You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Pembangunan merupakan perkara yang paling penting yang perlu dicapai


supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup. Pelbagai cara telah diambil oleh
kerajaan dalam proses mencapai pembangunan antaranya mewujudkan Dasar
Pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional, dan sebagainya. Dasar Pandang ke Timur juga merupakan salah satu
dasar kerajaan yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato’ Seri
Mahathir Mohamad ketika persidangan “5th Joint Annual Conference of
MAJECA/JAMECA” di Hilton Kuala Lumpur pada 8 Februari 1982. Dasar ini
diperkenalkan supaya rakyat membuka mata dan beralih tumpuan dari negara-
negara Barat ke negara-negara Timur terutamanya Negara Jepun dan Korea.
Tujuan utama dasar ini diperkenalkan adalah untuk menjadikan Negara-negara
Timur sebagai contoh untuk meninggikan prestasi pengurusan dan
pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Selain itu juga Negara
Malaysia berhasrat memperluaskan lagi perdagangan dan hubungan dengan
rakan-rakan selain hubungan dengan Negara Barat.

2.0 HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN JEPUN

Hubungan antara Malaysia dan Jepun telah berkembang pesat kira-kira empat
dekat lalu apabila hubungan diplomatik diadakan dimana Jepun sebagai sumber
pelaburan manakala Malaysia sebagai pasaran penting dan sumber bahan asli
termasuk batu kapur, kayu balak, minyak dan sebagainya. Faktor-faktor ini telah
menggalakkan lagi pelaburan Jepun sehingga menjadi pasaran eksport terbesar
ketiga Malaysia. Kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan Jepun adalah
dalam bidang perindustrian. Sebagai contoh, Jepun telah melaburkan modal dan
membuka syarikat perkilangan seperti kilang kain dan pakaian dengan jumlah
pelaburan sebanyak RM370 juta pada tahun 1980. Wujudnya pelaburan oleh
Jepun di Malaysia secara tidak langsung meningkatkan ekonomi Malaysia dan

1
Jepun. Kerjasama Malaysia dengan Jepun dalam latihan-latihan teknikal dan
akademik pula adalah melalui penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Jepun
untuk mengikuti program latihan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran
tenaga kerja.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI JEPUN

Malaysia mengambil Negara Jepun sebagai contoh untuk diteladani kerana


Negara Jepun mempunyai kepakaran dalam teknologi disamping pertumbuhan
industri yang pesat. Jepun telah bangkit daripada kekalahan pada perang dunia
ke2 yang mengakibatkan ekonominya lumpuh. Beberapa syarikat perniagaan
dan industri senjata milik Jepun ketika itu musnah. Pada tahun 1948, selain bank
dunia dan badan kewangan, Amerika Syarikat telah mengambil peluang untuk
membaiki ekonomi Jepun melalui pemberian dana kepada Negara-negara Asia
Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Malaysia dan sebagainya. Pemberian
dana ini disertakan dengan syarat iaitu Negara-negara Asia Tenggara mesti
membeli eksport dari Jepun dan perlu mengeksport bahan mentah ke Jepun.
Negara-negara Asia Tenggara yang membeli eksport dari Jepun pula akan diberi
kemudahan pembayaran secara kredit. Ekoran daripada import eksport ini, telah
wujud hubungan dua hala antara Jepun dan Negara-negara Asia Tenggara.
(Jomo,1985:14).

Sebagai Negara maju, Jepun mempunyai sistem cukai yang tidak adil
dimana cukai dikutip daripada hasil perniagaan dan perindustrian tetapi hasil
kutipan tidak digunakan sepenuhnya untuk perkhidmatan sosial seperti
kemudahan infrastruktur. Oleh kerana Jepun dapat mengawal pengumpulan
modal, Jepun dapat memperkembangkan industri beratnya hingga menjadi
antara yang terbesar di dunia. Perdagangan import eksport antara Jepun dan
Negara-negara Asia Tenggara yang semakin maju telah menghasilkan
pertukaran mata wang asing yang tinggi. Bagi Negara industri maju yang lain
seperti Britain, mereka terus bergantung harap daripada tanah jajahannya

2
seperti Malaysia untuk menyumbang kepada prestasi ekonomi yang mereka
yang tidak menentu tetapi usaha ini tidak berjaya. (Jomo,1985:15).

