You are on page 1of 6

m/s 1 Perlembagaan PPM SBPIKP

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUBANG PASU

PERATURAN-PERATURAN [ PERLEMBAGAAN ] PERSATUAN

Pada mematuhi subperaturan 5(1)(a) dalam persatuan-persatuan Pendidikan (Persatuan Sekolah)


1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11 Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukan peraturan-peraturan
[perlembagaan] Persekutuan Pengakap Malaysia Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
yang selepas ini disebut sebagai “Persatuan” sahaja.

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan Pergerakan Pengakap Malaysia


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu

dan nama singkatannya PENGAKAP

1.2 Alamat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, 06050 Bukit Kayu
Hitam, Kedah Darul Aman.

1.3 Pendaftar Pengetua SBPI Kubang Pasu

PERKARA 2 : MATLAMAT

Menggalakkan kewarganegaraan yang baik dalam kalangan murid-murid dengan membentuk watak
mereka.

PERKARA 3 : OBJEKTIF
3.1 Melatih murid-murid mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;
3.2 Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;
3.3 Mengajar ahli-ahli perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan
yang berguna untuk mereka sendiri; dan
3.4 Memperbaik kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.
3.5 Melatih para murid berorganisasi dan menguruskannya.

PERKARA 4 : KEAHLIAN
m/s 2 Perlembagaan PPM SBPIKP

4.1 Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu;
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang pemilihan persatuan pada awal
kemasukan ke sekolah ini (tingkatan 1 atau tingkatan 4);
4.3 Penerimaan keahlian tertakluk kepada kuota keahlian oleh Jawatankuasa Kokurikulum SBPIKP
dan penerimaan oleh guru penasihat;
4.4 Keahlian Persatuan terdiri daripada dua jenis, iaitu :-
4.4.1 Pengakap Muda
4.4.1.1 Ahli-ahlinya terdiri daripada daripada Pengakap Kanak-Kanak atau sebagai
seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat
Lencana Keahlian setelah menjalani ujian dalam beberapa perkara yang
tertentu.
4.4.2 Pengakap Remaja
4.4.2.1 Ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid yang berumur 16 tahun yang
meneruskan latihan dalam Skim Latihan Pengakap Muda ; atau jika dia ialah
ahli yang belum pernah menjadi ahli Pengakap, hendaklah menjalani ujian
Lencana Keahlian dan lain-lain Skim Lencana Pengakap Muda;
4.5 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan aktifnya untuk menjayakan tujuan Persatuan ini.

PERKARA 5 : GURU PENASIHAT

5.1 Terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah ini;


5.2 Hendaklah memberikan nasihat atas perancangan / pelaksanaan aktiviti yang disasarkan oleh
Persatuan;
5.3 Hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli sepanjang aktiviti dijalankan mengikut jadual, tarikh
dan masa yang ditetapkan;
5.4 Menjadi pengiring apabila ahli terlibat dengan aktiviti di luar sekolah sama ada berbentuk
penyertaan, jemputan atau pertandingan.

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1 Semua Ahli jawatankuasa dilantik semasa mesyuarat agung diadakan.


6.2 Semua ahli sama ada yang hadir dalam mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa;
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian;
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat;
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan
kepada guru penasihat;
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
m/s 3 Perlembagaan PPM SBPIKP

6.6.6 Penolong Bendahari


6.6.7 AJK [bilangan bergantung keperluan]

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat;
7.1.2 Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar
dan mengikut agenda yang ditetapkan;
7.1.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.2 Timbalan Pengerusi


7.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi;
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi;
7.2.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Mengurus surat-menyurat;
7.3.2 Mencatat minit mesyuarat / laporan dan menandatanganinya;
7.3.3 Menyimpan fail / dokumen berkaitan dengan Persatuan;
7.3.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu Setiausaha mengurus surat-menyurat;
7.4.2 Membantu Setiausaha mencatat minit mesyuarat / laporan;
7.4.3 Membantu Setiausaha menyimpan fail / dokumen berkaitan dengan Persatuan;
7.4.4 Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha;
7.4.5 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan Persatuan;
7.5.2 Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan Persatuan;
7.5.3 Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan dibentangkan
semasa mesyuarat agung;
7.5.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.6 Penolong Bendahari


7.6.1 Membantu Bendahari membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan
Persatuan;
7.6.2 Membantu Bendahari menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan
dan dibentangkan semasa mesyuarat agung;
7.6.3 Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaan Bendahari;
7.6.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

7.7 Ahli Jawatankuasa


m/s 4 Perlembagaan PPM SBPIKP

7.7.1 Membantu melaksanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan;
7.7.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke masa.

