You are on page 1of 11

RASUAH

1.0 Pengenalan

Rasuah atau korupsi merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang

dimana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak

berkuasa sesebuah syarikat selepas member sesuatu seperti wang, hadiah, keraian atau

sebarang pemberian lain kepada pihak-pihak tertentu. Jika gejala pemberian rasuah ini

tidak dibendung, ia akan melibatkan lebih banyak banyak masalah social kerana undang-

undang tidak dipatuhi dengan sepenuhnya.

Rasuah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud busuk, rosak,

menggoyahkan, memutar balik, dan menyogok. Dalam bahasa arab rasuah juga disebut

sebagai al-risywah. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan semasa era Edo

(1603-1868) yang diistilahkan sebagai “sidepni-shito” yang membawa maksud wang dari

bawah meja.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia

mengatakan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi lebih cenderung memberi

rasuah kepada pihak –pihak tertentu. Golongan berpendapatan bulanan RM5000 ke atas

didapati paling banyak memberi rasuah iaitu sebanyak 52% diikuti kumpulan

berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM5000 iaitu 31% dan selebihnya adalah

golongan berpendapatan kurang RM1500. Kajian pada tahun 2006, index CPI 5.0 telah

mencatatkan Malaysia jatuh ke tangga 44 daripada sejumlah 163 buah negara. Pada tahun

2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukan iaitu berada di tangga 43

dengan tahap kebersihan 5.1 yang berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika
Selatan. Denmark merupakan negara yang paling bersih dari gejala rasuah dan yang

amat mengecewakan, Singapura yang merupakan jiran kepada Malaysia berada di tangga

keempat. Amat memalukan jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Keadaan ini

tidak seharusnya terjadi kepada negara Malaysia.

2.0 Jenis-jenis Kesalahan Rasuah

Terdapat empat jenis kesalahan rasuah yang biasa diamalkan oleh pelaku rasuah.

Didalam rasuah terdapat dua elemen iaitu penyogok dan penerima sogokan. Jika salah

satu daripadanya tiada, maka rasuah tidak akan terjadi. Penyogok ialah individu yang

memberi rasuah sama ada dalam bentuk wang, hadiah dan sebagainya. Manakala

penerima sogokan ialah individu yang menerima suapan tersebut. Antara jenis kesalahan

rasuah adalah meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat

tuntutan palsu, dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

2.1 Meminta Atau Menerima Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta atau menerima atau

bersetuju menerima suapan rasuah berupa wang atau benda atau perkhidmatan

dan lain-lain lagi jenis suapan. Perkara ini bertujuan untuk memberi dorongan

atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua perkara berkenaan

transaksi atau berkenaan urusan rasmi, prinsipal atau majikan berkenaan.

2.2 Menawar Atau Memberi Rasuah

2.3 Membuat Tuntutan Palsu


Kesalahan ini berlaku apabila mana-mana orang memberi kepada ejen

atau ejen memberi kepada majikan atau prinsipalnya sesuatu dokumen yang

diketahui atau disedarinya mengandungi butiran palsu. Hal ini dilakukan

bertujuan untuk mengeliru atau memperdaya majikannya.

2.4 Menyalahguna Jawatan Atau Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan

untuk menerima suapan atau membuat apa-apa keputusan atau mengambil

tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu

saudara maranya atau sekutu-sekutunya ada kepentingan secara langsung atau

tidak langsung.

3.0 Faktor Berlakunya Gejala Rasuah

3.1 Faktor Kelemahan Individu

Rasuah turut berpunca daripada kelemahan individu seseorang. Hal ini

berpunca daripada kelemahan atau kekurangan iman dan ketaqwaan individu

tersebut terhadap Tuhan atau agamanya. Walaupun mereka mengetahui bahawa

perbuatan rasuah itu adalah salah di sisi agama mahupun undang-undang, namun

mereka tetap melakukannya dengan memberikan alasan-alasan yang tertentu dan

akan terus melakukan selagi perbuatannya itu tidak diketahui orang. Namun,

tidak kurang juga individu yang melakukan kesalahan rasuah semula setelah

perbuatannya itu dapat dihidu orang ramai seterusnya ditangkap dan dikenakan

hukuman. Mereka seolah-olah tidak serik dan tidak merasa malu melakukan

kesalahan rasuah.
Tambahan pula, mereka melakukan rasuah kerana menginginkan

kemewahan segera, berbelanja melebihi pendapatan biasa yang diperolehi

mereka, sifat tamak dan haloba, ingin cepat kaya selain suka berjudi dan suka

berhutang. Hal ini kerana, wang rasuah yang diterima biasanya berupa sejumlah

wang yang besar ataupun berbentuk hadiah yang lumayan.