Jepun kemudiannya beralih kepada sektor penting yang lain seperti keluli,
pembuatan kereta dan komputer. Syarikat-syarikat gergasi Jepun yang besar
adalah seperti Mitsubishi dan Mitsui. Mereka bekerjasama antara satu sama lain
dan menyelaraskan kegiatan mereka. Industri-industri yang berkembang pesat
telah menyebabkan pencemaran alam seperti pencemaran udara melalui asap
kilang, pencemaran air seperti sisa toksid, pencemaran tanah seperti tanah
berasid dan pencemaran bunyi yang menganggu persekitaran. Pencemaran ini
telah mendatangkan kemarahan dikalangan pendudukan. Dengan ini Jepun
telah mengambil langkah memindahkan industri-industri dan teknologinya ke
Negara-negara Asia Tenggara. Secara tidak langsung Jepun telah
mengembangkan industri beratnya sehingga menjadi Negara industri yang
terbesar di dunia (Jomo,1985:15).

Pada tahun 1971, telah berlaku kemerosotan ekonomi. Jepun telah


membuang pekerja secara besar-besaran dalam industri kereta, elektrik, keluli,
kain, perkapalan dan sebagainya. Syarikat-syarikat Jepun sudah tidak dapat
menjamin pekerjaan untuk rakyatnya seumur hidup. Sebagai langkah menangani
kekurangan tenaga buruh, mesin dan jentera telah digunakan secara meluas
dalam industri Jepun bagi menggantikan tenaga manusia. Penggunaan mesin
telah berjaya mengurangkan perbelajaan Jepun untuk membayar upah pekerja.
Oleh itu, Jepun telah menjadi Negara yang maju dan terkenal dengan
teknologinya. Sehingga kehari ini Jepun merupakan antara Negara yang termaju
dalam pengangkutan dan perdangangan serta perindustrian. Pengangkutan dan
perhubungan yang moden dan canggih contohnya sistem kereta api di Jepun
yang moden dan laju seperti penggunaan Bullet Train manakala perindustrian
yang dibangunkan Jepun seperti barangan kejuruteraan permotoran dan jentera,
mesin berteknologi tinggi, kapal-kapal penumpang, bahan kimia, elektrik dan
sebagainya (Jomo,1985:16).

3
4.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DITELADANI OLEH MALAYSIA

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan teladan oleh Malaysia apabila
memandang ke Negara Timur seperti Jepun. Antaranya ialah kerajinan dan
displin kerja rakyat di Negara Jepun. Sebagai contoh Jepun telah melaksanakan
beberapa struktur dalam membentuk displin kerja seperti penggunaan kad
perakam waktu kerja (punch kad) dan pemakaian tag nama. Pekerja perlu
datang tepat pada waktu bekerja atau sebelumnya. Selain itu juga Jepun telah
mewujudkan semangat kesetiaan kepada negara, perusahaan dan perniagaan.
Semangat kesetiaan ini penting untuk mengelakkan berlakunya kebocoran
sesuatu rahsia atau kelemahan yang berlaku di dalam negara, perusahaan dan
perniagaan yang mana boleh menyebabkan kehancuran. Bagi pekerja pula
mereka dilatih supaya memelihara mutu kerja selaras dengan pengeluaran yang
tinggi kerana dalam proses pengeluaran barangan di Jepun mereka telah
menggunakan teknologi canggih. Jurang perbezaan yang ketara antara
pengurus dengan pekerja juga dikurangkan kerana hubungan yang akrab
memudahkan komunikasi serta melancarkan urusan sesuatu kerja. Mereka juga
lebih mementingkan kerja secara berkumpulan. Latihan dan kursus seperti
latihan perindustrian dan teknikal, program latihan akademik, program latihan
teknikal, program kemajuan eksekutif dan sebagainya bagi meningkatkan
kecekapan, penerapan nilai positif dalam meninggikan hasil kerja serta
meluaskan kemahiran tenaga pekerja. Latihan-latihan ini diajar kepada pelajar-
pelajar dari Malaysia yang menuntut di Jepun supaya mereka mengaplikasikan
apa yang dipelajari di Malaysia sesuai dengan keadaan semasa. Di samping itu,
sikap tidak mengharapkan peningkatan dividen dalam sistem pengurusan untuk
kejayaan jangka panjang atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek juga
diterapkan. Sebagai contoh, pekerja janganlah terlalu mengharapkan bonus
tahunan malahan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemajuan Negara. Jika
kita lihat, sesetengah sifat-sifat dan etika kerja ini sebenarnya telah dilaksanakan
oleh syarikat-syarikat swasta di Malaysia berbanding dengan pihak kerajaan.

