaya Allah dapat menguji kita siapakah antara kita
menjadi orang yang terbaik amalnya " Surah Hud ayat 7

Firman Allah
" Seandainya mereka istiqamah dalam tareqat ini, maka mereka akan Kami siram dengan
hujan yang lebat " Surah Jin ayat 16

Zikir Kuat

Sabda Rasulullah
" Hati itu keras seperti batu bahkan lebih keras daripada itu.Ia tidak akan pecah (lebur)
tanpa pukulan yang kuat.Begitu juga zikir,ia tidak akan berpengaruh dalam hati kecuali
dengan suara yang keras "

Sabda Baginda lagi,


Dari Zain bin Aslam ia berkata: Ibn Al-Adra' r.a berkata, aku berjalan bersama Rasulullah
pada suatu malam, dalam perjalanan itu Rasulullah melintasi seorang lelaki dalam masjid
yang sedang berzikir dengan suara keras.Aku ( Ibn Al-Adra' berkata;Ya Rasulullah,jangan-
jangan orang ini riak.Nabi S.A.W menjawab, " Tidak,malahan ini lebih baik ".

Orang yang mendapat limpahan nur baidhat atau termasuk dalam kurnia Allah ( dzauk) itu
akan merasa nikmat kemanisan berzikrullah dari segi penglihatan,pendengaran atau rasa.
Mereka ini jika dilihat oleh orang awam seperti keadaan orang yang seolah-olah seperti
dirasuk tetapi bagi mereka sebenarnya tidaklah begitu.Orang yang dirasuk adalah orang
yang tidak sedar apa yang dilakukan dan apa yang telah berlaku tetapi berlainan dengan
orang yang mencapai maqam dzuk ini, mereka berzikir dalam keadaan yang sedar.

Istilah zikrullah yang berbagai bunyi itu hanya ditalqinkan atau dibai'ahkan atau diijazahkan
kepada murid itu oleh guru mengikut pengambilan dari para masyaiekh hinggalah sampai
wasilahnya dari Rasulullah S.A.W dan ia tidak diajar kepada orang awam kecuali mereka
yang
beramal dengan jalan Tareqat Tasauf.Wallhu a'lam.

You might also like