3.2 Faktor Sosial Dan Kebudayaan

Seperti yang sudah diketahui umum, setiap kaum di Malaysia mempunyai

budaya dan amalan hidup masing-masing berhubung dengan pemberian wang

atau hadiah. Sebagai contoh, kaum cina suka memberi angpau sewaktu perayaan

atau majlis keramaian tertentu, manakala kaum orang Melayu pula suka memberi

buah tangan atau bersedekah. Walau bagaimanapun, pemberian ini kadangkala

dibuat pada masa atau keadaan yang tidak sesuai. Dengan perkataan lain ialah

penyalahgunaan budaya.

Proses memberi dan menerima hadiah ini akan mewujudkan apa yang

dipanggil sebagai “termakan budi” yang seterusnya akan merebak menjadi

amalan rasuah. Mereka menggunakan taktik ini bertujuan untuk mengaburi mata

orang lain agar perbuatan mereka tidak dianggap rasuah. Namun, bangkai gajah

manakan dapat ditutup dengan daun pisang. Sepandai-pandai tupai melompat,

akhirnya akan jatuh ketanah jua.

3.3 Faktor Pembangunan Sosioekonomi Dan Modenisasi

Di zaman yang sedang membangun dan serba canggih ini, jika dilihat

secara logiknya, didalam proses pembangunan dan permodenan, banyak

rancangan dan projek pembangunan mega yang dijalankan dan ini akan
menambahkan pengaliran wang dalam sesebuah organisasi yang terlibat. Orang-

orang tertentu yang terlibat dengan projek tersebut secara tidak langsung akan

mengambil keuntungan untuk diri sendiri sewenang-wenangnya. Ada juga yang

mengambil kesempatan memberi sogokan kepada pegawai berkaitan agar sesuatu

urusan itu cepat dipertimbangkan atau cepat diambil tindakan. Misalnya,

permohonan untuk meluluskan sesuatu projek dimana pihak pemaju akan sanggup

memberikan rasuah kepada pihak tertentu supaya mudah mendapatkan kontrak

ataupun untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

3.4 Wujudnya kerenah Birokrasi dalam Sistem Pemerintahan

 Kerenah birokrasi dalam sistem pemerintahan atau organisasi secara tidak

langsung akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada

berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses

pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini

berlaku, sudah tentulah pengurusan dan pemprosesan sesuatu permohonan

memerlukan masa yang lama atau panjang untuk diselesaikan. Bagi individu

yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah

memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan

oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan

menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat

dengan rasuah.

3.5 Faktor Kelemahan Kepimpinan dan Pentadbiran

Faktor ini termasuklah kurangnya pengawasan dan penyeliaan daripada

pihak atasan dan sistem dan prosedur yang lemah. Individu yang mempunyai
kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh

orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai

kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah

sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat,

Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’.

Adakalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan

mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah

menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan

organisasi berkenaan.

4.0 Impak Negatif Rasuah

4.1 Ekonomi

4.1.1 Pembangunan terbantut

Kesan daripada berlakunya gejala rasuah, pembangunan ekonomi

sesebuah negara menjadi semakin sulit apabila kecekapan menurun.

Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya

perbelanjaan sampingan atau lebih dikenali dengan “duit tepi” dalam

kalangan ahli korporat, belanja perundingan dengan jabatan yang terlibat,

serta risiko pembatalan projek atau kontrak. Walaupun ada yang

menyatakan bahawa rasuah akan mengurangkan kos kerana birokrasi

berjaya dikurangkan, namun penyelidikan terbaru mendapati bahawa hal

demikian sebenarnya tidak berlaku, sebaliknya peningkatan kos berlaku

kerana pihak yang terlibat akan membuat lebih banyak peraturan dan

hambatan yang baru.