4
5.0 MATLAMAT KERAJAAN MEMPERKENALKAN DASAR PANDANG KE
TIMUR

Matlamat Malaysia menganjurkan Dasar Padang ke Timur pertamanya ialah


untuk mencapai kemajuan pesat dalam jangka waktu yang singkat serta
mengekalkan nilai-nilai ketimuran dan tidak hanya memandang ke arah Barat
sahaja. Nilai-nilai ketimuran yang perlu dikekalkan disini adalah seperti
pertuturan yang sopan, tingkah laku yang baik, penampilan yang sempurna dan
sebagainya. Kedua ialah untuk mewujudkan masyarakat yang bersikap positif
dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dimana pekerja melakukan pekerjaan
dengan sepenuh hati untuk mencapai kemajuan dan kejayaan bersama. Ketiga
ialah mewujudkan masyarakat yang berkesefahaman dan semangat bekerja
secara berkumpulan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Semangat
bekerja secara berkumpulan sebenarnya akan memudahkan lagi proses untuk
mencapai matlamat disamping dapat berkongsi idea-idea yang mana hasilnya
lebih memuaskan. Keempat ialah mengurangkan kebergantungan kepada barat
dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan. Ini bertujuan mengelakkan daripada
berlakunya keadaan yang tidak dijangka seperti kermerosotan ekonomi barat
atau berlakunya perselisihan antara Malaysia dengan Barat yang boleh
memusnahkan hubungan antara Negara sekaligus merugikan Negara kita.
Kelima ialah mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
dimana hasil dari bayaran cukai keatas import eksport barangan serta tukaran
wang asing dapat digunakan untuk pembiayaan industri asas dan infrastruktur.
Di samping itu, pelaburan modal Negara Timur dalam perindustrian mewujudkan
peluang pekerjaan serta dapat menampung hidup ramai pekarja. Matlamat
terakhir ialah menjadi sebuah negara maju, bermaruah dan dihormati oleh
masyarakat antarabangsa melalui pembangunan-pembangunan dan kejayaan
yang dicapai.

5
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Seperti yang kita semua sedia maklum, Dasar Pandang Ke Timur merupakan
satu dasar yang memandang Negara Timur seperti Jepun dan Korea. Apabila
kita merujuk kepada Negara Jepun dan Korea sebagai model kepada
pembangunan, ini mewujudkan kerjasama di antara Malaysia dengan Negara-
negara Timur tersebut contohnya dalam bidang ekonomi, perindustrian,
penyelidikan dan pendidikan.

Selaras dengan dasar ini, pelbagai program dan strategi yang telah
disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan
lagi kemahiran, kecekapan dan penghasilan kerja yang lebih berkualiti di
kalangan pekerja sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan. Antara program
yang dijalankan untuk mencapai matlamat dan objektif kerajaan ialah dari segi
perubahan struktur, perubahan sikap serta latihan dan kursus. Berikut
merupakan jadual kepada program-program yang dijalankan di bawah Dasar
Pandang Ke Timur (Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee.
2003):

Jadual 1: Program-program yang dijalankan di bawah Dasar Pandang Ke Timur

Perubahan Struktur Perubahan Sikap Latihan dan Kursus


Kad perakam waktu kerja Program Perindustrian dan
perkhidmatan Teknikal
cemerlang
Penggunaan tanda nama Sikap bersih, cekap Pengajian Akademik
dan amanah
Penubuhan kumpulan Kepimpinan melalui Kemajuan Eksekutif
meningkat mutu kerja teladan
Konsep pejabat terbuka Pengajian Teknikal
Perkhidmatan kaunter Hubungan antara Institusi