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan Persatuan melalui sumbangan ahli yang diputuskan semasa mesyuarat agung
pada setiap tahun.
8.2 Persatuan boleh memohon bantuan kewangan daripada pihak sekolah dan pihak-pihak lain seperti
PIBG dan organisasi / syarikat / individu luar sekolah (jika perlu) dengan mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjalankan
aktiviti-aktivitinya.
8.3 Semua wang yang melebihi RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) hendaklah
diserahkan kepada Ketua Guru Penasihat untuk disimpan oleh beliau di mana-mana tempat
yang difikirkan munasabah dan sah mengikut peraturan-peraturan kewangan yang sedang
berkuat kuasa.

PERKARA 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli Persatuan dikehendaki menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan sepanjang
tahun;
9.2 Ahli yang gagal menghadiri aktiviti sebanyak 3 [ tiga ] kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Jika gagal berbuat demikian atau pihak guru penasihat mendapati alasan yang
diberikan tidak munasabah, maka tindakan disiplin boleh dikenakan kepadanya, tertakluk
kepada Perkara 13 Perlembagaan ini.
9.3 Guru penasihat dikehendaki menyediakan / memohon kebenaran ibu bapa / penjaga kepada
pelajar yang terlibat menyertai sebarang aktiviti, pertandingan, ujian dan seumpama di luar
sekolah dengan mengemukakan borang pelepasan ibu bapa;
9.4 Semasa ahli menghadiri / menyertai apa juga jenis aktiviti seperti dalam perancangan tahunan,
jemputan, pertandingan di dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah [ apa - apa juga
peringkat pertandingan / kejohanan / kelolaan ] jika terdapat kecederaan / kecelakaan maka
pihak sekolah dan ibu bapa / penjaga perlu bekerjasama menjaga kebajikan ahli berkenaan.

PERKARA 10 : AKTIVITI

10.1 Aktiviti Persatuan dirancang oleh AJK Persatuan dengan nasihat daripada Guru Penasihat
meliputi bidang akademik dan koakademik yang berkait dengan usaha mencapai objektif-
ojektif penubuhan Persatuan ini.
10.2 Persatuan boleh mengadakan atau mengikuti sebarang pertandingan / persembahan /
perlawanan persahabatan lain, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah seperti yang
dirancang dalam mesyuarat AJK, tertakluk kepada Peraturan 11.1;
10.3 Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Guru penasihat akan
mengumumkan perubahan tersebut kepada ahli.
m/s 5 Perlembagaan PPM SBPIKP

PERKARA 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya.
11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada Perkara 12
Perlembagaan ini.

PERKARA 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan Persatuan / peraturan semasa;
12.2 Jenis-jenis tindakan disiplin adalah:
12.2.1 Nasihat;
12.2.2 Amaran : -
12.2.2.1 Amaran Lisan
12.2.2.2 Amaran Bertulis
12.2.2.3 Dilaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan sekiranya perlu,
kepada pihak pengurusan sekolah, untuk tindakan susulan.
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati terhadap tindakan ke atasnya, boleh membuat surat rayuan dan
semakan salah laku kepada guru penasihat dan keputusan berikutnya, setelah guru penasihat
bermesyuarat dengan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah, adalah muktamad.

PERKARA 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda melalui pekelilingan
Persatuan / Persatuan / unit;
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru penasihat
atau pentadbir sekolah dan disahkan oleh Pengetua.

PERKARA 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan Persatuan jika didapati melanggar perlembagaan
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

PERKARA 15 : HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri dan sentiasa menjaga sahsiah dan
nama baik setiap ahli dan Persatuan sepanjang masa;
15.2 Ahli – ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti setiap aktiviti dengan penuh kesungguhan.
15.3 Semua ahli dikehendaki menjaga nama baik, maruah dan prestij Persatuan dan Sekolah
dalam apa-apa jua keadaan dan tempat serta pada bila-bila masa.
m/s 6 Perlembagaan PPM SBPIKP

Diluluskan dalam Mesyuarat Agung Persekutuan Pengakap Malaysia Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Kubang Pasu pada 14 Januari 2009. Peraturan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia disahkan
oleh Pengetua.

( MUHAMMAD AFIFI BIN SUKHRI ) (SITI AMINAH BT ABDUL RAHMAN)


Pengerusi (PPM L) Pengerusi (PPM P)

( MUHAMMAD IDRUS BIN SHUKOR) ( NURFARAHIN BT MOHD SUPRI )


Setiausaha (PPM L) Setiausaha (PPM P)

Diperakukan oleh:

( ARIFFIN BIN SALLEH ) ( WIDAD BT MOHAMAD )


Ketua Guru Penasihat Guru Penasihat

Disemak oleh: Disahkan oleh:

(MALEK BIN ABU HASSAN)


Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua

Tarikh :

You might also like