4.1.2 Persaingan Tidak Sihat

Rasuah juga turut menyebabkan berlakunya persaingan yang tidak

sihat antara sesama pemaju atau peniaga. Hal ini berlaku apabila pihak

yang terlibat mendapat kontrak dengan mudah akibat pemberian rasuah,

sedangkan pihak yang satu lagi sukar untuk diluluskan permohonan atau

kontraknya. Dengan demikian, perasaan cemburu dan dengki akan

menguasai diri. Akibatnya, tidak mustahil gejala-gejala lain seperti sihir

atau sebagainya akan berlaku. Situasi ini akan turut menimbulkan

perbalahan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

4.1.3 Kerugian

Rasuah juga turut menimbulkan kekacauan dalam sektor awam

apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang

sememangnya banyak, naik mendadak kosnya sehingga melepasi

peruntukan awal. Misalnya jabatan awam atau mungkin juga kontraktor

mungkin "mengubahsuai" projek tersebut selepas menerima peruntukan

daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, walaupun sebenarnya tidak

diperlukan kerana ia mungkin sebahagian daripada usaha untuk

menyorokkan suapan yang telah dilakukan. Selain itu, keselamatan,

keselesaan, dan kesan alam sekitar akibat projek tersebut juga turut

menjadi pertaruhan . Rasuah juga telah menjejaskan kualiti perkhidmatan


sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus

mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan kerajaan.

4.1.4 Kelemahan sistem Ekonomi

Pengkaji ekonomi berpendapat bahawa antara punca ekonomi

beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di

Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan

perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di

dalam negara yang sering kali disebut orang betapa ramai pemerintah

Afrika mempunyai akaun bank di Swiss. Berbeza pula dengan pemerintah

di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan daripada setiap

biaya atau keuntungan projek, namun lebih memberikan perhatian dalam

pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan,

dan lain-lain yang memberi manfaat kepada rakyat jelata Indonesia.

Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari

tahun 1970 hingga 1996, pengeluaran modal 30 buah negara Sub-Sahara

berjumlah sekitar RM710.6 bilion melebihi jumlah hutang luar negara-

negara tersebut. Dalam kes Afrika lagi kerap kali kerajaan baru yang

berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan

terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan

melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di

seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar".


4.2 Demokrasi

Selain itu, rasuah juga ialah musuh utama kepada pembangunan. Dalam

dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang

cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah juga turut berlaku sama ada dalam

pilihan raya atau pemilihan umum lain dan juga merosakkan nama, akauntibiliti

dan kecekapan badan perundangan tersebut. Manakala rasuah dalam sistem

pengadilan pula sebenarnya telah mencabul ketertinggian undang-undang dan

rasuah dalam pentadbiran awam turut menjejaskan keseimbangan dan

kesaksamaan sosial. Tanpa kita sedari, sedikit demi sedikit, rasuah sebenarnya

telah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana ketidaktertiban prosedur,

kemerosotan sumber usaha, dan pengiktirafan pejabat oleh jabatan bukan kerana

prestasi. Dengan kata lain, rasuah telah menghancurkan kepercayaan masyarakat

terhadap sistem-sistem yang ada.

4.3 Kesejahteraan Politik

Rasuah politik juga berlaku di kebanyakan negara dan telah mengancam

jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" kerajaan atau pemerintah

dalam memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi

kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus

memainkan peranan melindungi perusahaan tertentu lazimnya perusahaan yang

mempunyai entiti yang besar, yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan

yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar, namun sayangnya

mereka menyalahgunakan kepintaran dan bersifat pilih bulu kerana hanya

memberi keutamaan atau melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen


politiknya sahaja. Manakala syarikat atau perusahaan kecil yang lain, sedikit pun

mereka tidak ambil peduli.

4.4 Kehidupan Masyarakat dan Pemerintahan Terganggu

kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan

terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar.

Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur

seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir

dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang

serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan

terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara

akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam

daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.


5.0 Langkah pencegahan.

You might also like