Fail meja/ Manual Skim Latihan

6
prosedur kerja Pembangunan Usahawan

Berikut adalah huraian kepada perubahan struktur yang dilakukan oleh kerajaan:
a) Kad perakam waktu kerja- bertujuan untuk melahirkan pekerja yang
menepati masa. Apabila ada kad perakam waktu kerja, pekerja tidak
boleh masuk kerja sesuka hati tanpa mengikut masa. Maka produktiviti
perkerja dapat ditingkatkan.
b) Penggunaan tanda nama- supaya lebih mudah untuk mengenali
seseorang pekerja atau bahagian mana dia bekerja.
c) Penubuhan kumpulan meningkat mutu kerja- supaya dapat mengawal dan
menjaga kualiti kerja dan menghasilkan perkhidmatan atau produktiviti
yang lebih bermutu tinggi.
d) Konsep pejabat terbuka- bertujuan untuk menjadi lebih mesra pelanggan
di mana pelanggan lebih mudah bertemu dengan pegawai atau pekerja
untuk menyelesaikan sesuatu urusan kerja.
e) Perkhidmatan kaunter/perkhidmatan pembayaran bil setempat- memudah
dan mempercepatkan sesuatu urusan kerja.
f) Fail meja dan manual prosedur kerja- memudahkan urusan kerja apabila
ada sistem penyimpanan fail yang lebih tersusun.

Seterusnya ialah perubahan dari segi sikap di mana melahirkan pekerja dan
majikan yang mempunyai etika kerja yang baik. Berikut ialah perubahan-
perubahan:
a) Program Perkhidmatan Cemerlang- tujuan program ini diadakan adalah
untuk menghargai pekerja yang cemerlang dalam melakukan kerja dan
sebagai aspirasi kepada pekerja lain untuk berusaha bersungguh-
sungguh dan memantapkan mutu kerja agar lebih produktif.
b) Sikap Bersih Cekap dan Amanah- Tujuannya adalah untuk menanam
sikap dan etika kerja yang baik demi kejayaan bersama contohnya bersih
dari rasuah, cekap menjalankan tugas dan amanah melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan.

7
c) Kepimpinan melalui teladan- Tujuannya untuk melahirkan pekerja dan
majikan yang saling bekerjasama dan memerlukan satu sama lain serta
taat setia pekerja kepada majikannya.

Dan perubahan terakhir yang dilaksanakan ialah dari segi latihan dan kursus:
a) Latihan Perindustrian dan Teknikal- Tujuan bidang ini adalah untuk
melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan
dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam
meninggikan mutu penghasilan kerja.
b) Program Pengajian Akademik- Tujuan program ini adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk mempelajari ilmu-ilmu
sains dan teknikal di Jepun dan Korea.
c) Program Pengajian Teknikal- Tujuan program ini adalah untuk memberi
peluang latihan teknikal lanjutan kepada pelajar-pelajar lepasan SPMV
dan Politeknik supaya dapat memantapkan lagi kemahiran yang dimiliki.
d) Program Kemajuan Eksekutif- Tujuan program ini adalah untuk
menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari dan
meningkatkan lagi kecekapan dalam kaedah pengurusan dan pentadbiran
sama ada sektor kerajaan atau swasta. Mereka akan ditempatkan di firma
atau agensi kerajaan di Jepun dan Korea.
e) Hubungan di Antara Institusi-Institusi- Tujuan program ini adalah untuk
menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada
institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.
f) Skim Latihan Pembangunan Usahawan- Tujuan program ini adalah untuk
memberi peluang dan pendedahan kepada usahawah-usahawan
Bumiputera terhadap idea-idea baru dan pengetahuan mengenai
teknologi luar untuk memajukan urusniaga atau perniagaan mereka.
Program ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan.

7.0 KESAN PELAKSANAAN DASAR PANDANG KE TIMUR

8
Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur telah memberikan impak atau kesan
yang baik kepada negara kita di mana dasar tersebut dijadikan sebagai panduan
kepada negara untuk mencapai pembangunan dan kemajuan. Antara kesannya
ialah peningkatan pelaburan dari pelabur Jepun dan Korea. Hal ini kerana
pembangunan yang berlaku di Jepun dan Korea telah menyebabkan
peningkatan terhadap masalah pencemaran. Jadi, sebagai penyelesaian kepada
masalah tersebut, pihak Jepun dan Korea telah mengambil keputusan untuk
menambah pelaburan di luar negera iaitu dengan membina kilang-kilang di Asia
Tenggara seperti Malaysia. Contohnya seperti Syarikat Matsushita, Sony,
Toyota, Nissan dan lain-lain.

Selain itu, banyak pelatih dan pelajar dalam bidang-bidang yang berkaitan
telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk menerima latihan di sana. Apabila
dihantar ke sana, mereka dapat mempelajari cara orang Jepun dan memelihara
nilai-nilai seperti sikap kerja dan kerjasama di antara pekerja dan majikan yang
melibatkan semangat taat setia kepada majikan dan syarikat. Latihan yang
diperolehi juga dapat melahirkan sebilangan pengurus mahir di sektor swasta di
samping memperluaskan kemahiran tenaga pekerja melalui pengajaran di pusat
latihan, vokasional dan teknikal di Malaysia (Jomo, 1985:13).

Kesan seterusnya akibat daripada Dasar Pandang Ke Timur ialah dengan


tertubuhnya Lembaga Industri Berat Malaysia atau lebih dikenali sebagai HICOM
(Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. 2003). Penubuhannya
adalah ekoran daripada pemindahan industri besi waja dari Jepun ke Malaysia.

Selain daripada penubuhan HICOM, Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD)


juga telah diwujudkan. Penubuhan jabatan ini bertujuan untuk menyelaraskan
program-program yang ada di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar
Negara Jepun dan Korea. Ia menguruskan permohonan pelajar di Malaysia dari
institusi latihan, penyelidikan dan pengajian tinggi di Malaysia dengan institusi-

9
institusi berkenaan di Jepun dan Korea. Contohnya seperti Institut Teknikal
Jepun Malaysia (ITJM) yang terletak di Pulau Pinang.

Akibat dari tercetusnya dasar ini, banyak lawatan yang telah diadakan ke
Jepun dan Korea untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah dalam pendidikan,
penyelidikan, pengurusan dan lain-lain. Hal ini telah mewujudkan kerjasama
yang lebih rapat di antara Malaysia dengan Jepun dan Korea dari segi ekonomi,
sosial dan politik.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur dapat dilihat sebagai usaha kerajaan


yang baik dari pihak kerajaan Malaysia untuk tingkatkan pembangunan dan
prestasi pengurusan di negara kita. Kerajaan tidak mengambil apa saja dari
Timur tanpa usul periksa tetapi hanya mencontohi dan meneladani perkara yang
boleh membawa kepada perubahan yang positif dan ke arah kebaikan di mana
kita menggunakan acuan kita sendiri untuk pembangunan negara Malaysia.
Unsur-unsur yang paling mustahak adalah mengenai ketekunan dan disiplin
dalam kerja, perasaan taat setia kepada negara, semangat kumpulan, keinginan
menambah daya pengeluaran negara, meningkat kecekapan, mengurangkan
pembaziran dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja.
(Jomo, 1985:20). Berdasarkan kepada dasar ini, maka berlaku perubahan atau
peralihan kecil terutamanya dari segi sikap dan peranan seseorang individu serta
masyarakat dalam menentukan kejayaan dasar ini demi memajukan negara kita.
Di samping itu, ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang
lebih dinamik dan progresif.
BIBLIOGRAFI

Jomo K. S. 1985. Dasar-dasar Ekonomi Mahathir. Kuala Lumpur. Institut Analisa


Sosial.

10
Lim kim Hui, et al. 1998. Mengenal Malaysia dari Perspektif Kenegaraan. Kuala
Lumpur. Kumpulan Spektrum.

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. 2003. Pengajian Am
Kertas 1 dan 2. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.geocities.com/hualian_studentclub/dasar_pandang_ke_timur.htm

11

You might also like